Salam sejahtera. Sepanjang saya terlibat dalam bidang perubatan hikmah ini, saya telah menemui berbagai-bagai bentuk ujian yang dialami oleh para pesakit dan kadangkala ujian itu juga berlaku ke atas diri saya. Ujian Allah bukanlah suatu bencana, tragedi atau malapetaka. Kita hendaklah memahami akan hal ini dengan cermat. Banyak antara kita memandang sakit, susah, miskin itu sebagai suatu tragedi dan memandang sihat, kaya dan berharta itu suatu kenikmatan. Sebenarnya sakit atau miskin, sihat atau kaya semuanya adalah ujian daripadaNya. Saya pernah menerima pelanggan yang kaya raya memiliki syarikat besar namun apabila dia mengadu kepada saya yang bisnesnya sentiasa rugi bukannya untung walaupun pusingan modal berjuta-juta membuatkan saya termenung. Kenapalah berlaku demikian rupa pada mereka. Namun apabila saya melihat mereka tidak mengendahkan nasihat saya untu berinfaq di jalan Allah, kepada anak yatim, infaq untuk mengembangkan pendidikan agama dan sebagainya yang tergolong sebagai infaq mereka fahamlah saya akan masalah yang dihadapi mereka. Malahan kos ubat ulangan RM50.00 pun menjadi suatu yang teramat besar bagi mereka yang punya kenderaan mewah dan kehidupan senang lenang. Inilah dikatakan tiadanya keberkatan dalam harta. Orang sebegini jika berterusan boleh mati kerana tekanan untuk menjaga hartanya dengan hatinya lalai kepada Allah wa nau zubillah. Kalau kita berharta namun kita berasakan bisnes kita sentiasa rugi cuba kita periksa diri kita. Sudah banyak saya temui yang kaya raya tetapi Makkah tak terniat pun nak pergi, kaya raya tetapi tak terniatpun nak belajar asas agama seperti membaca Al -Quran. Apalah gunanya harta banyak tetapi bakhil dengan Allah untuk belajar agama?Apabila sakit maka baharulah nak belajar membaca Al-Quran. Sedih saya melihat keadaan itu namun saya bukannya hendak meremehkan tapi hendaklah usaha ini IKHLAS kerana Allah. Tanda ikhlas ialah berterusan dan tidak putus asa. Kita tidak dapat membeli keberkataan dan rahmat Allah dengan kepura-puraan. Allah yang mencipta kita pastilah Dia tahu segala-galanya tentang Diri kita zahir batin. Saya lihat ujian hidup yang menimpa orang kaya lagi dahsyat. Saya tidak menujukan entri ini pada sesiapa tetapi kerana ada di antaranya terus berhenti berhubung dengan saya saya harapkan mereka membaca dan mengambil iktibar akan hal ini. Sesungguhnya persaudaraan dalam Islam itu adalah hebat kerana ia berasal daripada Perjanjian Asali iaitu ketika roh kita diciptakan Allah buat pertama kali. Namun oleh sebab persaudaraan itu dilihat kepada keperluan sahaja, atau pada persamaan status sosial atau orang kaya yang tak mendampingi fakir miskin macamnalah mereka hendak merasao betapa nikmat dan manisnya persaudaraan kerana Allah tersebut. Ingatlah sekaya-kaya kita atau semiskin-miskin kita tetap mati dan pulang kepada Allah dengan tangan kosong jua. Ingatlah mati ingatlah buat persediaan dekatilah orang soleh dan ambillah nasihat dan keberkatan daripada mereka, infaqkan harta ke jalan Allah dan berusahalah mendalami ilmu agama kerana Allah. Berubahlah kerana Allah.
Rawat Sebelum Lewat. Rawat dengan kaedah yang Selamat dan Kembali Sihat. Dan Allah Berserta Kamu Dimana Saja Kamu Berada. Dan Dia Maha Melihat (Al-Basir) Apa Yang Kalian Lakukan. Surah al-Hadid ayat 4.
Pages
- Laman utama
- Akidah
- Nabi Muhammad s.a.w
- Ruqyah
- Maklumat Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah - Ilmu Hikmah Multifungsi dan Ilmu Pengubatan Islam Tahap Asas hingga Tertinggi
- Testimoni Pelajar Ilmu Hikmah
- Maklumat Rawatan Islam, Tradisional dan Alternatif
- Testimoni Pesakit
- Pustaka Hikmah Maya
- Lokasi kami
- Hubungi
Memaparkan catatan dengan label infaq. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label infaq. Papar semua catatan
Khamis, 15 Disember 2011
Jumaat, 10 Jun 2011
Infaq di Jalan Allah
Allah berfirman dalam Surah Al Baqarah Ayat ke-245.
”Siapa yang memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah maka Allah akan melipatgandakan gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.”
Kata “Meminjamkan” disini adalah istilah ungkapan untuk menafkahkan harta di jalan Allah. Bukan Allah yang meminjam kepada kita atau Allah meminjam harta kita. Allah Maha Kaya, bahkan Allahlah yang melampangkan dan menyempitkan rezeki kepada kita atau kepada mereka yang di kehendakiNya. Menafkah harta di jalan Allah dapat diringkas fahamkan sebagaimana berikut:
1.Membayar zakat
2. Bersedeqah dan menderma
3. Menuntut ilmu
Berdasarkan 3 item contoh di atas, perkara 1 ialah wajib manakala 2 dan 3 menurut keadaan. Perkara 1 mengikut masa yang tetap biasanya. Manakala perkara 2 dan 3 menurut keadaan mana yang lebih penting. Misalnya jika keadaan kita sekarang jahil, maka wajiblah menuntut ilmu. Tanda seseorang jahil itu menerima hidayah Allah dan Allah berkehendak menganugerahkan kepadaNya ilmu pengatahuan maka Allah membuka hatinya untuk tergerak mencari ilmu pengetahuan. Makanya dia menyedari kekurangan dirinya maka -dicarilah ilmu tidak kira ilmu apa-apapun.
"Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman yang mempunyai ilmu diantara kamu dengan beberapa derajat"(QS.Al-Mujadallah : 11)
Dalam pencarian dan pembelajaran ilmu itu, murid akan berdepan dengan keperluan menggunakan sebahagian harta atau harta di tangan atau harta simpanan untuk tujuan biaya belajar. Banyak umat Islam menyedari dirinya jahil tetapi amat bakhil untuk mengeluarkan infaq untuk dirinya sendiri untuk menuntut ilmu pengetahuan. Malah ada beranggapan kalau ilmu agama dan kerohanian tidak menggunakan wang hanya ikhlas-ikhlasan bertemu tuan guru. Makna ikhlas telah dipesongkan oleh sifat bakhil yang tumbuh dalam jiwa.
Sifat bakhil sangat merugikan dan antara keburukannya ialah:
1.Dibenci Allah. Kebencian Allah adalah sebab kepada kesempitan dan kesusahan, resah hati, gelisah dan rasa diri tidak berguna.
2.Sifat bakhil bukan sifat mukmin dan menafikan kesempurnaan iman.
3.Menampilkan suatu kebodohan. Tabiat manusia berasa benci dan jijik kepada orang bakhil dan kikir. Ini adalah bukti semula jadi kejinya sifat bakhil. Oleh itu, orang yang sanggup bersifat bakhil adalah suatu kebodohan.
4.Orang bakhil dibenci dan dikeji manusia, terutama di kalangan ahli ilmu dan mereka yang berakhlak mulia. Bahkan orang bakhil juga tidak disukai di kalangan mereka sendiri.
5.Dengan memerhatikan keadaan dan kehidupan orang bakhil, dapat disimpulkan yang sifat itu tiada kebaikannya. Cuma yang ada hanya keburukan, kedukaan dan kesusahan yang mengakhiri hidupnya.
6.Orang tua-tua mengungkapkan: "Kikir itu pada hakikatnya adalah fakir sekalipun banyak harta simpanannya dan pemurah itu pada hakikatnya kaya walaupun ia tidak berpunya."
7.Orang bakhil menjadi bahan cemuhan sewaktu hidupnya, bahkan selepas kematiannya. Harta yang disimpan tanpa dibelanjakan itu akan ditinggalkan. Sehinggakan mereka yang berhak mendapatnya tidak akan memujinya, tetapi akan menyumpah dan mencemuhnya. Malangnya nasib orang bakhil, di dunia dicela, di akhirat diseksa.
8.Orang bakhil biasanya akan sedar mengenai akibat buruk dan kebodohannya, bahkan kerugiannya apabila ajalnya hampir. Pada waktu itu, dia cuba menebus kebodohannya yang lalu dengan mewasiatkan harta ditinggalkan untuk derma amal kebajikan. Tetapi mungkin ahli keluarganya tidak akan mengendahkannya.
9.Orang bakhil akan diseksa di akhirat, iaitu dengan dikalungi lehernya semua barang yang dia kikir. Dahinya dan belakangnya akan dibakar dengan emas dan perak yang disimpan tanpa dikeluarkan pada jalan Allah.
10.Sifat bakhil kerana takutkan kefakiran dan kemiskinan adalah tipu daya syaitan yang menjanjikan kekayaan, sedangkan pada hakikatnya bakhil itu adalah kemiskinan.
Jadi elakkanlah kita bersikap bakhil untuk mencari ilmu pengetahuan. Sebenarnya kesedaran dan semangat untuk mengeluarkan biaya untuk belajar adalah permulaan hidayah dan perubahan ke arah hidup lebih baik.
Sesiapa yang melalui jalan ke arah menuntut ilmu maka ALLAH mudahkan untuknya jalan ke syurga-Hadis Riwayat Muslim-.
Dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan radhiallahu ‘anhu dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, barangsiapa yang Allah kehendaki baginya kebaikan maka Dia akan memahamkan baginya agama (Islam).” (HR Bukhari )
Imam Nawawi berkata, “Hadits ini menunjukkan keutamaan ilmu (agama) dan keutamaan mempelajarinya, serta anjuran untuk menuntut ilmu.”
Imam Ibnu Hajar Asqalaani berkata, “Dalam hadits ini terdapat keterangan yang jelas tentang keutamaan orang-orang yang berilmu di atas semua manusia, dan keutamaan mempelajari ilmu agama di atas ilmu-ilmu lainnya.”
Mutiara hikmah yang dapat kita petik dari hadits ini adalah:
- Ilmu yang disebutkan keutamaannya dan dipuji oleh Allah Ta’ala dan Rasul-Nya adalah ilmu agama.
- Salah satu ciri utama orang yang akan mendapatkan taufik dan kebaikan dari Allah Ta’ala adalah dengan orang tersebut berusaha mempelajari dan memahami petunjuk Allah Ta’ala dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam agama Islam.
- Orang yang tidak memiliki keinginan untuk mempelajari ilmu agama akan terhalangi untuk mendapatkan kebaikan dari Allah Ta’ala.
- Yang dimaksud dengan pemahaman agama dalam hadits ini adalah ilmu atau pengetahuan tentang hukum-hukum agama yang mewariskan amalan shaleh, karena ilmu yang tidak dibarengi dengan amalan shaleh bukanlah merupakan ciri kebaikan.
- Memahami petunjuk Allah Ta’ala dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan benar merupakan penuntun bagi manusia untuk mencapai derajat takwa kepada Allah Ta’ala.
- Pemahaman yang benar tentang agama Islam hanyalah bersumber dari Allah semata, oleh karena itu hendaknya seorang muslim disamping giat menuntut ilmu, selalu berdoa dan meminta pertolongan kepada Allah Ta’ala agar dianugerahkan pemahaman yang benar dalam agama.
Jadi menuntut ilmu memerlukan calon murid mengeluarkan harta sebagai suatu infaq di jalan Allah kerana dengan ilmu kita dapat menjadi hamba Allah yang bertaqwa berjaya dan bahagia dunia dan akhirat. Infaq juga membersihkan harta, membersihkan diri daripada di cap sebagai bakhil, seperti Qarun yang menyimpan hartanya menimbun hartanya yang akhirnya hartanya itu tidak dapat memberi manfaat selepas kematiannya. Sedangkan ilmu itu memberi manfaat menjadi buah amal, infaq itu menjadi buah kebajikan yang terus bercambah dan merebak banyak yang mana hanya Allah sahaja yang tahu betapa banyaknya ia.
Jadi bagi calon murid yang berganggapan belajar ilmu agama dan ilmu hikmah tidak perlu mengeluarkan biaya salah sama sekali. Menganggap bahawa rugi mengeluarkan simpanan wang untuk membiayai pembelajaran ilmu akhirat adalah sifat bakhil yang ditegah dan sifat syaitan amat takut apabila insan sentiasa berada di jalan menuntut ilmu. Sedangkan mengeluarkan biaya untuk belajar ilmu dunia boleh pula. Janganlah kerana kita menuntut ilmu dunia dan akhirat kerana untuk mendapatkan imbalan dunia sahaja fikirkanlah untuk bekalan lebih jauh.
Yakinlah, tiada ruginya harta yang diinfaqkan ke jalan Allah khususnya untuk mempelajari ilmu pengatahuan, setitis ilmu Allah yang maha luas di titipkan sebagai suatu nikmat daripada sifat Maha Pemurah dan Pengasih Allah terhadap insan.
Bersediakah kita?
Salam jumaat yang penuh rahmat dan barokah semoga meraih kedamaian hati dan kejayaan hidup. Insya allah saya doakan!
Langgan:
Ulasan (Atom)
Program / Kursus MEGA Super Spiritual
Program Gemblengan MEGA Super Spiritual - “Zero to Hero” “Apabila disebut spiritual bukan semata-mata pengubatan bahkan melibatkan hubungan...
-
Asssalammualaikum. Kita memohon perlindungan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (As-Sami' ul Alimu) daripada gangguan dan bi...
-
Gemblengan Lengkap Buka Mata Batin,Terawangan,Teropong,Raga Sukma dan Meneroka Alam Ghaib Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh...
-
Assalammualaikum Dalam beberapa tahun ini pasti kita pernah mendengar gangguan jin yang bersifat nyata seperti tiba-tiba muncul api di rum...