Memaparkan catatan dengan label hizib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hizib. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Disember 2010

Lagi pengalaman murid belajar ilmu hikmah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Ya Allah rahmatilah kami semua
khususnya yang menziarahi blog ini
Peliharalah kami semua daripada
bisikan, gangguan, kejahatan dan kehadiran syaitan
sama ada syaitan yang terdiri daripada golongan jin
dan syaitan yang terdiri daripada golongan manusia
Ya Allah rahmatilahkami, rahmatilah kami, rahmatilah kami!
Birahmatika Ya arhaman rahimin. Amin.

Salam. Dua hari lepas saya ada melakukan penyucian dan pengisian ke atas S yang bersungguh-sungguh hendak belajar ilmu hikmah. Seperti biasa sebelum saya melakukan penyucian, saya bertanya kepada murid dahulu apakah beliau pernah belajar apa-apa ilmu sebelum ini? Dan murid saya itu pun menjawab dengan seikhlas hati.

1. Pernah belajar silat sehingga peringkat tertinggi (ilmu batin)
2. Pernah belajar ilmu tarikat tetapi sekerat jalan
3. Pernah belajar dengan Darul Syifa sehingga tamat dan dizinkan merawat.

Saya dengan rendah diri pun mengatakan, pengalaman dan ilmu murid saya ini lebih baik daripada saya. Saya hanya

1. Belajar silat Lincah tetapi tak sampai tahap tinggi (pukulan jarak jauh/bertapa dll). Arwah Datuk saya yang merupakan seorang Imam surau dan ahli berzanji marhaban melarang saya meneruskan kerana katanya kalau betullah kebal, kenapa kena gigit nyamuk pun berdarah lagi?. Hehehe.

2. Tak pernah menyertai mana-mana tarikat tetapi merawat pesakit yang bertarikat malah ada anggota tarikat menelefon saya, namun selepas saya nasihatinya dia tak boleh terima bahkan mau beradu ilmu kitab tasawuf pulak dengan saya. Maaf saya tak mengaji kitab tasawuf atau menghafalnya.

3. Pernah berangan-angan hendak masuk Darul Syifa tapi tak dapat. Namun kini sudha ada beberapa murid darul syifa mahu belajar dengan saya. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah seluruhnya, nafikan semuanya isbatkan hanya Allah.

Namun murid saya benar-benar mengatakan saya mempunyai 'sesuatu' dan ia nak belajar 'sesuatu' itu. Langsung saya tersenyum dan memulkan bicara, bukan kuasa saya, tetapi kuasa Allah;bukan gerak saya tetapi gerak Allah; bukan ikhtiar saya tetapi ikhtiar Allah. Saya pun menerangkan kepadanya asas ilmu hikmah ini sehingga ia benar-benar memahami dan tersenyum lebar sekali. Saya pun turut bersyukur dan gembira kerana dia memahami. Kefahaman amat penting sebelum belajar ilmu hikmah dan menerima pengisian ilmu hikmah. Jangan main redah saja. Pantang tengok iklan maka kita terus berjumpa, tanpe penerangan jelas, guru kita terus saja isi kita kemudian meminta maharnya beribu-ribu. Dengan saya, penerangan diberikan sejelas mungkin. Namun bukanlah penerangan itu seperti penerangan dalam kitab fikah dan usulluddin.

Selepas 1 jam lebih saya melakukan pengisian ilmu hikmah matanya terbuka luas jernih dan bermagnetis sekali. Saya pun terkejut kerana hasilnya alhamdulillah luar biasa sekali. Semua ini pastinya dengan ada redho dan izin Allah serta rahmat Allah yang Maha Pemurah. Saya pun belajar sesuatu dan cuba mengingat kembali. Selain daripada beberapa amalan ringkas perlu dibuat oleh bakal murid sebelum berjumpa saya, laku dan gerak daripada saya sendiri (ilham) melakukan beberapa perkara yang nampak biasa tetapi tak disangka di situ letaknya rahmat dna redho Allah.

Semalam saya sms kepada S. Lebih kurang sms saya begininya:

Ok. Setakat malam bagaimana rasanya?

Balas S menerusi sms juga:

Alhamdulillah...zahir tak terucap, rasa sejuk dan damai seperti ada 'mint' masih terasa di setiap sedutan dan hembusan nafas..Maha Suci Allah.

Pengalaman S ini merupakan rahmat Allah semata-mata. Untuk mendapat sensasi begitu (bukan bermaksud kita nak ilmu nak rasa sensasi begitu) bukan pendek masa diambil. Bilamana sudah rasa macam ada 'mint' pada saluran nafas itu tanda yang amat baik. Reiki, tenaga dalam ilmu kebatinan dan sewaktu dengannya tak ada yang mempunyai sensasi begini melainkan rasa panas, baran, gelisah, sempit rezeki dna lain-lain. Justeru kata Allah


Tiada paksaan untuk menerima agama Islam seluruhnya, kerana telah nyata lagi terang jalan mana yang haq dna jalan mana yang bathil....Al-Baqarah.


Isnin, 15 November 2010

Beramal dengan rukyah syar'iyyah tetapi jiwa terus kosong!

Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang perawat Islam yang menggunakan rukyah syariyyah sebagai kaedah pengubatannya.

Beliau dengan berbesar hati menyatakan mahu belajar sesuatu dengan saya setelah membaca blog ini dan bersungguh-sungguh menyatakan maksudnya. Saya termenung seketika, kerana ilmu sebenar-benar ilmu tidak lain adalah ilmu untuk mendekatkan diri kepada Allah dna menjadi hamba yang tulus ikhlas ketika mengadapnya.

Maka timbul persoalan di sini. Mengapakah beliau yang sudah bertahun-tahun mengamalkan rukyah syar'iyyah yang diambil ijazah daripada ustaz terkenal yang menerima ijazah rukyah daripada Syeikh Abdul Wahid Salam Bali dan merawat pelbagai kes gangguan yang berat-berat masih merasa kekosongan jiwa?

Beliau juga menyatakan malah terdapat pesakit ustaz alias gurunya tersebut yang datang kepadanya, kemudian dirawatnya dan pesakit tersebut sembuh dengan izin Allah.

Namun mengapakah merasai jiwanya masih kosong?

Sampailah suatu ketika, perasaan kekosongan itu menghambat dirinya. Suatu yang terbalik apabila pesakit yang berat-berat kes gangguan dapat dirawatnya dengan baik dan tidak kurang pesakit yang minta nasihat rohaniah dapat diberikan dengan baik, NAMUN dengan dirinya sendiri dia gagal dapat memenuhi jiwanya sendiri! Dan beliau telah menutup perkhidmatannya walaupun ramai yang mahu berubat dengannya!

Saya pun nyatakanlah diagnosis saya tidak lama selepas itu.

Pertama, apakah tujuan kita menuntut ilmu?

Kedua, siapakah guru yang kita terima ijazah atau pengisian ilmu daripadanya?

Keempat, apakah benar tauhid dan niat kita sewaktu membaca Ayat Al Quran dalam sesi pengubatan?

Keempat-empat soalan ini sebenarnya saling berkait rapat antara satu sama lain. Katakan dalam kes ini, beliau menuntut ilmu rawatan gangguan makhluk halus berdasarkan keterujaan beliau terhadap kesan rawatan perawat lain yang guna kaedah yang sama. Lantas daripada itulah beliau secara tak sedar atau disedari berniat dan melangkah mencari ilmu demikian.

Apabila dipilih guru tersebut, dia menerima segala ajaran guru, bersalam dan diisi guru tersebut dengan amalan guru maka beramallah murid tersebut sebagaimana gurunya beramal. Walaupun beliau tidak sedar apakah kaedah ijazah dan pengisian ilmu betul atau tidak, tidak dapat dipastikan asal sahaja dia menerima ilmu.

Apabila dia merawat, dia pasang niat dari awal lagi. Ayat ini sekian-sekian. Oleh kerana niat awal menuntut ilmu sudah demikian ditambah dengan kelemahan pegangan tauhid maka beliau pun bersungguh-sungguh membaca AQ berdasarkan niat sangat khsusus. Misal kata kalau dia baca ayat 1 tidak menjadi dia anggap ayat 1 tidak berkesan lantas dipilihnya ayat 2. Apabila ayat 2 tak berkesan dia pilih ayat lain pula.

Katankanlah seluruh ayat yang dihafalnya tidak berkesan maka dia berputus asa dan menghentikan rawatan!

Maka inilah kesan akibat bertuhankan ayat.

Sebenarnya jika mahu elak perkara demikian ia ada dua cara. Pertama fahamkan dulu apa itu tauhid dan kebergantungan kita kepada Allah dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Kedua mengikut kaedah beramal yang betul yakni betulkan niat beribadah atau membaca semata kerana Allah.

Timbul perasaan sangsi, eh kalau niat kerana Allah sahaja maka "tidak menjadilah ayat ini..misal kata ayat 1 ini untuk api..maka kita tidak niat jadi api..maka tak jadilah api...jadi bacaan biasa sahaja.." Ayat ini lahir daripada pemahaman yang salah terhadap Kalamullah dan juga kaedah ibadah yang benar.

Sepatutnya beliau mesti faham setiap bacaan dan wirid kita WAJIBLAH semata-mata kerana Allah. Melahirkan rasa tuntas tulus ikhlas kepada Allah memang payah. Maka ia perlukan riyadoh atau latihan ruhaniah. Dalam riyadoh ada wirid, doa dan ayat al quran. Maka semua sekali amalan ini didahulukan dengan niat semata-mata kerana menuntut redho dan rahmat Allah ta'ala.

Dan inilah kaedah perubatan rahmaniah.

*Saya menawarkan pengajian Ilmu Hikmah Nur Makrifah. Ilmu hikmah terdiri daripada Ayat Al Quran, wirid, zikir dan doa tertentu yang diwarisi daripada para ulamak ilmu hikmah yang asli. Nur Makrifah bermaksud cahaya yang memberikan pengenalan kepada Allah. Setiap lelaku dan kaedah dalam Ilmu Hikmah Nur Makrifah bersumberkan kefahaman yang jelas tentang sifat, zat dan af'al Allah ta'ala. Apabila tauhid sudah mantap atau kefahaman sudah diperolehi (tidak lama pun untuk mengetahuinya bukan mengaji secara akademik tetapi langsung dipancarkan ke dalam hati nurani murid) baharulah segala gerak kerja mencapai sasaran yang diingini.  IHNM bukan untuk mereka yang malas, mahu cuba-cuba dan sebagainya. Khusus untuk yang serius sahaja. IHNM merupakan pakej yang lengkap dan pemahaman yang jelas tidak sama sama sekali dengan kursus rawatan Islam yang berlambak di luar sana. Setakat ini sudah ada beberapa orang murid dan bakal murid mahu mempelajarinya. Suatu gabungan ilmu hikmah yang dimulai dengan penyucian wadah, roh dan semangat murid, pemancaran nur makrifah dan pengamalan ilmu hikmah asli yang  dipantau dari semasa ke semasa.  Berhubung segera kerana saya tidak meletakkan pengajian IHNM ini di iklan di mana-mana khusus bagi pembaca blog saya ini sahaja.

*Ya Allah, dengan izin, redo dan rahmatMu hamba memohon, bukakanlah hati bagi pembaca entri ini untuk memahami dan mengerti akan tulisan ku ini  masuk ke dalam hati sanubari mereka. Ya Allah kuatkanlah hasrat hati mereka untuk mencari dan menemui ilmu yang haq serta menolak ilmu yang bathil yang ada dalam diri mereka. Ya Allah selamatkanlah kami semua daripada tipudaya syaitan dan nafsu jahat yang ada pada diri kami sendiri sehingga kami buta, tuli dan pekak untuk mencari rahmat dan keredhoanMu. Ya Allah bukakanlah, kuatkanlah dan permudahkanlah bagi setiap pembaca entri ini sama ada yang sedang mencari kebenaran dalam ilmu  yang telah dituntut ataupun bagi pembaca entri yang sedang mencari ilmu hikmah yang haq untuk menemui ilmu hikmah yang haq yang muktamad yang memenuhi hati nurani mereka sehingga merasa bercukupan dan bersyukur di atas limpah kurnia rezeki dan rahmatMu Ya Allah. Birohmatika Ya Ar haman rahimin.

Amin Ya rabbal alamin.

Program / Kursus MEGA Super Spiritual

 Program Gemblengan MEGA Super Spiritual - “Zero to Hero” “Apabila disebut spiritual bukan semata-mata pengubatan bahkan melibatkan hubungan...