Ahad, 31 Mac 2019

Pukulan Kebatinan dan Akibat Menyalahgunakannya

Kipas Nandung, Pancung Sumatera, Senjata Fakir dan lain-lain nama pukulan kebatinan memang ada dan tersohor dikalangan guru silat di alam Nusantara. Penganut Hindu bagi aliran tertentu juga mempunyai senjata kebatinan tersendiri spt Pola Kemusnahan dlm sistem mistik Gtummo Klasik yg dapat menyekat organ dalaman mendapat oksigen, mineral dan darah. Pokoknya kebatinan itu wujud pd semua bangsa dan kepercayaan. Kesan pukulan kebatinan ini ialah 'makan dalam'. Muntah darah, tulang remuk, organ dalaman cedera dan pecah, putus tali urat jantung adalah antara simtom serangan batin tersebut. Bagi pengamal hizib auliya, kesan penangan hizib adalah seperti buta, lumpuh dan lumpuh terkumpul dlm bentuk permohonan yg dirangkaikan dgn asma dan rumus huruf tertentu. Apatah lagi dlm dunia sihir. Lebih banyak lagi, rencam dan tak berperi kemanusiaan. Lazimnya senjata rahsia ini digunakan saat terdesak sahaja. Namun apabila dilanggar pengamal akan mendapat balasan drp perbuatan menggunakan senjata rahsia utk menzalimi manusia. Atau balasan karma dlm kepercayaan Hindu. Si penyalahgunanya akan dibinasakan oleh energi atau khodam atau jin perewangnya sendiri selumat-lumatnya. Nasibnya dirundung sengkolo dan malang seumur hidupnya. Nyawanya berakhir dgn perbuatan yg sama drp org lain ke atas dirinya. Atau lebih dahsyat dan sadis lagi. Hukum Alam telah ditentukan demikian oleh Sang Maha Penguasa Alam.
Semoga Allah membela allahyarham Adib melalui hambaNya yang berani menegakkan keadilan dan kebenaran!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...