Isnin, 22 November 2010

Telaga Tok Syeikh di Gunung Jerai Kedah

Semasa bercuti di kampung halaman, saya sempat mengunjungi Gunung Jerai. Gunung Jerai selalu dikaitkan dengan unsur-unsur mistik dan sakral. Namun demikian saya tidak melihat dari sudut pandangan tersebut.


Hal ini kerana perkataan mistik dan sakral tersebut merupakan asal kata daripada bahasa Inggeris yang mempunyai maksud berbeza dengan 'mistik atau sakral' dalam pemahaman saya. Gunung Jerai bukannya mistikd an sakral tetapi ia dipenuhi dengan flora dna fauna yang masih terpelihara kukuh dan indah jutaan tahun lampau. Apabila wujudnya hutan maka wujudlah kawasan tadahan air. Kawasan tadahan air dalam teras-teras gunung sangat istimewa sekali khasiatnya. Sama ada mempunyai khasiat dari sudut mineral semulajadinya dan khasiat dari segi aspek metafiziknya.

Saya sempat ke telaga tok syeikh. Sebenarnya ia bukan telaga tetapi air mata air dari dalam gunung. Ia amat jernih dan bagi membuktikan air tersebut sempurna khasiatnya maka mandilah. Akan terasa perbezaan nyata selepas mandi airnya.

Andai fikiran kita sedang kusut pasti akan lapang dengan izin Allah selepas kita mandi.

Airnya sangat dingin namun bukan dingin air batu. Bukanlah dingin yang merosakkan suara dan menyakitkan anak tekak.

Bukan pula yang menyebabkan demam panas atau bertambah dahaga. Sebaliknya dinginnya adalah dingin berkhasiat.

Cuma saya nak maklumkan minumlah dari pancuran saluran paip yang telah disediakan bukannya ambil dari takungan kolah air tersebut. Ini kerana saya melihat sendiri seorang Bomoh moden berbangsa India yang katanya mendalami ilmu tasawuf dan agama hindu 'berwuduk' dan merendamkan kakinya dalam kolah tadahan air mata air tersebut!

Jadi sila ambil dari pancuran paip secara terus.

Dua kali saya ke sana. Kali pertama saya ke sana bertawasul, berwirid, berdoa dan mandi di sana. Jangan salah sangka bukan-bukan. Tapi biasalah manusia sekarang belajar sekuku tapi suka bercakap sesuka nafsu.

Boleh sahaja bertawasul, contohnya dengan tawasul berikut: Ya Allah ampunilah si anu dan rahmatilah dia. Ya Allah  rahmatilah daku sebagaimana engkau merahmati dia.

Biasanya tawasul demikian dilakukan kepada waliyullah dan syeikh yang besar dan terbukti jasanya di tengah masyarakat tanpa mengira zaman. Kita bukan meminta si mati merahmati kita. Tetapi kita memohon Allah merahmati dia dan merahmati kita sebagaimana Allah merahmati dia semasa hidupnya.

Kenapa pula perlu minta Allah merahmati kita sebagaimana Allah merahmati si mati semasa hayatnya?

Macam saya cakap tadi, tawasul dilakukan ke atas orang yang terbukti jasanya kepada jihadufisabilillah. Pastilah mereka ini sentiasa mendapat rahmat Allah dan limpah kurnianya. Maka tentulah rahmat yang Allah kurniakan kepada orang berkenaan bukanlah rahmat yang biasa-biasa. Rahmat itu tentulah luar biasa.

Kalau tidak mustahil mereka boleh berdakwah, mengembangkan ajaran Islam, berjuang di medan jihad, mengislamkan raja dan rakyat dan memimpin masyarakat Islam pada ketika hayatnya. Maka sebagaimana Allah merahmatinya dengan memberikannya ilmu yang dirahmati, kekuatan yang dirahmati dan bantuan yang dirahmati, maka begitulah juga pada diriku Ya Allah.

Namun kena hati-hati jangan sampai iktikad lari dan menyembah kubur. Menyembah kubur bermaksud menyembah si mati dengan mengharapkan simati membantunya dan menolongnya. Ini sah-sah syirik. Ini bukan maksud tawasul yang saya maksudkan di atas.

Semasa kali pertama saya ke sana, saya tersempak dengan seorang dewasa biarlah saya namakan dia sebagai G sahaja. G mandi di telaga iitu. Dan dia akui dia mampu berkomunikasi dengan semua makhluk di Gunung Jerai termasuk di kawasan telaga tok syeikh tersebut. Saya garu kepala. Apakah ilmunya itu ilmu yang dirahmati dna diredoi Allah?

Semasa beliau mandi dengan limau, G tiba-tiba bercakap sendirian dalam bahasa yang tidak saya fahami. Saya pun tersengih sahaja melihatnya.

Kali kedua saya berjejak ke sana. Kali ini saya bawa tok dan saudara mara saya. Setakat muat satu kereta. Serta lima tong air. Semasa kami tiba di suatu selekoh kereta saya bertembung dengan sebuah kereta lain dari arah bertentangan. Jalan kecil dan terpaksalah salah satunya berundur mencari ruang kosong di belakang.

Maka saya undurlah. Dan nyaris tayar kereta saya terperosok masuk lubang besar. Selepas berjaya keluar dari lubang besar itu (ajaib sungguh kereta saya atau bumper kereta langsung tak terjejas!!!) saya mula memandang dengan lebih teliti sekitaran saya.

