Isnin, 17 Januari 2011

Pengalaman Merawat dan Membimbing Di Sabah

Salam sejahtera. Syukur kepada Allah dengan limpah kurniaNya. Dengan izin dan rahmatNya, saya dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang dipikulkan kepada saya sebaik mungkin. Sebagaimana saya maklumkan sebelum ini, saya ke Sabah kerana diundang. Walaupun kali pertama saya ke sana namun saya tidaklah berhasrat untuk ke mana-mana.

Walaupun terdetik juga hendak berjalan-jalan. Namun pengisian selama 3 hari itu padat dengan pembelajaran dan sesi rawatan. Sesi pembelajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dan juga yang sedikit mencabar ialah merawat orang-orang Ranau. Dalam pakej bimbingan perubatan hikmah, saya juga menyatakan bimbingan praktikal merawat.

Murid boleh mengemukakan pesakitnya sendiri dan lihat saya merawat mereka. Dan kali ini, saya dihadapkan dengan 6 pesakit yang mempunyai masalah berbeza-beza. Namun kesemuanya melibatkan gangguan. Dan gangguan tersebut yang dominan ialah saka dan sihir. Dengan rahmat Allah dua pesakit wanita yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan murid saya ini, dapat saya rawat sehingga mereka melihat sendiri Nur Allah yang terang benderang di akhir sesi rawatan.

Bukanlah suatu yang memelikkan. Apalah hendak dipelikkan. Kita ini kadangkala bercakap sahaja gah tetapi, penyaksian tiada. Mengapa berlaku demikian?Kerana masih wujud kesombongan terhadap Allah dan jauh daripada rahmat Allah. Maka carilah rahmat Allah. Jangan cari Allah. Walhal pada diri kamu sendiri tiada kamu perhatikan.
***
Di Daerah Ranau, 95% terdiri daripada etnik Dusun. 50% muslim 50% lagi Kristian, pagan, Helluyah dll. Murid dan kesemua pesakit saya orang Dusun. Antara ke enam-enam pesakit, paling keras gangguannya ialah seorang pesakit iaitu seorang gadis lepasan maktab perguruan. 

Setelah kain diselubungkan pada tubuhnya, saya mula membaca ayat kunci dan kalimah-kalimah perlindungan. Sewaktu saya membaca ayatul kursi dia mengigil. Saya pandang tepat titik antara kedua matanya smabil membaca Laqod ja akum...Dia menitiskan air mata. Semakin kuat ngongoinya. Setelah selesai membaca saya mula buat teknik rentapan dna pancaran-penyaluran.

Beberapa kali saya buat dia tetap dalam keadaan sama. Sebagai manusia biasa, kita juga bisa 'jatuh'. 'Jatuh' kerana alpa dan lalai. Baharu saya teringat, ada 4 step saya tidak suruh dia lakukan iaitu pertama meminum air yang telah didoakan, kedua menyapu minyak attar, ketiga menyuruhnya membaca syahadah, istighfar dan selawat serta menyatakan berkomonikasi dengannya sebagaimana saya lakukan ke atas pesakit saya sebelum ini. Natijahnya, gangguan tersebut, sukar ditarik. Semuanya atas peringatan Allah kepada saya agar jangan memandang remeh setiap masalah gangguan kerana bukan masalahnya kita perlu angkat itu jin hebat dan sakti, tetapi masalahnya hubungan kita dengan Allah. Apabila sudah dapat merawat dengan jayanya, maka kita selalu sahaja terlupa dan lalai dan mulalah mahu melihat AKU.

Patutnya Allah sahaja tempat pergantungan mutlak dan susah senang mudah sukar semuanya kena kembali pada Allah. Satu pengajaran buat saya dan buat murid saya.

Sesi tersebut nyata melewati sejam lebih. Kadangkala menangis kuat, kadangkala ketawa. Murid saya yang membaca Ayatul Kursi pun, diketawa dan dicebikkan mulutnya. Saya berhentikan rawatan. Saya naik ke bilik, tunaikan solat asar yang sudah sejam berlalu dan berwirid memohon kepada Allah.

Maka di situlah kita pulangkan segala-galanya kepada Allah. Hati kita. Jiwa kita. Ikhtiar kita, Usaha kita, Kuasa kita, gerak kita semuanya kembali kepadaNya. Setelah   'kembali ke asal' maka saya turun kebawah. Melihat pesakit masih ketawa dan mengejek saya langsung mencapai air doa dan duduk di depannya. Ketawanya berhenti dan badanya mengigil.

Saya tidak mahu percaya apa-apa tatkala itu. Biarlah. Segala-galanya Allah sahaja ketika itu. Kerasukan dan kejadian yang berlaku ini pun kerana Allah, dan fiil Nya pada makhluk sebagai suatu peringatan dan memenuhi janjiNya kepada kita. Lantas saya menuangkan sedikit air doa ke tangan, dengan bismillah, saya rejamkan air kemuka pesakit. Langsung dia menjerit dan terkulai.

Pesakit sedar sedikit namun jin saka masih ada dalam tubuhnya. Saya suruh dia minum air doa basahkan muka, telapak tangan dan kakinya. Dan saya mulakan balik sesi rawatan dengan syahadah.

Alhamdulillah, dengan 1 kali membaca ayatul kursi gangguan jin tersebut dengan izin Allah mati dan pesakit tersedar. Saya mengajarnya syahadah dan membuat imbasan sekali lagi. Sudah tiada. Namun saya melihat jauh ke dalam nurani, sihir masih lekat pada dirinya biarpun telah ditawarkan....Saya sambung sesi rawatan gadis ini pada esok harinya. Kerana saya terpaksa mengikuti murid saya ini ke rumah pesakit lain yang sedang menunggu...Ada masa saya ceritakan pengalaman saya merawat adik beradik lelaki ini...agak mencabar juga walaupun tidak kerasukkan hanya sekadar diperlihatkan Allah sahaja...
***
 Esok pagi saya mulakan rawatan kedua ke atas gadis tersebut. Dengan semua step yang selalu dibuat, saya lakukan, gadis tersebut tidak kerasukkan lagi. Oleh kerana bagi memastikan gangguan tidak berulang saya memohon kepada Allah agar dipulang segala perbuatan sihir tersebut disertai dengan gerak yang haq dnegan keyakinan 1000%. Malahan dengan izin Allah dia melihat  barang-barang sihir malahan rumah penyihir pun dia dinampakkan Allah. Antaranya dia melihat dirinya dihempap batu, terdapat barang sihir yang terdiri daripada bangkai binatang, lambang salib yang besar. Kesemuanya saya mohon pada Allah agar dipulangkan kepada penyihirnya. Batu yang menghempap di tolak dengan makrifah. Salib yang besar di hadapan mata batin gadis itu, dengan rahmat Allah saya musnahkan dengan kalimah syahadah dan selawat ke atas nabi dan ungkapan ke atas penyaksian kerasulan nabi muhammad. Masya Allah.

Bangkai binatang di musnahkan. Kemudian dia tubuh seorang lelaki yang hitam legam laksana arang terbaring. Kemudian dilihatnya sebuah rumah yang dibawahnya sudah berlonggok dengan kayu api dengan di atas rumah itu berselimutkan cahaya putih berkilauan. Akhirnya, dia melihat tanah perkuburan dan jenazah yang sedang mahu dikebumikan, dengan wajahnya hitam laksana arang, terbakar hangus.

Masya Allah. Kita tidaklah meminta kepada Allah berlakunya demikian namun Allahlah yang membalas kejahatan orang-orang yang jahat dna moga-moga Allah membantu kita menolongi kita dengan rahmatnya berdepan dengan kaum kafir sama ada terdiri daripada golongan manusia yang mahu memadamkan cahaya Allah dengan golongan jin kafir yang engkar lagi derhaka berdendam kesumatnya kepada manusia.

Gadis tersebut masih nampak putaran antara nur dan kegelapan seolah-olah saling berlawan. Dengan izin Allah, tegak seperti alif. Saya pun membacakan dengan haq dan rahmatNya sepotong ayat. Alhamdulillah.

Gadis tersebut sudah tidak nampak apa-apa lagi. Cuma suasana yang terang benderang. Tiada lagi kegelapan atau jalur-jalur hitam. Cuma katanya, jauh di sudut hatinya terdapat sesuatu yang panas, keras dan degil. Ini masalah rohani. Dengan izin Allah rahmat dan redhoNya saya membimbingnya berzikir dengan zikir ismu Zat Allah, Alhamdulilah dan di akhirnya dipohon rahmatNya dan Nur Nya sebagaimana yang pernah dipohonkan Nabi Muhammad SAW. (Carilah dan amalkan doa cahaya tersebut, jangan pandang sebelah mata, konon nak raup semua tapi tak terhayati pun setiap satunya. )

Gadis itu sangat tenang, tersenyum dan dia hanya memandang cahaya yang amat bersih, suci dan menenangkan amat sangat. Kami akhiri sesi tersebut dengan doa

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah wa syukurillah.

Sabda Nabi: Sebaikbaik doa ialah alhamdulillah.

Allahuahkbar!

bersambung..insya Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...