Selasa, 2 September 2014

Program Gemblengan Ilmu Buka Mata Batin dan Terawangan hingga jadi

Assalammualaikum warah matullahi wabarakatuh

Di sini kami ingin mewar-warkan program gemblengan ilmu buka mata batin dan terawangan tahap tinggi untuk semua.

Nama Program : Program Gemblengan Mata Buka Batin dan Terawangan 

Lama gemblengan :  3 hari 2 malam atau minimum sehari semalam bagi yang ada kerja. Insya Allah dengan kebesaran dan keagungan Allah dapat menembus alam ghaib, alam muakkal-muakkal dan seterusnya.

Tarikh gemblengan : 1 hingga 2 bulan akan datang daripada tarikh entri ini di poskan.

Lokasi: Melaka. Khusus tempat akan dinyatakan bagi yang serius nak ikuti sila what apps atau telefon kami terus.

Mahar program untuk alumni : RM350.00.

Mahar program bukan alumni/bukan pelajar kami : Rm10,000.00

(Kini kami juga menerima bayaran dalam bentuk EMAS yang senilai dengan mahar ilmu)

Konsep belajar : Digembleng bersama rakan seperguruan lain dan bersama guru hingga terbuka mata batin anda jadi tiada istilah rugi atau tak jadi.

Kesempurnaan mata batin: 1 hingga 3 hari atau pun lebih. Namun buka mata batin insya Allah boleh dalam masa 1 hingga 3 hari. 

Perhatian!!!

Tidak digalakkan bagi wanita melainkan anda wanita yang berani, cekal dan mahukan cabaran serta ilmu yang bermanfaat dapat digunakan.

Tidak digalakkan bagi lelaki atau wanita yang menghidap sakit jantung eloklah anda berubat dengan kami dahulu sebelum sertai.

Tidak digalakkan bagi yang mahu cuba-cuba kena sepenuh hati yakin mahu ikut petunjuk daripada guru secara zahir dan batin.

Tidak digalakkan bagi anda yang bertuhankan logika akal. Tidak mahu memahami dan belajar mendalami rahsia diri sendiri, pendek kata anda yang berfikiran singkat.

Tidak digalakkan bagi anda yang gopoh dan sudah ada niat dalam hati, kalau tak jadi nak menagih semula bayaran mahar. Ini kerana setiap ilmu yang digembleng akan menyerap ke dalam diri anda jika anda berniat derhaka dan khianat terhadap guru maka pastilah laknat akan menimpa sepanjang hidup anda. Jadi fikir

Apabila mahar telah ditunaikan, anda tertakluk kepada syarat kami tetapkan. Yang penting ikhlas dalam memahari ilmu dan tidak gopoh serta boleh ikut nasihat panduan guru.

 Kalau anda jenis gopoh dan cepat putus asa tak usah ikuti program kami. Apa yang perlu kepercayaan penuh anda dan keyakinan kepada kuasa Allah itu saja kami minta daripada anda. Selebihnya biar kami gembleng anda!!!

Berhenti dari gagal lagi!

Seringkali kita mendengar mualij, perawat, paranormal dan orang awam kecewa kerana gagal menguasai keilmuan ini.

Ilmu terawangan ini akan membantu kehidupan kita walau apa jua bidang diceburi. Jika kita seorang perawat, kita akan dapat melihat dengan jelas gangguan dan mendapat cara untuk mengatasinya dengan berkesan.

Ilmu terawangan atau mata batin ini juga akan membantu untuk perawat, mualij, paranormal dan orang awam  melihat keberadaan alam ghaib. Lebih daripada itu menerokainya dengan jasad halus untuk berbagai tujuan dan maksud.

Namun keilmuan ini sangat sukar diperolehi biarpun amalan pembuka mata batin dan terawangan bertebaran dalam laman web dan di internet.

Jika ada perguruan atau padepokan atau pun guru yang membuka program terawangan, ia memerlukan masa  panjang yang entah bila dapat terbukanya mata batin itu kita sendiri pun tidak tahu.

Malah ada yang menawarkan keilmuan terawangan ini dengan  poskan amalan konon secara jarak jauh sahaja. Apakah ini caranya belajar ilmu batin yang betul? Tepuk dada tanyalah hati anda masing-masing!

Ada yang sudah terbuka sedikit tetapi masih gagal untuk melihat dengan sempurna. Ini amat bahaya kerana tanpa penglihatan mata batin yang sempurna dikhuatiri akan terjebak dalam tipu daya jin kafir syaitan dan iblis!

Asah lagi kemampuan mata batin dan terawangan anda!

Jadi perlulah mengasah lagi kemampuan mata batin anda hingga mencapai kesempurnaan yakni disertai dengan nur makrifat yang akan menundukkan segala makhluk kepada anda selaku khalifah dan makhluk Allah yang paling sempurna di alam raya ini.

Justeru kami cuba sedaya upaya untuk menghadirkan kepada anda satu program khusus gemblengan khusus untuk pembukaan mata batin dan terawangan untuk anda semua tanpa mengira siapapun anda.

Syarat minimum anda haruslah berani, cekal, tidak sakit jantung dan memahami asas agama serta melaksanakan kewajipan beragama barulah anda lulus untuk menyertai program ini.

Bagi alumni iaitu mereka yang pernah belajar dengan kami, mahar program hanyalah RM350.00. Nilai itu hanyalah untuk persediaan bahan pengisian dan pemudahcara pembelajaran keilmuan.

Bagi yang BELUM pernah belajar daripada kami, mahar belajar ialah RM10,000.00 tunai dimana anda akan kami buat pengisian hikmah kerohanian terlebih dahulu agar asas kepada pengisian dan pembukaan mata batin akan mantap dan menuju kesempurnaan.

Melancong ke alam ghaib!

Nilai RM10,000.00 bukanlah nilai ilmu. Ia tidak ternilai bagi anda yang mahukan pengalaman baharu seperti

-Melancong ke alam ghaib
-Memahami dunia pusaka
-Menjadi perawat ampuh
-Menimba pengalaman baharu yang tidak pernah dialami sebelum ini
-dan banyak lagi!

Jika anda mempunyai rezeki lebih kenapa anda tidak cuba menyertai program gemblengan mata batin dan terawangan ini kerana ia akan berguna untuk anda nanti dalam segenap aspek kehidupan sehingga aspek bisnes, memenangi tender, memilih tanah sesuai untuk perniagaan bersifat pembangunan hartanah dan lain-lain lagi bersifat keuntungan perniagaan.

Jika ditinjau dari aspek hikmah dan kerohanian, gemblengan ini sudah amat pastilah akan memperkukuhkan iman dan taqwa menyaksikan betapa luasnya alam ciptaan Allah ini menjadikan anda tidak lagi jahil atau menjadi katak di bawah tempurung.

Program gemblengan buka mata batin dan terawangan ini meski pun bersifat khusus anda tetap kami gembleng keilmuan lain yang bermanfaat seperti rahsia hakiki ilmu ketabiban, rahsia hakiki ilmu keselamatan, rahsia hakiki ilmu gerak, rahsia hakiki ilmu kerohanian dan lain-lain lagi.

Jadi amat berbaloi-baloi hingga anda tidak usah untuk menghabiskan duit belajar mana-mana tradisi keilmuan lagi kerana semuanya telah siap dirumus sediakan untuk anda nikmati dan praktiskan dalam kehidupan sehari-hari.

Inilah inti ilmu ghaib yang sejati tak ramai guru sedia berkongsi. Jadi inilah peluang anda. Pelaburan RM10,000 untuk mempelajari ilmu ini sampai terbuka mata batin dan terawangan perlu anda rebut sebelum kami tutup bagi mengelakkan fitnah. 

Bagi alumni atau bekas pelajar kami, mahar program hanya RM350.00 tetapi ia akan dilakukan bersama-sama rakan alumni lain yang mana akan dimaklumkan dalam group what apps. Bagi alumni yang tiada akaun what apps bolehlah segera mewujudkannya atau contact kami untuk pendaftaran segera.

Program Gemblengan Buka Mata Batin dan Terawangan ini akan dilaksanakan kira-kira 1 hingga 2 bulan dari tarikh entri ini di pos jadi cukuplah untuk anda mengumpul mahar.

Walaubagaimanapun silalah bookmark dan kunjungi blog kami untuk makluman terkini dari semasa ke semasa.

Contact 013 642 1228 Ust. Ali.

Mahu anda dan guru sahaja sahaja untuk gemblengan buka batin dan terawangan? Tiada yang menganggu anda? Tiada yang tahu siapa diri anda?  Mahu menjaga privacy? Boleh silakan dengan mahar RM25,000.00. Kami juga menerima bayaran dalam bentuk EMAS yang senilai dengan mahar. Khusus untuk private VVIP anda juga akan mendapat hadiah dan ole-ole khusus dari kami yang bermanfaat menunjang apa juga karier anda ceburi dan konsultasi istimewa daripada kami. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...