Jumaat, 27 Julai 2012

Cerita Misteri 2

Cerita Misteri 2

     Siapa akan percaya dengan kisah saya jika mereka sendiri tidak lihat dan alami sendiri. Tapi inilah yang berlaku kepada saya. Saya sudah hampir enam tahun tidak melalui kawasan depan rumah saya. sejak sakit di'buat' orang, saya tidak pernah masuk ke rumah melalui pintu depan. Saya hanya masuk ke rumah melalui pintu dapur di belakang. Bermula saya di tingkatan 6 sehinggalah saya melanjutkan pelajaran ke universiti, saya tetap melalui pintu dapur untuk masuk ke dalam rumah.
     Bukan saya tidak mahu masuk menggunakan pintu depan, tapi seperti ada yang menjaganya. Setiap kali saya masuk melalui pintu depan, pasti kaki saya yang sudah sembuh daripada sakit dahulu akan sakit semula. Kebas-kebas akan kembali terasa di seluruh kaki saya terutama di kawasan betis sebelah kiri.
     Setiap kali itulah saya akan pergi berjumpa dengan Pak Man untuk menghilangkan rasa kebas itu. Akhirnya saya membuat keputusan untuk kekal melalui dapur untuk masuk ke rumah. walaupun begitu, saya bersyukur, tidak ramai jiran-jiran dan kawan-kawan saya yang menyedari akan hal ini menyebabkan saya selesa masuk ke rumah melalui pintu dapur. walaupun saya terpaksa melalui lorong gelap yang agak 'keras' untuk sampai ke pintu dapur rumah saya. Tetapi, Alhamdulillah saya tidak pernah diganggu atau ternampak apa-apa yang sering dikatakan penduduk di kawasan perumahan rumah saya tentang lorong kecil di belakang rumah saya.
     Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia menemukan saya dengan seseorang yang telah menyebabkan segala masalah dan perkara yang menghantui hidup dan diri saya bebas dari terus membelenggu diri saya. Suatu hari, ustaz telah sampai ke rumah saya, dan dia berasa pelik dengan diri saya.
     "Kenapa tak masuk lalu depan?" Soal ustaz kepada saya setelah berasa hairan melihat saya masuk melalui pintu dapur di belakang.
     Saya terdiam seketika. Tidak tahu apa yang patut dijawab ketika itu.
     "Tak boleh ustaz, nanti sakit." Ringkas saya menjawab setelah mendiamkan diri agak lama.
     Ustaz diam memandang saya. tidak lama, ustaz telah mencadangkan kepada saya untuk jangan terlalu percaya sangat dengan kejadian itu dan meminta saya untuk melalui pintu depan untuk masuk ke dalam rumah keesokannya. saya hanya diam memandang lantai.
     Mendengar nasihat daripada ustaz, buat pertama kalinya setelah hampir enam tahun, saya akhirnya telah masuk ke dalam rumah melalui pintu hadapan.Tiada apa yang berlaku. saya semakin yakin. Malam keesokannya, saya mula berasa kebas dihujung jari kelingking kaki kanan. ketika itu, ustaz ada bermalam di rumah saya, tetapi saya tidak berani menyuarakan masalah saya. Ibu saya tidak sanggup melihat sejarah mungkin berulang kembali terus memberitahu ustaz akan masalah saya. Mendengar itu, ustaz terus memanggil saya duduk di hadapannya. Beberapa minit kemudian, ustaz membacakan beberapa surah dan zikir di hadapan saya sambil memegang jari kelingking kaki kanan saya yang kebas itu. Ustaz memegangnya sambil berzikir. Tidak sampai 20 minit, saya mula rasa perubahan di jari kelingking saya. Jari kelingking saya yang mulanya kebas sudah mula ada kesan dengan sentuhan.
      Alhamdulillah, setelah berubat dengan ustaz, sehingga kini saya tidak lagi takut untuk masuk melalui pintu depan dan kaki saya juga tidak pernah lagi berasa kebas. Syukur Alhamdulillah. - Cerita di atas ditulis oleh si empunya cerita yang diemelkan kepada rahmaniah.
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...