Isnin, 7 Mei 2012

Ilmu

Syeikh Abdus Samad Al-Jawi Al-Palimbani semoga Allah melimpahkan rahmat kepada rohnya, menulis dalam Sayirus Salikin (terjemahan, tafsiran, saduran, pemantapan, peMelayuan daripada Lubab Ihya Ulumiddin oleh Al-Ghazali) Juz 1, muka surat 24-25, terbitan Pustaka Nasional, diperbaikkan bahasanya oleh Muhammad Labib, ditahqiq dan dibetulkan oleh Syed Ahmad Semait, semoga Allah merahmati kedua-duanya, memetik kata Saiyidina Umar r.a, barangsiapa meriwayatkan sepotong hadis nabi s.a.w lalu diamalkan oleh orang lain, nescaya orang itu memperoleh sama seperti yang mengamalkannya. Menurut Mu'az bin Jabal bahawa mempelajari ilmu kerana Allah itu suatu kebaikan, menuntut ilmu itu ibadat, mengkaji ilmu itu suatu tasbih, menanyakan suatu ilmu itu suatu jihad di jalan Allah, mengajarkan ilmu kepada orang jahil itu suatu sedekah, menyampaikan ilmu kepada yang berhak suatu perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah, ilmu itu juga teman ketika kesunyian, ilmu itu menunjukkan apa yang disukai dan yang patut dibenci, ilmu menyuluh jalan menuju ke syurga, ilmu itu mencelikkan mata hati yang buta, menerangkan yang gelap, menguatkan jasmani yang lemah, menyampaikan seseorang kepada martabat Abrar (golongan yang kuat beribadat), meninggikan darjat, memikirkan mengenai ilmu menyamai berppuasa setiap hari, mengkaji ilmu menyamai beribadat semalaman, dengan ilmu Allah ditaati, dengan ilmu diketahui halal haram, dengan ilmu amalan menjadi betul, dengan ilmu diperolehi kemenangan di Akhirat dan dengan ilmu seseorang itu terlepas daripada api neraka Jahannam. Komentar saya : hendaklah saudara saudari faham setiap perkataan yang dipilih dan ditulis mempunyai pengertian yang panjang dan mendalam untuk difahami bahkan makna ilmu itu sendiri pun berbeza dengan apa yang kita belajar di sekolah dan faham dalam kotak kepala yang sempit sebelum ini. Sama-samalah kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...