Jumaat, 19 Januari 2024

Terkapar Sebelum Berjumpa

TERKAPAR SEBELUM BERJUMPA. Dua dekad yang lalu, pada waktu Dhuha ketika itu saya masih melanjutkan pengajian di Universiti Malaya, saya berada di rumah sewa di Jalan Klang Lama Sri Sentosa baru selesai berdoa panjang. Tiba-tiba ada panggilan telefon memecahkan kesunyian diri.

“Assalammualaikum ustaz…saya Aril dari Banting…isteri sy ada gangguan kronik perlukan bantuan ustaz…”

“Wa’alaikumussalam. Jauh tu Banting. Tak cari perawat berdekatan saudara ke?”tukas saya sambil melemparkan pandangan melangkaui jendela yg terbuka luas menghadap Sungai Klang.

Sungai mengalir lesu….Saya teringat Pak Samad. Sasterawan Negara A. Samad Said.

Bungkusan sampah sarap itu teroleng-oleng di permukaan air. Lalu ia bergumul dan bergumpal. Sebelum ia ditolak arus air untuk bergerak dan berarak bagai barisan ahli politik berarak dan melambai tangan kepada rakyat yang tertipu dengan tipudaya propaganda mereka.

Sampah itu kotor tapi dipandang suci bersih.

Sampah itu busuk tapi dihidu semerbak harum.

Tak mampu saya bayangkan jika air sungai itu masuk ke dalam tekak seumpama hujan air liur politikus yang memercik ke muka hadirin yang mendongak taksub mendengar politkus berpidato tin kosong berdentung dentang. Terpercik ke muka. Masuk ke dalam mulut masuk ke dalam perut masuk ke dalam hati otak dan bertakhta di benak!

“Sebenarnya isteri sy dah lama kena gangguan. Dah banyak tempat berubat. Banyak ustaz dah jumpa. Tapi keadannya makin teruk pula.”

“Dia jadi macam mana?” Pintas saya.

“Dia merasa ketat dada, sering ditindih hingga sesak nafas, mimpi dikejar org tak dikenali yg mengacunya dengan pisau dan sering moody dan sakit kepala dan perut. Skrg dia sedang sakit ni ustaz berguling atas lantai.”

“Ok, apa nama isteri, saya doakan buat sementara waktu. Kalau nak dtg, blh dtg petang selepas Zuhor. Sy berikan alamat.”

Kes-kes begini sering saya jumpa dulu. Sakit tak berpenghujung. Walau dah banyak tempat dan ustaz serta perawat ditemui namun masih berulang gangguannya. 

Saya pun kembali ke tikar sejadah mengadap kiblat. Dengan lafaz BASMALLAH dan Dua Kalimah Syahadah yang dilafazkan dgn tertib dan penuh pemahaman hakikat dan makrifat seusai saya memejamkan mata.

Sekonyong-konyong datanglah rupa nenek kebayan bertongkat akar kayu sambil mengendong bungkusan yang dikandar di bahu kanannya. Nenek kebayan bongkok tiga dengan wajah yang menggerunkan memerhati saya.

“Opocot mak kau mak aku mak Superman! Kau ni siapa?!” Maklumlah dulu-dulu sebelum berumahtangga saya ni kuat juga terkejut dan sesekali melatah. 

“Aku ini nenek kebayan dari telaga tujuh 7 puteri di Gunung Ledang. Cu ni siapa pula kenapa halang jalan aku?”katanya sedikit marah tapi masih nada diplomasi ala-ala OIC.

“Saya hamba Allah Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Tak berhajat halang nenek. Cuma sudah-sudahlah ikut wanita ini.” Kata saya sambil mengerling ke arah sosok wanita yang tergambar pd saya sedang dipasung di laman sebuah pondok tua di tengah rimba.

“Aku yang jaga keturunan dia selama ini. Kau budak muda mana tahu?!” Kata nenek kebayan marah nampak. Makin hudohlah keriput muka dia. 

Terus saja sang nenek menghentakkan tongkat akar kayu ke bumi dgn mulutnya terkumat kamit. 

Satu pusaran angin beliung kecil yg semakin membesar dan meninggi menuju ke arah saya. 

