Selasa, 20 Mei 2014

Disihir bos sendiri

Assalammualaikum...semalam ustaz tabib dipanggil untuk merawat seorang suri rumah di Pinggiran Putra Seri Kembangan Selangor.

Semasa ustaz menemui Puan J, dapat dilihat air mukanya yang keruh. Suaranya perlahan dan menggambarkan kebimbangannya.

Menurut Puan J, selepas hari raya Cina pada tahun lepas, Puan J balik ke kampungnya di Pokok Sena, Kedah.

Di kampung Puan J telah bermimpi didatangi oleh sekujur lembaga seperti binatang menggigit kakinya.

Sekaligus Puan J terjaga dari tidur. Namun kaki kirinya terasa sakit. Dan ia berterusan sehingga berbulan-bulan hinggalah ke tahun 2014 ini.

Gangguannya menjalar sampai ke bahagian belakang badan. Terasa berat sepanjang masa. Tak habis di situ berlaku perubahan suhu yang mendadak. Bila Puan J berada di pejabat yang sejuk dengan pendingin udara, Puan J bermandi peluh kepanasan.

Puan J juga terasa sesuatu berpaut pada mukanya. Seperti ada sesuatu bergantung pada mukanya. Perutnya juga terasa sakit seperti ada sesuatu yang merayap-rayap dan bergerak-gerak ke serata arah.

Lebih teruk lagi Puan J terasa amat berat untuk mendirikan solat walaupun digagahkan juga. Hendak ke pejabat pun terasa seperti berat tubuh mahu dibawanya.

Sampai suatu ketika Puan J susah hendak membaca Al-Quran yang biasa dibacanya. Puan J juga tidak datang bulan sehingga hamper dua bulan.

Rawatan yang dibuat ke atas Puan J oleh ustaz tabib pun dilakukan. Beberapa rangkaian ayat suci al-Quran dibacakan ke telinga kanan Puan J.
 
Sambil telapak tangan kanan dilekapkan ke titik refleksi Pa Hui Puan J.

Tidak berapa lama kemudian tubuhnya seperti mengkerekot seperti menahan sakit.

Nampaknya jin yang berada dalam tubuh Puan J mula menunjukkan dirinya.

"Siapa kau!"

Mengeleng.

Salah satu ayat dari Surah ar Rahman pun dibacakan. Suara jin mula kendengaran seperti tidak tahan lagi merasa derita.

"Ada orang hantar kau ke atau datang sendiri?" soal ustaz tabib.

"Orang hantar aku..."

"Untuk apa?"

"Budak ni tak mau dengar cakap...mana boleh orang atas tunduk pada dia orang bawah ni..."

"Oh begitu. Tapi apa pun kau kena keluar dari tubuh dia. Kau tak berhak ganggu dia."

"Tak nak keluar...."

Ustaz tabib pun terpaksa menggunakan 'kekerasan'. Dengan cara tertentu ustaz tabib lakukan.

"Ooo ! Sakit! Sakit! Sakit! baik, baik ! Aku keluar!"

Ustaz Tabib yang baru saja nak memulakan kaedahnya terhenti daripada meneruskan langkahnya. Memberi peluang kepada jin yang menangis teresak-esak akibat kesakitan...lalu ustaz tabib duduk semula di depan Puan J.

"Ooo laa..sakit...T...yang hantar aku...aku jin dari tanah Jawa...dia hantar aku semasa budak ni berada di Kedah!"

"Ooo..kau keluar ya...ambil semua bias-bias dalam tubuh Puan J..barang sihir semua..jangan tinggal sisa pun..."

"Ya, ya aku keluar..tapi aku takut tuan aku marah..."

"Kau ni Islam atau tidak?"

"Ya, Islam..aku jin lelaki."

"Baik, kau Islam tapi buat zalim pada orang terlibat dalam kerja syirik. Aku nak kau bersyahadah kembali kemudian bertaubat...kemudian kau pergi ke.....aku akan doakan kepada Allah agar kau tidak akan diganggu tuan kau lagi, boleh!?"

"Ya boleh!"katanya sambil menitiskan air mata insaf.
 
"Kau hendak keluar ikut mana?" Tanya Ustaz tabib.
 
"Ikut tangan kiri dia!"
 
Ustaz tabib memandang ke arah tangan kiri Puan J sambil memohon dibukakan jalan seluasnya kepada jin dan pasukannya itu keluar dari tubuh Puan J. Kelihatan tangan kiri Puan J bergerak-gerak dan tegang.

Ustaz tabib pun teruskan rawatannya dengan mengeluarkan jin dari tubuh Puan J dengan dibacakan surah Ad-Dhuha dan dilaungkan azan.
 
 Apabila Puan J sudah sedar dan scanning dilakukan sekali lagi Puan J tidak lagi kerasukan.

Puan J juga merasa ringan tubuh badan. Sakit badannya langsung hilang. Alhamdulillah itulah keajaiban kalamullah. Mukjizat sepanjang zaman.

Rupa-rupanya tukang sihir T itu orang atasan Puan J. Menurut Puan J berlaku salah faham dengan T hingga T langsung tidak mahu memandangnya dan bertegur sapa lagi.

Bagi yang ingin mendapatkan rawatan akibat gangguan makhluk halus dan jin dalam tubuh silalah maklumkan kepada kami sesegera mungkin ditalian sebagaimana di atas. 
 
 Kita berikhtiar Allah memakbulkan.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...