Asssalammualaikum...
Dalam beberapa Jumaat lepas, Ina (nama samaran) telah datang menemui kami untuk mendapatkan rawatan.
Sebenarnya Ina pernah dua kali berjumpa kami untuk mendapatkan rawatan. Alhamdulillah gangguan dialaminya semakin berkurangan.
Dari pemerhatian kami Ina diganggu jin. Ina selalu merasa berat di belakangnya. Sukar untuknya membaca Al Quran, beribadah dan malas dalam menjalani rutin hidup sehari-hari.
Rawatan kali pertama dan kedua berjaya mengatasi banyak siptom gangguan seperti merasa berat di belakang, sakit-sakit badan dan malas beribadah.
Ina semakin pulih dan diberi kekuatan oleh Allah untuk melakukan amal ibadah.
Namun tidak lama kemudian Ina merasa dalam badannya ada sesuatu yang bergerak-gerak.
Ina merasa tidak selesa kerana benda yang bergerak-gerak dalam badannya itu berubah-ubah tempat ke seluruh badan.
Sebaik sahaja Ina duduk depan kami, beberapa penerangan dan dakwah disampaikan.
Setelah selesai sesi tersebut, kami pun memulakan rawatan. Kami diilhamkan oleh Allah untuk dengan bacaan ayat tertentu dan teknik tertentu sehinggalah kami melaungkan azan ke telinga Ina (teknik yang diilhamkan oleh Allah sewaktu merawat Ina juga daripada pengalaman dan ilham dari sesi rawatan ke atas pesakit lain sebelum ini kami namakan ia sebagai ATR-KPR)
Setelah beberapa ketika rawatan bermula, badan Ina bergetar hebat dari perut hingga ke kepalanya. Dan Ina pun kerasukan.
Jin: Berhenti, aku sakit..adui...
Kami:Siapa engkau?
Jin: Aku..aku adalah jin Islam.. aku datang kerana budak ni ada titisan darah keturunannya...aku harus duduk padanya...
Kami: Keturunan mana?
Jin: Aku datang melalui perjanjian yang dimeterai dari tuan aku yang mengikatkan aku pada keturunan budak ni...budak ni ada darah sultan____ tapi moyangnya sultan_____tidak mengamalkan ilmu ni....mereka tak pedulikan aku dan mereka sangat taat kepada Allah.
Kami: Siapa nama tuan engkau yang mengikat engkau pada keturunan budak ni?
Jin: Aku lupa...adoi sakitnya aku!
Kami: Aku tanya siapa tuan engkau yang bertanggungjawab mengikat engkau dalam wanita ini?
Jin: Baiklah aku beritahu...namanya Senggoro dari Jawa Barat. Dia ikat aku dengan sebuah jampi.
Kami: Apa jampi tu kau bacakan aku nak dengar
Jin: (jampi dalam bahasa jawa pekat dan jawa kuno...yang difahami adalah perkataan waritsin yang bermaksud waris)
Kami: Apa maksud jampi tu?
Jin: Entah aku pun tak tahu.
Kami: La, kenapa engkau bodoh sangat maksud jampi tak tahu tapi kau kena ikut dan ikat juga pada keturunan dia.
Jin: Memang aku tak tahu maksudnya...Senggoro itulah yang bodoh. Dia memang bodoh ikat aku macam ni.
Kami: Senggoro tu masih hidup ke?
Jin: Dia dah lama mampus. Dia dah mati aku derita kat sini lagi. Bodohlah Senggoro tu!
Kami:Engkau pun bodoh juga sebab ikut dia buat apa. Berapa usia engkau?
Jin: Usiaku 157 tahun...
Kami: Baiklah, sekarang engkau keluar dari jasad wanita ini, boleh?
Jin: Pertama kali aku buka rahsia ni pada kau...sebelum ini aku tak pernah beritahu sesiapapun identiti aku ni..habislah aku...rahsia aku dah diketahui...habislah aku!
Kami: Benar, rahsia engkau dah banyak terdedah. Aku dah kenal siapa engkau. Jadi engkau harus keluar dari jasad wanita ini. Tiada guna lagi kau bersembunyi.
Jin: Emm (menangis) Sebenarnya aku malu dengan engkau...aku dah beritahu rahsia diri aku kat engkau...
Kami:Takutlah dan malulah engkau kepada Allah yang menciptakan aku dan engkau. Setiap perbuatan kita di dunia akan dibalasinnya. Tidakkah engkau takut akan neraka ?
Jin: Ya aku takut, aku tau semua itu...budak ni pun bodoh yang dia pergi belajar pada engkau ni buat apa. Sejak dia jumpa engkau, berubat dan mengambil ilmu daripada engkau aku memang menderita sangat. Aku panas, sakit dan tidak boleh duduk senang macam dulu lagi. Aku nak tanya ilmu apa yang kau miliki ni ha!
Kami:Aku tidak ada apa-apa ilmu. Yang memiliki ilmu adalah Allah.
Jin:Ya benar cakap engkau. Aku sebenarnya marah betul dengan budak ni yang dia pergi jumpa engkau siapa suruh. Aku pernah sekali cuba mencari siapa guru engkau.
Kami:Sudahlah wahai jin. Sekarang engkau nak keluar atau tidak atau engkau hendak aku membaca doa______.
Jin: Oh jangan! Kau jangan baca doa tu. Aku amat takut. Aku amat takut sekali bila budak ni baca doa yang kau ajar tu.
Kami: Kalau begitu engkau keluarlah!
Jin: Baik aku boleh keluar demi menghormati engkau.Tapi aku akan datang masuk semula nanti.
Kami: Takutlah kepada Allah. Kau tidak boleh masuk kembali ke tubuh wanita ini. Jika tidak engkau akan terus terseksa apabila wanita ini terus beramal dan berjumpa dengan aku.
Jin: (Menangis dengan kuat) Aku tak mahu budak ni ikut buat apa kau ajar! Tapi aku pun dah dedahkan siapa diri aku! Sepanjang usia budak ini hampir 20 tahun lebih aku tak pernah mengalah dan mengaku siapa aku sebenar. Kesemua sembilan orang perawat yang pernah budak ni temui aku dapat tipu mereka seperti aku bersembunyi dan gagal dikesan. Tapi dengan engkau aku hairan aku tak boleh. Mungkin inilah tandanya aku kena pergi dari budak ni selama-lamanya. Sebelum aku keluar, aku ada satu permintaan...boleh?
Kami: Silakan
Jin: Aku betul-betul menyesal atas kezaliman aku selama ini terhadap wanita ini. Aku tahu kehadiranku menyebabkan masalah dalam hidupnnya. Aku selalu hasut agar wanita ini membenci ibunya. Aku selalu mengganggu dia ketika dia solat dengan berdiri di belakangnya. Sebab itulah budak ni selalu merasa ada orang di belakangnya. Aku selalu bergerak dalam tubuhnya menyebabkan dia merasa sakit dan nyeri. Aku banyak dosa kepada Allah dan wanita ini.
Kami: Mahukah engkau bertaubat kepada Allah. Sesungguhnya innallah ha ghafurru rahim yang bermaksud sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha menyayangi.
Jin: Ya aku bertaubat.
Lalu kami mengajar jin itu mengucap dan istighfar. Selepas beberapa kali istighfar jin bersuara dalam tangisan.
Jin: Beritahu wanita ini agar memaafkan aku atas kezaliman aku buat padanya. Aku keluarlah sekarang.
Subhanallah, masya Allah quwwata illa billah! Semuanya atas izin Allah jua. Inilah kali pertama kami merawat pesakit kerasukan jin yang mahu keluar dengan sambil beristighfar. Mulai hari itu wanita tersebut tidak lagi merasa berat dan gangguan gerakan misteri dalam badan. Dia kembali menjalani hidup dengan ceria.
Ina adalah pelajar kami. Terbukti nyata amalan dalam silibus keilmuan kami anjurkan sangat anti jin dan segala gangguan sihir dan saka. Silalah anda hubungi kami untuk mengikuti Program Gemblengan Ilmu Hikmah di talian 013 6421228.
Rawat Sebelum Lewat. Rawat dengan kaedah yang Selamat dan Kembali Sihat. Dan Allah Berserta Kamu Dimana Saja Kamu Berada. Dan Dia Maha Melihat (Al-Basir) Apa Yang Kalian Lakukan. Surah al-Hadid ayat 4.
Pages
- Laman utama
- Akidah
- Nabi Muhammad s.a.w
- Ruqyah
- Maklumat Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah - Ilmu Hikmah Multifungsi dan Ilmu Pengubatan Islam Tahap Asas hingga Tertinggi
- Testimoni Pelajar Ilmu Hikmah
- Maklumat Rawatan Islam, Tradisional dan Alternatif
- Testimoni Pesakit
- Pustaka Hikmah Maya
- Lokasi kami
- Hubungi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU
ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal. Pad...
-
Assalammualaikum Dalam beberapa tahun ini pasti kita pernah mendengar gangguan jin yang bersifat nyata seperti tiba-tiba muncul api di rum...
-
Selalunya dikaitkan dengan malang dan mara bahaya. Orang-orang tua pesan kalau kita dalam perjalanan tiba-tiba melihat biawak melintasi jala...
-
Asssalammualaikum. Kita memohon perlindungan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (As-Sami' ul Alimu) daripada gangguan dan bi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan