Sabtu, 27 Februari 2016

Rawatan di Pendang Kedah

Assalammualaikum... sesi rawatan memutuskan pertalian saka keturunan di Kampung Kubang Pisang Jalan Kubur Panjang, Pendang Kedah...keluarga ini memiliki tanah seluas 12 relung tanah anugerah sultan kerana moyang mereka dulu seorang pahlawan Kedah menentang penjajah Siam. Hanya Allah yg Maha Ghaib  Mengetahui Segalanya...dlm pandangan batin saya...terlibat sebuah kerajaan ghaib siluman raja ular di tanah pusaka itu...tak dpt dipastikan bagaimanakah kerajaan jin raja ular berinteraksi dgn moyang mereka...tp menurut cerita keluarga ini semasa tok wan mereka sedang sakaratulmaut tok wan minta lilin merah tapi mereka tak melayan tok wan sampailah ajalnya. Asalnya tiada apa2 gangguan pada keluarga ini hinggalah cucu keempat arwah tok wan memukul ular hitam yg memasuki dlm rumahnya di tanah pusaka itu dlm tiga peristiwa berasingan...kemudian keluarga mereka ada buat kenduri kebetulan lembu yang disembelih ada anak dlm perut jadi cucu keempat itulah pergi menanam bangkai anak lembu di tanah pusaka...dan tak lama lepas itulah dia diserang sakit seluruh badan dan mimpi ular,binatang, dan yg menakutkan hingga ayah dan adik beradiknya yg lain turut terkena serangan...tapi dialah paling teruk kena... Hingga mentalnya sedikit terjejas kerana mahu melukakan tubuhnya sendiri. Dia ke Makkah pun dibayangi imej jenazah tak diterima bumi terbiar atas tanah....Pernah kelihatan imej ular dlm matanya. Apabila saya merenung jauh ke dlm anak matanya sambil mewirid asma tertentu sy lihat seekor ular memanggung tinggi meliuk-liuk kepalanya seolah-olah memberitahu saya bahawa ini suatu pembalasan...gambaran ditunjukkan bangkai sang ular dibiar kering...bila saya tanya...dia mengaku melakukan demikian...subhanallah...sptnya satu perjanjian telah dipatrikan sewaktu tok wannya membuka tanah situ...kau jgn kacau keturunan aku...aku tak kacau keturunan kau...tapi kalau kau langgar maka berhak pembalasan dilakukan...begitulah lebih kurangnya...mcm perjanjin Sang Saperba dengan Sang Lebar Daun dalam Hikayat Sulalatus Salatin kalau tak silap...dan air mata ular itu mengalir tatkala saya menyuruhnya beredar dan memaafkan kesalahan cucu tok wan...dan dia tak tahu kenapa air matanya tiba-tiba menitis...

Moral: jgn bunuh ular hitam yg masuk ke dlm rumah. Bagi dia peluang keluar drp rumah selepas diberi amaran tetap degil baru pukul dgn menyebut nama Allah. Krn ada sahabat nabi meninggal krn membunuh ular dlm rumah yg sebenarnya jelmaan jin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Belajar Ilmu Hikmah Nur Makrifah dibuka kembali

Salam sejahtera. Ya Allah Ya Nur! Salah satu daripada zikir amalan Ilmu Hikmah Nur Makrifah. Zikir memohon Cahaya Allah ini buk...