Jumaat, 24 Disember 2010

Makam Al Karomah Pinang Tunggal di Taman Sri Sentosa : Antara Sejarah, Karomah, Khurafat dan Peristiwa






Tajuk entri kali ini mungkin sangat mengujakan. Namun itulah yang terlintas di kepala saya ketika ini. Ada sejarahnya, ada karomahnya, ada khurafatnya dan ada peristiwanya di sebaliknya. Insya Allah saya akan bukakan satu persatu nanti untuk tatapan pembaca yang setia mengunjungi blog ini. Tujuan saya antara lain amhu menyedarkan bahawa tiada sesuatu pun yang mustahil dalam dunia ini jika Allah berkehendak. Dan bagaimana mahu memahami dan menghadapi sesuatu keadaan haruslah dengan cara yang benar bukannya menuduh dengan cara yang semberono yang lahir daripada kebongkakan dna kejahilan diri sendiri....

Makan ini sudah lama dibina...saya pula baharu sahaja mengetahui wujudnya walaupun sudah tinggal di Taman Sri Sentosa sejak 5 tahun lalu. Uniknya cara saya mengetahui wujudnya makam ini ialah melalui mimpi...Mimpi itu bukanlah sesuatu yang menakutkan..dan yang membawa saya itu seorang lelaki tampan..yang saya yakini ia adalah terdiri daripada golongan Rijalul Ghaib...putih bersih bercahaya wajahnya...memandu arah saya melalui jalan dan denai semak belukar dan melalui antara rumah kediaman sehinggalah menemui makam ini yang terletak bersebelahan sahaja dengan sebuah padang rumput seperti padang bola....Dalam mimpi tersebut saya tercengang kenapa say bermimpikan sebuah makam...dalam mimpi itu makamnya bukan dalam bentuk dalam gambar tetapi ia dalam bentuk makam yang berbatu putih dan ia banyak...kalau dalam gambar ini hanya dua sahaja ditemui dan dibina semula dengan seadanya tanpa berlebihan..dalam mimpi batu makam bercahaya...dan diulang tiada perkara mencarik adat dna memelikkan berlaku sepanjang saya bermimpi makam tersebut..cuma saya melihat-lihat makam tersebut dengan takjub dan hairan....sebelum saya terjaga dengan baik sekali...

itulah secebis peristiwa yang sejarah dalam hidup saya....bersambung...

3 ulasan:

  1. Asalam tuan dimana alamatnya saya duduk kat sana adakah ini Makam Ulama ASWJ.

    Nak Jugak saya melawat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelah petronas taman sri sentosa.. kuala lumpur

      Padam
    2. Skg makam telah dikambus dgn tanah, tiada nampak lagi makam, tempat makam pun dah berselerak dengan batu2 runtuhan tidak seperti dahulu

      Padam

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...