Rabu, 22 Mei 2019

Belajar Ilmu Hikmah di Pantai Timur

~Bismillah~
~Sollallahu ala Muhammad~
~Alhamdulillahirobbil alamin~

Assalamualaikum.  Demi meraih keberkahan Penghulu Segala Bulan , Ramadan al-Mubarak dan Bulan Nuzul Al-Qur'anul Karim, saya selaku pendiri "Perguruan Dzulfaqor" mengadakan sesi Gemblengan Akhbar Ilmu Hikmah hasil pengalaman saya selama 16 tahun berkecimpung dlm dunia ilmu rawatan, ilmu hikmah warisan awliya Allah, pengalaman dan perguruan saya dengan banyak guru serata Nusantara ini.

Keilmuan ini manfaatnya utk seluruh kehidupan dunia dan akhirat , tidak menjadikan anda isim, gila, hulul dan sebagainya
Gabungan keilmuan drp pengalaman guru yg mumpuni, tanpa mantra jampi aneh semata-mata paduan formula ayat suci, zikir, selawat,  aurod dan doa pamungkas yg dihidupkan roh, nur dan sirr-Nya langsung kpd murid. Lanjut keterangannya sbgmana berikut :

      A~Gemblengan dan Pengijazahan Ilmu Nurullah (Dasar)~

Sultan-nya Ilmu Hikmah Spiritual Tingkat Sepuh Warisan Awliya Allah dengan hanya 3 Kunci Amalan Khususnya. Bertitik tolak daripada Hakikat Basmallah dan Hakikat Alif yang bersifat Multifungsi dari Soal Pembinaan Kerohanian dan Spiritual Insan hingga Soal Kegunaan utk Pelbagai Hajat seperti Pengubatan,  Kerezekian,  Kewibawaan, Pagar Nur Yg Ampuh daripada Segala Kejahatan Kasar mahupun Halus,  Mengaktifkan Sukma Sejati Manusia,  Mendayagunakan Sukma Sejati Utk Pelbagai Hajat, Pengenalan Kepada Ingsun Sejati,  Pengenalan kepada Bimbingan Guru Sejati dan Infiniti Manfaat Dunia Akhirat. Pegangan Utama saya dan terbukti membantu banyak masyarakat sekeliling dengan keberkahannya. Bi iznillah

   B~Gemblengan Imu Pengubatan Hikmah Nabi Allah Khidir (Tinggi)~

Sultan-nya Ilmu Hikmah Syifa Tingkat Sepuh bertitik tolak daripada pertemuan awliya Allah dengan Nabi Allah Khidir alahissalam lalu diijazahkan secara langsung amalannya yang terdiri daripada 3  Kunci Amalan yg istimewanya masing-masing mempunyai fungsi khusus iaitu khusus pengubatan umum, pengubatan khusus sakit fizikal,  pengubatan khusus membuang sengkolo, sial, majal, aura kotor, busuk dan membuka pintu cahaya diri dan jalur-jalurnya utk kesihatan yg prima, cahaya diri bak berlian, mengaktifkan daya magnet rezeki,  mengaktifkan diri daya keberuntungan tanpa batasan, kewibawaan dan Pagar Nur yg khusus drp sihir yang bertujuan menutup kerezekian manusia yg berlaku dgn izin Allah. Allah Maha Kaya Maha Berkuasa mengilhamkan ilmu ilmu hikmah spt ini utk membantu memecahkan permasalahan anda yang unik dan sukar dirungkai dan membingungkan akal menuju kepada jalan keluar, jalan penyelesaian dan merintis jalan kejayaan. Ilmu adalah asli daripada sumbernya namun saya memberikan anda pilihan bagaimana mendayagunakan sesuai dgn aslinya atau drp pengalaman saya sendiri.

Gabungan Keilmuan A dan B antara kedua-duanya membentuk satu lapisan aura yang dahsyat dan saling membantu antara kedua-duanya.

*Anda sesekali tidak akan diajarkan seperti dlm buku krn buku itu baku dan tak bernyawa cukup sebagai koleksi nadir.  Namun Ilmu dlm kitab harus disenyawakan oleh sang guru harus disambungkan wayar-wayar persambungan roh ilmunya tidak boleh sesekali beramal langsung hanya drp kitab, buku apatah lagi cuplikan dan ciplakan ilmu dari internet dpt merosakkan dan menyesatkan anda. Amat berisiko kpd tipudaya iblis dan syaitan.

++++Bonus Gemblengan Ilmu Nurullah dan Ilmu Pengubatan Hikmah Nabi Allah Khidir ialah :-

  ((((Wafak Nabi Allah Sulaiman yg saya sendiri lakarkan dan buatkan yg bersifat khusus sbg Pembooster dan Power Bank utk Mengecas Diri anda. Walaubagaimanapun istiqomah dgn amalan yg guru telah diijazahkan itu adh Booster dan Pengecas terbaik .))))

*Awaslah dlm bersangka sangka krn kebanyakan sangkaan itu adh salah dan dosa.  Dlm gemblengan ini tiada membabitkan khodam, jin, perewang, pendamping, mambang kuning, putih kuning, biru mahupun "makkau hijau". Proses gemblengan adalah satu proses yang sakral dan berhubungan dengan alam rohani dan alam nur yang tinggi.  Sia-sia sahaja cuba membuat fitnah pasti hancur binasa saja diri para pemfitnah itu. Ingatlah Allah amat keras sadis siksa azabnya.

Rawatan khusus di Pantai Timur.

Maklumat Lanjut Sebagaimana Berikut :

 1. Tarikh 24.Mei.2019-Hari Jumaat-Lokasi saya di Kota Bharu,  Kelantan.

2. Tarikh  25.Mei.2019-Hari Sabtu-Lokasi saya di Kuala Terengganu, Terengganu.

3. Tarikh 26.Mei. 2019-Hari Ahad-Lokasi saya di Kuantan, Pahang.

Hari Isnin 27 Mei hingga seterusnya bagi anda yang tidak boleh belajar dan berubat pada tarikh tersebut. Anda dari negeri dan kawasan lain.

PERHATIAN!

*Lokasi khusus diinfokan kepada peserta yang mengesahkan kedatangan sahaja.

*Siang Gemblengan Pengijazahan Ilmu Nurullah dan Pengubatan Nabi Allah Khidir a.s.

*Malam Sesi Rawatan Special

  (((Amat dialu-alukan anda yang berminat melakukan pendaftaran dan pengesahan SEGERA ke inbox atau what apps saya 013 642 1228 untuk booking tarikh dan masa anda dengan saya dan ceritakan masalah anda kpd saya)))

Untuk makluman anda jika anda mahu :

1. Berubat=masa rawatan diambil antara 30 minit hingga 1 jam untuk satu sesi.  Jadi menetapkan tarikh temujanji masa amat penting. Namun saya tidak menolak jika anda baru tahu makluman ini dan mahu walk-in anda akan dilayan selepas tamat sesi rawatan pesakit yang telah buat temujanji. Rawatan khusus ialah Rawatan Membuang Saka,  Sihir,  Membuang Susuk, Pesakit yang nazak dan Sakit Kronik terlantar. Rawatan dilakukan pada sebelah malam hingga sebelum Sahur.

2. Belajar=Gemblengan dan Pengijazahan Ilmu Nurullah DAN Ilmu Ketabiban Nabi Allah Khidir alaihissalam mengambil masa 5-8 jam bagi setiap sesi. Setiap lokasi dilakukan hanya 1 sesi sahaja. Bermula 10 pagi hingga 6 petang. Keilmuan saya ajarkan sesuai untuk pemula, newbie, awam hingga yang sudah berpengalaman dlm bidang rawatan dan ruqyah,  ilmu pengubatan alternatif dsb memudahkan anda memahaminya dan mempraktikkannnya.

3. Fidyah rawatan bergantung kepada jenis rawatan dan sakit anda alami boleh konsultasi terus ke inbox atau what apps saya. Fidyah belajar hanya diinfokan secara terus kpd yang berminat.

4. Anda boleh what apps dan hubungi saya terlebih dahulu bertanya tanya saya terlebih dahulu. Anda tahu anda faham dan terima bolehlah diteruskan jika anda tidak mahu tiada paksaan tiada dengki dan busuk hati.

5. Anda bebas dan merdeka untuk membaca, mengambil tahu dan bertanya apa saja saya tulis di facebook ini.  NAMUN anda tiada hak dan kuasa utk menghukum org lain sesat dan jahat.  Apatah lagi membawang hal org yg anda tak kenal. Boleh jadi anda tahu apa saya tidak tahu.  Boleh jadi saya tahu apa anda tidak tahu. Untuk mengetahui sesuatu itu terpulang pd diri anda tiada paksaan dan kalau anda tak belajar dan berubat dgn saya pun tak menjadikan anda ahli neraka! Saya doakan anda lebih baik drp saya dan saya berbangga dgn anda!

6. Sila kongsikan in sha Allah makluman hebahan rawatan dan keilmuan ini khusus utk Penduduk Pantai Timur pada Tarikh yang telah ditetapkan. Pada yang mahukan program yg sama sila hubungi saya dahulu segera agar perancangan awal dpt dilakukan.

~~~Bimbingan berterusan selagi murid memerlukan gurunya~~~

Selamat meraih al-qadr!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...