Selasa, 16 Februari 2016

beza rawatan Darussyifa' dengan kami

"Saya dah banyak kali berulang-alik pergi berubat ke Darussyifa'...tak tau nak berubat dimana dah. Tolonglah saya ustaz."

Panggilan telefon begini dah banyak kali saya terima sejak 15 tahun terlibat dlm bidang rawatan. Rata-rata pesakit menganggap kalau Darussyifa' tak blh rawat maka org lain pun tak boleh dirawat dah. Putus-asa.

Bila saya kata bagi saya ikhtiarkan tapi perkhidmatan saya berbayar. Terus dia kata Darussyifa' tak bayar pun ikhlas je nak bagi berapun. Saya jawab,

"Mereka rawat bagaimana?"

"Baca-baca macam itulah Ustaz. Lepas tu kasi air (air tu harus dibeli drp Darussyifa')."

"Berapa lama mrk rawat?"

"Sekejap je ustaz maklumlah ramai org menunggu. Tapi itulah mcm buang tak habislah. Sakit masih ada."

Haruslah diketahui rawatan Darussyifa' dah nama pun ikhlas nak bagi berapapun maka pesakit harus ikhlas juga utk menerima rawatan drp Darussyifa' walau lima minit sekalipun. Tak boleh 'demand' lebih-lebih.

Berbeza dgn perkhidmatan rawatan berbayar utk gangguan berat paling kurang 4 jam paling lama saya pernah rawat 4 hari berturut-turut bergantung keadaan pesakit. Jadi logiklah perkhidmatan saya dibayar krn masa tenaga yg diperuntukkan itu.

Dlm Islam tak salah malah harus hukumnya kalau perawat tiada matapencarian tetap yg lain spt juga hukum mengajar org al Qur'an utk mengambil upah merawat org.

Kalau ikutkan betul2 yang salah mengambil dan menetapkan bayaran upah utk berdakwah yg menyampaikan risalah Islami. Jadi ustaz2 ceramah tu bagaimana ? Boleh diperhalusi lagi.  wallahualambissawab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Gemblengan Ilmu di Gunung Jerai Panggilan Akhir

Salam. Siapa yg berhajat utk menuntut ilmu2 kebatinan aliran haq dan putih saya ada buat di Gunung Jerai dlm pd 1 hingga 3 Disember ini.  ...