Rabu, 13 Julai 2011

Jangan taksub kepada teras kayu dapatkan ilmu yang benar

Salam.

Baru-baru ini saya ke Amcorp Mall, di PJ. Sebenarnya saya tidak berapa gemar ke sini (malah mana-mana tempat sebegini).. Pertama disebabkan dosa mata kedua kerana simbol kapitalis yang bercambahan ketiga merayu nafsu kita untuk menjadi manusia yang terpedaya. Saya melalui satu kawasan di AM yang menjual barangan antik lama lusuh. Saya terdengar suara seorang Melayu sedang bertanya kepada tuan kedai, seorang Cina separuh usia beruban di kepalanya tentang khasiat potongan kayu.

Saya tertarik untuk mengikuti apabila Si Melayu ini menyatakan kepada isterinya (yakin sebab bunting) tentang teras kayu tersebut dengan bersungguh-sungguh. Walau Si Isteri berkerut dahinya macam tidak percaya, tetapi Si Melayu suaminya ini tak patah semangat-mungkin dia telah memasang niat hendak membeli kayu itu. Yang si pekedai Cina itu pula menyatakan lagi kelebihan teras kayu itu. Si Melayu suaminya bukan sahaja mengiakan malah berkata kepada isterinya, "Ha dengar itu bagus teras kayu ni simpan kat umah buat Pendinding " Si pekedai Cina itu pun . "ya betul jadi pendinding sangat bagus elok yakinlah."

Saya beredar daripada situ apabila si suaminyua mengeluarkan dompet. Si pekedai Cina terus menyatakan kelebihan kayu sbg pendinding. Masya Allah la hau la wala quwwata illa billah.

Hal ini sama berlaku dengan seorang rakan saya, si penjual dan peminat kayu kemuning. Sewaktu berlaku kerasukan di tempat kerja, dia cuba guna teras kayu tetapi gagal sama sekali malahan jin yg merasuk siap ketawa dan main-main lagi.

Saya masa itu masih kurang ilmu. Jadi terbukti kayu bukanlah apa-apa sangat bukan pendiding dan bukan cara terbaik utk mengeluarkan jin daripada tubuh pesakit. Tasbih daripada kayu koka?Sebenarnya biarlah kayu apa sekalipun yg penting iktikad kita terhadapnya. Kayu koka dan kemuning atau stigi yg dibuat tasbih dan penawar bisa merupakan kayu yang cantik dan elok dibuat tasbih. Serta unsur bahan kimia dalam kayu utk menjadi penawar bisa binatang dan unggas-kerana itu terbukti wujud. Namun secara spiritual dan ghaibiahnya janganlah berharap sangat kerana bukankah Allah menyatakan bahawa Allah Maha Mengetahui Yang Ghaib dan Yang Nyata. Serahkan sahaja kepada Allah dan ikhtiyar kita tetap menggunakan Ayat Al Quran selain kombinasi zikir dan nafas (bukan tenaga dalam dan seumpama dengannya).  Keyakinan kita juga bukan pada ayat yg memberi bekas tetapi Allah yang maha kuasa memberikan bekasnya.

Jika kita anggap AQ itu had yakin kita dengan kesamaran hakikat faham kepada Allah atau tiada langsung-kerana ada pengamal perubatan tradisional beragama  Islam bergabung tenaga dengan pengamal bukan Islam TETAPI menggunakan AQ.

Iktikad amalan harus jelas dan terang. Insyan Allah amalan IHNM tidak sesekali mempunyai sandaran terhadap 'masiwallah'. Tasbih, minyak, herba adalah bahan perawatan bukannya muktamad ghaib spt kita anggap barang ini pendiding atau barang ini boleh menakutkan jin-Ya Allah selamatkan kami daripada berlaku syirik kepadaMu sama ada secara terang atau tertsembunyi. Ilmu Hikmah Nur Makrifah bebas daripada unsur syirik , Alhamdulillah.

Maka NIKMAT TUHAN KAMU yang manakah yang hendak kamu DUSTAI? -Ar-Rahman.

Maka bersyukurlah dan memujinya siang dan malam berserah diri kepadanya seluruh jiwa dan raga kita yakinilah Dialah Pelindung dan Penolong kita, Engkaulah Tuhan yang kami sembah dan Engkaulah Tuhan tempat kami memohon Pertolongan.

Amin.

Ahad, 10 Julai 2011

Istighfar Penawar Kehidupan

Salam.

Jangan sesekali meremehkan istighfar dengan menyedikitkan bacaannya, sekadar menyebut di mulut tak sampai ke hati: Istighfar ialah pembuka dan pengundang rahmat Allah dan syifa segala penyakit zahir dan batin.

Ahad, 3 Julai 2011

Bulan Syaaban dan Ramadhan Bukan Penghalang

Salam.

Bulan syaban yang sudha tiba dan disusuli dengan Ramdhan adalah tanda rahmat Allah kepada Umat Muhammad yang mencurah-curah.

Dua bulan besar Islam ini bukannya penghalang kepada penuntut ilmu untuk meneruskan jihad ilmunya.

Bagi yang sentiasa dahaga dna mencari ilmu hikmah inilah antara masa terbaik untuk pengisian IHNM dan bimbingan IHNM yang istimewa.

Insya Allah pada bulan mulia ini juga saya akan mengumumkan produk sulong drp IHNM yang saya buat sendiri berdasarkan ketentuan masa dan amalan yang mustajab mujarab untuk maslahat dunia akhirat. Ditambah IHNM menjadi sarana pembangkit dan pendorong untuk berjaya dan beribadah dengan baik dan sejati.

Insya Allah bagi yang menerima bimbingan IHNM pada bulan mulia ini juga mendapat beberapa keistimewaan.

Ini tdk bermakna murid lama tdk boleh memperolehinya. Ia akan diumumkan atau terus di smskan nanti. Diharapkan perhubungan di antara kita berkekalan kerana banyak faedah dna manfaat kita boleh kecapi drp persaudaraan kerana Allah bagi menambah diri kita dengan ilmu yang bermanfaat.

Bulan Syaaban dna ramadhan bukan penghalang. Alahamdulillah saya telah melepasi beberapa tahap getir dalam jihad ilmu akademik saya yang kini memudahkan saya untuk kembali mengaktifkan blog ini dan juga untuk membimbing bagi sesiapa sahaja yang bersedia meraih potensi ruhaniah yang tak diterokai dahulu. Lupakan segala ilmu batin, esoterik, reiki, prana shakti, kebatinan, silat ghaib, ilmu para wali kononnya. dan sebagainya yang diragui sah dan absahnya.

Kembali ke jalan ilmu hikmah yang dirahmati dan diredoi, menjadi praktisi hikmah yang wibawa, yakin diri, berani, cekjal, tabah, sumber rezeki halal toyyiban dan sumber rujukan menyelesaikan hal-hal mistik, sihir, angker dan lain-lain lagi tanpa persoalan dan tanpa misteri yang menakutkan lagi.

Hanya Allah yang Maha Tinggi Lagi Maha Besar Agung.
Itulah pegangan murid Ilmu Hikmah Nur Makrifah.

Allahuakhbar!

Ahad, 26 Jun 2011

Pengalaman Murid Belajar Ilmu Hikmah

Salam sejahtera. Dengan izin, rahmat dan redho Allah maka dalam beberapa minggu ini saya dapat berkongsi kegembiraan dan kesyukuran kepada Allah bersama murid-murid saya yang telah menerima pengijazahan dan gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah. Banyak pengalaman tersebut diungkapkan saya dalam tempoh 24 jam selepas menerima pengisian IHNM.

Saya pun tiada terduga hal itu. Bagi saya semua pengalaman murid ialah HAK MASING-MASING yang Allah telah tentukan rezeki kepadanya. Jadi bersyukurlah kepada Allah. Pokok kesimpulan daripada pengalaman mereka ialah mengalami peningkatan diri dan rohani yang mendadak yang sudah tentunya menambah manisnya ibadah, mudahnya berbuat amal kebaikan dan meraih pembelaan Allah dalam mahkamah. Pengalaman murid saya yang menerima IHNM dan berdepan dengan peguam yang sememangnya petah berhujah sekalipun berhujah di pihak yang bathil dengan izin Allah mulut peguam itu kaku sehingga hakim menyebelahinya suatu khabar gembira buatnya. Murid saya melakukan apa yang saya berikan dengan petunjuk dan iringan doa daripada saya tidak putus-putusnya untuk murid IHNM sepanjang masa Alhamdulillah , beliau terbela.

Walhal sebelum ini beliau pernah belajar reiki daripada organisasi reiki yang tersohor sehingga berhabis ribuan ringgit. Apa yang saudara perolehi sepanjang menjadi pengamal reiki dan menerima 'attutement' reiki?Soal saya sebelum saya mengisi IHNM kepadanya. TIADA. Malahan, sambungnya, banyak masalah berlaku kepada diri dan keluarganya. Antaranya tiba-tiba menjadi berat untuk bersolat, marah, malas untuk bekerja dan sering kebuntuan fikiran mendepani soal-soal rezeki. Dengan izin Allah setelah beliau bertemu janji dna booking masa sebelum berjumpa, dengan panduan amalan sebelum berjumpa saya dan iringan doa saya kepadanya kesan ilmu reiki yang dipelajari sedikit demi sedikit dapat dibuang walaupun pada mulannya amat susah untuk menanggalkannya daripada jiwa.

Dengan izin Allah dan rahmat Allah berkat Rejab bulan yang mulia juga, beliau dapat bertemu dengan saya membimbingnya secara khusus istimewa sehari semalaman beliau bersama saya, menyediakan masa meskipun sibuk, dengan bantuan Allah jua semua halangan dapat diatasi dan beliau pulang dengan sejuta kesyukuran. Sebagai hadiah beliau menang pula di mahkamah beberapa hari selepas itu. Demam-demam mengejut dialami oleh anak2nya sebelum berjumpa saya juga dapat diredai (suatu gangguan reflek kerana menghalang berjumpa dengan saya).

Menerawang dan meraga sukma???

Ilmu Hikmah Nur Makrifah tidak mengajar ilmu meraga sukma dan terawang seperti ilmu batin lainnya. Ia bukan matlamat walaupun terdapat kaedah untuk mengasahnya.

Saya tekankan amalan asas dan fundemental ke atas murid dahulu. Tetapi dengan izin Allah sewaktu proses takholli dilakukan ditunjukkan Allah gangguan atau dampingan yang menyusahkan hidup beliau demikian lama. Beliau menyaksikan dan saya pun menyaksikan secara pandangan batin. Walaupun tanpa dipinta tetapi dengan izin Allah jua kami dapat menyaksikan. Dengan izin Allah gangguan berupa perempuan tua berwajah hudoh yang mengancam beliau dapat disirnakan sepantas kilat tiada bersisa langsung.

Yang demikian itu adalah karena mereka menentang Allah dan rasul-Nya. Barang siapa menentang Allah, maka sesungguhnya Allah memiliki hukuman yang amat pedih. Surah Al-Hasyr. Ayat 4.

Dengan nama Allah yang maha besar, saya tidaklah berupaya menentang segala gangguan syaitan dan jin jahat melainkan dengan kudrat dna bantuan Allah semata-mata. Masakan saya dapat menklaim sayalah yang menghalau dna membuang mereka itu daripada orang lain?Malahan jika TANPA RAHMAT DAN BANTUAN ALLAH SERTA IZINNYA MAKA pada diri saya sendiri pun saya tidak dapat membuang gangguan tersebut jika ada.

Semua ini kuasa dna rahmat Allah. Melalui ILMU DAN KAEDAH YANG BETUL , NIAT DAN SALURAN YANG HAK maka insya Allah dengan mudah sahaja dapat diatasi.

Pengalaman murid daripada Johor juga begitu. Demikian lama penyakit isterinya yang misteri walau sudha berjumpa ramai perawat, apabila menerima pengisian IHNM maka dengan izin rahmatNya beliau dapat merawat isterinya sebaik pulang ke rumahnya. Sekaligus gangguan pada isterinya tidak dapat bertahan dan menyorok lagi.

Semua dengan rahmat Allah. Insya Allah bagi yang masih ragu-ragu, hilanglah keraguan itu, pasanglah niat yang murni dan LURUS jangan ada bengkok-bengkok , teruskan dengan niat yang murni dan lurus belajar ilmu yang hak ini. Saya masih terus membuka peluang dengan berkat bulan Syaaban menjelang Ramadhan ini masya Allah saya sendiri dapat merasai betapa barokahnya bulan mulia ini, dimana amalan kita dilipatgandakan Allah dengan kasih sayangnya, ah, jangan sesekali putus asa daripada rahmatnya kerana sesungguhnya Allah sentiasa membuka jalan kepada kita untuk meraih rahmatNya yang AMAT LUAS yang kita tidak sedari.

Semoga pembaca tegar blog ini dirahmati Allah melimpah ruah tiada tertahan-tahan lagi menerima pancaran hidayah dan taufik inayah daripada Allah secara terus dan langsung hingga terbuka pintu makrifah untuk mengenaliNya yang Maha Esa lagi Maha Kuasa.

Allahhu akhbar!
Allahuh akhbar!
Allahuakhbar!

Walhamdulillah hirabbil alamin!

Jumaat, 10 Jun 2011

Infaq di Jalan Allah

Allah berfirman dalam Surah  Al Baqarah  Ayat ke-245.

”Siapa yang memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah maka Allah akan melipatgandakan gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.”

Kata “Meminjamkan” disini adalah istilah ungkapan untuk menafkahkan harta di jalan Allah. Bukan Allah yang meminjam kepada kita atau Allah meminjam harta kita. Allah Maha Kaya, bahkan Allahlah yang melampangkan dan menyempitkan rezeki kepada kita atau kepada mereka yang di kehendakiNya. Menafkah harta di jalan Allah dapat diringkas fahamkan sebagaimana berikut:

1.Membayar zakat
2. Bersedeqah dan menderma
3. Menuntut ilmu

Berdasarkan 3 item contoh di atas, perkara 1 ialah wajib manakala 2 dan 3 menurut keadaan. Perkara 1 mengikut masa yang tetap biasanya. Manakala perkara 2 dan 3 menurut keadaan mana yang lebih penting. Misalnya jika keadaan kita sekarang jahil, maka wajiblah menuntut ilmu. Tanda seseorang jahil itu menerima hidayah Allah dan Allah berkehendak menganugerahkan kepadaNya ilmu pengatahuan maka Allah membuka hatinya untuk tergerak mencari ilmu pengetahuan. Makanya dia menyedari kekurangan dirinya maka -dicarilah ilmu tidak kira ilmu apa-apapun.

"Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman yang mempunyai ilmu diantara kamu dengan beberapa derajat"(QS.Al-Mujadallah : 11)

Dalam pencarian dan pembelajaran ilmu itu, murid akan berdepan dengan keperluan menggunakan sebahagian harta atau harta di tangan  atau harta simpanan untuk tujuan biaya belajar. Banyak umat Islam menyedari dirinya jahil tetapi amat bakhil untuk mengeluarkan infaq untuk dirinya sendiri untuk menuntut ilmu pengetahuan. Malah ada beranggapan kalau ilmu agama dan kerohanian tidak menggunakan wang hanya ikhlas-ikhlasan bertemu tuan guru. Makna ikhlas telah dipesongkan oleh sifat bakhil yang tumbuh dalam jiwa.
Sifat bakhil sangat merugikan dan antara keburukannya ialah:

1.Dibenci Allah. Kebencian Allah adalah sebab kepada kesempitan dan kesusahan, resah hati, gelisah dan rasa diri tidak berguna.

2.Sifat bakhil bukan sifat mukmin dan menafikan kesempurnaan iman.

3.Menampilkan suatu kebodohan. Tabiat manusia berasa benci dan jijik kepada orang bakhil dan kikir. Ini adalah bukti semula jadi kejinya sifat bakhil. Oleh itu, orang yang sanggup bersifat bakhil adalah suatu kebodohan.

4.Orang bakhil dibenci dan dikeji manusia, terutama di kalangan ahli ilmu dan mereka yang berakhlak mulia. Bahkan orang bakhil juga tidak disukai di kalangan mereka sendiri.

5.Dengan memerhatikan keadaan dan kehidupan orang bakhil, dapat disimpulkan yang sifat itu tiada kebaikannya. Cuma yang ada hanya keburukan, kedukaan dan kesusahan yang mengakhiri hidupnya.

6.Orang tua-tua mengungkapkan: "Kikir itu pada hakikatnya adalah fakir sekalipun banyak harta simpanannya dan pemurah itu pada hakikatnya kaya walaupun ia tidak berpunya."

7.Orang bakhil menjadi bahan cemuhan sewaktu hidupnya, bahkan selepas kematiannya. Harta yang disimpan tanpa dibelanjakan itu akan ditinggalkan. Sehinggakan mereka yang berhak mendapatnya tidak akan memujinya, tetapi akan menyumpah dan mencemuhnya. Malangnya nasib orang bakhil, di dunia dicela, di akhirat diseksa.

8.Orang bakhil biasanya akan sedar mengenai akibat buruk dan kebodohannya, bahkan kerugiannya apabila ajalnya hampir. Pada waktu itu, dia cuba menebus kebodohannya yang lalu dengan mewasiatkan harta ditinggalkan untuk derma amal kebajikan. Tetapi mungkin ahli keluarganya tidak akan mengendahkannya.

9.Orang bakhil akan diseksa di akhirat, iaitu dengan dikalungi lehernya semua barang yang dia kikir. Dahinya dan belakangnya akan dibakar dengan emas dan perak yang disimpan tanpa dikeluarkan pada jalan Allah.

10.Sifat bakhil kerana takutkan kefakiran dan kemiskinan adalah tipu daya syaitan yang menjanjikan kekayaan, sedangkan pada hakikatnya bakhil itu adalah kemiskinan.

Jadi elakkanlah kita bersikap bakhil untuk mencari ilmu pengetahuan. Sebenarnya kesedaran dan semangat untuk mengeluarkan biaya untuk belajar adalah permulaan hidayah dan perubahan ke arah hidup lebih baik.

Sesiapa yang melalui jalan ke arah menuntut ilmu maka ALLAH mudahkan untuknya jalan ke syurga-Hadis Riwayat Muslim-.




Dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan radhiallahu ‘anhu dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, barangsiapa yang Allah kehendaki baginya kebaikan maka Dia akan memahamkan baginya agama (Islam).” (HR Bukhari )

Imam Nawawi berkata, “Hadits ini menunjukkan keutamaan ilmu (agama) dan keutamaan mempelajarinya, serta anjuran untuk menuntut ilmu.”

Imam Ibnu Hajar Asqalaani berkata, “Dalam hadits ini terdapat keterangan yang jelas tentang keutamaan orang-orang yang berilmu di atas semua manusia, dan keutamaan mempelajari ilmu agama di atas ilmu-ilmu lainnya.”

Mutiara hikmah yang dapat kita petik dari hadits ini adalah:
  1. Ilmu yang disebutkan keutamaannya dan dipuji oleh Allah Ta’ala dan Rasul-Nya adalah ilmu agama.
  2. Salah satu ciri utama orang yang akan mendapatkan taufik dan kebaikan dari Allah Ta’ala  adalah dengan orang tersebut berusaha mempelajari dan memahami petunjuk Allah Ta’ala dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam agama Islam.
  3. Orang yang tidak memiliki keinginan untuk mempelajari ilmu agama akan terhalangi untuk mendapatkan kebaikan dari Allah Ta’ala.
  4. Yang dimaksud dengan pemahaman agama dalam hadits ini adalah ilmu atau pengetahuan tentang hukum-hukum agama yang mewariskan amalan shaleh, karena ilmu yang tidak dibarengi dengan amalan shaleh bukanlah merupakan ciri kebaikan.
  5. Memahami petunjuk Allah Ta’ala dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan benar merupakan penuntun bagi manusia untuk mencapai derajat takwa kepada Allah Ta’ala.
  6. Pemahaman yang benar tentang agama Islam hanyalah bersumber dari Allah semata, oleh karena itu hendaknya seorang muslim disamping giat menuntut ilmu, selalu berdoa dan meminta pertolongan kepada Allah Ta’ala agar dianugerahkan pemahaman yang benar dalam agama.
Jadi menuntut ilmu memerlukan calon murid mengeluarkan harta sebagai suatu infaq di jalan Allah kerana dengan ilmu kita dapat menjadi hamba Allah yang bertaqwa berjaya dan bahagia dunia dan akhirat. Infaq juga membersihkan harta, membersihkan diri daripada di cap sebagai bakhil, seperti Qarun yang menyimpan hartanya menimbun hartanya yang akhirnya hartanya itu tidak dapat memberi manfaat selepas kematiannya. Sedangkan ilmu itu memberi manfaat menjadi buah amal, infaq itu menjadi buah kebajikan yang terus bercambah dan merebak banyak yang mana hanya Allah sahaja yang tahu betapa banyaknya ia.

Jadi bagi calon murid yang berganggapan belajar ilmu agama dan ilmu hikmah tidak perlu mengeluarkan biaya salah sama sekali. Menganggap bahawa rugi mengeluarkan simpanan wang untuk membiayai pembelajaran ilmu akhirat adalah sifat bakhil yang ditegah dan sifat syaitan amat takut apabila insan sentiasa berada di jalan menuntut ilmu. Sedangkan mengeluarkan biaya untuk belajar ilmu dunia boleh pula. Janganlah kerana kita menuntut ilmu dunia dan akhirat kerana untuk mendapatkan imbalan dunia sahaja fikirkanlah untuk bekalan lebih jauh.

Yakinlah, tiada ruginya harta yang diinfaqkan ke jalan Allah khususnya untuk mempelajari ilmu pengatahuan, setitis ilmu Allah yang maha luas di titipkan sebagai suatu nikmat daripada sifat Maha Pemurah dan Pengasih Allah terhadap insan.

Bersediakah kita?

Salam jumaat yang penuh rahmat dan barokah semoga meraih kedamaian hati dan kejayaan hidup. Insya allah saya doakan!

Isnin, 30 Mei 2011

Nasihat saya kepada si pencari ilmu

Pertama kenalilah dulu apakah tujuan diri sendiri?Nak kebal?nak sakti?Nak pandai atau nak apanya..Jangan kabur-kabur tentang hal ini.

Kedua kenalpasti bagaimanakah cara penurunan ilmu?Main salam2 sahajakah?Cakap2 sajakah?Trik2 kekebalan sajakah?

Ketiga kenal allah selaku sang pencipta segala-galanya.

Dalam pelajaran Ilmu Hikmah Nur Makrifah ketiga-tiga pernyataan penting ini ada. Semuanya dijawab dengan baik. Kepada si pencari ilmu yang telah menghabiskan banyak wang untuk belajar ilmu tenaga dalam sakti maka saya tumpang simpati. Sebenarnya ilmu batin yang sebenar mengajar kita kenal diri dan Allah serta mendapat sakinah dan saadah. Nah, ini dinyatakan dalam IHNM. Sifat qanaah salah satu daripada buahnya hikmah yang merupakan kurnian Allah pada sesiapa saja yang dikehendakinya.

Maaf, saya bukanlah grandmaster tenaga dalam atau mahaguru ilmu sakti. Saya hamba Allah yang kerdil. Bagi murid saya yang telah menerima pengisian ilmu saya ucapkan tahniah. Dan alhamdulillah setakat ini tiada seorang pun mereka yang telah menerima ilmu dan pengisian daripada saya merungut dan tidak puas hati. Ada yang sudah berjaya membuka pusat rawatan. Sehingga ke Singapura. Sejauh Sabah. Alhamdulillah semuanya kita ini berjihad. Bertaqwa dan berjihad. Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata, suatu ungkapan popular yang mesti diamalkan dalam bidang rawatan rukyah dan hikmah Islami.

Saya sekadar mahu berkongsi ilmu, jika ragu-ragu tidak payahlah email atau sms atau menghubungi saya kerana saya tidak menjanjikan apa-apa kepada saudara semua. Jika mahu berkongsi dengan saya, saya sedia kongsi dengan apa yang saya miliki daripada pengalaman riyadhoh tanpa mainan trik tenaga dalam dan kebatinan yang begitu menjanjikan tetapi sekadar indah khabar semata.

Insya Allah, Ilmu Hikmah Nur Makrifah untuk hamba Allah yang kerdil, yang mahu mengenal dirinya bertaqarrub kepadaNya dan hidup dalam keadaan tenang sejahtera.

Jumaat, 27 Mei 2011

Amalan Ilmu Hikmah Nur Makrifah

Salam sejahtera.

Ya Allah Ya Nur! Salah satu daripada zikir amalan Ilmu Hikmah Nur Makrifah. Zikir memohon Cahaya Allah ini bukannya sesuatu yang direka cipta daripada amalan-amalan kebatinan yang sesat lagi menyesatkan. Tidak pula menggunakan rajah-rajah yang meragukan. Tidak menggunakan jampi serapah yang bercampur aduk dengan kata-kata asing, tidak diketahui maknanya dan mensyirikkan Allah Ta'ala.

Berkenaan dengan saka, terdapat banyak kaedah rawatan perubatan tradisional. Banyak antara rawatan tersebut menggunakan petua dan bahan alami yang dihidupkan semangatnya dengan jampi mentera tertentu dan ayat-ayat suci. Rawatan kaedah Islamik pula lebih menjurus kepada penggunaan ayat al Quran semata-mata selain doa dan hizib. Petua dan bahan alami turut digunakan namun ia minimum tanpa jampi serapanh lagi. Namun ada yang mengklaim dirinya sebagai perawat Islam tetapi masih menggunakan jampi serapah walau sedikit.

Dalam kaedah perubatan yang diajarkan dalam program bimbingan Ilmu Hikmah Nur Makrifah, amalannya bebas sepenuhnya daripada amalan jampi serapah. Bahan alami dan ayat suci digunakan namun dalam konteks tersendiri yakni bukan sebagaimana perukyah yang membaca ayat suci dengan nyaring malah ada yang memakai mikrofon lagi. Amalan IHNM tidak menjadikan ayat suci sebagai pedang, pisau, cemeti dan lain-lain alatan ghaib. Hanya membaca ayat suci bertujuan memusnahkan segala gangguan. Berkenaan natijahnya semuanya milik Allah semata-mata. Biasanya manifestasi kewujudan kesan IHNM ialah turunnya rahmat Allah dalam bentuk ketenangan dan cahaya ruhaniah yang memnacar-mancar. Cahaya dan rahmat yang bersekali turun sewaktu ayat suci dibacakan bukan bermakna penentu mutlak kesembuhan pesakit kerana Allah sajalah penentu mutlak kesembuhan pesakit. Konsep kita hanyalah ikhtiyar dan dengan kaedah yang betul termasuk pengisian yang betul dan amalan yang betul, hasilnya dapat kita nikmati sebagaimana Allah berfirman "Sesungguhnya kami turunkan Al Quran itu sebagai rahmat dan penawar bagi orang beriman." Inilah yang sewajarnya kita pegang dan junjung serta yakini. Bagi murid yang menerima pengisian Ilmu Hikmah Nur Makrifah, mereka mempunyai keyakinan yang amat kuat sehingga tiada suatu gangguan pun menjadi ketakutan dan kebimbangan bagi mereka. Mereka dapat berdepan dengan situasi seberat manapun dan dapat membantu masyarakat dengan jayanya berbekalkan pengisian dan amalan yang terpulang bebas kepada murid untuk mewiridkannya sebanyak manapun (tanpa ada syarat wajib, amalan zikir adalah sunnat yang tidak boleh dipaksa tetapi suatu kerelaan yang ikhlas dan berserah diri kepada Allah lantaran lahirnya kesedaran diri kepada Maha Pencipta.

Keadaan

Keadaan bagi murid yang menerima pengisian Ilmu Hikmah Nur Makrifah ialah suatu keadaan yang menerima pancaran hidayat taufik inayat Allah Ta'ala yang terus menerus dalam saluran rahmatNya.

Matlamat Ilmu Hikmah Nur Makrifah dikembangkan

-Untuk membantu perawat Islam dan perawat yang mengamalkan kaedah rukyah dapat menjalankan perubatan secara rukyah dengan lebih berkesan lagi sesudah menerima pengisian dan formasi amalan Ilmu Hikmah Nur Makrifah.

-Untuk membantu menguatkan diri dan rohani perawat Islam untuk bersungguh-sungguh berjihad di jalan Allah dalam bidang rawatan perubatan Islam sehingga insya Allah setiap masalah dapat diatasi dengan baik.

-Untuk mereka yang sering disihir tanpa hentinya. Setelah pesakit dibersihkan daripada pengaruh sihir, mangsa sihir akan diisi dengan kekuatan Ilmu Hikmah Nur Makrifah dan dengannya mangsa mempunyai daya dorong untuk berjihad dna beramal sehinggakan sihir itu kembali berbalik kepada penyihirnya.

-Untuk membantu masyarakat yang terlalu banyak mengunjungi hospital agar kembali sihat atau pulih dari trauma.

-Untuk pengamal perubatan tradisional belajar Ilmu Hikmah dan rasai sendiri perubahannya yang nyata.

-Untuk mengukuhkan tenaga dalaman seseorang sehingga sampai ke hakikat.

-Untuk orang awam biasanya hendak belajar menimba ilmu pengetahuan.

Selasa, 24 Mei 2011

Pengalaman Murid Belajar Ilmu Hikmah

Assalamualaikum Tuan,

Terlebih dahulu, sy nak ucapkn terima kasih atas penawaran pengisian ilmu hikmah (dgn redho Allah) . Ilmu hikmah yang tuan anjurkan ini memg ada keistimewaan tersendiri lah.(Beliau menerima pengisian + Booster drp saya Ahad minggu lalu)

Pd tghari Ahad yg lepas, sy selamat smpi di Kulai lebih kurang jam 5.30pm . Sebelum ini sy ada menceritakan pd tuan mengenai isteri sy yg sedang sakit mistik. (Sakitnya sudah lama gagal dirawat oleh ramai perawat Islam drp kaedah campuran sehingga kaedah ruqyah sahaja)
 
Sy pun ikut ckp tuan buat tak reti sahaja . Isteri sy tu tak byk ckp. Sy duduk sebelah dia.... dlm hati cuma zikir_____________.

Selepas solat maghrib hari yang sama, ahad tu, sy baca____________. sy bgtau dia yg sy nak check dia( isteri) . Sy buat ikut yg tuan ckp ...

Sesungguhnya Allah Maha Pemberi Pertolongan dan semasa buat___________ , isteri sy smpi keluar air mata . (Tanpa sentuhan)

Apa yg dia rasakan ialah dia rasa paha, punggung & bahu direntap. Katanya mcm ada renjatan elektrik kuat naik dr kaki terus ke kepala .

Alhamdulillah ada pengurangan gangguan. Badan rasa ringan . (Jin/bisa/aura negatif berjaya ditarik keluar dgn izin Allah)
Sy mengulangi lg pengubatan ni selepas solat Isyak. Masih ada sikit2... dan sy gunakan_____________ bila isteri sy ckp ada nmpk bayangan  org berada di kawasan tasik.

Tiada bayangan lg selepas gunakan________&________' . Syukur pd Allah .... Memamg byk doa2 yg power dlm ilmu hikmah tuan ajarkan ni. (Hanya Allah Yang Maha Power/Kuasa-apa yang kita lakukan hanyalah semata-mata berdoa ke hadrat Allah Ta'ala dan dengan rahmat Allah dikabulkanNya).

Memg betul tuan ckp.... selepas tu, isteri sy bgtau sebelum sy smpi rumah lg dia dah rasa tak tentu arah. Bila sy muncul kat pintu rumah, isteri  sy rasa nak memberontak & rasa benci tgk sy . Sedangkan dulu dia tak rasa apa pun masa berubat dgn perawat ruqyah .

Syukur, dia dpt kawal diri & berzikir dlm hati .

Sy memg keletihan selepas berjalan jauh. Niat di hati nak bertahajjud & berwirid, sudahnye sy tak sedar langsung ....
Tapi semasa sy baru2 nak terlelap, sy tersentak & mcm nmpak ada org menghunus keris .... sy cuma baca___________ & terus tertidur sbb letih yg amat sgt . (Gangguan TIDAK boleh menganggunya sekadar bayangan yang pasti beliau tidak sakit atau mengalami sakit2 selepas itu. Maknanya gangguan itu dengan sekejap dpt diatasi sehingga beliau dpt tidur dgn nyenyak. Dlm pengalaman orang yang yang biasa merawat, atau org yang sakit di sihir atau gangguan selalu SUKAR tidur. Tetapi beliau diganggu dan terus dia berwirid dan akhirnya tidur nyenyak tanpa terus diganggu dgn kata lain gangguan itu dpt dibanteras)

Tuan, T.kasih!

Penerima pengisian ilmu hikmah khusus
B dari Kulai, Johor

Isnin, 16 Mei 2011

Bagaimana membuatkan orang di sekeliling kita suka dan kasih kepada kita?

1. Selalu menghargai dan memberi pujian.
Pujian itu seperti air segar yang dapat melegakan rasa haus manusia akan penghargaan. Dan kalau anda selalu siap memberikan air segar itu kepada orang lain, anda berada pada posisi yang terbaik untuk disukai oleh orang lain. Caranya? Bukalah mata lebar-lebar untuk selalu melihat sisi baik pada sikap dan perbuatan orang lain. Lalu pujilah dengan tulus.

2. Buatlah orang lain merasa dirinya sebagai orang penting.
Tunjukkanlah dengan sikap dan ucapan bahwa anda menganggap orang lain itu penting. Misalnya, jangan biarkan orang lain menunggu terlalu lama, katakanlah maaf bila salah, tepatilah janji dan sebagainya.

3. Jadilah pendengar yang baik.
Kalau bicara itu perak dan diam itu emas, maka pendengar yang baik lebih mulia dari keduanya. Pendengar yang baik adalah peribadi yang diperlukan dan disukai oleh semua orang. Berilah kesempatan kepada orang lain untuk bicara, ajukan pertanyaan dan buat dia  untuk terus bicara. Dengarkanlah dengan empati, dan jangan menilai atau menasihatinya apabila tidak diminta.

4. Ingat dna sebutlah nama orang dengan betul
Nama adalah milik berharga yang bersifat peribadi. Umumnya orang tidak suka bila namanya disebut secara salah atau sembarangan. Kalau ragu, tanyakanlah bagaimana melafazkan dan menulis namanya dengan benar.

5. Bersikap ramah-tamah
Semua orang senang bila diperlakukan dengan ramah. Keramahan membuat orang lain merasa diterima dan dihargai. Keramahan membuat orang merasa betah berada didekat anda.

6. Bermurah hatilah.
Anda tidak akan menjadi miskin karena memberi dan tidak akan kekurangan kerana memberi. Seorang yang sangat bijak pernah menulis, orang yang murah hati, berbuat baik kepada dirinya sendiri. Dengan demikian kemurahan hati suatu sisi baik buat anda, dan disisi lain berguna bagi orang lain.

7. Hindari kebiasaan mengkritik, mencela, atau menganggap remeh.
Umumnya orang tidak suka kalau kelemahannya diketahui oleh orang lain, apalagi dipermalukan. Semua itu menyerang langsung ke pusat harga diri dan dapat membuatkan orang mempertahankan diri dengan sikap yang tidak bersahabat.

8. Bersikaplah asertif.
Orang yang disukai bukanlah orang yang selalu berkata ya, tetapi orang yang dapat berkata tidak apabila diperlukan. Sewaktu prinsip atau pendapat anda bertentangan dengan orang lain. Anda tidak harus menyesuaikan diri atau memaksakan mereka menyesuaikan diri dengan anda. Jangan takut untuk berbeza dengan orang lain. Yang penting perbezaan itu tidak menimbulkan konflik, tapi menimbulkan sikap saling pengertian. Sikap asertif selalu lebih dihargai dibandingkan dengan sikap "yes man"

9. Perbuatlah apa yang anda ingin orang lain perbuat kepada anda.
Perlakuan apapun yang anda inginkan daripada orang lain yang dapat menyukakan hati, itulah yang harus anda lakukan terlebih dahulu. Anda harus mengambil inisiatif untuk memulainya. Misalnya, apabila ingin diperhatikan, mulailah memberi perhatian. Bila ingin dihargai, mulailah menghargai orang lain.

10.Cintailah diri sendiri.
Mencintai diri sendiri berarti menerima diri apa adanya, menyukai dan melakukan apapun yang terbaik untuk diri sendiri. Ini berbeda dengan egois yang berarti mementingkan diri sendiri atau egosentris yang berarti berpusat kepada diri sendiri. Semakin anda menyukai diri sendiri, semakin mudah anda menyukai orang lain, maka semakin besar peluang anda untuk disukai orang lain. Dengan menerima dan menyukai diri sendiri, anda akan mudah menyesuaikan diri dengan orang lain, menerima mereka dengan segala kekurangan dan keterbatasannya, bekerjasama dengan mereka dan menyukai mereka. Dalam diam tak diam ri anda memancarkan pesona peribadi yang dapat membuatkan orang lain menyukai anda.

***

Kadangkala kita sudah melakukan semua perkara di atas atau tips-tips lainnya untuk lebih disukai oleh orang di sekeliling kita terutama sekali majikan kita, anak isteri kita, kaum kerabat dan sahabat handai kita...

NAMUN hasilnya sangat kurang menyebabkan kita hampir merasa berputus asa...Mengapa tidak cuba kaedah terapi pengasih kaedah Rahmaniah?

Dengan izin, rahmat dan redho Allah, sesiapa sahaja yang ingin meraih kesukaan orang dan perhatian dan sayang orang kepada kita bolehlah berikhtiyar untuk mendapatkan terapi pengasih daripada kami.

Terapi pengasih ini LANGSUNG tidak melibatkan mainan makhluk halus..guna minyak mati dibunuh..atau barang ghaib yang banyaknya penipuan..tetapi dengan kaedah terapi pada point-point pada wajah dan doa mustajab maka terpancarlah pesona diri dan pesona pengasih tingkat tinggi..tiada taranya..laksana berlian di suluh cahaya...Insya Allah sebenarnya pada diri kita sudah tersedkia pesona pengasih yang hebat tersebut cuma kita belum dapat membuka dan mengisinya dengan kaedah yang benar dan haq...Insya Allah dialu-alukan...testimoni sebelumnya banyak yang menyatakan dahulunya bosnya garang dan suka negatif terhadap dirinya..kini bosnya berlembut..mesra dan segala kerjanya berjalan dengan baik...rezeki pun lancar..malah naik pangkat...

Terapi dan pengisian nur pengasih tingkat tinggi ini terbuka untuk semua yang mahukan kehidupan yang baik..hubungan dengan manusia yang baik..ditempat kerja...anak isteri..calon pasangan..insya Allah mustajab. Terus emel rahmaniah999@gmail.com untuk mendapatkan maklumat/pertanyaan.

Sabtu, 14 Mei 2011

Mencapai kesempurnaan rohani dengan ilmu hikmah

Pengisian Penuh IHNM bermaksud pengisian yang dimulai dengan cara yang benar dan penuh tanpa singkatan dengan ini mengambil masa antara 1-2 jam. Akan berlaku peningkatan cahaya diri hingga ke  tahap infiniti. Sebuah ikhtiyar insani rabbaniah bagi mencapai kesempurnaan hidup berbudi dan beribadah dengan hati tenang dan sentosa. Sama-sama kita meraih manfaatnya. Perhatian IHNM bukan untuk yang was-was, mahu kesaktian, mahu scan power, mahu jadi kebal dan menghilang dll. IHNM hanyalah untuk mencapai makrifatullah dengan ketenangan dan kesentosaan diri di tahap maksimum. Fondasi pengisian ini mengambil sumber Nur Tahajud sepertiga malam akhir disalur ke dalam rohani hingga mencapai peningkatan kesedaran semesta yang muktamad semuanya bagi mencapai redho Allah. Khusyuk solat, mustajab doa, disukai masyarakat, terjauh bala, hati tenang, manis ibadah, pulih penyakit, terhindar penyakit zahir dan batin Insya Allah jangan tunggu lagi. Sedetik masa sehari berlalu tanpa ilmu yang baharu kita hanyalah membuang usia sia-sia dan tidak mendapat apa-apa. Jadilah kita orang yang berilmu hikmah bermanfaat untuk manusia sejagat.

Khamis, 12 Mei 2011

Silibus Ilmu Hikmah Nur Makrifah Edisi Kemaskini (UPDATE)

Salam sejahtera.
Dengan izin, rahmat dna redho Allah Yang Maha Kuasa mengizinkan saya untuk melakukan penambahbaikkan terhadap silibus IHNM spt pengalaman merawat yang khusus drp pengalaman saya sendiri saya compilekan supaya menjadi petunjuk kpd murid baharu.

Terdapat murid yang belajar habis PULUH RIBU merata ceruk tetapi beliau tidak juga berani membuka pusat rawatan, atau merawat hanya kecemasan. Ini tidka menjadi masalah jika menerima IHNM kerana semuanya ini atas YAQIN kita kpd Allah. Sebab itu sering saya ulang kpd bakal murid sy, ilmu yang hak dan benar dan diturunkan dgn hak dna benar juga  akan membuahkan keyakinan pd diri yang kuat sehingga berani melakukan apa sahaja demi kebaikan umat manusia.

Manakala ilmu yang tiada haq atau haq tetapi diturunkan secara korup maka sedkt memberi manfaat atau langusng tiada sama sekali ramai sekali murid saya telah terkena dgn guru mee segera begini. Sungguh malang.

Insya Allah dgn IHNM semuanya dapat dielakkan malah kebaikan dpt diraih. Bagi murid lama saya yang telah ambil pengisian ilmu saya mohon berhubunglah dgn saya secara emel utk saya kirim edisi kemaskini secara percuma shj. Saya akan beri jika ada keinginan sahaja dan emel shj.

Bakal murid baharu atau bercadang nak belajar maka inilah saat terbaik. Saaat yang ditunggu2 oleh perawat Islam atau pencinta ilmu hikmah atau bagi sesiapa sahaja yang hendak meraih kebaikan drp lautan rahmat Allah ini. Ilmu Allah maha luas dan maha halus. Belajarlah kerana ia tdk rugi yang rugi ialah ketiadaan ilmu dan mati dlm harta menimbum yg tdk membuahkan amal kebajikan sebelum mati.

Insya Allah dpt Ilmu Hikmah Nur Makrifah Edisi Kemaskini dimasukkan kaedah perubatan, kaedah 2 yg lebih khusus yang kemas serta amalan mujarab lain yg di isi terus ke pada murid. Tanpa prejudis dengan kepuasan hati saya dengan ingin rendah hati mengalu-alukan permohonan belajar terus ke emel rahmaniah999@gmail.com.

Mohon jangan bertanggung kerana saya hanya melakukan pengisian ilmu secara temujanji dan jika jadual saya penuh maka lagi lambatlah calon hendak belajar malah ada jangkau berbulan-bulan suatu ketika itu. Buat masa sekarang tempahan masa menerima pengisian masih lagi ada dan insya Allah dpt dilakukan sekali lagi dalam minggu akhir bulan Mei ini.

Berkemungkinan saya akan tutup Permohonan Belajar pada bulan Jun dan Julai atau seterusnya kerana saya menumpukan perhatian kpd tesis saya.

Rebutlah masa, tempat dan peluang ini selagi saya masih 'terbuka' utk mengisi dna menurunkan ilmu kpd umat Islam.


Yang ikhlas

Tabib Mohd Ali (BA Malay Studies University of Malaya)

Rabu, 13 April 2011

Memanggil Orang Hilang

Ilmu memanggil orang hilang menjadi penting akhir-akhir ini. Banyak kes hilang, selain kes sindiket, remaja melarikan diri dari rumah disebabkan berlaku konflik dengan ibu bapanya. Saya didatangi oleh sepasang suami isteri dari Ampang dan setelah saya mendoakan selang 4 hari remaja tersebut sudah menghubungi keluarganya balik. Alhamdulillah. Kaedah saya tetap menggunakan kaedah bacaan ayat Quran selain kaedah menggunakan kekuatan hati. Seperkara yang dipelajari kita janganlah terlalu menekan anak-anak kita spt memaksanya belajar di sekolah jika dia benar-benar tidak mahu belajar lagi disekolah. Ilmu bukan shj disekolah malah ilmu ada dalam kemahiran dan sebagainya. Remaja yang tidak mahu lagi atau berminat lagi ke sekolah tetapi masih mahu bekerja lebih baik drp yang tidak mahu bekerja dna menjadi parasit dalam rumah. Ataupun remaja yang bersekolah tetapi buat masalah di sekolah sehingga menyebabkan kes-kes keganasan sikap dan kerosakan akhlak serta kecederaan di sekolah. Sebab itu pentingnya didik anak sejak kecil lagi dengan asuhan agama. Bagi yang ingin berikhtiar memanggil orang hilang agar kembali ke pangkuan keluarga tanpa menyekutukan Allah boleh terus berhubung dgn saya. Lagi cepat lagi bagus, kerana lagi lama menangguhkan ikhtiar maka semakin kurang kemungkinan utk berjumpa semula. Insya Allah la haula wala quwwata illa billah il aliyil azim.

Merawat Kota Bharu

Baru-baru ini saya dminta merawat di Kota Bharu, kelantan. Alhamdulillah, dgn bantuan Allah sy berjaya merawat seorang nenek yang kena saka ular yang berupa semangat padi turun temurun. Rawatan tersebut tidaklah serumit mana tetapi yang rumitnya ialah masalah keluarga yang dihadapi oleh keluarga pesakit. Masalah anak yang tidak mengenang budi membawa masalah kpd anggota keluarga yg lain. Apabila saya memeriksa dgn lebih dalam, saya mendapati masalah ini berkaitan dgn gangguan saka juga yang enganggu fikiran dan perasaan khusus bagi mereka yang kurang amalan. Semangat padi nenek moyang, dikepuk padi berumah beranak pinak, namun kepuk padi sudah tiada. Sakanya tetap merayau dan mencari pengangganti. Oleh sebab pihak anaknya gagal mengumpulkan anggota keluarga lain. maka rawatan saya itu lebih tertumpu pada ibunya. Kali ketiga dan malam terakhir sesudah saya merawat ibunya, baharulah saya pulang ke KL. Keadaanya bertambah baik sedikit namun gangguan saka tersebut terus berlaku ke atas anak-anaknya. Kami berjanji utk bertemu lagi nanti utk rawatan buang saka sekeluarga, insya Allah. Apapun semuanya terletak pada kekuasaan Allah menentukan sembuh atau jadinya sesuatu perkara.

Selasa, 22 Mac 2011

Sains Dalam Pandangan Islam

Berikut ialah petikan Wawancara ASASI dengan Adi Setia seorang ilmuwan muda yang sedang meningkat naik. Saya tertarik tentang makna sains barat dan sains non barat. Terutama berkaitan perubatan. Sangat menarik dan mengujakan. Komen saya, selain daripada akupuntur, urutan, herbalis, terapi, rukyah, ilmu hikmah semuanya terkeluar daripada konteks sains Barat. Sains dalam Islam bukan sekadar bersifat inderawi malah juga bersifat maknawi. Sebagai bahan pemahaman yang menyegarkan minda!
***
Definisi sains yang dikemukakan oleh Shaharir Mohamad Zain dalam Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains ialah, “sains berupa analisis fenomenon secara bersistem, mantik dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai.” Jadi, adakah Pengislaman Ilmu bertujuan untuk memasukkan aspek-aspek metafizik, ketidakmantikan, dan diluar-kerasionalan? Tapi, bukankah pula sukatan dan kaedah ilmu yang digunakan oleh sains dalam definisi tersebut paling disepakati oleh semua pihak, kerana Sains Barat ternyata sangat empirikal dan mudah dipercayai. Tidak begitu?

Takrif sains yang lebih umum ialah “penyelidikan tersusunatur terhadap alam semesta” tak kira apa kaedah yang dipakai, yang penting kaedah yang sesuai dengan bidangnya dan yang mampu pecahkan permasalahan yang ditangani dalam bidang itu. Contohnya, akupuntur (acupunture) tak rasional, tak mantik menurut kerangka kebendaan sistem perubatan barat, tapi amat rasional dan mantik menurut kerangka Ying/Yang metafizik Tao. Namun begitu, akupuntur dah jadi kaedah arus perdana di barat, pasal ia mampu pecahkan permasalahan perubatan tertentu yang gagal dipecahkan menurut kaedah barat. Jadi, kita sebenarnya kena buka mata dan lihat lebih jauh dalam dalam lagi, bukan cuma terperap dalam tempurung sains barat seolah-olah tiada cara lain untuk buat sains.

Jadi, apa yang boleh disumbangkan oleh Sains Islam kepada dunia keseluruhannya?

Mula-mula kita kena tanya “apa yang boleh disumbangkan oleh Sains Islam kepada umat Islam, dan apakah yang boleh disumbangkan oleh umat Islam hari ini kepada menghidupkan kembali sains Islam”? Soalan ini sampai bila tak akan terjawab kalau kita kekal jahil terhadap sejarah dan falsafah sains Islam kita sendiri. Jadi lebih baik kita sama-sama teliti www.muslimheritage.com dan www.muslimphilosophy.com. Lepas itu akan terjawab dengan sendirinya soalan “apa yang boleh disumbangkan oleh Sains Islam kepada dunia keseluruhannya?” Pendek kata orang jahil jati-diri tak mungkin sumbang apa-apa pun, sama ada kepada dirinya atau kepada orang lain.

Dan di mana kerugiannya jika kita melanggan Sains Barat?

Ruginya kita kekal jahil jati-diri, kekal jadi pak-turut macam robot, kekal jadi pengguna/pelanggan/pembeli lesu bukan pencipta/pembuat/penjual giat, dan kekal tak tahu menahu langsung bahawa di sana ada sains yang jauh lebih baik bagi insan dan alam.

Isnin, 21 Mac 2011

Pesakit yang tidak mahu sembuh ialah mereka yang...

1.Tidak mahu bersolat
2.Terus mensyirikkan Allah
3.Terus berbuar dosa
4.Was-was terhadap rawatan


Saya telah menemui pesakit jenis begini dan untuk pembaca yang baharu menjenguk ke blog ini diharapkan tidak membuat temujanji dengan saya kerana saya. Bagi yang sebaliknya, mahu sembuh dengan taat kepada Allah dna jauhi laranganNya boleh terus hubungi saya sama ada melalui emel atau telefon sesegera yang mungkin.

Jangan biarkan penyakit melararat.

Ilmu hikmah adalahh booster bagi perawat Islam, perukyah dan ilmu putih

Assalammualaikum.
Dalam beberapa minggu belakangan ini, saya berkesempatan mengisi beberapa orang murid dan alhamdulillah maklumbalas yang saya terima selepas beberapa hari, mereka amat berpuas hati. Antara faedah mereka perolehi ialah mendapat ketenangan, khusyuk dan musyahadah ke hadrat Allah Ta'ala. Badan terasa amat ringan dan mudah untuk bangun tahajud dan berubadah. Khusyuk yang bukan sebarangan khusyuk. Khusyuk yang membuka gerbang musyahadah dan makrifatullah. Dan banyak lagi faedahnya. Ada yang melawat bapa saudaranya di Unit Rawatan Rapi terlantar koma. Tidak lama selepas dia balik, ibu saudara yang menjaga bapa saudaranya memberitahu, bapa saudaranya menjerit menyatakan "ada orang hendak membunuhnya." Walhal murid saya tersebut tidak pun merawat hanya sekadar ziarah. Ada isteri mengalami gangguan sehingga tidak mendapat zuriat. Apabila selesai menerima pengisian dan ijazah ilmu, beliau cuba merawat sebagaimana saya ajarkan dan nyata hanya baharu meletakkan telapak tangan ke perut , isterinya sudah menunjukkan gejala penolakan, sesak nafas-yang menunjukkan gangguan yang terpendam bertahun-tahun tidak dapat berselindung lagi dalam tubuh isterinya. Kesemua daripada mereka ini menerima ijazah rukyah. Termasuk ada yang dari Singapura, yang terang saya ceritakan pada entri terdahulu bagaimana rawatannya menjadi cepat dan mudah malahan ruhani pesakit turut meningkat dengan izin, rahmat dan redho Allah jua. Insya Allah, bagi perawat Islam dan perukyah ataupun pengamal ilmu aliran putih yang lain yang ingin booster keilmuan dengan cara yang haq tanpa syirik dan sewaktu dengannya, bolehleh terus tempah masa dan tarikh kerana pengisian hanya dilakukan secara khusus sahaja bukan datang langsung bagi menjaga kualiti pengisian ilmu di tahap sempurna.Insya Allah

Jumaat, 18 Februari 2011

Serbuk berlian keluar daripada dan seluruh badan

Sebagaimana saya janjikan sebelum ini, dalam tread Susuk Berlian, saya tunjukkan gambar pesakit ketika serbuk berlian tersebut keluar selepas 1 jam meminum air yang telah didoakan khusus. Lihatlah pada bahagian muka dengan teliti. Kerlipan biasan cahaya itulah antaranya...setakat mana yang termampu tertangkap pada kamera kompak. Saya tunjukkan gambar ini untuk
-Iktibar kepada pemakai susuk
-Bukti entri yang memasukkan pengalaman perubatan yang saya nyatakan dalam blog adalah benar
Gambar muka penuh di atas paling jelas ialah pada tulang pipi dan pada gigi rambut bahagian dahi...IA BUKAN KELUMUMUR...ia benar-benar serbuk halus putih berkilat
Gambar ini jika di zoomkan pada bahagian kepala gigi rambut hujung mata kelihatan berkerlipan serbuk berlian yang telah saya lapkan dengan kain yang dibasahkan dengan air kepala muda yang telah di doakan. Gambar ini jika dibesarkan terlihat serbuk berlian terlekat pada seluar pesakit...bukan habuk ya. Serbuk berlian itu keluar dari seluruh tubuhnya.

Selasa, 8 Februari 2011

Sila Baca dengan fikiran terbuka : Faedah Ilmu Hikmah Nur Makrifah

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah segala puji dan puja kepada Allah Tuhan Seru Sekelian Alam dan limpah selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, sahabat dan kaum muslimin muslimat sekelian.

Ada yang tertanya-tanya kepada saya apakah faedahnya Ilmu Hikmah Nur Makrifah (IHNM) untuk dirinya?

Jawapan bagi soalan ini banyak. Ia bergantung pada Seseorang itu. Dan Seseorang itu bergantung pada Sudut Pandangannya. 

Saya cuba menjelaskan daripada beberapa sudut pandangan bagi menjawab persoalan tersebut.

Sudut Pandangan bagi A yang belum pernah belajar apa-apa ilmu hikmah atau esoterik spt reiki, prana, tenaga dalam, tenaga alam, silat batin, rukyah DAN KEMUDIAN mengambil pengajian dan pengisian IHNM :

Suatu pengalaman baharu yang luar biasa, saya merasa amat tenang, damai dan marak api semangat untuk beribadah semata-mata untuk bertaqarrub denganNya. Saya mula menyedari hakikat ruhani saya sendiri yang berhubungan dengan Allah Ta'ala. Saya semakin memahami agama dan kasih sayang sesama makhluk...

Sudut Pandangan B yang pernah belajar rukyah DAN KEMUDIAN mengambil pengajian dan pengisian IHNM :

B 1: Saya telah mengambil ijazah rukyah daripada guru yang terkenal yang mengambil serta belajar dengan guru berketurunan Arab sendiri yang sangat terkenal dengan buku-buku penangkis sihir dan merawat menggunakan ayat-ayat Al Quran. Kemudian saya pun mula merawat pesakit  di rumah saya dan alhamdulillah mujarab. Malahan ada juga pesakit yang gagal dirawat oleh guru saya, saya merawat mereka dan dengan izin Allah sembuh. Namun saya merasai masih ada ruang-ruang kosong dalam hati saya membuatkan saya tertanya-tanya apakah setakat ini sahaja? Apakah tiada yang lain...mengapakah aku merasai perasaan begini (kekurangan kesuburan / makrifahtullah)...

B 2: Saya telah mengambil ijazah lengkap rukyah syariyyah dan kemudian saya pun merawatlah. Kadangkala sembuh mujarab  kadangkala tiada kesan langsung. Saya memahami soal sembuh atau tidak mutlak milik Allah tetapi saya tetap tertanya-tanya mengapa ada dari golongan jin yang merasuk dalam badan pesakit boleh mengetawakan saya yang sedang membaca ayat-ayat al Quran? Sejak itu saya mendirikan solat hajat dan istiharah dan Allah memberikan jalan kepada saya untuk bertemu tuan Tabib Ali dan alhamdulillah saya merawat selepas itu, tidak berlaku lagi jin mengetawakan saya. Dengan keyakinan diri yang kian kuat, saya yakin dikuatkan Allah, saya bukan sahaja dapat merawat kes kerasukan dengan cepat dan mudah, malah orang yang saya rawat juga semakin meningkat ruhaninya-yakni kadar ingatnya kepada Allah jauh bertambah-tambah dalam hati sanubarinya. Syukur, seperti diingatkan oleh Tabib Ali, bersyukurlah kepada Allah ta'ala kerana dengan inayah dan rahmahnya sahaja semua perkara itu boleh berlaku.

Sudut Pandangan C yang pernah belajar ilmu hikmah dan tenaga dalam DAN KEMUDIAN mengambil pengajian dan pengisian IHNM :

C 1: Saya belajar ilmu Silat Sabil dalam tahun 80-an sehingga mendapat selendang Merah. Hasilnya saya selalu panas baran, mudah tersinggung, maki-maki dan pantang di cabar. Dalam tahun 2000 saya belajar Ilmu Tenaga Dalam Pa******** S***** daripada seorang guru tenaga dalam yang mengijazah dan mengisi jarak jauh melalui telefon sahaja. Mulanya saya faham kemudian kata-katanya semakin tidak saya fahami. Malah saya juga diberikan doa nurbuwwah. Hasilnya saya mendapat gigitan aneh seluruh tubuh saya sehingga lebam-lebam dibuatnya. Segala ilmu saya praktiskan untuk mengatasi masalah itu juga GAGAL. Malah keadaan saya makin teruk apabila ibu jari saya pula macam ditokak oleh sesuatu dan badan jadi letih lesu. Saya mula memohon kepada Allah agar diberikan petunjuk. Dan Allah mengabulkan doa saya dan mempertemukan dengan Tabib Ali. Saya berubat dahulu dengannya. Hasilnya semua gangguan aneh sudah tidak ada. Badan jadi ringan mudah nak bangun subuh solat. Kemudian tanpa berfikir panjang lagi saya pun mengambil keputusan mahu belajar dan menerima pengisian IHNM. Hasilnya sangat indah tak terkata. Fikiran jadi lapang selapang-lapangnya. Hati jadi tenang setenang-tenangnya. Hanya Allah yang Tahu. Ibadah saya kian khusyuk suatu nikmat yang baharu kecapi sepanjang usia saya. Karier saya di tempat kerja juga makin baik. Hubungan dengan majikan dan rakan-rakan sekerja juga makin baik sehinggakan tiada lagi yang mahu marah-marahkan saya. Kerja saya lebih tersusun rapi di pejabat. Alhamdulillah saya dapat rasakan perubahan yang amat besar dalam hidup saya. Dan ia lebih bernilai daripada barang-barang berjenama dan mahal atau material lainnya.

C2 : Saya belajar reiki dan hasilnya badan saya jadi panas dan baran. Saya jadi ok beberapa ketika namun fikiran saya siapa yang tahu?Berkecamuk dan boleh berubah personaliti tiba-tiba. lebih teruk lagi saya lihat lembaga aneh dan perasaan bersatu dengan alam. Aduhai. Setelah menerima rawatan dari Tabib Ali, beliau menyarankan saya memusnahkan semua ilmu reiki yang saya pernah ambil dan alhamdulillah saya tidak ada lagi gejala di atas. Hati lebih tenang fikiran jadi lapang. Air muka saya berseri-seri dan amalan yang diberikan Tuan tabib Ali kepada saya juga ringkas tetapi alhamdulillah banyak perubahan positif saya nikmati. Kini saya mahu belajar IHNM pula. Bayangkan kalau rawatan pun sudah mencapai tahap begini apatah lagi belajar dan menerima bimbingan daripada Tuan Tabib Ali sendiri. Insya Allah.

Sudut Pandangan di atas berdasarkan pengakuan, emel dan lisan pesakit saya yang kemudiannya menjadi pelajar saya.

Alhamdulillah, tiada apa pun yang mustahil dalam dunia ini jika Allah izinkan.

Isnin, 7 Februari 2011

Sihir Kedai

Assalammualaikum. Beberapa hari lepas saya berkesempatan pulang ke kampung halaman. Saya dipertemukan oleh Allah dengan dua kes sihir kedai. Sebenarnya saya tidak pula mewar-warkan secara lisan kepada saudara mara yang saya melibatkan diri dalam perubatan alternatif dan perubatan Islam. Hanya yang membaca blog ini sahaja dan rakan-rakan terdekat kerana saya tidak suka dipanggil dengan gelaran bomoh dan sewaktu dengannya. Masakan pantas memanggil saya tok bomoh hanya kerana saya merawat orang dengan kaedah tersendiri?Bahan perawatan saya adalah zikir, doa dan air semata-mata. Tidak pula saya gunakan kemenyan untuk menjemput jin dan segala mambang. Oleh kerana mentaliti orang kampung masih demikian yang boleh menjurus ke arah pendewaan maka saya tidak war-warkan secara lisan. Tetapi kalau tersebar juga apakan daya. Saya masih teringat lagi sekitar setengah dekad lepas, Abang Salim pernah menyatakan kepada saya yang saya akan menjadi seorang tabib tetapi bukan bomoh. Dua kali Abang Salim menyatakan demikian iaitu selepas beliau merawat saya dengan kaedah zikir dan air kelapa. serta petua yang ringkas. Masa itu saya sakityang tidak diketahui puncanya. Semua orang dalam dunia ini tidak terlepas daripada dihinggapi penyakit sekalipun doktor paling pakar pun mati kerana sakit. Saya juga demikian. Saya tidak mahu menggunakan istilah ramalan atau tilikan kerana ia cenderung hendak menyamakan ramalan atau tilikan yang dilakukanoleh tukang tilik zaman jahiliyyah dahulu kala. Ia semacam firasat yang tajam. Dan ia berlaku dengan izin Allah. Perlu difahamai saya tidak berguru dengan Abang Salim. Beliau hanya seorang saudara seagama yang hebat peribadinya dan tawaduk selain tajam serta tepat firasatnya. Sabna nabi SAW, Takutilah kamu akan firasat orang beriman kerana mereka melihat dengan Nur Allah...

Kembali pada topik di atas. Oleh kerana beberapa saudara mara saya sudah tahu, maka saya telah diminta oleh satu keluarga untuk 'menengok' apa yang berlaku. Ini satu perkara lagi saya kurang suka. Istilah menengok juga sinonim dengan bomoh serta dukun. Saya tidak setuju kalau orang kamu saya menengok-nengok. Apa yang hendak ditengokkan. Apa yang kita sudah tengok sekarang ini pun masih belum tertafsir makna kejadiannya.

Saya pergi juga kerumah keluarga tersebut meskipun hati mendongkol tidak suka. Tidka suka dipanggil untuk menengok menilik. Namun kerana saya berpegang kepada dakwah bil hal wal hikmah saya hadir juga. Di situlah saya akan 'brainwash' mereka...secara ringkasnya terdapat dua kes sihir kedai saya tangani. Yang pertama sihir kedai makan. Bisnes kedai makan sejak 3 dekad diusahakan sepasang suami isteri kini ditutup kerana pelanggan tidak datang ke kedai mereka selain pengusaha kedai sering ternampak lembaga bertubvuh hitam berbulu panjang di serata kawasan kedai dan rumah yang bersambung dengan kedainya. Suaminya pula jatuh sakit macam-macam penyakit. Dan saya pun merawat suaminya dahulu dan kemudian men'nurkan' seluruh kawasan kedai dan rumah mereka dan alhamdulillah, suasana yang suram kedam dan panas telah hilang sama sekali. Suami yang selalui sakit dfibahagian perut dan sering ditarik-tarik ibu jari kakinya pula sudah tidak mengalami gangguan lagi, syukur ke hadrat Ilahi atas inayah dan bantuan daripadaNya. Saya hanya alat sahaja.

Kes kedua membabitkan kedai duatingkat yang mengusahakan spa, kecantikan, menjual air tapisan berjenama terkenal, rawatan salon dan air nusyrah. Pengusaha kedai dan dua anaknya saya rawat di kedai itui juga. Sang ibu tunggal yang sejak 2006 tidak lagi masuk ke dalam kedainya angkara merasa 'tidak mahu masuk ke dalam kedai' dan sakit2 pada badan beserta anak-anaknya yang jadi 'beratbadan dan malas' telah saya rawat di dalam kedai itu juga. Berbekalkan keyakinan dan izin rahmat dari Allah, ibu tunggal tersebut melihat bangkai babi dikeluarkan daripada dalam tanah tapak kedainya itu dan dimusnahkan dengan Pancaran Nur Arasy, sehingga tiada bersisa. Anak-anaknya pun setelah dirawat merasa sangat ringan tubuh badan dan fikiran jadi lapang tenang.

Selain kes sihir kedai, saya juga diminta merawat satu kes gangguan, sehingga pesakit hampir kerasukan dan saya cepat-cepat menarik makhluk jahat dalam diri pesakit yang sudah kesakitan teramat sangat. Alhamdulillah tangan kanannya yang sakit sejak 2 minggu lalu dan doktor gagal mengesan walau setelah diberi berbagai-bagai ubat telah dapat diselesaikan alhamdulillah. Saya hanya alat semata.

Saya juga merawat kes anak lembam dan memberikan penerang hati. Alhamdulillah dengan izin Allah kesemua anak-anak tersebut mendapat nur hidayah Allah ta'ala malah ada yang menangis teresak-esak kerana merasakan Allah SWT begitu dekat dan akhbar di mata hatinya. Sedia maklum ilmu bukan bermula pada lebaran kertas tetapi ilmu bermula dengan singkapan mata hati sehingga menyaksikan serta menjadi alat penerima ilmu daripada Allah ta'ala jua.

3 hari di kampung saya yang agak padat. Sewaktu saya mengisi minyak pagi sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur, saya terserempak dengan Abang Salim yang turut sedang mengisi minyak motor superbikenya. Dia hanya mengatakan kepada saya, "Very good, very good." Jauh dalam hati yang good ialah Allah jua kerana kita Adam yang tiada apa-apa.




Rabu, 26 Januari 2011

Kaedah Mengembalikan Sihir

Salam. Ada beberapa kes yang dirujuk kepada saya, berpunca daripada perbuatan khianat sihir menyihir. Apabila seseorang perawat merawat dengan kaedah yang betul dan tepat, insya Allah, pesakit yang terkena sihir dapat dipulihkan dalam tempoh 24 jam sahaja. Malahan ada pengalaman saya, merawat seorang pesakit yang disihir agak teruk, dapat dipulihkan setelah dirawat dalam tempoh masa 1-2 jam secara total. Namun ini bukanlah suatu janji dan suatu kepastian yang terus menerus berlaku. Semua pada akhirnya tertakluk kepada keizinan Allah. Apa yang saya hendak fokuskan di sini ialah apabila kes sihir tersebut berulang setelah pesakit sembuh dirawat. Kes-kes berulang begini, perawat hendaklah memulangkan kembali kepada penyihir. Kaedah memulangkan sihir dengan kaedah yang haq terdapat berbagai-bagai cara. Ada yang mendirikan solat hajat+wirid salamun qaulan...Ada yang wirid ayat 82 surah Yassin. Kaedah hitam pun ada. Sebagai perawat muslim, hendaklah kita berwaspada tatkala merawat kes sihir kerana kebarangkalian untuk diserang ketika merawat dan dalam tempoh 24 jam adalah besar. Malah ada perawat yang sakit-sakit dan ada juga yang meninggal dunia diserang balik oleh bomoh sihir. Banyak saya jumpa perawat yang berpatah arang berkerat rotan tidak mahu merawat lagi sesudah diserang hebat oleh bomoh. Ibarat kata orang tua-tua sediakan payung sebelum hujan. Sebelum perawat diserang sesudah pesakit dirawat, perawat boleh memulangkan balik sihir sebaik sahaja 'pembersihan' dilakukan. Insya Allah, kebarangkalian diserang balik akan berkurangan atau tiada. Paling penting teguhkan niat dalam bidang ini. Niat hanya mencari redho Allah bukannya mencari keuntungan dunia dengan jalan yang syubhah, muslihat dan melampau-lampau kerana bukan sedikit ustaz-ustaz perawat mengambil kesempatan 'menipu kes-kes rasuk' bagi menyakinkan orang ramai terhadap bengkel rawatan dan pusat rawatan mereka. Ini tidak baik.

Selasa, 18 Januari 2011

Solat Istikharah Sebelum Memilih Hendak Belajar

Alhamdulillah. Segala puji dna syukur bagi Allah. Sejak saya membuka tawaran bimbingan dan gemblengan IHNM ini ramai yang mengambil keputusan bijak untuk belajar dan menghayati kebesaran Allah melalui limpahan rahmatnya yang maha luas. Kini, sebagaimana yang telah saya maklumkan, saya tidak akan terus membuka tawaran bimbingan dan gemblengan ini selamanya. Saya akan tutup apabila sudah mencapai bilangan tertentu. Oleh itu bagi yang telah singgah ke blog ini, dan membaca tentang bimbingan ilmu hikmah dan berminat, maka hendaklah segera membooking masa untuk datang menerima pengisian. Tuan-tuan boleh terus emel kepada saya dapatkan maklumat dan persediaan sebelum datang. Jangan berfikir panjang. Dengan rahmat Allah, bagi saudara yang ingin mencari ilmu perubatan kerohanian yang sebenar, saudara pasti akan berasa tertarik untuk menyertai program ini apabila sudah membaca entri mengenainya di blog ini. Keinginan dan cenderung hati itu saya yakin semuanya daripada Allah Ta'ala. Banyak yang sudah mendirikan solat istikharah dan terjumpa blog saya, mempunyai gerak hati kuat untuk belajar, alhamdulillah. Apabila mereka menerima pengisian mereka juga telah menyatakan kesyukuran yang tiada terkata apabila dapat menerima bimbingan dna pengisian ilmu hikmah , insya Allah. Allah Maha Besar dan Maha Kuasa di Atas Segala Sesuatu. Jadi kalau saudara ragu-ragu juga boleh solat istikharah, buatlah keputusna bijak sebelum tuan tuan menceburkan diri dalam bidang perawatan Islam ini kerana hanya dengan saluran yang haq dan benar sahaja dapat kita berdepan dengan berbagai ragam gangguan dan penyakit. Jadi tiada ketidakpastian lagi selepas ini, insya Allah. Banyak yang telah menerima pengisian telah menyatakan mereka solat istikarah dahulu dna kuat gerak hatinya hendak belajar dengan saya, insya Allah semuanya atas rahmat Allah, saya juga mohon berlindung daripada kejahatan nafsu dan sifat-sifat keji serta bisikan syaitan. Selagi saya terdaya saya bantu sehinggalah saya rasa mencukupi dan tidak lagi membuka bimbingan ini.

Insya Allah.

Isnin, 17 Januari 2011

Pengalaman Merawat dan Membimbing Di Sabah

Salam sejahtera. Syukur kepada Allah dengan limpah kurniaNya. Dengan izin dan rahmatNya, saya dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang dipikulkan kepada saya sebaik mungkin. Sebagaimana saya maklumkan sebelum ini, saya ke Sabah kerana diundang. Walaupun kali pertama saya ke sana namun saya tidaklah berhasrat untuk ke mana-mana.

Walaupun terdetik juga hendak berjalan-jalan. Namun pengisian selama 3 hari itu padat dengan pembelajaran dan sesi rawatan. Sesi pembelajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dan juga yang sedikit mencabar ialah merawat orang-orang Ranau. Dalam pakej bimbingan perubatan hikmah, saya juga menyatakan bimbingan praktikal merawat.

Murid boleh mengemukakan pesakitnya sendiri dan lihat saya merawat mereka. Dan kali ini, saya dihadapkan dengan 6 pesakit yang mempunyai masalah berbeza-beza. Namun kesemuanya melibatkan gangguan. Dan gangguan tersebut yang dominan ialah saka dan sihir. Dengan rahmat Allah dua pesakit wanita yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan murid saya ini, dapat saya rawat sehingga mereka melihat sendiri Nur Allah yang terang benderang di akhir sesi rawatan.

Bukanlah suatu yang memelikkan. Apalah hendak dipelikkan. Kita ini kadangkala bercakap sahaja gah tetapi, penyaksian tiada. Mengapa berlaku demikian?Kerana masih wujud kesombongan terhadap Allah dan jauh daripada rahmat Allah. Maka carilah rahmat Allah. Jangan cari Allah. Walhal pada diri kamu sendiri tiada kamu perhatikan.
***
Di Daerah Ranau, 95% terdiri daripada etnik Dusun. 50% muslim 50% lagi Kristian, pagan, Helluyah dll. Murid dan kesemua pesakit saya orang Dusun. Antara ke enam-enam pesakit, paling keras gangguannya ialah seorang pesakit iaitu seorang gadis lepasan maktab perguruan. 

Setelah kain diselubungkan pada tubuhnya, saya mula membaca ayat kunci dan kalimah-kalimah perlindungan. Sewaktu saya membaca ayatul kursi dia mengigil. Saya pandang tepat titik antara kedua matanya smabil membaca Laqod ja akum...Dia menitiskan air mata. Semakin kuat ngongoinya. Setelah selesai membaca saya mula buat teknik rentapan dna pancaran-penyaluran.

Beberapa kali saya buat dia tetap dalam keadaan sama. Sebagai manusia biasa, kita juga bisa 'jatuh'. 'Jatuh' kerana alpa dan lalai. Baharu saya teringat, ada 4 step saya tidak suruh dia lakukan iaitu pertama meminum air yang telah didoakan, kedua menyapu minyak attar, ketiga menyuruhnya membaca syahadah, istighfar dan selawat serta menyatakan berkomonikasi dengannya sebagaimana saya lakukan ke atas pesakit saya sebelum ini. Natijahnya, gangguan tersebut, sukar ditarik. Semuanya atas peringatan Allah kepada saya agar jangan memandang remeh setiap masalah gangguan kerana bukan masalahnya kita perlu angkat itu jin hebat dan sakti, tetapi masalahnya hubungan kita dengan Allah. Apabila sudah dapat merawat dengan jayanya, maka kita selalu sahaja terlupa dan lalai dan mulalah mahu melihat AKU.

Patutnya Allah sahaja tempat pergantungan mutlak dan susah senang mudah sukar semuanya kena kembali pada Allah. Satu pengajaran buat saya dan buat murid saya.

Sesi tersebut nyata melewati sejam lebih. Kadangkala menangis kuat, kadangkala ketawa. Murid saya yang membaca Ayatul Kursi pun, diketawa dan dicebikkan mulutnya. Saya berhentikan rawatan. Saya naik ke bilik, tunaikan solat asar yang sudah sejam berlalu dan berwirid memohon kepada Allah.

Maka di situlah kita pulangkan segala-galanya kepada Allah. Hati kita. Jiwa kita. Ikhtiar kita, Usaha kita, Kuasa kita, gerak kita semuanya kembali kepadaNya. Setelah   'kembali ke asal' maka saya turun kebawah. Melihat pesakit masih ketawa dan mengejek saya langsung mencapai air doa dan duduk di depannya. Ketawanya berhenti dan badanya mengigil.

Saya tidak mahu percaya apa-apa tatkala itu. Biarlah. Segala-galanya Allah sahaja ketika itu. Kerasukan dan kejadian yang berlaku ini pun kerana Allah, dan fiil Nya pada makhluk sebagai suatu peringatan dan memenuhi janjiNya kepada kita. Lantas saya menuangkan sedikit air doa ke tangan, dengan bismillah, saya rejamkan air kemuka pesakit. Langsung dia menjerit dan terkulai.

Pesakit sedar sedikit namun jin saka masih ada dalam tubuhnya. Saya suruh dia minum air doa basahkan muka, telapak tangan dan kakinya. Dan saya mulakan balik sesi rawatan dengan syahadah.

Alhamdulillah, dengan 1 kali membaca ayatul kursi gangguan jin tersebut dengan izin Allah mati dan pesakit tersedar. Saya mengajarnya syahadah dan membuat imbasan sekali lagi. Sudah tiada. Namun saya melihat jauh ke dalam nurani, sihir masih lekat pada dirinya biarpun telah ditawarkan....Saya sambung sesi rawatan gadis ini pada esok harinya. Kerana saya terpaksa mengikuti murid saya ini ke rumah pesakit lain yang sedang menunggu...Ada masa saya ceritakan pengalaman saya merawat adik beradik lelaki ini...agak mencabar juga walaupun tidak kerasukkan hanya sekadar diperlihatkan Allah sahaja...
***
 Esok pagi saya mulakan rawatan kedua ke atas gadis tersebut. Dengan semua step yang selalu dibuat, saya lakukan, gadis tersebut tidak kerasukkan lagi. Oleh kerana bagi memastikan gangguan tidak berulang saya memohon kepada Allah agar dipulang segala perbuatan sihir tersebut disertai dengan gerak yang haq dnegan keyakinan 1000%. Malahan dengan izin Allah dia melihat  barang-barang sihir malahan rumah penyihir pun dia dinampakkan Allah. Antaranya dia melihat dirinya dihempap batu, terdapat barang sihir yang terdiri daripada bangkai binatang, lambang salib yang besar. Kesemuanya saya mohon pada Allah agar dipulangkan kepada penyihirnya. Batu yang menghempap di tolak dengan makrifah. Salib yang besar di hadapan mata batin gadis itu, dengan rahmat Allah saya musnahkan dengan kalimah syahadah dan selawat ke atas nabi dan ungkapan ke atas penyaksian kerasulan nabi muhammad. Masya Allah.

Bangkai binatang di musnahkan. Kemudian dia tubuh seorang lelaki yang hitam legam laksana arang terbaring. Kemudian dilihatnya sebuah rumah yang dibawahnya sudah berlonggok dengan kayu api dengan di atas rumah itu berselimutkan cahaya putih berkilauan. Akhirnya, dia melihat tanah perkuburan dan jenazah yang sedang mahu dikebumikan, dengan wajahnya hitam laksana arang, terbakar hangus.

Masya Allah. Kita tidaklah meminta kepada Allah berlakunya demikian namun Allahlah yang membalas kejahatan orang-orang yang jahat dna moga-moga Allah membantu kita menolongi kita dengan rahmatnya berdepan dengan kaum kafir sama ada terdiri daripada golongan manusia yang mahu memadamkan cahaya Allah dengan golongan jin kafir yang engkar lagi derhaka berdendam kesumatnya kepada manusia.

Gadis tersebut masih nampak putaran antara nur dan kegelapan seolah-olah saling berlawan. Dengan izin Allah, tegak seperti alif. Saya pun membacakan dengan haq dan rahmatNya sepotong ayat. Alhamdulillah.

Gadis tersebut sudah tidak nampak apa-apa lagi. Cuma suasana yang terang benderang. Tiada lagi kegelapan atau jalur-jalur hitam. Cuma katanya, jauh di sudut hatinya terdapat sesuatu yang panas, keras dan degil. Ini masalah rohani. Dengan izin Allah rahmat dan redhoNya saya membimbingnya berzikir dengan zikir ismu Zat Allah, Alhamdulilah dan di akhirnya dipohon rahmatNya dan Nur Nya sebagaimana yang pernah dipohonkan Nabi Muhammad SAW. (Carilah dan amalkan doa cahaya tersebut, jangan pandang sebelah mata, konon nak raup semua tapi tak terhayati pun setiap satunya. )

Gadis itu sangat tenang, tersenyum dan dia hanya memandang cahaya yang amat bersih, suci dan menenangkan amat sangat. Kami akhiri sesi tersebut dengan doa

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah wa syukurillah.

Sabda Nabi: Sebaikbaik doa ialah alhamdulillah.

Allahuahkbar!

bersambung..insya Allah...

Selasa, 11 Januari 2011

Susuk Berlian 2

Assalammualaikum.
Segala puji dan puja bagi Allah pada sebanyak ilmu Allah...

Semalam saya datang lagi ke rumah Opah yang menderita sakit-uzur akibat pemakaian susuk berlian sejak berumur belasan tahun. Saya tiba di rumah anaknya (opah berada di sana), pada pukul 10.30 malam. Malam agak dingin setelah hujan. Salakan anjing dari jiran sebelah mengejutkan saya. Di tangan kanan saya terdapat satu beg plastik yang berisi air mineral yang telah diwirid-doakan serta minyak wangi Oud sebagai bahan perawatan. Tiada bahan lain.

Sewaktu saya berdepan dengan Opah, saya mengukuhkan sila lantas merenung jauh ke dalam batini saya. Dengan kalimah yang suci lagi mulia, Bismillah, syahah, istihfar dan selawat, saya mulakan dengan kalimah-kalimah yang mengandungi perlindungan kepada Allah. Sambil2 itu saya merenung opah yang kelihatan semakin baik. Opah tidak lagi seperti kali ke1 dna ke 2 saya berjumpa dengannya dalam dua minggu lepas. Opah boleh duduk diam-diam, dan berkomonikasi dengan lancar.

Opah menyuruh saya membuang semua benda-benda yang telah dimasukukan ke dalam tubuhnya. Saya melihat dalam nurani saya, susuk yang dipasang pada pangkal peha sudah hampir tiada, sudah luntur kekuatannya sama sekali, cuma yang ada kesan-kesan biasa sahaja. Ibarat luka yang sedang pulih dengan baiknya. Saya melihat juga dengan nurani saya, saka yang mengikuti Opah, Sudah tiada. Yang ada hanyalah sisa-sisa sahaja yang sudah teruk benar. Ataupun jin-jin generasi baharu yang teragak-agak mahu 'masuk campur'. Mereka di luar sahaja dan tidak berani mendekati Opah sewaktu saya berada di sisi opah. Saya menggunakan teknik pancaran nur dan doa mustajab, dan jabat syifa khusus pada anggota2 tubuhnya. Sambil itu anak-anak Opah bercerita sejak saya pulang, Opah sudha semakin baik dari hari ke hari. Ia semakin kurang mengeluh sakit, meracau dan sudah bercakap dengan JELAS yang sebelum ini cakap Opah LANGSUNG tidak difahami. Alhamdulillah, puji pulangkan kepada Allah.

Mereka menuruti semua panduan saya, alhamdulillah berkat kesabaran dan berterusan menjaga Opah dengan izin, rahmat dan kasih sayang Allah, Opah semakin baik cuma dalam sehari dua ini Opah tidak berselara untuk makan dan merasa demam-demam. Ini termasuklah menantu Opah yang, Pak Cik yang mengalami demam. Siptom demam diperolehi sejak anak-anak mereka mengambil barang pusaka Opah dari rumah pusaka di Perak.

Saya terlupa sungguh hendak mengambil gambar barang pusaka tersebut yang terdiri daripada kipas tangan yang berlukisan gambar pokok-pokok hijau, celak dengan bekas tembaganya dan sebatang paku yang masih elok tidak berkarat walaupun sudah puluhan tahun disimpan. Mungkin 60  tahun usia barang tersebut memandangkan usia Opah sudah berumur 81 tahun. Namun demikian saya ada mengambil gambar Opah sewaktu serbuk-serbuk berlian itu timbul dari kulit wajahnya, laksana peluh merenik-renik  deras. Insya Allah akan di muat naik ke blog ini sedikit masa lagi.

Saya melakukan pembersihan  lagi pada tubuh Opah dengan teknik pancaran nur yang diiringi dengan makrifah pada kalbu serta doa. Sewaktu saya menjabat dahi dan ubun-ubun Opah, Opah mengantuk lalu tertidur. Masuk sahaja pembacaan ayatul kursi yang ke 11 kali, Opah menjerit perlhana, sakit, tolonglah aku! Saya tidak mempedulikan jeritan itu. Dan akhirnya Opah teryidur pulas. Saya jabat pula pada tengkuk dan bawah tulang pipinya kiri kanannya. Kemudian saya jabat pula bahagian perutnya dan mencabut penyakit yang demikian lama. Selepas melakuakan demikian, Opah tidak lagi mengadu sakit-sakit pada bahagian tersebut. Tanggaungjawab saya terlaksana pada malam semalam apabila Opah sudah boleh tidur dan saya pun segera mendapatkan barang pusaka.

Dengan izin dan rahmat Allah saya berjaya melunturkan kekuatan ilmu hitam tersebut. Opah juga tidak bertelanjang, menjerit bukan-bukan. Setelah saya selesai dalam 20 minit, Opah tersedar dan meminta agar  anak-anaknya mengambil duitnya lalu diinfaqkan kepada saya. Opah bersungguh-sungguh mahu memastikan anak-anaknya memberikan saya infaq kepadanya....

Barang-barang pusaka tersebut sudah kosong. Kalau ikutkan hati mahu saja saya mengambil barang tersebut. Namun belum saya menyatakan di lidah supaya anak-anaknya membuang barang tersebut ke laut,Opah sudah bersuara agar semua barang tersebut dibuang keluat.

Alhamdulillah, Opah tidak lagi meracau-racau, sudah boleh bercakap dan difahami bagi anak-anak yang mendengar dan Opah berulang kali menyatakan kekesalannya menerima ilmu drp Babanya suatu ketika dahulu. Opah beritahu dia tidka tahu langsung barang-barang yang diberikan mempunyai fungsi dan jin tertentu yang berperanan menyesatkan manusia. Dalam renungan batini saya, Opah sudah pulih 70%. Insya Allah ia akan semakin baik menjelang 21 hari.

Jadi selesailah sudah sesi rawatan saya merawat seorang warga emas yang mempunyai ilmu susuk berlian yang boleh dikatakan level asli. Bukan susuk yang dibuat bomoh sekarang tetapi bomoh dahukala yang mantap pegangan syarat perbomohannya.

Saya pulang ke rumah jam 1.30 pagi dan tiba sejam kemudian di rumah. Insya Allah, la quwwata illa billah

Jumaat, 7 Januari 2011

Ilmu Batin Silat

Salam. Maklumat daripada entri ini mungkin biasa diketahui bagi perawat-perawat. Justeru saya hanya menulis entri untuk menyampaikan maklumat berkaitan saka ilmu silat kepada pesilat-pesilat yang mencapai tahap tertentu dalam ilmu persilatan dan 'matang' ilmunya. Dalam mempelajari ilmu silat, biasanya diawali dengan buah, jurus dan falsafah-falsafah tersirat disebaliknya tanpa melibatkan formula bacaan khusus lagi. Namun apabila murid sudah menguasai buah dan jurus zahir maka diperturunkan pula ilmu yang bersifat ghaib. Pukulan-pukulan batin/jarak jauh tanpa sentuh pun di ajar kepada murid. Dalam proses ini murid menerima ijazah mentera jampi serapah dan bacaan tertentu termasuk bacaan ayat suci Al-Quran. Murid menngunakan sesuai dengan petunjuk guru. Gerak zahir diirinngi dengan gerak batin. Masalah timbul di sini ialah apabila gerak batin yang disangkakan itu, bukan gerak batin yang haq tetapi ia adalah suatu dorongan dan campur tangan syaitan yang selalu mencari jalan untuk menyesatkan anak adam. Terdapat juga murid yang diarahkan bertapa sama ada di gigi pantai, puncak gunung dan tempat-tempat dianggap keramat sambil membaca jampi serapah mantera tertentu yang tidka pun difahami oleh murid sepenuhnya yang pada akhirnya melahirkan natijah aneh dan pelik seperti penjelmaan nenek tua, pendekar silat dan lain-lain yang mengajarnya bersilat atau ilmu batin yang lain secara ghaib. Kesan daripada semua perilaku tersebut akan melahirkan natihjh yang berbagai termasuk kehebatan berpencak, kehebatan berpencak dengan 'tenaga batin/ghaib, keupayaan mengubat. Keadaan ini akan mencapai tahap tertentu atau kemuncaknya apabila pada mulanya pesilat setelah menguasai hal-hal kebatinan ini, tidak merasa apa-apa, normal dan banyak kelebihan, namun setelah beberapa lama, timbul gejala gangguan pada dirinya dimulai dengan sifat panas baran. Walhal dalam piagam silat tersebut dinyatakan dilarang marah dan panas baran. Namun itulah cara syaitan hendka memperdayakan manusia. Katakankanlah, sifat panas baran itu menyebabkan pesilat dianggap menyalahgunakan ilmu silat dan batin yang dipelajari yang pada akhirnya menyebakab kita melanggar perjanjian atau sumpah maka pesilat itupun mengalami penyakit aneh dan gangguan mental yang kronik. Atau setidak-tidaknya skait-sakit badan, lumpuh dll. Di sinilah pengakhiran segala ilmu yang dipelajari, iaitu penguasan dan gangguan mutlak syaitan dari golongan jin keatas manusia. Cubalah dirawat dengan kaedah rahmaniah, kaedah zikir dan bacaan Ayatul Kursi kita akan lihat betapa gangguan itu dapat dikesan dengan mudah, malah sebelum kita memulakan lagi pun, syaitan2 itu sudah 'menunjukkan' dirinya melalui pesakit. Itulah bezanya dengan ilmu hikmah yang haq bersih suci hanya dari Allah semata-mata. Ilmu Hikmah meskipun mempunyai sensasi hampir sama dengan ilmu ghaib yang batil, tetapi ia tetap berbeza kerana ilmu hikmah sumbernya daripada Allah jua. Nur Allah berbeza dengan kegelapan yang dibawa oleh para syaitan yang memakai topeng ilmu silat batin tertinggi.

Selasa, 4 Januari 2011

Penawar Tekanan dan Saya ke Sabah

Salam sejahtera. Agak lama juga saya tidak mengemaskini blog ini. Lantaran kesibukan mengikuti aktiviti persatuan, sebenarnya saya tidaklah mahu terlibat sangat dengan persatuan. Hal ini kerana persatuan di kalangan orang Melayu ini berbeza dengan persatuan dengan kaum lain, misalnya persatuan kaum Cina. Orang Melayu sangat suka bermain dengan politik yang mana politik itu bukannya memberikan kebaikan yang menyeluruh tetapi pada sepihak dan satu arah sahaja. Persatuan orang Melayu juga lembab dan tiada semangat, kalau dapat berkumpul lebih suka berbual dan melepak berbual kosong membazir masa. Saya sebenarnya anti berbual kosong dan berbazir masa.

Berbalik kepada judul entri ini, penawar gangguan fikiran. Dalam bahasa psikologi gangguan fikiran ini mempunyai banyak nama lain. Bukan tujuan saya mahu spesifikannnya. Boleh merujuk buku psikologi.

Saya tulis di sini gangguan fikiran merangkumi semua keadaan diri yang tidak normal sehingga menerbitkan keresahan, kebimbangan melampau, mengasingkan diri dalam ketermanguan (melainkan beruzlah, mujahadah), berkhayal dan kurang fokus terhadap sesuatu perkara. Gangguan fikiran begini boleh dirawat dengan baiknya dengan kaedah pancaran nur zikir yang telah "dimampatkan". Maksudnya setiap orang daripada kita berbeza tahap berzikirnya. Ada yang berzikir sekejap sahaja sudah naik cahaya diri yakni nur Allah yang di sampaikan olehNya kepada hamba-hambaNya yang soleh.

Ada yang berzikir lama berjam-jam baharu mendapat natijah daripada zikirnya. Semua ini terpulang kepada limpah kurnia Allah terhadap hamba-hambanya. Apa nak di hairankan. Kalau syurga beratus tingkat. Neraka berjenis-jenis. Makam manusia juga pasti berbeza-beza. Makam mahmudah tidak sama dengan makam ammarah. Begitulah seterusnya. Pancaran Nur itu merupakan suatu zikir dan doa bergabung yang dengan izin Allah pesakit yang dirawat akan mendapat manfaat dan ketenanangan serta merta dan kita bagi yang mendoakan juga mendapat manfaat yang sama atau lebih.

Jadi konsep ini berbeza dengan konsep reiki yang menyalurkan tenaga alam yang entah mana sumber 'energinya'. Juga berbeza dengan konsep 'tenaga dalam' yang akan kepenatan apabila sudah merawat ramai pesakit. Insya Allah dengan rahmat Allah gangguan fikiran dan tekanan melampau dapat dirawat dan dibuktikan di tempatnya apabila digunakan kaedah pancaran nur ini.


MAKLUMAN

Insya Allah dengan izin Allah saya akan ke Sabah pada 14/1-16/1/11 ini kerana dijemput untuk mengajar dan membimbing seorang bakal murid yang mahu mempelajari Ilmu Hikmah Nur Makrifah. Dalam masa ini bagi sesiapa yang mahu dirawat dan mahu belajar berada di Sabah maka bolehlah segera menghubungi saya agar jadual dapat di atur. Sama ada melalui emel atau sms terus ke HP saya.

Program / Kursus MEGA Super Spiritual

 Program Gemblengan MEGA Super Spiritual - “Zero to Hero” “Apabila disebut spiritual bukan semata-mata pengubatan bahkan melibatkan hubungan...