Assalammualaikum…
Beberapa hari lepas kami telah diminta oleh S untuk merawat
dirinya yang hampir dua tahun mengalami gangguan aneh.
Kami tiba di pejabat milik S setelah petang semakin condong.
Awan kian berat.
Menurut S setiap kali bangun pagi tubuhnya berasa amat berat
bagai menggalas batu. Belakangnya juga sakit-sakit khususnya pada tulang
belikatnya.
Sekujur tubuhnya merasa bisa-bisa. Setiap hari dia merasakan
dirinya mahu mati. Tiada semangat untuk hidup. Tiada daya dan minat untuk
bekerja dan berusaha.
Pertama kali kami menemuinya di ofis miliknya di Kota
Tinggi, terlihat jelas gangguan jin pada dirinya. Matanya merah dan sembab.
Hanya semangat diri yang masih berbekal pada dirinya untuk
terus menjalani rutin sehari-hari.
Kami diminta oleh S untuk melihat keadaan ofisnya terlebih
dahulu dan diikhtiarkan untuk membuat pelarisan terhadap perniagaannya.
Kami menyetujuinya namun demikian kami melihat dirinya harus
diambil perhatian terlebih dahulu. Maka kami menyuruhnya memakai telekung dan
menghadap ke kiblat.
Kami memulakan proses pemeriksaan atau scanning dengan
kalimah suci dan niat serta doa yang tidak berbelah bahagi lagi.
Dan tidak lama kemudian tubuhnya bergetar hebat khususnya
pada bahagian muka, tangan dan kakinya.
Semakin lama kami membacakan ayat suci kepadanya semakin
kuat pula tubuhnya bergetar sehingga mulutnya terbuka luas dan lidahnya
terjelir.
Meskipun demikian S masih dapat berkomunikasi dengan kami. Oleh
kerana azan mahgrib sudah berkumandang kami pun meminta kepada S untuk
menyambung selepas solat.
Kami pun bersolat di sebuah masjid dan setelah selesai kami
menuju ke rumah S yang berada tidak jauh daripada masjid.
Di masjid kami telah melakukan berapa langkah yang
sewajarnya agar segala usaha dan ikhtiar kami berhasil dan dikabulkan Allah.
Setibanya kami di rumah S, kami disambut oleh suami dan
anak-anaknya. Sementara menanti S menyiapakan minuman dan kudapan, S menemubual
kami.
Kami tidak keberatan untuk menceritakan perihal kami dengan
tepat dan benar. Kami faham kepercayaan pelanggan kami adalah keutamaan kami.
Tanpa kepercayaan usaha yang akan dilakukan menjadi sia-sia.
Kami tidak datang sejauh ini ke rumah pesakit semata-mata
untuk itu.
Selepas beberapa minit kemudian kami pun memulakan sesia rawatan
lanjut dengan lebih focus. Dengan cara dan kaedah khusus yang kami praktikkan
selama ini, pesakit terus dilanda gangguan jin secara berterusan dan meningkat
sehinggalah gangguan itu menunjukkan dirinya.
Maaf…cerita selanjutnya dan lebih terperinci beserta petua-petua dan tips kami akan kongsikan dalam buku kami
yang akan diterbitkan sedikit masa lagi…
Buku yang berbentuk pengalaman autobiografi itu akan
mendedahkan segala pengalaman kami selama terlibat dalam bidang perubatan
Islam, Melayu, alternative.
Diringkaskan ceritanya…gangguan yang dialami oleh S telah
dikirim oleh kawannya sendiri. Kami tidaklah menekankan hal ini sangat kerana
ia tidak diperlukan.
Apa yang kami nasihatkan kepada S ialah berwaspada dengan
segala dengki khianat orang disekeliling kita hatta rakan sahabat rapat kita
sendiri.
Kemudian silalah jadikan rumah kita sesuai untuk diduduki
oleh kita sebagai orang dan kaum muslimin menajuhi sebarang patung-patung walau
patung mainan.
Rawatan kami lakukan pada S berhasil mengeluarkan ratusan
jin dan akhirnya ketua jin itu sendiri dapat dikeluarkan selepas berbagai
ancaman dan siksaan dilakukan.
Dengan berbekalkan kalimah tauhid dan kaedah pancaran Nur Allah dengan kaedah tertentu
Allah menolong kami sedangkan menurut S sudah 10 orang perawat cuba membantu
tetapi gagal mengeluarkan kesemua jin dalam tubuh S yang dikatakan sudah
bersarang dan berkampung dalam tubuhnya.
Jin tu juga dikatakan sudah sebati dan teramat degil. Namun dengan bantuan Allah kami berjaya menangani masalah itu dan jin itu dapat dikeluarkan semuanya dengan pertolongan Allah. La haula wala quwwata illa billah hil Aliyil Azim!
Kami bukan hendak pamer ilmu ujub riak dan sebagainya. Kami hanya hendak menegaskan gangguan ghaib itu ada dan hendaklah ia dibasmi dengan keyakinan dan tawakal kepada Allah yang sepenuhnya. Dan menjauhi syirik dan maksiat dalam ikhtiar. Elakkan sikit-sikit jumpa tok cha rok bomoh lain-lain pengamal yang menggunakan amalan syirik.
Semuanya kami serahkan kepada Allah yang memudahkan segala
sesuatu yang susah dan meringankan segala yang berat.
Bagi yang memerlukan perkhidmatan rawatan kami sama ada
gangguan jin hingga penyakit fizikal atau campuran atau penyakit lama atau
penyakit yang tidak pasti letak duduknya dan puncanya bolehlah menghubungi kami
untuk mendapatkan rawatan.
Kami bersedia ke rumah pesakit di seluruh Negara insya Allah
dimana ada kemahuan di situ ada jalan.
Kami juga membuka peluang kepada orang awam dan perawat
Islam untuk mengikuti Program Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah yang di
dalamnya bukan sahaja mempunyai ilmu-ilmu ketabiban Islam bahkan juga ilmu
perubatan dan teknik-teknik yang kami praktiskan sendiri berdasarkan warisan
guru dan juga pengalaman kami.
Anda boleh mempunyai set bacaan dan buku rawatan islam di
pasaran tetapi pengalaman ada dalam dada setiap guru yang berpengalaman yang
bersedia berkongsi dengan anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan