Selasa, 3 Disember 2013

Pengalaman rawatan Ustaz Wan Khairu al-Hafiz yang pertama : mengeluarkan jin reiki


Gambar di atas menunjukkan pengamal reiki sedang melakukan rawatan ke atas pesakit. Persoalannya kenapa kita orang Islam mesti mengambil Attunement reiki sedangkan Islam sudah sempurna dengan Ilmu Hikmah dan Kerohanian yang tiada tolak tandingnya? Bahkan cara gaya penempelan tangan pengamal reiki menciplak sunnah Rasulullah yang merawat pesakit dengan bacaan ayat suci al-Quran , zikir, doa tertentu dan kata-kata arahan yang jelas bukannya pengamal reiki yang dikatakan bebas ikatan agama, tak perlu baca apa-apa tak perlu doa apa-apa hanya diletakkan tangan. Nampaknya reiki seolah-olah mengatasi sunnah Rasulullah yang maksum kekasih Allah pun membaca dan berdoa apatah lagi anda dan kita semua yang ummat ini. Kembalilah kepada perubatan nabawi, ilmu hikmah dan kerohanian yang haq warisan nabi, salafussoleh dan awliyak Allah agar selamat hidup anda!



Baru-baru ini kami ada menghubungi Ustaz Wan Khairu, (kanan) yang mana testimoni beliau sudah dimasukkan dalam entri lepas. 

Ustaz Wan Khairu telah berjaya merawat beberapa masalah gangguan. Antaranya ialah pelajar reiki.

Pelajar reiki itu sekadar mahu bertanya tentang keilmuan kami ajarkan. 

Selain itu tulisan kami sebelum ini yang menolak reiki sebagai suatu kaedah yang selamat digunakan dari sudut agama Islam yang suci telah membangkitkan persoalan pelajar reiki itu.

Apatah lagi pelajar reiki itu turut menghadapi gangguan.

Ustaz Wan Khairu dengan rendah hati mempelawa pelajar reiki itu untuk menemuinya dan pelajar reiki itu setuju.

Sesi rawatan Ustaz Wan Khairu yang pertama pun bermula. Dengan tunjuk ajar kami berikan semestinya berkat Gemblengan Ilmu Hikmah Istimewa ke atas Ustaz Wan Khairu maka dengan mudah gangguan jin dapat dikesan.

Hingga berlakulah dialog. Dipendekkan cerita Ustaz Wan Khairu berjaya menginsafkan jin reiki tersebut untuk keluar dari tubuh pesakit dan tidak lagi menganggu pelajar reiki/pesakit.

Alhamdulillah Ya Allah! Pelajar reiki itu dapat merasai perubahan yang amat nyata, tubuhnya ringan tidak seberat dulu dan dapat kembali beribadah dengan sempurna.

Ustaz Wan Khairu menyatakan rasa syukurnya kepada Allah kerana pengalaman pertama merawat pesakit reiki itu membuktikan KUALITI Gemblengan Ilmu Hikmah Istimewa kami anjurkan.

Komen Ustaz Wan Khairu, 

"Subhanallah Ustaz Tabib! Saya buat sebagaimana yang ditunjuk ajar. Memang Ustaz Tabib tidak menipu dan berkata benar apabila rawatan berlangsung dengan cepat dan mudah. Barulah saya dapat menyedari betapa agungnya Ayat-ayat Allah serta pergantungan kepadaNya. Terima kasih Ustaz Tabib yang menyedarkan saya tentang kemulian Ayat-ayatNya sekalipun saya seorang Hafiz baru dikala inilah saya meraih secebis mukjizat ayatNya dan bertambah yakin saya untuk mendekatkan diri kepada Allah pemilik segala ayat dan kekuatan!"

Begitulah lebih kurangnya kata-kata Ustaz Wan Khairu menerusi bualan telefon kepada kami. Tahniah Ustaz Wan Khairu! Ingat Formula yang telah kami berikan. Guna pakai ia selalu jangan sesekali memandang diri kita yang hina ini. 

Isbatkan hanya Zat Yang Maha Agung!

La hau la wala quwwata illa billah...

Ya Allah! Dengan rahmat dan kebesaranMu jadikanlah setiap pengunjung yang bertandang ke blog kami diberikan keampunan dipandang olehMu dengan sejuta rahmat dan sejuta kebaikan. Jadikanlah petunjuk dan pengajaran bagi kami dan juga sekelian hambaMu akan tanda-tanda kebesaranMu yang berlaku dalam seluruh episod hidup kami yang sementara di atas dunia ini!

Ingatlah misi kita kedunia, untuk beribadat kepadaNya!



*Ustaz Wan Mohd Khairu  al-Hafiz 013-981 9861 (Gombak, Selayang, Serendah, Batu Caves)

Emel kami rahmaniah999@gmail.com atau telefon  019-369 4765 (Hot line) untuk belajar pada bulan Disember ini. Ada bonus istimewa bagi yang mengambil pada bulan Disember ini.

*Reiki kini meluas diajar kalau benarlah ia ilmu yang benar maka mustahil dapat mengundang jin duduk dalam tubuh badan sama ada disedari atau disedari. Janganlah reiki menjadi bala tentera syaitan menyesatkan anda sewaktu sakatartul maut. Buanglah ilmu tak pasti ambillah hanya ilmu yang benar, sahih, terang jelas sumbernya. Ingat segalanya ada dalam ilmu yang benar!

*Khusus kepada kaum guru-guru seluruh negara yang sedang bercuti kenapa anda wahai guru tidak mengambil peluang cuti anda untuk menimba ilmu daripada kami? Insya Allah ada sejuta kebaikan terhidang untuk para guru. Kami berbangga tugas anda wahai guru. 


4 ulasan:

  1. Semoga ALLAH mengampun dosa2 kita dn menerima amalan2 kita..dan semoga ALLAH Memberkati Usaha Ustat yg ikhlas membimbing kami..saya juga mula merasa kn rasa tenang dn rasa bersalah kalau tertinggal waktu atau terlambat..

    BalasPadam
  2. sebelum nak belajar sesuatu ilmu buat kajian terlebih dahulu, rujuk kepada orang yang lebih arif tentang perubatan islam supaya tidak terjebak dengan tipu daya dan permainan jin dan syaitan, Alhamdulillah, ilmu hikmah yang saya pelajari dapat menghindari dari gangguan sihir, juga saya dapat merawat mak, isteri dan anak saya.syukur tak terhingga kerana ALLAH menemukan saya dengan pengamal ilmu hikmah ini. Bagi yang masih meragui, hilangkan keraguan anda. Hubungilah Ustaz Ali segera. Pastikan diri anda dilengkapi dengan ilmu di dada agar dapat menangkis dan merawat diri dan keluarga dari serangan sihir jin dan syaitan.

    BalasPadam
  3. Terima kasih unknow mudah-mudahan ketenangan itu berterusan dgn istiqomahNya amalan yg dilakukan.

    BalasPadam
  4. Terima kasih awie958. Syukur kpd Allah krn diberikan maunah utk membantu org lain. Besar nikmat Allah yg dipinjamkan kpd kita. Tentu ada banyak lagi testimoni drp pelajar Ilmu Hikmah yg kami bimbing. Silalah tulis kan pengalaman anda belajar drp kami dan pengalaman mempraktiskan keilmuan yg kami sampaikan ini...silakan....

    BalasPadam

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...