Salam. Sangat luas maksud perubatan Islam itu. Jadi jangan kita sempitkan dengan manhaj yang kita pelajari dan wakili sahaja. Ia meliputi semua aspek sama ada dari aspek zahir dan aspek batin. Perubatan yang menggunakan bahan alami, kimiawi, herba, dengan menggunakan kekuatan rohani, zikrullah, tafakur dan lain-lain lagi rahsia ilmu hikmah. Jadi pelajarilah selagi berkesempatan.
Sekarang dunia perubatan alopati atau perubatan Moden-Barat pun semakin tidak boleh dipercayai. Bayangkan untuk sesuatu penyakit yang menunjukkan siptom jangkitan organisma antara yang diberi ialah antibiotik yang sama sahaja. Ada yang memakan antibiotik dan kemudian jantungnya berdebar kencang. Semput. Kelabu mata. Pening. Sakit kepala. Sembelit. Begitu juga ubat kimiawi yang lain. Bila ada kesan sampingan tak ada pula orang yang nak mempersoalkan hak sebagai pengguna terhadap pihak famarsetiukal yang bertanggungjawab mengeluarkan ubat sebegini. Tak ada pula yang secara kritis mengarusperdanakan pandangan terhadap perubatan moden ini.
Tetapi kalau perubatan non alopathi kalau berlaku sesuatu yang tidak diingini akan dibersar-besarkan dan habis semua pengamal yang jujur amanah, bersih dan berilmu pun terpalit sama. Kalau kita lihat di hospital kerajaan mahupun swasta saban hari dipenuhi dengan pesakit yang menunggu giliran membuat saringan dan berjumpa doktor. Malah ada yang menunggu nak berjumpa doktor dari sebelah pagi membawa sampai ke petang. Itu belum lagi yang diperingkat saringan. Beberapa saringan perlu dilakukan sampai berulang alik datang ke hospital menunggu berjam-jam mahu mendapatkan rawatan walhal doktor hanya memberikan ubat sahaja. Berbeza dengan perubatan Islam misalnya, siap ada konsultasi percuma berjam-jam setiap pesakit, sampai pesakit puas hati dan membawa bekalan semangat motivasi untuk bersabar dan bertahan. Ituoun masih orang kita memandang serong terhadap perubatan Islam.
Ditambah pula sikap sebahagian kita yang menyepitkan skop perubatan Islam dihadkan hanya yang diketahui dan dipelajarinya sahaja. Pada masa yang sama menolak manhaj lainnya sampai menghukum sesat dan bidaah. Tidakkah kita mahu sedar tahap tertinggi ilmu perubatan Islam ialah tahap penyerahan atau ilmu penyerahan? Sukar untuk saya jelaskan di sini melainkan pembaca mengikuti bimbingan ilmu hikmah dan rasailah perubahan diri. Jangan terpedaya dengan syak zaan dan dugaan semata-mata, tetapi raihlah Kenyataan bukannya Ilusi dan Fantasi lagi. Maaf saya katakan dek kerana kurangnya ilmu pengetahuan maka ramai lagi perawat tidak layak menjadi perawat sebenarnya kerana selain membahayakan diri malah akan membingungkan pesakit yang datang berulang alik menerima rawatan daripada dirinya.
Di perubatan rahmaniah, Ilmu Hikmah perubatan yang diajar TIDAK melibatkan tangkap jampi jin khodam dll. Tidak melibatkan barang dari alam ghaib dan sewaktu dengannya. Semua itu tidak langsung mendapat tempat di sini. Bersih 100% daripada unsur diatas dan meragukan. Bahkan tahap pembelajaran ialah kelas A++ dengan penerangan tuntas dan pengisian dalaman yang terus menuju kepada pendalaman rasa jiwa. Bimbingan ilmu hikmah di sini bersifat ekslusif, personal dan eksekutif. Profesional menjadi amalan dan ia ditahap pakar. Begitu juga rawatan yang ditawarkan bagi yang berhajat ia bertahan kepakaran. Bukan mendambik dada salangkan di luar sana ramai lagi yang hebat-hebat belaka cuma saya nak yakinkan kepada pembaca d sini bahawa betapa seriusnya kami terus menerus memberikan perkhidmatan bimbingan istimewa ilmu hikmah dan juga rawatan kepakaran bagi pesakit yang datang.Insya Allah. Terus emel ke rahmaniah999@gmail.com untuk tentukan tarikh dan waktu datang belajar. Belajarlah daripada ahli agar anda tidak rugi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan