Sabtu, 23 Jun 2012

Sediakan payung sebelum hujan dan belajar ilmu

Salam sejahtera. Formula sukses yang dimaksudkan ialah bagaimana menggunakan ilmu rawatan secara sukses dan berjaya. Banyak yang belajar ilmu rawatan daripada buku dan internet.
              Ada yang belajar ilmu tanpa bertemu pengajarnya. Ada yang main-main kirim dari jauh tanpa sentuhan hikmah pengajarnya. Ada yang belajar tetapi lebih banyak teori daripada praktikal. Ada yang belajar sesuatu yang telah diketahui. Ada yang belajar sekerat-sekerat kalau mahu belajar lagi sila tambah bayaran. Ada yang belajar dari orang yang salah, yang hanya fotostat nota. Jadi inilah masalah yang berlaku. ]
               Di sinilah penyelesaiannya, dimana semua masalah itu dikenalpasti dan diatasi dengan cara yang benar demi sukses dalam mempraktikannya dalam kehidupan sehari-hari. Belajar ilmu hikmah bukan sekadar mahu mengubati orang tetapi juga untuk pelbagai aspek kehidupan sehari-hari. Inilah yang masih kurang difahami oleh kebanyakan si pencari.
                Elakkan teraba-raba dalam gelap dan ketidakpastian. Dapat penerangan yang tepat dan luwes. Belajar dulu di sini untuk membuktikan segala tanggapan negatif anda itu diluruskan dan dibetulkan. Belajar ilmu hikmah harus tahu tentang anatomi batin diri kita terlebih dahulu. Barulah kita tahu cara nak manfaatkannya.
                  Pembelajaran ilmu hikmah yang benar ini masih berjalan dengan upgrade dan update yang terkini. Marilah kita berhijrah daripada jahil kepada berilmu. Ingatlah sediakan bekal secukupnya berjalan di muka bumi Tuhan ini. Binalah karier anda dengan baik dan lindungilah diri anda sebelum fitnah datang menguji. Nanti tidaklah terkial-kial mencari kepastian dan rawatan. Nanti tidaklah ditipu oleh si licik yang menyamar menjadi perawat dan bomoh.
                   Ada dikalangan anda berpelajaran tinggi dan membina karier dengan baik tetapi gagal menyediakan payung sebelum hujan. Maka ramailah yang 'terkena' dan 'dikenakan'. Ramai yang menceburi bidang perniagaan dan mahu untung sahaja dan membeli segala material kehidupan serta gajet mahal. Tetapi dada kosong maka mudahlah ditembus segala gangguan. Jangan hendak berak mahu terkocoh-kocoh menggali lubang. Jangan terhantuk baru nak terngadah. Sediakan payung sebelum hujan dan mari penuhi dada dengan ilmu hikmah yang bermanfaat dunia dan akhirat. Terus email rahmaniah999@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...