Salam sejahtera. Agak lama juga saya tidak mengemaskini blog ini. Lantaran kesibukan mengikuti aktiviti persatuan, sebenarnya saya tidaklah mahu terlibat sangat dengan persatuan. Hal ini kerana persatuan di kalangan orang Melayu ini berbeza dengan persatuan dengan kaum lain, misalnya persatuan kaum Cina. Orang Melayu sangat suka bermain dengan politik yang mana politik itu bukannya memberikan kebaikan yang menyeluruh tetapi pada sepihak dan satu arah sahaja. Persatuan orang Melayu juga lembab dan tiada semangat, kalau dapat berkumpul lebih suka berbual dan melepak berbual kosong membazir masa. Saya sebenarnya anti berbual kosong dan berbazir masa.
Berbalik kepada judul entri ini, penawar gangguan fikiran. Dalam bahasa psikologi gangguan fikiran ini mempunyai banyak nama lain. Bukan tujuan saya mahu spesifikannnya. Boleh merujuk buku psikologi.
Saya tulis di sini gangguan fikiran merangkumi semua keadaan diri yang tidak normal sehingga menerbitkan keresahan, kebimbangan melampau, mengasingkan diri dalam ketermanguan (melainkan beruzlah, mujahadah), berkhayal dan kurang fokus terhadap sesuatu perkara. Gangguan fikiran begini boleh dirawat dengan baiknya dengan kaedah pancaran nur zikir yang telah "dimampatkan". Maksudnya setiap orang daripada kita berbeza tahap berzikirnya. Ada yang berzikir sekejap sahaja sudah naik cahaya diri yakni nur Allah yang di sampaikan olehNya kepada hamba-hambaNya yang soleh.
Ada yang berzikir lama berjam-jam baharu mendapat natijah daripada zikirnya. Semua ini terpulang kepada limpah kurnia Allah terhadap hamba-hambanya. Apa nak di hairankan. Kalau syurga beratus tingkat. Neraka berjenis-jenis. Makam manusia juga pasti berbeza-beza. Makam mahmudah tidak sama dengan makam ammarah. Begitulah seterusnya. Pancaran Nur itu merupakan suatu zikir dan doa bergabung yang dengan izin Allah pesakit yang dirawat akan mendapat manfaat dan ketenanangan serta merta dan kita bagi yang mendoakan juga mendapat manfaat yang sama atau lebih.
Jadi konsep ini berbeza dengan konsep reiki yang menyalurkan tenaga alam yang entah mana sumber 'energinya'. Juga berbeza dengan konsep 'tenaga dalam' yang akan kepenatan apabila sudah merawat ramai pesakit. Insya Allah dengan rahmat Allah gangguan fikiran dan tekanan melampau dapat dirawat dan dibuktikan di tempatnya apabila digunakan kaedah pancaran nur ini.
MAKLUMAN
Insya Allah dengan izin Allah saya akan ke Sabah pada 14/1-16/1/11 ini kerana dijemput untuk mengajar dan membimbing seorang bakal murid yang mahu mempelajari Ilmu Hikmah Nur Makrifah. Dalam masa ini bagi sesiapa yang mahu dirawat dan mahu belajar berada di Sabah maka bolehlah segera menghubungi saya agar jadual dapat di atur. Sama ada melalui emel atau sms terus ke HP saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan