Salam sejahtera. Khusus kepada yang berminat dan mencari-cari tempat untuk belajar ilmu hikmah dan kebatinan murni haruslah diingatkan bahawa terdapat mahar tertentu dikenakan sebagai syarat belajar. Kalau dahulu syarat belajar mungkin barangan tertentu. Dan jika calon murid gagal menyediakan syarat belajar maka dia tidak layak menerima sesuatu ilmu. Syarat belajar bukanlah menjual ilmu tetapi sebagai satu isyarat kepada kesediaan murid untuk mengikuti proses dan pembelajaran sesuatu ilmu dengan sesempurna yang mungkin. Inilah yang perlu diberikan perhatian khusus oleh kita semua. Ilmu bukan dijual dengan harga nilai matawang tetapi ilmu dihargai kewujudannya. Ilmu yang dihargai dengan syarat belajar akan terpelihara dan terasa menyakinkan bahawa murid itu dapat beramal dengan ilmu yang diperturunkan dan lebih jauh lagi dapat mengikuti pedoman tyang diberikan oleh sang guru dengan sebaik mungkin. Ia juga sebagai bukti kesungguhan calon murid untuk belajar sesuatu ilmu. Alangkah malangnya apabila terdapat dikalangan kita beranggapan belajar ilmu ini
-tidak langsung dikenakan bayaran/mahar
-boleh secara emel dan jarak jauh sahaja tanpa pertemuan
-atau boleh dengan nak bersembang-sembang sahaja
Bukan begini cara penurunan ilmu yang benar dan jauh lebih hikmah yang akan tercapai. Penurunan ilmu itu juga dikatakan sebagai penetesan dari guru ke atas murid. Juga penurunan ilmu juga ibarat pengaliran elektrik dari suis ke lampu. Di sini berkata di sana mengaku (pengakuan). Janganlah kita merendahkan nilai ilmu demikian rupa hingga kita hanya nak belajar ilmu dari guru sahaja tetapi sanggup tidak mengendahkan kehidupan guru itu sendiri. Sebab itulah antara sebab orang-orang tua malas nak menurunkan ilmu sebab generasi sekarang sukar ank memahami apatah lagi menerima konsep mahar dan penurunan ilmu sebagaimana diterangkan serba ringkas diatas. Bahawa proses penurunan ilmu itu ialah
-memenuhi syarat belajar antaranya mahar kalau dahulu barang tertentu seperti sehelai baju Melayu dll.
-taat setia patuh pada guru
-datang bersuri atau lebih baik bermukim dengan guru. Bersuri maknanya berjumpa sekejap dan kemudian murid pulang beramal sendiri manakala bermukim murid duduk bersama guru atau sentiasa berada dekat dengan guru. Antara bersuri dan bermukim, bermukimlah yang paling baik dan afdhol.
-sabar menjalani wirid dan tatalaku tertentu dalam proses pembelajaran ilmu
Orang-orang tua bukannya kedekut ilmu, malas nak mengajar, tetapi sebab generasi sekarang kena memahami apa yangf tertulis diatas. Unttuk guru tua dia tidak memerlukan wang tetapi syarat belajar ada yang sepasangan kain putih cukup dibuat baju dll. Syarat belahjar ini untuk murid juga sebagai suatu simbolik kepada roh murid yang sejak azali adalah suci daripada segala najis dan murni daripada segala isme ciptaan manusia. Namun demikian murid hendaklah faham guru tua juga macam kita perlukan makan minum maka apalah kiranya murid menginfakkan wang untuk guru mereka. Kalau kita katakan infak dan taat kepada guru orang mudah-mudah sahaja mengatakan ini ajaran sesat. Yang anak muda kita dibebankan dengan segala bilgajet hiburan dan segala jenis bayaran serta kos hidup seperti astro gaming dll itu tidak pula dianggap sesat. Inilah ajaran sesat era pascamoden yang memesongkan hati dan fikiran anak muda kita kepada sesuatu yang bathil dan jauh daripada KhalikNya. Tidakkah kita mahu menginsafi diri?
Kalau kita katakan infak itu bathil, habis yang kita infakkan harta kita untuk mengkayakan kronis kapitalis dan Israel itu buat apa?Apakah bukan suatu ketaatan apabila anak muda kita dipukaukan dengan budaya hiburan Barat daripada nyanyian hingga ke filem menghabiskan masa misalnya berjam-jam melompat macam sakai beruk tak dapat pisang menonton konsert dan rancangan hiburan tempatan itu tidak pula mahu dianggap sesat.
Maka berkatalah mereka, sesat itu merujuk akidah, kalau selagi akidah tak sesat maka nak berlompat macam beruk pun bolehlah. Ada ka macam tu cara kita fikir?
Semoga kita terhindar dari fahaman yang salah dan semoga kita melangkah ke era diri yang lebih maju ke depan, maju dalam erti kata peningkatan iman dan amal sehingga membawa pengenalan langsung kita dengan Dia, terbuka tirai dari satu ke satu tirai. Inilah maknanya maju dan kemajuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan