Salam. Terdapat seorang pesakit yang saya rawat kini mengalami kaffarah daripada Allah akibat perbuatannya memasukkan susuk dalam tubuhnya. Umurnya kini 80 tahun lebih. Setelah saya berikan air penawar dan lakukan rawatan pertama, dalam masa beberapa jam susuk berlian yang dipakainya keluar melalui kulit mukanya dalam bentuk serbuk halus. Saya dan beberapa orang lain jadi saksi. Insya Allah, ada gambar berjaya dirakam. Nanti saya masukkan dalam entri ini.
Namun penderitaan pesakit tidak tamat begitu sahaja. Saka ilmunya merasuk menjelang senja. Namun keadaan saka tersebut sangatlah lemah seperti ayam disembelih terkapar atas lantai. Semasa keadaan itu berlaku saya sedang melakukan pembersihan saka ke atas semua anggota keluarga pesakit yang lain. Dari anak-anak kepada cucu dan cicit. Masya Allah, semuanya ada. Namun faktor diri sendiri juga menjadi faktor pendorong.
Iaitu kegemaran terhadaptangkal azimat. Tempurung buta, serpihan kayu, cincin dan lain-lain yang semuanya dipercayai telah di isi oleh sepupu yang juga bomoh yang kini sudah meninggal dunia dan mereka percaya sebagai penjaga diri dan penjaga rumah. Mengeleng kepala saya mendengar kata-kata pengakuan mereka. Suatu rahmat Allah jua apabila Allah membuka pintu hati mereka untuk menyerahkan semua benda2 syirik itu kepada saya. Semuanya telah saya tawar dan hapuskan. Mereka khuatir jadi seperti nenek tersebut yang terseksa sekali menderita akibat mengamalkan ilmu2 yang tidak diredoi dan dirahmati.
Rawatan ke atas nenek itu masih berterusan kerana masih ada beberapa susuk lagi belum dapat dikeluarkan. Belum dapat izinNya kerana saya lihat ini bukan semata-mata bahana ilmu susuk tetapu juga sebagai kiffarah atas perbuatan nenek ini di masa lalu. Saya sebagai hamba ALlah hanya layak berdoa dan memohon ikhtiar.
Namun saya tetap terkejut apabila satu lagi faktor pendorong timbul. Apabila mengetahui anggota keluarga tersebut bermula daripada anak hingga cicit tidak mendirikan solat. Masya Allah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan