Beberapa hari lalu kami telah mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui nombor 019-3244588 yang merupakan nombor telefon bagi menghubungi Pusat Pakar Terapi Rawatan Islam Ilahiah (PUTERI) yang bertempat di Bukit Sentosa, Serendah Rawang Selangor menyatakan kepulangan pengasasnya Dr. Rejab ke rahmatullah.
Abdul Rejab sedang merawat pesakitnya. Gambar daripada http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm |
Yang uniknya rawatan islam beliau lakukan bukan sahaja untuk gangguan mahkluk halus bahkan untuk pesakit biasa atau sakit klinikal juga turut dapat disembuhkan dengan ikhtiar dilakukan oleh Dr. Rejab dengan hanya berzikir dan berdoa.
Kami merasa sedih dengan pemergian beliau namun apa pun kita haruslah redha kerana setiap yang hidup pasti akan merasai mati.
Mati merupakan pertemuan paling dinantikan hamba yang mukmin dengan Tuhan yang mencipta dan menzahirkannya di atas muka bumi ini.
Kami yakin segala khidmat baktinya dalam perubatan Islam hingga tersebar dan terkenal meluas di dalam media dan di kalangan masyarakat pelbagai kaum diganjari Allah sebaik-baiknya.
Jasanya bukan sedikit. Keberadaannya di tengah umat ini walaupun sekejap tetap memberikan impak dan wajah yang indah agama Allah di muka bumi ini di akhir zaman yang penuh fitnah dan pancaroba ini.
Kami berharap alumni kami dan juga perawat Islam lainnya di luar sana contohilah usaha arwah dan kegigihannya dalam meninggikan pengubatan/perubatan Islam.
Jangan hadkan pada pesakit alami gangguan sahaja tetapi luaskan jangan malu-malu dan segan bersaing dengan perubatan moden.
Jangan merasai seperti melukut di tepi gantang. Jadilan gunung yang teguh di tengah-tengah alam ini dan mengukuhkan bumi Allah.
Bersama-samalah kita yang masih diberi kesempatan untuk menghirup udara Allah ini agar berjuang di jalan perubatan dan pengubatan Islam ini. Tentu di luar sana sudah ramai yang menempuh bidang ini dan ada yang sepenuh masa di jalan ini.
Makanya tentu sudah merasai betapa pahitnya kehidupan duniawi dan betapa serongnya sesetengah golongan masyarakat yang memandang enteng pengubatan dan perubatan Islam yang baginya hanya 'ikhlas'ikhlasan' semata-mata.
Walhal masyarakat awam tidak tahu ada perawat yang sepenuh masa mencurah keringat bakti dan hidup mereka dalam bidang ini agar dapat memberi sepenuh komitmen membantu masyarakat.
Jadi masyarakat haruslah bersama perawat jika perkara lain dapat dibelanjakan untuk kepuasan nafsu dan material apalah sangat dengan bayaran atas khidmat rawat perawat Islam yang bertungkus lumus demi kesihatan anda juga.
Maaf, kami begitu empati dengan hal ini. Anda boleh membaca blog perawat Dr. Rejab video dan tulisannya serta siaran medianya dimana banyak kita dapat belajar daripadanya selain mendapatkan semangat daripadanya.
Bagi perawat Islam di luar sana, jika kita ditakdirkan meninggal dunia asbab daripada aktiviti rawatan kita lakukan yakinilah mati kita adalah syahid.
Kita sedar bahawa sihir dapat membinasakan dengan izin Allah jika bersamaan tibanya waktu ajal maka janganlah kita berburuk sangka kepada Allah. Itu tandanya Allah mahu mengangkat kita ke darjat yang tinggi, insya Allah.
Menjadi perawat Islam sebenarnya bukanlah mudah. Selain wajib menjaga diri sendiri dan keluarga dengan batasan syariat dan kekal istiqomah di atas jalan ilmu amal dan taqwa kita juga akan mendepani masyarakat yang belum-belum benar memahami susah payah kita dalam bidang ini.
Apapun teruslah berbakti kepada msyarakat bagi perawat yang telah pergi kita kalungkan Al-Fatihah untuknya semoga Allah mencucuri rohnya dengan rahmat Allah berlimpah ruah. Diampuni dosanya dan diterima amal baiknya dan ditutupi aib kekurangannya.
Amin.
Berikut adalah mesej yang kami terima daripada isteri Allahyarham Dr. Rejab. bagi pesakit, kenalan dan sesiapa sahaja yang pernah berhubung dan kenal dengan arwah harap dimaafkan salah silapnya dan didoakan beliau bahagia di alam sana. Kita pun bakal menyusurinya!
Mesej dari isteri Allahyarham Dr. rejab pada 18 Mei 2014 pada pukul 12.14 PM.
Assalammualaikum. Tuan/Puan, saya isteri kepada perawat. Saya mohon maaf di atas kesulitan yang berlaku. Perawat Abdul Rejab bin Ahmad telah kembali ke rahmatullah pada 8.00 malam pada 16 Mei 2014 dan telah dikebumikan pada 17 Mei 2014. Jika arwah ada salah dan silap pada Tuan/Puan selama ini atau sepanjang mengenali arwah harap dimaafkan. Pusat Rawatan ini tidak akan beroperasi memandangkan beliau tidak meninggalkan pengganti untuk merawat. Sekali lagi pihak kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.
Berikut adalah url laman web beliau.
Untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi 019-3244588.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan