Isnin, 13 Disember 2010

Kerana Dosa

Salam.
Saya mengingatkan diri saya bahawasanya, apabila kita ditimpa dengan sesuatu musibah atau ujian maka ingatlah yang pertama sekali berbanyaklah memohhon ampun kepada Allah. Perhatikanlah kalam hikmah ini:

"Jangan sesekali memperlekehkan sesuatu amal walau sedikit kerana kita tidak tahu amal yang mana yang menjadi ASBAB turunnya rahmat dan keredhaan Allah ta'ala. DAN jangan pula sesekali kita memperlekehkan sesuatu dosa walaupun dosa itu sangat kecil kerana kita tidak tahu dosa yang mana yang menjadi ASBAB turunnya murka dan hukuman daripada Allah."

Sedia maklum sebagai perawat, saya menemui banyak pesakit. Apabila saya ketemu dengan masalah pesakit yang katanya tidak kunjung sembuh walau beratus orang telah ditemui, saya tak nampak benda lainlah semata-mata ujian Allah atau musibah dari Allah untuk menguji ketaqwaan atau untuk menghukum dalam bentuk kiffarah terhadap perbuatan seseorang itu yang telah lalu.

Kalau jenis pesakit yang telah berjumpa BANYAK BOMOH dan perawat yang mensyirikkan Allah, dan JUGA pesakit yang sendiri bertuhankan perawat (letakkan keyakinan pada perawat) maka jenis ini, saya akan guna kaedah alternatif iaitu dengan mengajaknya memohon ampun kepada Allah dan belajar mengingatiNya dengan ikhlas dan luhur.

Ada juga pesakit yang sudah terlalu EGO sehinggakan tidak mahu dengar apa kita katakan. Mereka lebih berminat bercerita tentang gangguan begitu begini, dan hampas-hampas kekecewaan kerana berharap pada makhluk. Ada yang melawan secara terang-terangan-mereka menghubungi saya meminta nasihat tetapi apabila dinasihati (sudah tentu nasihat itu saya dapat bukan secara semberono tetapi dengan memohon petunjuk dari Allah) mereka melawan dengan keras hati mereka. Mereka bertahan dengan keras hati mereka. Kalau karang dilaut boleh lagi dipecahkan dan dihakis oleh air, tetapi kalau karang di hati???

Sesungguhnya sakit kita ini, banyak kerana dosa dan kiffarah. Ada yang datang kepada saya mengatakan 'sejak diganggu jin saka, dia beramal dengan sangat hebat, bangun tahajud dan wirid berjam-jam'. Cuba kita perhatikan niat ibadahnya....Dan pada masa yang sama mencari makhluk (bomoh/perawat syirik) lalu bergantung kepadanya. Maknanya bergantung kepada makhluk dan Allah untuk menyembuhkan diri sendiri-nyata ini sifat zalim dan sifat mementingkan diri sendiri.

Fahamilah bahawa kita ini semua diciptakan Allah dan dipinjamkan deria dan tubuh serta nyawa ini daripada Allah. Makanya apabila kita ditimpa sesuatu penyakit maka hendaklah kembali kepada Allah. Ingatlah kalau kita masih gagal menemui penawar bagi merawat semua penyakit gangguan dan fizikal ingatlah yang pertama sekali bukan kerana penyakit itu tidak boleh sembuh dan saka atau jin itu kuat tetapi kerana kita sendiri lemah-dilemahkan oleh dosa-dosa yang kita buat pada masa lalu...Tetapi Allah maha luas rahmatNya...andai kita telah berjumpa dengan perawat yang benar-benar suci tauhidnya dan bersih amalannya, maka di situlah akan diketemuinya kesembuhan mutlak. Selagi masih ada nyawa dan belum lagi ditakdirkan meningglkan dunia yang fana ini, insya Allah selagi itulah ada rahmatNya yang berupa kesembuhan dan kebaikan yang banyak.

Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Maka bersegeralah bertaubat kepada Allah dengan sebenar-sebenar taubat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ibu Duit Inti Karomah