Saya senyum simpul. Lalu membaca 4 ayat terakhir daripada Surah al Buruj. Dan Huruf huruf Nuraniyyah. Ketika membacanya saya melihat kilatan cahaya menyambar pusaran angin puting beliung itu spt berbentuk pedang bercahaya menuju terus ke tubuh nenek. 

Nenek terpelanting ke belakang. Tongkat akar kayunya terlepas drp tangannya. 

“Kau nak tunjuk hebat ya manusia!” 

“Hasbunallah wa nikmal wakil. Nun…Wal Qolami wama Yasturun.” Saya hembus ke arah nenek yg berusaha nak berdiri bangun. Ketika ini semburan udara drp mulut saya semburan api pertunjukkan sarkas. 

Tiba-tiba tongkat akar kayu nenek terbang dan menghalang hembusan nafas saya tu sampai ke tubuh nenek. 

“Hahaha. Kau tahu tak wahai anak muda. Imam tua kampung dia pun aku perdaya.”

“Kalau ada izin Allah bukan nenek saja bahkan kampung nenek pun Allah blh musnahkan sekelip mata. Bi’iznillah.”

Saya mula mengisar kedua tangan sambil membaca Huruf-huruf Nuraniyyah. Dan disambung membaca Surah al-Fill sambil telapak tangan kanan saya dihalakan ke arah nenek. 

Laksana dilanda ribut taufan yang amat dahsyat, nenek dan tongkat saktinya terpelanting spt daun daun kering sampai terasak di batu besar kaki gunung. Mungkin ini Gunung Ledang dimana nenek ini berasal.

“Cukup tok syeikh. Maafkan dia ni” tiba-tiba sekonyong-konyong seorang lelaki tua berserban kuning dan berjubah putih bersih wujud depan saya.

“Saya hanya nak minta jangan ganggu wanita ini lagi, dia ada suami yg blh jagakannya.Penjagaan yg kalian maksudkan itu menjadi satu gangguan buat dirinya.”

“Baik saya faham. Tok syeikh maafkan dia. Saya akan selesaikan hal ini. Wanita itu tok syeikh bawa dia balik.”

Saya hanya tersedar ketika Asan Zohor. berkumandang. Tubuh saya bercucuran peluh walau dibawah putaran kipas yg kuat. 

Selepas menunaikan fardhu Zuhor tak lama telefon saya berbunyi lagi. Pasangan suami isteri yg berjanji nak dtg sudah sampai di bawah. Saya turun mengambil mereka naik ke atas. Ke tingkat 3. 

Saya lihat isterinya bertudung labuh berpurdah itu kelihatan normal sahaja.

“Ustaz ada ubat isteri saya dr jauhkan?Isteri sy tiba-tiba kerasukan dan mengelupur semasa sy memandu nak ke sini. Dan semasa kerasukan dan matanya terpejam itu nampak diri ustaz datang menarik tangannya keluar daripada pasungan kayu.”

Saya senyum simpul. Nampaknya ini hanya jadi sesi sembang bual antara orang Banting dengan org Kedah. Hahaha.Sekian.UTA.

Jumaat, 12 Januari 2024

Ulasan Filem Pendekar Awang

Di Sebalik Filem Pendekar Awang : Kekuatan dan Kelemahan 

Oleh : Ustaz Tobib Ali

1. Sebuah filem adalah bahasa visual sekalipun tanpa dialog dan kata-kata.

2. Namun filem yang baik itu mestilah mempunyai keseimbangan antara visual dan dialog. 

3. Filem Pendekar Awang terbitan Studi Kembara merupakan sebuah filem anti imperialisma kedua selepas Mat Kilau. 

4. Justeru dapat dikatakan Pendekar Awang merupakan filem patriotik dan kenegaraan. 

5. Kekuatan Pendekar Awang terletak pada aspek ceritanya yang mudah difahami. Ceritanya mudah iaitu memberikan perlindungan kepada perjalanan Tok Gajah.

6. Kekuatannya yg kedua ialah halangan dan rintangan dlm usaha itu apabila British menerusi askar upahannya yg diketuai oleh Kapten Syres bertindak memburu Tok Gajah dan orang-orangnya.

7. Halangan dan rintangan ini menimbulkan konflik ke permukaan naratif filem ini. Kekuatan ketiga terletak kepada roh filem ini yg begitu padu dan nekad iltizam mempertahankan tanah air.

8. Inilah menjadi penekanan yg begitu ekstrem dlm filem ini apabila banyak babak memaparkan pidato khutbah yg adakalanya nampak berulang-ulang dlm menyatakan penolakan kpd imperialis. 

9. Kekuatan keempat terletak kepada konsistensi dan kejelasan imej dan watak Kapten Syres apabila dipaparkan babak perjanjian Iluminati dgn bertopeng bagai. 

10. Simbol mata dajal  dan lilin menorah dipaparkan begitu jelas sekali. Serangan ke atas  kerajaan Turki Uthmaniyyah juga dikatakan drp puak Iluminati ini utk menegakkan NWO atau Tatanan Dunia Baru.

11. Ramai rakyat Malaysia beranggapan NWO sekadar sebuah teori konspirasi. Sebenarnya ia memang sebuah konspirasi terancang bukan cakap-cakap kosong yg dapat dipersendakan dan dianggap tiada.

12. Nama Ratu Quen disebut berulang kali. Sesuatu yg kita tak dpt jumpa dlm buku teks sejarah sekolah bahawa semangat imperialis bukan semata-mata nak merampas hasil bumi atau menyebarkan kristian tetapi juga atas semangat perjuangan Iluminati mereka.

13. Kekuatan kelima terletak kepada pernyataan semangat jihad dan bertaburan ayat-ayat al Quran dan kalimah takbir dilontarkan para watak pejuang  yg biasa disebut oleh Briged al Qassam dan juga para pendekar Nusantara sebelum memanah sangat indah sekali. 

14. Strategi bumi hangus British yg membakar dan membunuh orang kampung kerana gagal menemui Tok Gajah begitu berkesan divisualkan walau nampak berulang-ulang dlm beberapa babak.

15. Kekuatan keenam kewujudan watak pejuang wanita juga begitu mengasyikkan. Kelihatan begitu indah barisan perang pejuang lelaki dan wanita berganding bahu memanah dan melontarkan ubat bedil serta menggunakan senjata api menembak penjajah. 

16. Intrig filem ini terletak kemuncak apabila Pendekar Awang membelasah Kapten Syres. Kapten Syres juga tergamak menembak pasukannya sendiri yang terdiri daripada tentera Sikh hingga mereka meninggalkan sang kapten sendirian berhadapan maut.

17. Watak penjahat upahan British berbangsa Cina juga dilepaskan dan bersumpah tidak akan menzalimi bangsa Melayu lagi lantaran terhutang nyawa selepas kalah dlm pertempuran yg hampir meragut nyawanya. 

18. Kelemahan filem ini ialah kenapa tidak diberikan kpd penonton sebarang visual lakaran negeri Pahang kerana pada awal filem dinyatakan landasan utama plot filem ni berkembang adalah mencari Tok Gajah hidup-hidup di Kampung Cha. Masalahnya pengarah atau penulis skrip naskhah ini gagal menggunakan elemen berteka teki ini dan agak kurang berfungsi mewujudkan babak mencari kampung Cha itu. 

19. Kelemahan kecil lain spt kesilapan watak pejuang wanita memegang golok yg mana hulunya ke bawah mujurlah kepandaian tukang besi yg membuat sarung yg mempunyai penahan agar bilah tidak mudah terlepas drp sarungnya! 

20. Dan kejanggalan Tok Gajah sentiasa memegang tombak hingga hujungnya diacukan secara tak sengaja kpd lawan bicaranya. 

21. Kesimpulannya keseluruhan filem Pendekar Awang adalah terbaik semua aspek sinematografi, pencahayaan, pewarnaan, aspek seni tempur dan kamera yg tidak bergegar serta kekemasan pengeditan khususnya pada babak babak kemuncak. 

22. Bayangkan soldadu British berperang dgn pendekar dlm hutan pada waktu malam? Kelebihan yg padu meskipun hakikatnya tradisi perang dahulu berlangsung pada waktu siang dan waktu malam kedua pihak akan beristirehat utk esoknya pula! -UTA

Rate : 9/10 Bintang.



ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...