Ahad, 28 November 2010

Makhluk Bertanduk Dikepung Cahaya Putih

Baru-baru ini saya dijemput ke Felda Serting, Bahau Megeri Sembilan Darulkusus untuk merawat penyakit misteri dialami oleh seorang warga emas yang sudah 13 hari terlantar di hospital jadi bahan eksperimen doktor yang kebuntuan mengesan punca dan jenis penyakitnya. Mulanya disangkakan darah rendah. Kemudian darah beku dalam otaklah. Pemeriksaan selepas itu menunjukkan disebaliknya iaitu tiada apa-apa masalah. Ujian darah setiap hari menyebabkan badan makcik lesu dan lemah hilang tenaga. Tidak ada selera makan. Meracau di tengah malam memanggil-manggil ibunya yang sudah meninggal dunia. Hingga suatu ketika, doktor mengesan semacam ada ketulan hitam dalam imej x-ray di dadanya. Lantas ujian lain dilakukan dan dikatakan itu adakah darah beku di peparu. Lantas doktor berikan ubat dan berlakulah naik-turun tekanan darahnya tidak menentu sehingga membingungkan para doktor. Sehingga makcik masuk ICU beberapa hari.

Doktor membenarkan makcik tersebut balik beberapa hari selepas itu. Itupun anggota keluarga minta nak bawa balik selepas doktor buntuk mengesan punca dan jenis penyakitnya.

"Agaknya doktor, penyakit ibu saya ini jenis penyakit yang 'tidak nampak'..."tanya kawan saya, anak perempuan makcik itu kepada salah seorang doktor pakar yang sedang membuat penilaian terakhir tahap kesihatan makcik tersebut.

Doktor berbangsa Melayu itu tidak berkata apa-apa dan akhirnya membenarkan peskait itu dibawa balik. Namun dalam keadaan lemah dan pucat (masih belum sembuh).

Semasa saya masuk ke dalam rumah, saya merasakan  hawa panas berada di sekeliling makcik tersebut. Hati saya berdetik, sudah lama makcik terkena tetapi baharu kini ia menunjukkan kesan aktifnya.

Saya rawat makcik tersebut dengan teknik Pancaran Nur. Melalui teknik pancaran nur ini saya duduk berdepan dgn pesakit. Pesakit buka telapak tangannya. Saya pun mula membaca bismillah. Makcik pejam mata. Baru saja saya duduk di depan pesakit  dan menyuruhnya memejamkan mata, pesakit menyatakan nampak cahaya putih bersilau (semasa pejam mata).

Hati saya berdetik, ini rezeki dr Allah. Bukan semua pesakit akan nampak cahaya. Ada yang tidak nampak. Tapi makcik ini nampak. Alhamdulillah. Kerana ini memudahkan tugas saya. Bagaimana ia memudahkan tugas saya?

"Makcik, cuba lihat dalam cahaya putih itu, ada nampak apa-apa tak?" tanya saya perlahan.

"Tak ada. Semuanya putih. Putih..."

"Tak apa makcik..." kata saya sambil memohon kepada Allah agar ditunjukkan pada makcik tersebut gangguan yang berada dalam tubuhnya. Tidak lama kemudian makcik itu bersuara tiba-tiba.

"Ada ustaz. Ha, itu dia. Ada tanduk di kepalanya."

"Ok, makcik...ada satu ke dua ke banyak ke.."tanya saya lagi.

"Emm, satu je ustaz. Ada tanduk. Dia seolah-olah dikepung oleh cahaya putih...dia tak boleh bergerak ustaz..hanya nampak kepala dan tanduknya sahaja...bahagian lain tak nampak ustaz sebab cahaya putih itu menyeliputinya...dah macam awan putih pula ustaz..."

Saya pun menguatkan lagi zikir dan memohon pada Allah jika adalah lagi makhluk yang ganggu diri makcik maka tunjukkanlah Ya Allah. Saya pun 'melalukan' telapak tangan di muka makcik tersebut dengan niat makcik akan nampak dengan lebih jelas lagi jika ada yang lain-lain yang menganggunya.

"Ada tak makcik nampak lain-lain makhluk lagi?"

"Emm, tak adolah ustaz. Semuanya putih jo sekarang."

Saya tersenyum sahaja mendengar katanya. Sudah tersirna pula makhluk bertanduk tersebut ditelan cahaya putih berkilauan.

Namun saya tahu ia masih ada dalam tubuh makcik. Saya pun meneruskan perawatan saya untuk memusnahkan semua gangguan tersebut.

Makcik tersebut merasakan berbagai sensasi. Ada diseliputi hawa panas, berpeluh mukanya, memerah kulit mukanya. Dan apabila saya selesai menarik dan memusnahkan gangguan dengan teknik Pancaran Nur maka selesailah sudah sesi rawatan saya.

"Macam mana makcik?"tanya saya.

"Ringan badan makcik...dah tak nampak apa-apa dah. Semata-mata cahaya putih sahaja..."

Sebenarnya gangguan yang dihadapi makcik ini ialah berpunca daripada perbuatan sihir khianat. Mereka buka kedai menjual makanan ringan di depan rumah. Tentulah perniagaan begitu laris sebab kanak-kanak selalu sahaja singgah dan membeli makanan ringan.

Apatah lagi kedudukan rumah makcik itu yang strategik di kepala simpang jalan. Tentulah memudahkan sesiapa sahaja mahu singgah ke rumahnya membeli apa sahaja yang dijual di situ. Maju jugalah perniagaan kecil-kecilan mereka sehingga memberi pulangan ribuan ringgit sebulan untungnya.

Tak lama kemudian, anak mereka pula sakit. Anak perempuan merekalah yang menjemput saya. Sewaktu saya melihatnya, saya sudah dapat melihat betapa dia telah lama terkena sihir, namun hatinya sangat hebat dan sabar serta pasrah kepada Allah. Selesai saya membuang gangguan, saya bertanya kepada makcik apakah makcik mau pulih?

"Ya."Jawab makcik lembut.

"Ok makcik, saya pohon pada Allah sekarang juga agar makcik segera pulih, kuat dan bersemangat!"kata saya lalu berdoa. Alhamdulillah sewaktu berdoa saya dapat lihat muka makcik itu kemerah-merahan sehingga mengalirkan peluh yang banyak.

Selesai mengubat makcik, saya mengubat anak  lelakinya, seorang remaja yang ada ramai kawan melepak hingga jauh malam. Risau juga ibu bapanya kerana sudah banyak anak felda ditangkap kerana hisap, ketagih dan jual dadah musuh negara.

Anaknya pun ada gangguan. Selesai saya buang, anak tersebut macam ibunya juga, nampak cahaya putih. Kemudian sesudah magrib saya merawat anak perempuannya pula. Itu pun atas permintaan ayahnya. Sewaktu saya rawat kawan saya ini, hujan lebat mencurah-curah disertai guruh di langit. Alhamdulillah, dia juga nampak cahaya itu tapi taklah terang pada mulanya. Apabila proses pembersihan dengan teknik Pancaran Nur dan Teknik Pengisian  Nur Zikir, dia nampak cahaya itu semakin terang sehinggakan naik seri wajah mukanya berseri-seri sekali. Alhamdulillah wa syukurillah.

Saya juga melakukan rawatan sekali lagi ke atas makcik tersebut untuk pemulihan. Dan makcik tersebut benar-benar merasakan perubahan tika itu juga dan sewaktu saya hendak pulang makcik tersebut sudah boleh bingkas bangun dan berjalan-jalan dengan bebasnya. Ada senyuman di wajahnya.

Kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur dalam keadaan hujan lebat. Dan tiba di Kuala Lumpur jam 10.40 mlm.

Selasa, 23 November 2010

Jin kundalini reiki bergabung dengan jin saka menambahkan derita

Salam sejahtera semoga dalam rahmat dan redhoNya sentiasa.

Semalam saya smepat merawat seorang pesakit yang mengamalkan ajaran reiki. Menurutnya amalan reikinya itu bersumberkan Islam. Saya tersenyum sahaja. Bak kata sesetengah orang, dah lama dah...

Saya tanya pesakit tersebut ada ka dia merasai apa-apa sewaktu bercadang atau berkira-kira mahu berjumpa saya...

Dia akui ada. Sewaktu menghantar emel, bahunya dan belakang badanya serta sendi-sendi pada tubuhnya merasa ngilu, lenguh dan sakit tiba-tiba. Semasa dia mencari alamat Pusat Rawatan Rahmaniah, dia diganggu bisikan agar tidak berjumpa dengan saya.

Masya Allah.

Sewaktu duduk depan saya, sesi berbual-bual, murid saya yang ada sama semalam, 'melihat' terdapat semacam haba panas seperti waktu tengahari dengan berkuap-kuap asap nipis.

Tapi saya diperlihatkan Allah dalam bentuk kehadiran jin-jin energy reiki yang segan nak masuk pusat rawatan sebaliknya duduk diluar sahaja. Jin energy reiki bergabung dengan jin saka keturunan 20 tahun yang ganggu keturunannya. (Persoalan:Mengapa jin energy reiki tdk menghalau jin saka keturunan 20 tahun di alami pesakit??? Jawapannya mudah:Sebab jin sama jin. Itulah hakikatnya.

Pesakit menyatakan ayahnya dan bapa saudaranya semuanya sudah meninggal dunia mengalami masalah mental yang kronik.

Dia mengambil reiki daripada pengamal reiki terkenal untuk membantu merawat dirinya, namun masalah dirinya tdk terawat malahan bertambah teruk!

Kalau ilmu reiki dirahmati dna diredoi Allah maka sudah tentu jin saka dha berambus, tetapi nampaknya macam pasukan tentera menerima bantuan sahaja. Hehehe. 

Tidak menghairankan juga jin saka boleh menimbulkan kesan dengan izin Allah jua sampai ke tahap itu.

 Saya lihat lagi jin-jin energy berganti ganti, maklumlah energy reiki juga jenis topup dari semasa ke semasa. Pesakit merasakan dadanya berdebar-debar. Saya terus sahaja sembang sambil zikir perlahan-lahan dimasukkan doa... dengannya... sehinggalah murid saya menyatakan hawa dan asap kabus nipis tidak kelihatan lagi.

Dan saya pun tidak melihat lagi sebarang entiti pada pesakit itu melainkan jika dilihat secara dalam memang ada (jin saka biasalah).

Tiba-tiba pesakit...

bersambung...

Isnin, 22 November 2010

Telaga Tok Syeikh di Gunung Jerai Kedah

Semasa bercuti di kampung halaman, saya sempat mengunjungi Gunung Jerai. Gunung Jerai selalu dikaitkan dengan unsur-unsur mistik dan sakral. Namun demikian saya tidak melihat dari sudut pandangan tersebut.


Hal ini kerana perkataan mistik dan sakral tersebut merupakan asal kata daripada bahasa Inggeris yang mempunyai maksud berbeza dengan 'mistik atau sakral' dalam pemahaman saya. Gunung Jerai bukannya mistikd an sakral tetapi ia dipenuhi dengan flora dna fauna yang masih terpelihara kukuh dan indah jutaan tahun lampau. Apabila wujudnya hutan maka wujudlah kawasan tadahan air. Kawasan tadahan air dalam teras-teras gunung sangat istimewa sekali khasiatnya. Sama ada mempunyai khasiat dari sudut mineral semulajadinya dan khasiat dari segi aspek metafiziknya.

Saya sempat ke telaga tok syeikh. Sebenarnya ia bukan telaga tetapi air mata air dari dalam gunung. Ia amat jernih dan bagi membuktikan air tersebut sempurna khasiatnya maka mandilah. Akan terasa perbezaan nyata selepas mandi airnya.

Andai fikiran kita sedang kusut pasti akan lapang dengan izin Allah selepas kita mandi.

Airnya sangat dingin namun bukan dingin air batu. Bukanlah dingin yang merosakkan suara dan menyakitkan anak tekak.

Bukan pula yang menyebabkan demam panas atau bertambah dahaga. Sebaliknya dinginnya adalah dingin berkhasiat.

Cuma saya nak maklumkan minumlah dari pancuran saluran paip yang telah disediakan bukannya ambil dari takungan kolah air tersebut. Ini kerana saya melihat sendiri seorang Bomoh moden berbangsa India yang katanya mendalami ilmu tasawuf dan agama hindu 'berwuduk' dan merendamkan kakinya dalam kolah tadahan air mata air tersebut!

Jadi sila ambil dari pancuran paip secara terus.

Dua kali saya ke sana. Kali pertama saya ke sana bertawasul, berwirid, berdoa dan mandi di sana. Jangan salah sangka bukan-bukan. Tapi biasalah manusia sekarang belajar sekuku tapi suka bercakap sesuka nafsu.

Boleh sahaja bertawasul, contohnya dengan tawasul berikut: Ya Allah ampunilah si anu dan rahmatilah dia. Ya Allah  rahmatilah daku sebagaimana engkau merahmati dia.

Biasanya tawasul demikian dilakukan kepada waliyullah dan syeikh yang besar dan terbukti jasanya di tengah masyarakat tanpa mengira zaman. Kita bukan meminta si mati merahmati kita. Tetapi kita memohon Allah merahmati dia dan merahmati kita sebagaimana Allah merahmati dia semasa hidupnya.

Kenapa pula perlu minta Allah merahmati kita sebagaimana Allah merahmati si mati semasa hayatnya?

Macam saya cakap tadi, tawasul dilakukan ke atas orang yang terbukti jasanya kepada jihadufisabilillah. Pastilah mereka ini sentiasa mendapat rahmat Allah dan limpah kurnianya. Maka tentulah rahmat yang Allah kurniakan kepada orang berkenaan bukanlah rahmat yang biasa-biasa. Rahmat itu tentulah luar biasa.

Kalau tidak mustahil mereka boleh berdakwah, mengembangkan ajaran Islam, berjuang di medan jihad, mengislamkan raja dan rakyat dan memimpin masyarakat Islam pada ketika hayatnya. Maka sebagaimana Allah merahmatinya dengan memberikannya ilmu yang dirahmati, kekuatan yang dirahmati dan bantuan yang dirahmati, maka begitulah juga pada diriku Ya Allah.

Namun kena hati-hati jangan sampai iktikad lari dan menyembah kubur. Menyembah kubur bermaksud menyembah si mati dengan mengharapkan simati membantunya dan menolongnya. Ini sah-sah syirik. Ini bukan maksud tawasul yang saya maksudkan di atas.

Semasa kali pertama saya ke sana, saya tersempak dengan seorang dewasa biarlah saya namakan dia sebagai G sahaja. G mandi di telaga iitu. Dan dia akui dia mampu berkomunikasi dengan semua makhluk di Gunung Jerai termasuk di kawasan telaga tok syeikh tersebut. Saya garu kepala. Apakah ilmunya itu ilmu yang dirahmati dna diredoi Allah?

Semasa beliau mandi dengan limau, G tiba-tiba bercakap sendirian dalam bahasa yang tidak saya fahami. Saya pun tersengih sahaja melihatnya.

Kali kedua saya berjejak ke sana. Kali ini saya bawa tok dan saudara mara saya. Setakat muat satu kereta. Serta lima tong air. Semasa kami tiba di suatu selekoh kereta saya bertembung dengan sebuah kereta lain dari arah bertentangan. Jalan kecil dan terpaksalah salah satunya berundur mencari ruang kosong di belakang.

Maka saya undurlah. Dan nyaris tayar kereta saya terperosok masuk lubang besar. Selepas berjaya keluar dari lubang besar itu (ajaib sungguh kereta saya atau bumper kereta langsung tak terjejas!!!) saya mula memandang dengan lebih teliti sekitaran saya.

Dengan pokok hutan berketinggian 1000meter dari aras laut. Jalan sempit tidak berpagar apapun. Di sebelah kiri jalan adalah jurang gaung yang TINGGI. Sungguh mengejutkan saya. Mujur kereta saya tidak terlajak ke sebelah kiri.

Namun Allah Maha akuasa. Dari tadi Tok saya berzikir tidak hentinya. Tayar kereta sebelah kanan yang masuk dalam lubang logiknya tidak dapat naik semula ke jalan boleh naik dengan sekali tekan minyak.

Malah tiada langsung' buah tangan' pada kereta saya hatta sebaris calarpun!

Kami tiba di telaga tok syeikh dan buatlah apa yang patut. Saya arahkan supaya berwuduk kerana itu yang terbaik. Nak baik lagi solatlah di wakaf yang disediakan tidak jauh dari telaga tok syeikh. Mata saya mengitari sekeliling. Terlihatlah kabus yang berarak membelah dan membelai pokok-pokok hutan.

Allah Maha Besar!

Tidak lama kemudian, datanglah beberapa orang pengunjung lagi. Nampaknya semakin ramai termasuk rombongan cik kiah dari negeri kelantan. Mereka bersungguh mahu membeli satu tong air yang telah saya isi dengan air walau berapapun harganya. Saya benar-benar diuji. Saya menolak dengan baik. Niat dan tujuan saya bukannya hendak JUAL AIR! Tujuan saya hendak ambil air ini dengan niat menjadikannya sebagai ibu air atau ibu penawar dengan memohon kepada Allah semata-mata. Kalau mereka mahu minta boleh saja saya memberikannya. Namun jangan salah anggap pula. Bukan minta selepas saya membawanya ke Kuala Lumpur. Namun bukan pula saya menjualnya macam orang jual air zam-zam. Saya memberikan dan mestilah si penerima memikirkan hadiah untuk pemberian tersebut kerana masudk tandas pun kena bayaran 30sen. Kalau tandas di Low Yat bayaran masuknya 1.00 ringgit! 

 Selepas beredar kumpulan tersebut baharulah, kami sempat mengisi tong air dengan air mata air tok syeikh ini. Saya sudah pasang niat kukuh-kukuh. Ya Allah jadikanlah (Kun) air mata air atau air gunung yang aku ambil ini menjadi ibu penawar pada semua jenis penyakit. Amin ya rabbil alamin.

Tidak lama kami mengisi air, datanglah pula 4 orang berbangsa India dengan kereta Merc. Mereka mandi dan berwuduk. Mereka menurut arahan seorang lelaki India yang hanya memerhatikan sahaja dari atas. Hati saya berdetak. Banyaknya jin kafr mengikuti mereka ini. Kebetulan semasa kami sudah selesai, mereka juga sudah selesai dan sewaktu keluar dari kompleks tersebut, seorang Indian yang 'memberikan panduan' kepada rakan-rakannya 'cara manfaatkan air tersebut' menegur saya.

"Macam pernah nampak muka awak."

"Benarkah?" tanya saya spontan. Saya tidak mengecam Indian tersebut. Dia diam seketika dan berkata,

"Saya kenal awak melalui hati saya."

Saya tersengih sahaja. bersambung....

Makluman

*Bagi pesakit dan juga sesiapa  yang berminat mendapatkan air mata air telaga tok syeikh Gunung Jerai boleh menghubungi saya. Ia seribu guna. Sebagai air penawar mujarab. Saya telah tajribahnya. Semestinya dengan izin Allah, maka air tersebut seketika meredakan sakit gatal kulit yang dihidapi dari turun temurun.

Air tersebut juga boleh dijadikan ibu air. Walau belum diwiridkan atau dibacakan. Apatah lagi apabila dibaca dan diwridkan (konsep rahmat Allah). Saya sudah tajribahnya. Memang mantap. Dengan mencampurkan sedikit dalam sebaldi air, air paip bertukar macam air telaga tersebut. Bagi yang ada kepekaan maka boleh buktikan sendiri! Boleh bezakan antara mandi air paip biasa dengan air paip yang telah dicampur dengan air mata air atau air telaga tok syeikh ini.

Saya tidaklah hairan dan takjub kerana niat saya mengambil air ini adalah dengan niat memohon kepada Allah dijadikan air ibu penawar. Maka Allah Maha Kuasa dan kita punya indera, Alamilah sendiri dan rasailah. Ia berbeza dengan air Gau dan air mineral. Air telaga ini ada tambahan iaitu barokah daripada Karamah Tok Syeikh itu sendiri, seorang ulamak yang punya keturunan berbangsa Melayu bukannya sebagaimana dinyatakan dalam'sejarah' iaitu Syeikh Abdullah Yamani dai Arab dalam manuskrip Hikayat Merongmahawangsa!

Saya tidak jual air tersebut tetapi sebagai hadiah atas pertimbangan kos saya membawanya sejauh 500km ke KL dan menyimpannya dengan cara yang betul bagi menjamin khasiatnya tidak berkurangan maka bagi yang berminat bolehlah menghubungi saya selagi stok masih ada.

Sementara itu bagi pesakit saya, saya akan gunakan air ini sebagai air penawar mujarob, insya Allah bi iznillah.


Isnin, 15 November 2010

Beramal dengan rukyah syar'iyyah tetapi jiwa terus kosong!

Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang perawat Islam yang menggunakan rukyah syariyyah sebagai kaedah pengubatannya.

Beliau dengan berbesar hati menyatakan mahu belajar sesuatu dengan saya setelah membaca blog ini dan bersungguh-sungguh menyatakan maksudnya. Saya termenung seketika, kerana ilmu sebenar-benar ilmu tidak lain adalah ilmu untuk mendekatkan diri kepada Allah dna menjadi hamba yang tulus ikhlas ketika mengadapnya.

Maka timbul persoalan di sini. Mengapakah beliau yang sudah bertahun-tahun mengamalkan rukyah syar'iyyah yang diambil ijazah daripada ustaz terkenal yang menerima ijazah rukyah daripada Syeikh Abdul Wahid Salam Bali dan merawat pelbagai kes gangguan yang berat-berat masih merasa kekosongan jiwa?

Beliau juga menyatakan malah terdapat pesakit ustaz alias gurunya tersebut yang datang kepadanya, kemudian dirawatnya dan pesakit tersebut sembuh dengan izin Allah.

Namun mengapakah merasai jiwanya masih kosong?

Sampailah suatu ketika, perasaan kekosongan itu menghambat dirinya. Suatu yang terbalik apabila pesakit yang berat-berat kes gangguan dapat dirawatnya dengan baik dan tidak kurang pesakit yang minta nasihat rohaniah dapat diberikan dengan baik, NAMUN dengan dirinya sendiri dia gagal dapat memenuhi jiwanya sendiri! Dan beliau telah menutup perkhidmatannya walaupun ramai yang mahu berubat dengannya!

Saya pun nyatakanlah diagnosis saya tidak lama selepas itu.

Pertama, apakah tujuan kita menuntut ilmu?

Kedua, siapakah guru yang kita terima ijazah atau pengisian ilmu daripadanya?

Keempat, apakah benar tauhid dan niat kita sewaktu membaca Ayat Al Quran dalam sesi pengubatan?

Keempat-empat soalan ini sebenarnya saling berkait rapat antara satu sama lain. Katakan dalam kes ini, beliau menuntut ilmu rawatan gangguan makhluk halus berdasarkan keterujaan beliau terhadap kesan rawatan perawat lain yang guna kaedah yang sama. Lantas daripada itulah beliau secara tak sedar atau disedari berniat dan melangkah mencari ilmu demikian.

Apabila dipilih guru tersebut, dia menerima segala ajaran guru, bersalam dan diisi guru tersebut dengan amalan guru maka beramallah murid tersebut sebagaimana gurunya beramal. Walaupun beliau tidak sedar apakah kaedah ijazah dan pengisian ilmu betul atau tidak, tidak dapat dipastikan asal sahaja dia menerima ilmu.

Apabila dia merawat, dia pasang niat dari awal lagi. Ayat ini sekian-sekian. Oleh kerana niat awal menuntut ilmu sudah demikian ditambah dengan kelemahan pegangan tauhid maka beliau pun bersungguh-sungguh membaca AQ berdasarkan niat sangat khsusus. Misal kata kalau dia baca ayat 1 tidak menjadi dia anggap ayat 1 tidak berkesan lantas dipilihnya ayat 2. Apabila ayat 2 tak berkesan dia pilih ayat lain pula.

Katankanlah seluruh ayat yang dihafalnya tidak berkesan maka dia berputus asa dan menghentikan rawatan!

Maka inilah kesan akibat bertuhankan ayat.

Sebenarnya jika mahu elak perkara demikian ia ada dua cara. Pertama fahamkan dulu apa itu tauhid dan kebergantungan kita kepada Allah dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Kedua mengikut kaedah beramal yang betul yakni betulkan niat beribadah atau membaca semata kerana Allah.

Timbul perasaan sangsi, eh kalau niat kerana Allah sahaja maka "tidak menjadilah ayat ini..misal kata ayat 1 ini untuk api..maka kita tidak niat jadi api..maka tak jadilah api...jadi bacaan biasa sahaja.." Ayat ini lahir daripada pemahaman yang salah terhadap Kalamullah dan juga kaedah ibadah yang benar.

Sepatutnya beliau mesti faham setiap bacaan dan wirid kita WAJIBLAH semata-mata kerana Allah. Melahirkan rasa tuntas tulus ikhlas kepada Allah memang payah. Maka ia perlukan riyadoh atau latihan ruhaniah. Dalam riyadoh ada wirid, doa dan ayat al quran. Maka semua sekali amalan ini didahulukan dengan niat semata-mata kerana menuntut redho dan rahmat Allah ta'ala.

Dan inilah kaedah perubatan rahmaniah.

*Saya menawarkan pengajian Ilmu Hikmah Nur Makrifah. Ilmu hikmah terdiri daripada Ayat Al Quran, wirid, zikir dan doa tertentu yang diwarisi daripada para ulamak ilmu hikmah yang asli. Nur Makrifah bermaksud cahaya yang memberikan pengenalan kepada Allah. Setiap lelaku dan kaedah dalam Ilmu Hikmah Nur Makrifah bersumberkan kefahaman yang jelas tentang sifat, zat dan af'al Allah ta'ala. Apabila tauhid sudah mantap atau kefahaman sudah diperolehi (tidak lama pun untuk mengetahuinya bukan mengaji secara akademik tetapi langsung dipancarkan ke dalam hati nurani murid) baharulah segala gerak kerja mencapai sasaran yang diingini.  IHNM bukan untuk mereka yang malas, mahu cuba-cuba dan sebagainya. Khusus untuk yang serius sahaja. IHNM merupakan pakej yang lengkap dan pemahaman yang jelas tidak sama sama sekali dengan kursus rawatan Islam yang berlambak di luar sana. Setakat ini sudah ada beberapa orang murid dan bakal murid mahu mempelajarinya. Suatu gabungan ilmu hikmah yang dimulai dengan penyucian wadah, roh dan semangat murid, pemancaran nur makrifah dan pengamalan ilmu hikmah asli yang  dipantau dari semasa ke semasa.  Berhubung segera kerana saya tidak meletakkan pengajian IHNM ini di iklan di mana-mana khusus bagi pembaca blog saya ini sahaja.

*Ya Allah, dengan izin, redo dan rahmatMu hamba memohon, bukakanlah hati bagi pembaca entri ini untuk memahami dan mengerti akan tulisan ku ini  masuk ke dalam hati sanubari mereka. Ya Allah kuatkanlah hasrat hati mereka untuk mencari dan menemui ilmu yang haq serta menolak ilmu yang bathil yang ada dalam diri mereka. Ya Allah selamatkanlah kami semua daripada tipudaya syaitan dan nafsu jahat yang ada pada diri kami sendiri sehingga kami buta, tuli dan pekak untuk mencari rahmat dan keredhoanMu. Ya Allah bukakanlah, kuatkanlah dan permudahkanlah bagi setiap pembaca entri ini sama ada yang sedang mencari kebenaran dalam ilmu  yang telah dituntut ataupun bagi pembaca entri yang sedang mencari ilmu hikmah yang haq untuk menemui ilmu hikmah yang haq yang muktamad yang memenuhi hati nurani mereka sehingga merasa bercukupan dan bersyukur di atas limpah kurnia rezeki dan rahmatMu Ya Allah. Birohmatika Ya Ar haman rahimin.

Amin Ya rabbal alamin.

Bahaya ilmu reiki, prana shakti dan pengisian ilmu tenaga dalam

Salam sejahtera.

Reiki sudah menjadi fenomenan dalam masyarat kita. Orang Melayu banyak yang sudah belajar reiki. Apabila seseorang hendak belajar ilmu reiki maka master reiki akan membuat pengisian atttunement terhadap murid tersebut. Murid tersebut akan merasai berbagai-bagai sensasi sama ada rasa getaran, panas, gerakan spontan dan lain-lain. Kemudian murid akan terus mengasah ilmu reiki tersebut dengan meditasi dan rawatan diri sendiri.

Rujukan lengkap asal dan falsafah ilmu reiki boleh dibaca di dalam internet dan juga buku-buku yang sudha diterbitkan dalam bahasa Melayu. Secara ringkasnya reiki ialah menggunakan tenaga alam. Tenaga Alam atau universal energy ini sebenarnya membawa pengertian yang relatif.

Setiap sesuatu mesti ada sumbernya. Maka apakah sumber bagi reiki?Dikatakan sumbernya daripada alam ini. Soalan lain, jenis yang macam manakah tenaga universal yang disedut oleh pengamal reiki? Inilah yang tidka terungkap dalam buku atau pengajian ilmu reiki.

Kononnya tenaga alam yang disedut oleh pengamal reiki melalui cakra mahkota langsung ke cakra lain di tubuh manusia adalah daripada Tuhan. Soalan lain, apakah Tuhan tersebut merujuk kepada Tuhan yang dituhankan manusia atau Tuhan yang merujuk kepada Allah Ta'ala?

Pasti kalau pengamal reiki itu non-muslim ia akan berkata ia bersumberkan kepada Tuhan dalam agama yang anutinya. Seorang atheis pula beranggapan sumber tenaga universal reikinya berasal daripada alam. Alam ialah alam. Manakala bagi pengamal reiki yang beragama Islam pula pasti akan merujuk sumbernya daripada Allah Ta'ala.

Persoalan saya ialah, walaupun terdapat perbezaan tentang sumber tenaga universal reiki mengapa reiki tetap menjadi pada setiap orang tanpa mengira kepercayaan dan agama?

Baiklah. Saya tidak mahu menyentuh tentang pengamal reiki non-muslim. Sebagai orang Islam, saya hendak menyatakan bagaimana pulanya dengan pengamal reiki muslim atau pengamal reiki yang beragama Islam?

Inilah titik tolaknya. Bagi pengamal reiki beragama Islam, dikatakan antara kelebihan belajar reiki ialah semakin khusyuk ibadah dan rasa semakin dekat dengan Allah.

Adakah perasaan itu boleh diambil kira ataupun sah disisi Allah ta'ala?

Baiklah, bagi pengamal reiki muslim cuba berfikir lagi, jika sumber daripada Allah mengapa pengamal reiki non muslim tidak merasa dekat dengan Allah atau memeluk Islam selepas belajar reiki?

Saya pertanyaan itu akan mengorak cemuhan di kalangan pengamal reiki muslim. Soalan saya seterusnya ialah apakah kita boleh merasa sama dengan orang bukan Islam terutama membabitkan perkara yang ghaib atau tidak pasti dnegan konkrit?

Islam sudah sempurna. Ia datang dengan kesempurnaan dalam segala aspek kehidupan.

Saya senaraikan beberapa perkara di sini.

Pengamal reiki akan melakukan praktik reiki. Semasa praktik reiki dilakukan, pengamal hendaklah kosongkan fikiran. Atau ada juga praktik meditasi reiki yang menetapkan pengamal mesti bulat kosong daripada memikirkan sesuatu apapun termasuk Allah.

 Di sini sudah berlaku kesalahan. Dalam Islam kita juga ada ibadah dan zikir. Dalam solat, terdapat rukun tertentu. Semuanya mesti mengosongkan fikiran selain Allah. Maknanya mengosongkan fikiran bukan bermaksud melupakan Allah. Sebaliknya menumpukan fikiran hanya kepada Allah dan menghilangkan fikiran selain daripada Allah sewaktu dalam solat. Hal ini sama juga dengan zikir.

Ada pengamal reiki muslim yang kononnya telah mencapai tahap tertinggi reiki akan merasai mereka sudah bersatu dengan alam semesta ini. Ajaran bersatu dengan alam ini bukan ajaran Islam. Islam tidak menyuruh manusia merasai bersatu dengan Alam. Sebaliknya alam ini adalah sebagai tanda kekuasaan Allah. Lebur ingatan kepada Allah bermaksud alam dan segala makhluk ciptaan Allah tidak mengambil tempat dalam hati termasuklah diri sendiri yang ditumpukan semata-mata Allah sahaja.

Cuba fikirkan betapa berbezanya antara solat dan zikir dalam Islam dan meditasi dna praktik reiki.

Jadi apabila sudah timbul perbezaan ini, maka reiki sebenarnya adalah apa?Jika sudah berbeza dengan teras agama Islam iaitu solat, zikir dan tauhid (faham pluralisme, menyamakan Allah dengan Tuhan kepercayaan agama lain sama ada terus terang atau secara terselindung  dan liberal dalam hal agama adalah ditolak dalam agama Islam).

Oleh sebab reiki meragukan maka tinnggalkan reiki. Walaupun reiki memberikan sensasi tetapi saudara saudari tidak mengerti sensasi itu daripada apa dan apakah sumber reiki itu sendiri. Saudara hanya membayangkan energi reiki masuk melalui cakra mahkota atau atas kepala saudara saudari tetapi saudara saudari tidak memahami sebenar-benarnya apakah jenis atau sumber energy tersebut!

Sama juga dengan ilmu tenaga dalam. Guru mengisi murid dan akhirnya apa yang disangka energy tersebut sebenarnya adalah jin dalam tubuh badan sang pengamal!

Sudah banyak pengamal reiki, prana shakti dna tenaga dalam telah menerima hidup yang susah sama ada dari segi kesihatan, rezeki dan lain-lain. Walaupun ada yang banyak merasai kesan 'positif' namun itu permulaan sahaja. Tidak payah tunggu nak ajal, bila-bila masa saja boleh menerima kesan buruknya.

Bahaya belajar ilmu tidak jelas ini bukan sahaja diakhir ajal tetapi pada bila-bila masa sahaja boleh berlaku sehinga kita bingung mengapa kita dalam keadaan demikian lebih teruk kena penyakit yang tidak diketahui.

Bahaya ilmu ini juga ialah apabila kita menyerahkan diri kepada master reiki atau master prana shakti atau tenaga dalam untuk disisi maka kita seolah-olah rela hati membuka diri kita untuk dimasuki segala unsur yang bathil.

Maka bagi pengamal reiki, prana shakti dan tenaga dalam yang sudah terlanjur diisi menerima nasib diri yang teruk setelah beberapa ketika dan juga bagi pengamal yang sedang menikmati kehebatan ilmu saudara saudari boleh datang berjumpa saya.

Datanglah dengan ikhlas sama ada untuk membersihkan diri daripada ilmu tersebut dna juga untuk mengetahui sifat atau keadaan ilmu yang dintuntut maka bolehlah berjumpa dan diuji tengok.

Bukan beradu kekuatan tetapi kita hendak tengok dna pastikan dengan izin, rahmat dan redo Allah apakah energy yang diisi dan dimiliki daripada ilmu reiki, prana shakti dan tenaga dalam tersebut haq atau bathil.

Insya Allah kaedah saya kaedah yang 100% murni  hanya membabitkan pembacaan ayat al quran tertentu seperti Ayatul Kursi. Sebarang kaedah atau teknik boleh didengar dan diketahui. Bukannya tidak ada ilmu haq tetapi jin dna syaitan serta sekutunya tidak putus-putus mahu menyesatkan manusia dengan mendecoy ilmu haq namun sumbernya daripada mereka(bathil).

Hubungi saya untuk temujanji dan solusi.

*Ya Allah dengan izin, redho dan rahmatMu, Aku bermohon bukakanlah hati bagi pembaca entri ini khususnya bagi pengamal ilmu reiki, prana shakti dan tenaga dalam untuk memahami dan mengerti akan tulisanku ini dan selamatkanlah kami semua Ya Allah daripada sebarang kesyirikan dan tipudaya syaitan dna sekutunya, Ya  Allah bantulah kami membersihkan diri kami daripada sesuatu yang bathil kerana semata-mata mengharap rahmat dan redho daripadaMu Ya Allah..birahmatika Ya Ar haman rahimin."

Amin.

Jumaat, 5 November 2010

Sihir Satu Keluarga

Teknik rahmaniah dalam  memusnahkan saka, sihir, santau, teluh, guna-guna secara jarak jauh.
Maaf ini bukan ayat iklan. Rasai sendiri perbezaannya dan buktikan.

Kes sihir satu keluarga memang sejenis sihir bagi memusnahkan kehidupan satu ikatan perkahwinan dan kekeluargaan. Ini memang sihir paling jahat dalam kes sihir pemisah. Bukan setrakat pembenci malah penyakit turut ditaburkan kepada anggota keluarga.

Sama ada sakit hati dan sakit fizikal. Saya menerima aduan daripada seorang pesakit jauh di tanah Borneo. Kehidupannya si suami sudah tidak lagi tenteram. Agak lama mereka, suami isteri, berpisah bumbung dan bilik. Saban hari makan hati berulam jantung.

Anak tinggi suara. Anak benci melihat muka bapa. Anak 'menentang' bapa dalam segala hal walaupun hal remeh. Antara saudara sedarah pula berlaku pergaduhan walau hal remeh temeh.

Yang si suami pula kena sakit semacam resdung. Gatal habis satu muka dan satu badan. Menjalar-jalar rasanya 'sesuatu' di bwah kulit. Dada sentioasa berdebar menjelang senja.

Rasa putus asa dan rasa hendak mati berkunjungan. Dengan izin Allah, si suami menghubungi saya menyatakan masalahnya melalui telefon.

Saya terima dengan hati terbuka. Masa perawatan jarak jauh pun di setkan tarikh dan masanya. Kira-kira lagi dua minggu. Dalam tempoh itu jugalah saya menerima serangan-serangan jin sihir yang sudah semestinya dengan izin Allah sudah tahu apa yang kami cakapkan dan rancangan kami.

Maka saya pun mohonlah bantuannya sehingga suatu hari tiada langsung jin sihir berani ganggu saya.

Dan 24 jam sebelum rawatan, si suami telefon anak-anaknya telah ikut kak ipar tidur di rumah kak ipar atas arahan isterinya.

Rancangan rawatan saya ialah dengan si suami dan anak-anaknya yang bermsalah itu duduk di dalam sebuh bilik dengan air zam-zam berada di depan si suami.

Supaya mudah saya 'tembak' dan 'membersihkan' diri mereka daripada jin dan pengaruh sihir. Tetappi nampaknya si tukang sihir sudah tahu bahawa perancangan saya insya Allah dengan redho Allah jika berjalan dengan semestinya maka dalam tempoh hari itu juga sihir dapat dibasmi dan si tukang sihir dapat ditewaskan.

Saya menyruh si suami bersabar. Dan pada malam ini diharapkan ia berjalan dengan baik dan lancar. Saya akan 'laporkan' pengalaman saya di blog ini.


*Ini belum lagi kes sihir penunduk di tanah Borneo juga yang saya terima dalam selang beberapa hari selepas itu. Saya terima sahaja kes sihir walaupun kes berat sekalipun. Bagi saya tiada beratnya bagi Allah sesuatu yang berat dan tiada ringannya sesuatu perkara yang Allah telah beratkan. Sebagai perawat, keyakinan kepada Allah wajib total jangan berbelah bahagi.

Saka Silat Ghaib Menghalang Rawatan

Sesungguhnya, ada BAIK dan BURUKNYA sisitem temujanji pesakit dengan perawat. Hal ini kerana JIN adalah mahkluk yang sangat PANTAS bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain. Dalam kes ini jin yang menganggu bukan sahaja akan intip dan serang hendap perawat malahan juga jin penganggu akan menghalang pesakit dan pewaris daripada meneruskan hajat mereka untuk mendapatkan rawatan. Dalam bulan lepas sahaja terdapat kira-kira 10 pesakit membuat temujanji. Namun hanya 4 orang yang dapat datang yang lain-lain sama ada terus diam membisu, sedang memujuk isteri untuk datang dirawat dan macam-macam lagi halangan.

Seorang pesakit yang menderita akibat bahana menerima ijazah silat ghaib di Singapura telah menelefon saya. Dia mengadu dadanya berat sewaktu hendak solat dan wuduk. Fikirannya berserabut dan mudah hendak marah-marah tanpa sebab. Sudah diperiksa ke hospital pakar sekalipun, doktor hanya mengatakan kesihatannya sangat baik.

Setelah perbualan berlaku beberapa lama, dia mengatakan dadanya kini sedang sakit bagai dicucuk-cucuk. Saya hanya mendoakan sahaja dan rasa sakit di dadanya terus hilang. Setelah bercerita tentang masalahnya, dia pun menetapkan suatu tarikh utk datang berubat dengan sya.

Namun sebelum tiba pada tarikh tersebut, dia call saya lagi. Dia menceritakan lagi masalahnya pada saya bagaikan saya tidak pernah mendengarnya. Lantas diubahnya ke tarikh baharu katanya shif kerja. Kemudian, tidak lama kemudian, dia call saya jam 3 pagi dan sms saya. Katanya, "Salam, nama saya H...... Saya adalah masalah kesihatan...boleh tlg tgkkan saya sakit apa tak?"

Saya mengeleng kepala beristihfar. Saya pun balas, "Bukankahawak sudah 2 kali menceritakan masalah wak pada saya..ok sekarang betulkah suadara hendak datang pada tarikh tersebut (tarikh ke2 yang ditukar)"

Dia balas sms saya katanya, "Macam mana saya hendak datang, saya kerja masa itu."

Saya pening juga memikirkan hamba Allah yang seorang ini. Saya tidak memikirkan sangat selepas itu dan meneruskan rutin macam biasa. Tiba-tiba suatu hari dia sms saya nak tukar tarikh baru pula. Saya malas hendak layan sebenarnya. Lantas saya iyakan sahaja.

Bila kurang 24 jam lagi tiba tarikh yang ditentukan, sy sms kepadanya, "Saudara jadi hendak datang esok?"

Tak lama kemudian dia membalas, "Macam mana saya hendak datang saya tiada duit."

Ya Rabbi, saya betul-betul tidak faham apa maksud tiada duit. Sedangkan dia bekerja di Singapura.

Saya balas smsnya, "Kalau awak tidka ada duit macam mana awak internet dan sms saya?"

Dia balas, "Tuan kena tahu, kerajaan Singapura di oerintah PAP, kena bayar itu ini bil iti bil ini bla-bla."

Saya sekali lagi beristihfar. Saya malas nak balas panjang-panjang. Pembaca boleh menilai sendiri. Mahar rawatan saya antara RM50.00 hingga 150.00 bagi kes dan jin silat-silat ini. Saya balas juga smsnya

"Ok. Simpan duit dahulu, dah ada duit utk ke sini maka datanglah."

"Ok terima kasih, "balas smsnya.

Kalau kita teliti kes ini, kita akan mendapati bahawa betapa

-Jin akan halang dirawat terutama kalau perawat itu 90% ke atas boleh menyingkirkannya
-Jin akan timbulkan was-was dalam diri pesakit
-Jin boleh intip perawat dgn izin Allah bagi menilai bakal perawat tuan tumpangannya.

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...