Selasa, 29 Mei 2012

Diri

              Cubalah renungi diri sendiri. Sejauh mana kita mengenali diri sendiri. Sewaktu  saya bersekolah saya pernah disoal dengan satu teka teki spontan. “Sekarang cuba sebutkan berapa jumlah butang baju kau?” Saya gagal menjawabnya dengan pantas. Tidak dapat tidak saya terpaksa menundukkan kepala. Menghala mata kearah butang baju saya dan mengiranya satu persatu. “7!” kata saya. Kawan saya tersenyum, katanya, sebelum ini nyata kau tidak tahu jumlahnya, kini engkau sudah tahu setelah engkau mengiranya.”
            Begitulah saya terkena dengan kawan saya itu. Dalam ‘terkena’ terselit satu pengajaran yang tersirat sekali. Apabila direnungkan boleh membuahkan fikiran yang manis-manis. Dalam ceramah motivasi kita selalu ditanyakan siapa diri kita? Mengetahui diri kita, dari mana kita datang dan kemana kita pergi sudah menjadi suatu kebiasaan dalam ceramah motivasi. Selalunya pertanyaanlah yang lebih mengujakan berbanding jawapan yang diberikan. Membuatkan saya terfikir berhari-hari lamanya.
           Orang berkata siapa Aku. Disitulah banyak orang mencari dan banyak juga buntu dalam pencariannya. Di situ juga banyak yang mencari dan banyak juga yang ketemuinya jalannya.
           Apabila dikiaskan dengan diri maka akan terbangkitlah suatu keterpesonaan yang amat mendalam dalam sanubari kita akan siapa diri kita yang sebenarnya. Jika kita mengatakan kita manusia itu masih lagi luaran. Kalau kita katakan kita hamba Allah itu masih lagi luaran. Jika kita katakan kita ini orang Islam itu masih lagi luaran. Kenapa luaran?Kerana kita tidak memahami apa yang kita katakan itu . Malah banyak orang tidak sedar apa yang disebutnya. Pernah melihat kejadian orang berjalan semasa tidur? Siapa yang berjalan dan dengan apa dia berjalan?
            Begitulah manusia yang apabila disoal siapakah diri, dia menjawabnya sepintas lalu begitu sahaja bagai melepaskan batok di tangga. Apabila ditanya ia menjawab. Kadangkala dijawabnya dengan main-main. Sambil lewa sahaja. Persoalan mengenal diri bukanlah suatu ajaran bukanlah suatu aliran pemikiran bukanlah suatu mazhab bukanlah suatu agama sekalipun. Ia berlaku dalam sekelian keadaan,  masa dan waktu. Ia berlaku di sekian tempat dan ruang. Dalam jaga dan tidur. Dalam senyum dan duka. Siapakah aku? Selagi mana kita dengungkan persoalan itu ke dalam hati kita selagi itulah kita semakin mahu mendalami masuk selam ke dalam diri kita.
          Menyelam ke dalam diri  mungkin boleh disamakan menyelam ke dasar lautan yang dalam. Lautan yang dalam menyimpan sejuta misteri dan keunikan makhluk dan landskap ciptaan Tuhan. Begitu juga, ada lautannya, ada kapalnya, ada ceritanya…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...