Isnin, 25 Jun 2012

Cerita Misteri 1


           Walaupun peristiwa itu telah berlaku hampir enam tahun, namun segalanya bagai baru bagi saya. Hari itu seperti biasa saya akan ke sekolah seawal pagi selepas subuh kira-kira jam 6.35pagi. ayah saya seorang tukang kebun sekolah, disebabkan itu saya terpaksa mengikut jadual kerjanya untuk ke sekolah. Pulang dari sekolah, saya mula rasa sakit-sakit pada belakang betis kaki kiri. Saya fikir kerana saya terlalu banyak berdiri, maklumlah pengawas sekolah. Ditambah pula dengan berat badan saya yang berlebihan ketika itu.
            Semakin hari semakin sakit bias di belakang betis kaki kiri saya. Puas sudah ibu saya mengurut. Katanya urat kaki saya tegang sebab banyak berdiri. Tapi rasa sakit itu kelamaan berubah menjadi kebas. Saya semakin risau. Kata ibu, darah saya tersekat sebab itu kebas. Saya fikir rasa kebas di kaki saya hanya kerana masalah fizikal saya yang terlalu gemuk. Saya mengurut kaki saya setiap hari, namun semakin saya urut semakin bertambah rasa kebas itu. Saya dan ibu semakin bimbang. Hampir sebulan rasa kebas di kaki. Kebas itu merebak ke seluruh kaki kiri sehingga paras pinggang. Tidak lama beberapa hari kemudian, rasa kebas itu telah mula saya rasakan di badan bahagian sebelah kiri. Kini pergerakan saya terbatas. Mahu ke tandas juga solat saya terpaksa minta bantuan ibu. Saya tahu ibu menangis melihat keadaan saya tapi kuatkan semangat demi saya. Ibu membawa saya ke hospital untuk pemeriksaan. Kata doctor saya tiada sakit apa-apa dan sihat.
            Suatu pagi, bangun dari tidur saya rasa pipi sebelah kiri saya pula kebas. Kali ini saya tidak dapat menahan sebak. Mujurlah seorang kawan kepada adik kenal dengan seseorang yang tahu serba sedikit perubatan islam. Saya dibawa ayah ke rumah orang tersebut. Sampai di rumahnya, hati saya jadi tidak keruan. Rasa macam mahu berlari pulang sahaja. Seorang lelaki berusia dalam awal 40-an berdiri di muka pintu menjemput kami masuk. Saya hanya menurut. Saya lihat wajah lelaki itu yang kami gelarnya sebagai Pak Man tenang sahaja. Selepas meminta izin untuk mengambil wuduk, Pak Man keluar dan duduk dihadapan saya sekembalinya dia dari dapur.    
            Pak Man bertanya masalah yang berlaku. Ayahku menceritakan segalanya. Pak Man hanya menganggukkan kepala. Setelah diam seketika, pak Man mula membaca bismillah dan al-Fatihah beberapa kali. Tangan kanannya di lalukan di atas kaki kiri saya beberapa kali tanpa menyentuh kaki kiri saya. Setelah berjaya mengesan sesuatu, jari ibunya ditekan disuatu tempat dan dengan menyebut nama Allah, Pak Man menarik keluar ‘benda’ yang berada di kakiku juga di tengah belakang dadaku. Alhamdulillah, ekoran daripada peristiwa itu, kebas di kaki dan seluruh badanku semakin hlang. Kata Pak Man, aku perlu segera berurut untuk mengelakkan kakiku kekal berjalan seperti orang cacat. Kini, aku sudah pulih sepenuhnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...