Dengan pokok hutan berketinggian 1000meter dari aras laut. Jalan sempit tidak berpagar apapun. Di sebelah kiri jalan adalah jurang gaung yang TINGGI. Sungguh mengejutkan saya. Mujur kereta saya tidak terlajak ke sebelah kiri.

Namun Allah Maha akuasa. Dari tadi Tok saya berzikir tidak hentinya. Tayar kereta sebelah kanan yang masuk dalam lubang logiknya tidak dapat naik semula ke jalan boleh naik dengan sekali tekan minyak.

Malah tiada langsung' buah tangan' pada kereta saya hatta sebaris calarpun!

Kami tiba di telaga tok syeikh dan buatlah apa yang patut. Saya arahkan supaya berwuduk kerana itu yang terbaik. Nak baik lagi solatlah di wakaf yang disediakan tidak jauh dari telaga tok syeikh. Mata saya mengitari sekeliling. Terlihatlah kabus yang berarak membelah dan membelai pokok-pokok hutan.

Allah Maha Besar!

Tidak lama kemudian, datanglah beberapa orang pengunjung lagi. Nampaknya semakin ramai termasuk rombongan cik kiah dari negeri kelantan. Mereka bersungguh mahu membeli satu tong air yang telah saya isi dengan air walau berapapun harganya. Saya benar-benar diuji. Saya menolak dengan baik. Niat dan tujuan saya bukannya hendak JUAL AIR! Tujuan saya hendak ambil air ini dengan niat menjadikannya sebagai ibu air atau ibu penawar dengan memohon kepada Allah semata-mata. Kalau mereka mahu minta boleh saja saya memberikannya. Namun jangan salah anggap pula. Bukan minta selepas saya membawanya ke Kuala Lumpur. Namun bukan pula saya menjualnya macam orang jual air zam-zam. Saya memberikan dan mestilah si penerima memikirkan hadiah untuk pemberian tersebut kerana masudk tandas pun kena bayaran 30sen. Kalau tandas di Low Yat bayaran masuknya 1.00 ringgit! 

 Selepas beredar kumpulan tersebut baharulah, kami sempat mengisi tong air dengan air mata air tok syeikh ini. Saya sudah pasang niat kukuh-kukuh. Ya Allah jadikanlah (Kun) air mata air atau air gunung yang aku ambil ini menjadi ibu penawar pada semua jenis penyakit. Amin ya rabbil alamin.

Tidak lama kami mengisi air, datanglah pula 4 orang berbangsa India dengan kereta Merc. Mereka mandi dan berwuduk. Mereka menurut arahan seorang lelaki India yang hanya memerhatikan sahaja dari atas. Hati saya berdetak. Banyaknya jin kafr mengikuti mereka ini. Kebetulan semasa kami sudah selesai, mereka juga sudah selesai dan sewaktu keluar dari kompleks tersebut, seorang Indian yang 'memberikan panduan' kepada rakan-rakannya 'cara manfaatkan air tersebut' menegur saya.

"Macam pernah nampak muka awak."

"Benarkah?" tanya saya spontan. Saya tidak mengecam Indian tersebut. Dia diam seketika dan berkata,

"Saya kenal awak melalui hati saya."

Saya tersengih sahaja. bersambung....

Makluman

*Bagi pesakit dan juga sesiapa  yang berminat mendapatkan air mata air telaga tok syeikh Gunung Jerai boleh menghubungi saya. Ia seribu guna. Sebagai air penawar mujarab. Saya telah tajribahnya. Semestinya dengan izin Allah, maka air tersebut seketika meredakan sakit gatal kulit yang dihidapi dari turun temurun.

Air tersebut juga boleh dijadikan ibu air. Walau belum diwiridkan atau dibacakan. Apatah lagi apabila dibaca dan diwridkan (konsep rahmat Allah). Saya sudah tajribahnya. Memang mantap. Dengan mencampurkan sedikit dalam sebaldi air, air paip bertukar macam air telaga tersebut. Bagi yang ada kepekaan maka boleh buktikan sendiri! Boleh bezakan antara mandi air paip biasa dengan air paip yang telah dicampur dengan air mata air atau air telaga tok syeikh ini.

Saya tidaklah hairan dan takjub kerana niat saya mengambil air ini adalah dengan niat memohon kepada Allah dijadikan air ibu penawar. Maka Allah Maha Kuasa dan kita punya indera, Alamilah sendiri dan rasailah. Ia berbeza dengan air Gau dan air mineral. Air telaga ini ada tambahan iaitu barokah daripada Karamah Tok Syeikh itu sendiri, seorang ulamak yang punya keturunan berbangsa Melayu bukannya sebagaimana dinyatakan dalam'sejarah' iaitu Syeikh Abdullah Yamani dai Arab dalam manuskrip Hikayat Merongmahawangsa!

Saya tidak jual air tersebut tetapi sebagai hadiah atas pertimbangan kos saya membawanya sejauh 500km ke KL dan menyimpannya dengan cara yang betul bagi menjamin khasiatnya tidak berkurangan maka bagi yang berminat bolehlah menghubungi saya selagi stok masih ada.

Sementara itu bagi pesakit saya, saya akan gunakan air ini sebagai air penawar mujarob, insya Allah bi iznillah.


1 ulasan:

  1. syukran.. sebb entri ini akhirnya memecah kebuntuan sy terhadap sejarah telaga tok syeikh.. mmg benar.. terasa lain benar ketika menjejakkan kaki ke sana petang tadi..

    BalasPadam

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...