Rabu, 7 Mei 2014

Ujian dalam menuntut ilmu

Assalammualaikum tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi. Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog ini.

Baiklah pada petang Selasa yang indah ini , kami ingin berkongsi serba sedikit ujian dalam menuntut ilmu.

Ujian yang dimaksudkan di sini bukanlah bermakna ujian sekolah atau penilaian untuk menyemak sejauh mana pengetahuan murid terhadap ilmu.

Ujian itu juga bukan bermaksud halangan dan rintangan dalam pengamalan sesuatu keilmuan.

Ujian yang kami maksudkan ialah susah payah kami dalam mencari, mendapatkan dan menghadap guru diseluruh pelusuk tanah air dan di bumi Nusantara ini.

Sebenarnya proses pengilmuan yang kami lalui telah bermula sejak dibangku sekolah lagi. Mulanya mestilah yang mendidik kami ialah insan yang menjaga dan memelihara kami sejak kecil.

Bukan senang nak mendapatkan ilmu daripada Tok Wan yang tidak ramah walaupun dengan anaknya. Apatah lagi kami yang bertaraf cucu ini. Hehehe.

Dengan Tok Wan asas kepada ilmu itu ialah mengaji Al-Quran. Kemudian menghafaz beberapa rangkaian doa sehari hari. Hinggalah cara nal solat jenazah.

Apabila kami besar siki almari kitabTok Wan sering menjadi sasaran kami. Bila Tok Wan keluar rumah saja kerja kami pun bermula. Tapi banyak pula kitab jawi yang tidak kami arifi dikala itu sekadar nak baca judulnya seperti Hidayatus Salikin dll kitab kuning bolehlah. Kalau nak belek dari satu fasal ke satu fasal memang mencari pasal apabila Tok Wan pulang tiba-tiba dengan motor Honda petak 70cc nya.


Kelam kabutlah kami menyusun balik kitab Tok Wan kemas-kemas. Bukan apa. Tok Wan belas konstabel polis. Kekemasan adalah cirinya yang paling utama. Baju pagoda yang dipakai di rumah atau sebagai baju panas pun mesti terpacak dan rata serata-ratanya.

Pernah sekali Tok Wan membalun kami dengan surat khabar berita harian yang telah dilipat dan digulung keras-keras.

Sebab selerakkan kitab Tok Wan sampai album gambar keluarga pun terlibat sama. Lupa nak beritahu selain kitab kuning terdapat juga album gambar lama dari hitam putih sampai warna Tok Wan dan seluruh anak-anaknya.

Kami yang anak yatim ni dah namanya akal budak remaja ingin tahu apabila melihat album gambar tersebut. Semasa selak satu persatu album gambar tu terkeluar pula telur cicak yang melekat falam ring album gambar.

Aktiviti mencari telur cicak dan memecahkannya pula kami buat. Macam manalah tak marah Tok Wan. Bila orang tua tu balik tak sempatlah kami megemas.

Nak tunggu ke kat situ lagi dah tahu kerusi malas Tok Wan terletak bersebelahan dengan almari kitab lamanya itu!

Kekadang selain disebat dengan surat khabar berita harian akibat selerakkan kitab kuning dan album lama Tok Wan kami juga akan dihukum dengan hukuman serupa kalau kami membaca surat khabar Tok Wan.

Macam manalah Tok Wan tak marah kalau kami yang dulu membaca surat khabar Berita Harian yang dibeli olehnya.

Tok Wan takkan terus baca surat khabar apabila pulang ke rumah. Dia letakkan dulu surat khabar itu di atas meja kecil di tepi lerusi malasnya sebelum dia menyambar cangkul dan penebas.

Tok Wan nak senamam dulu sebelum membaca. Tebas apa yang patut. Kumpulkan sampah sarap di halaman rumah dan kebun kecil di depan rumah sebelum dikumpulkan dan dibakar.

Nah! Antara jarak masa bau rumput ditebas sehingga bau asasp mengepul menusuk hidung itulah kami membaca,  menyelak dan mengamati setiap berita dan cerita yang ditulis dalam akhbar harian tersebut.

Dah bau asap kami pun berhenti baca dan letak susun lipat elok-elok Berita Harian di atas meja Tok Wan. Sampai satu tahap kami akan kerat dan gunting artikel menarik untuk kami kumpulkan dalam buku skrap.

Tapi apabila Tol Wan mula dah pandai membuat kelongsong untuk dijual kepada apek cina kedai runcit di pekan buat mengisi beras, tepung dan barang lainnya Tok Wan marah kuga bila dapat tahu hobi kami itu. Katanya buat semak bilik saja!

Seiring bergeraknya masa Tok Wan yang kian tua dan rajin mengaji dan bermarhaban selalu le masjid dan ke surau.

Tok Wan tak ajak kami ke surau atau masjid. Cuma Tok yang menyuruh kami ikut Tok Wan ke masjid atau ke surau.

Apabila Tok Wan mula dilantik secara tak rasmi untuk jadi muazzin dan imam di surau yang letaknya hanya diseberang jalan, kami ikut jejaknya ke sana. Kekadang kami jalan bersaing dengan Tok Wan untuk guna tandas sampai Tok Wan mengamuk pun ada. Tapi setakat tampar pintu bilik air sajalah.

Ada sekali datang malas kami Tok Wan akan heret kami ke surau. Hahaha. Pernah kami melihatTok Wan

Itulah guru pertama kami Tok Wan yang membesarkan kami tanpa penat dan lelah yang daripadanyalah kami belajar solat zikir doa2 dan selawat2 hingga solat jenazah.

Apabila kami dewasa mula berdiri di kaki sendiri dan Tok Wan telah kembali ke rahmatullah kami tak rasa sukar lagi untuo mengharungi ujian dalam menuntut ilmu. Kami faham guru yang mengajar akan memperuntukkan masanya yang berharga untuk membimbing kami juga tenaga dan kesenangan hidupnya. Jadi kami tidak lokek untuk menginfakkan harta kami dalam semua aspek semata2 untuk menuntut ilmu.

Kami pernah tak ada duit kakan sekalipun untuk hari itu namun disebabkan Allah Maha Kaya dibukakan hati seorang hamba Allah untuk sedekah kepada kami ketika kami sedang iktikaf di masjid.

Kami pernah dicaci rakan serumah sewa semasa bujang dulu sebagai pengemis hanya semata2 kami hanya mampu memakai baju Pagoda lusuh dan tak mampu beli pakaian.

Apa yang ada pada kami , hampir sebahagian besarnya kami laburkan untuk berkelana mencari ilmu tidur disurau, tidur dalam kereta dan bas semata2 nak pergi menghadap guruuntuk mencari ilmu.

Hinggakan kini tabiaat kami masih sama demi ilmu kami aoan korbankan apa juga setiap sen dalam poket kami hingga pernah duit terakhir dalam poket kami gunakan untuk bayar tol dan infak sedekah kpd guru.

Kerana kami yakin setiap harta kita infakkan untuk guru dan tujuan mencari ilmu akan jadi saksi diakhirat kelak.

Jadi anda bagaimana, besikap terhadap usaha dalam menuntut ilmu, adakah anda berfikir menuntut ilmi hanya sekadar emailkan sahaja amalan? Atau menuntut ilmu sekadar meminta saja tanpa anda berfikir bagaimana untuk menghargai jasa dan penat lelah guru?

Sedangkan anda sanggup berlapar demi membeli material memenuhi hawa nafsu semata sedangkan untuk ilmu yang ingin anda tuntut drp guru adalah percuma percuma begitu saja?!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...