Rasanya semua kita tahu bahawa Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Keutamaan dan kelebihan hari Jumaat yang bermula sejak petang Asar hari Khamis hingga terbenam matahari waktu maghrib hari Jumaat adalah terlalu banyak sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran, Hadis Nabi dan juga Naqal ulamak silam. Mari kita salami 21 amalan pada hari Jumaat yang begitu istimewa ini.
1. Hari Khamis selepas Solat Asar
lagi hendaklah kita banyakkan
-Istighfar
-Tasbih
2. Basuh baju putih dan sediakan
wangi-wangian
3. Sunnat berpuasa Khamis,
Jumaat.
4. Pada malam Jumaat sunnat
-Banyakkan membaca Al-Quran
khususnya Surah al-Kahfi
-Zikir dan Selawat Khususnya
Zikir Kalimah Toyyibah dan Selawat apa saja
5. Sunnat Jimak Isteri pada malam
Jumaat atau siang Jumaat jika tidak berpuasa sunnat
6. Bangun Qiyammulail
7. Mandi dan bercukur serta kerat kuku
8. Sunnat memakai pakaian
berwarna putih bersih lagi suci daripada najis
9. Sunnat memakai serban pada
hari Jumaat
10. Sunnat seawal mungkin ke
masjid dan beriktikaf. Menurut hadis nabi terdapat 4 waktu kita ke masjid pada
hari Jumaat iaitu
Waktu Pertama = Terbit fajar
hingga terbitnya matahari
Ganjarannya=Pahala laksana
sembelih korban seekor unt
Waktu Kedua=Terbit matahari
hingga naik matahari
Ganjarannya=Korban Seekor lembu
Waktu Ketiga=Matahari sudah
berada di langit dengan jelas sekali hingga panas telapak kaki memijak bumi
Ganjarannya=Korban Seekor Kambing
bertanduk
Waktu Keempat=Waktu Dhuha
Ganjarannya = Pahala umpama
menghadiahkan seekor ayam
Waktu Kelima=Waktu-waktu akhir
waktu Dhuha hingga gelincir matahari iaitu melepasi waktu tengahari.
Ganjarannya=Sebutir telur ayam
11 Haram melangkah bahu org utk
sampai kedepan.
12. Haram melalui hadapan orang
sedang solat biarpun ada dinding
13. Sunat menuntut Saf yang
pertama
14. Mendengar Khutbah jangan
tidur jgn solat sunnat ketika khatib membaca khutbah melainkan baharu masuk
atau sampai ke masjid solat sunnat tahiyyatul masjid
15. Haram berkata-kata urusan
dunia dlm masjid
16. Niat iktikaf
17. Selesai solat Jumaat sunnat
-Membaca Surah al-Fatihah 7x
-Surah al-Ikhlas 7x
-Surah al-Falaq dan an-Nass 7x
Fadilatnya menurut ulama silam
ialah dipeliharakan daripada kejahatan dan berbahaya segala perkara dan makhluk
serta godaan dan gangguan syaitan sehingga Jumaat akan datang.
-Sunnat Membaca Doa Selepas Solat
Jumaat
Allahumma Ya Ghaniyu Ya Hamid Ya
Mubdiu Ya Mu’id Ya Rahimmu Ya Wadud
Aghnini bi halalika an haramika wa bi tho’atika an maksiyatika wa bi
fadlika amman siwak. -3x-.
Ulamak berkata, sesiapa yang
istiqomah membaca doa ini nescaya akan dikayakan Allah akan dia daripada makhlukNya dan memberi rezeki akan dia tanpa
disangka-sangkanya walau tanpa diusahakannya.
18. Lebih afdhol ditambah doa
yang diajarkan Rasulullah Sollalahu ala wassalam yang jika dibaca doa ini maka
hutang sebesar bukit Uhud sekalipun akan
terbayar berkat doa ini iaitu
Allahummakfini bi halalika an
haramika wa aghnini bi fadlika amman siwak
Ulamak berkata, sesiapa yang
membaca doa ini sebanyak 7x nescaya tiada lalu atasnya dua jumaat hingga jadi
kaya dia.
19. Selesai berwirid dan berdoa sebagaimana di atas maka
dirikanlah Solat Sunnat Sesudah Jumaat
-2 Rakaat Solat Sunnat Sesudah
Solat Jumaat hukumnya Sunnat Muaakad
-4 Rakaat Solat Sunat Sesudah
Solat Jumaat hukumnya Sunnat Ghairul Muaakkad amalan Fuqaha
-6 Rakaat Solat Sunat Sesudah
Solat Jumaat hukumnya Sunnat Muaakkad amalan Ahli Sufi
Dalil solat sunnat 2,4 dan 6 ini
ada diriwayatkan oleh Saiyidina Abdullah bin Omar r.a iaitu 2 rakaat.
Diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah r.a 4 rakaat. Diriwayatkan oleh Saidina
Abdullah bin abbas r.a 6 rakaat. Menurut Imam Al-Ghazali 6 rakaat itu PALING
AFDHOL.
20. Sunnat Iktikaf dalam masjid
selepas solat Jumaat dan solat sunnat hinggalah masuk waktu Asar. Jika dapat
lagi iktikaf hingga Masuk Maghrib lebih afdhol lagi. Ulamak menaqalkan pahala
bagi yang kekal di masjid hingga Asar laksana pahala mengerjakan haji dan
pahala kekal hingga ke mahgrib laksana pahala mengerjalan haji dan umrah.
21. Sunnat ketika iktikaf itu
-Membaca Al-Quran-andia belum
dibaca lagi Surah al Kahfi maka bacalah. Jika sudah baca pada malamnya maka
bacalah maksudnya dan tadabburlah isi kandungannya.
-Berzikirlah dgn sepenuh hati dan
tumpuan
-Berselawatlah ke atas nabi
-Tafakurlah iaitu “ memikirkan
ayat-ayat Allah dan syukur kepada Allah atas hidayah, taufik dan inayahNya dan
takut kepada Allah sebab taksirnya berbuat ibadat dan muraqabah dengan hatinya
hingga solat Mahgrib. Sebab fadilat waktu-waktu ini adalah sangat besar di sisi
Allah dan amat banyak pahalanya.
-Jangan berkata-kata sewaktu
iktikaf dlm urusan dunia
Sabda Rasulullah, akan datang pada
suatu akhir zaman manusia bercerita dalam masjid urusan dunia padahal Allah
tidak suka perkara itu. Maka jangan kamu duduk berhimpun dengan mereka itu.
-Jika khuatir berlaku riya atau
gangguan lain kepada iktikaf dan ibadat di masjid maka pulang ke rumah dan
tetaplah melakukan perkara-perkara disebutkan di atas.
Banyak lagi hadis dan petuah alim
ulamak dalam mengimarahkan hari Jumaat selaku Penghulu Hari. Yang mana-mana pun
amallah yang penting istiqomah. Sememangnya senarai di atas mustahil dilakukan
jika yang bekerja pada hari Jumaat. Jadi ambil pendekatan begini. Kalau tak
dapat buat semua jangan tinggal semua. Semoga apabila Allah memberikan kita masa
lapang maka kita laksanakan sedaya mampu mungkin atau semaksimum munngkin
mudah-mudahan bertambah darjah kita di sisi Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan