Isnin, 15 November 2010

Bahaya ilmu reiki, prana shakti dan pengisian ilmu tenaga dalam

Salam sejahtera.

Reiki sudah menjadi fenomenan dalam masyarat kita. Orang Melayu banyak yang sudah belajar reiki. Apabila seseorang hendak belajar ilmu reiki maka master reiki akan membuat pengisian atttunement terhadap murid tersebut. Murid tersebut akan merasai berbagai-bagai sensasi sama ada rasa getaran, panas, gerakan spontan dan lain-lain. Kemudian murid akan terus mengasah ilmu reiki tersebut dengan meditasi dan rawatan diri sendiri.

Rujukan lengkap asal dan falsafah ilmu reiki boleh dibaca di dalam internet dan juga buku-buku yang sudha diterbitkan dalam bahasa Melayu. Secara ringkasnya reiki ialah menggunakan tenaga alam. Tenaga Alam atau universal energy ini sebenarnya membawa pengertian yang relatif.

Setiap sesuatu mesti ada sumbernya. Maka apakah sumber bagi reiki?Dikatakan sumbernya daripada alam ini. Soalan lain, jenis yang macam manakah tenaga universal yang disedut oleh pengamal reiki? Inilah yang tidka terungkap dalam buku atau pengajian ilmu reiki.

Kononnya tenaga alam yang disedut oleh pengamal reiki melalui cakra mahkota langsung ke cakra lain di tubuh manusia adalah daripada Tuhan. Soalan lain, apakah Tuhan tersebut merujuk kepada Tuhan yang dituhankan manusia atau Tuhan yang merujuk kepada Allah Ta'ala?

Pasti kalau pengamal reiki itu non-muslim ia akan berkata ia bersumberkan kepada Tuhan dalam agama yang anutinya. Seorang atheis pula beranggapan sumber tenaga universal reikinya berasal daripada alam. Alam ialah alam. Manakala bagi pengamal reiki yang beragama Islam pula pasti akan merujuk sumbernya daripada Allah Ta'ala.

Persoalan saya ialah, walaupun terdapat perbezaan tentang sumber tenaga universal reiki mengapa reiki tetap menjadi pada setiap orang tanpa mengira kepercayaan dan agama?

Baiklah. Saya tidak mahu menyentuh tentang pengamal reiki non-muslim. Sebagai orang Islam, saya hendak menyatakan bagaimana pulanya dengan pengamal reiki muslim atau pengamal reiki yang beragama Islam?

Inilah titik tolaknya. Bagi pengamal reiki beragama Islam, dikatakan antara kelebihan belajar reiki ialah semakin khusyuk ibadah dan rasa semakin dekat dengan Allah.

Adakah perasaan itu boleh diambil kira ataupun sah disisi Allah ta'ala?

Baiklah, bagi pengamal reiki muslim cuba berfikir lagi, jika sumber daripada Allah mengapa pengamal reiki non muslim tidak merasa dekat dengan Allah atau memeluk Islam selepas belajar reiki?

Saya pertanyaan itu akan mengorak cemuhan di kalangan pengamal reiki muslim. Soalan saya seterusnya ialah apakah kita boleh merasa sama dengan orang bukan Islam terutama membabitkan perkara yang ghaib atau tidak pasti dnegan konkrit?

Islam sudah sempurna. Ia datang dengan kesempurnaan dalam segala aspek kehidupan.

Saya senaraikan beberapa perkara di sini.

Pengamal reiki akan melakukan praktik reiki. Semasa praktik reiki dilakukan, pengamal hendaklah kosongkan fikiran. Atau ada juga praktik meditasi reiki yang menetapkan pengamal mesti bulat kosong daripada memikirkan sesuatu apapun termasuk Allah.

 Di sini sudah berlaku kesalahan. Dalam Islam kita juga ada ibadah dan zikir. Dalam solat, terdapat rukun tertentu. Semuanya mesti mengosongkan fikiran selain Allah. Maknanya mengosongkan fikiran bukan bermaksud melupakan Allah. Sebaliknya menumpukan fikiran hanya kepada Allah dan menghilangkan fikiran selain daripada Allah sewaktu dalam solat. Hal ini sama juga dengan zikir.

Ada pengamal reiki muslim yang kononnya telah mencapai tahap tertinggi reiki akan merasai mereka sudah bersatu dengan alam semesta ini. Ajaran bersatu dengan alam ini bukan ajaran Islam. Islam tidak menyuruh manusia merasai bersatu dengan Alam. Sebaliknya alam ini adalah sebagai tanda kekuasaan Allah. Lebur ingatan kepada Allah bermaksud alam dan segala makhluk ciptaan Allah tidak mengambil tempat dalam hati termasuklah diri sendiri yang ditumpukan semata-mata Allah sahaja.

Cuba fikirkan betapa berbezanya antara solat dan zikir dalam Islam dan meditasi dna praktik reiki.

Jadi apabila sudah timbul perbezaan ini, maka reiki sebenarnya adalah apa?Jika sudah berbeza dengan teras agama Islam iaitu solat, zikir dan tauhid (faham pluralisme, menyamakan Allah dengan Tuhan kepercayaan agama lain sama ada terus terang atau secara terselindung  dan liberal dalam hal agama adalah ditolak dalam agama Islam).

Oleh sebab reiki meragukan maka tinnggalkan reiki. Walaupun reiki memberikan sensasi tetapi saudara saudari tidak mengerti sensasi itu daripada apa dan apakah sumber reiki itu sendiri. Saudara hanya membayangkan energi reiki masuk melalui cakra mahkota atau atas kepala saudara saudari tetapi saudara saudari tidak memahami sebenar-benarnya apakah jenis atau sumber energy tersebut!

Sama juga dengan ilmu tenaga dalam. Guru mengisi murid dan akhirnya apa yang disangka energy tersebut sebenarnya adalah jin dalam tubuh badan sang pengamal!

Sudah banyak pengamal reiki, prana shakti dna tenaga dalam telah menerima hidup yang susah sama ada dari segi kesihatan, rezeki dan lain-lain. Walaupun ada yang banyak merasai kesan 'positif' namun itu permulaan sahaja. Tidak payah tunggu nak ajal, bila-bila masa saja boleh menerima kesan buruknya.

Bahaya belajar ilmu tidak jelas ini bukan sahaja diakhir ajal tetapi pada bila-bila masa sahaja boleh berlaku sehinga kita bingung mengapa kita dalam keadaan demikian lebih teruk kena penyakit yang tidak diketahui.

Bahaya ilmu ini juga ialah apabila kita menyerahkan diri kepada master reiki atau master prana shakti atau tenaga dalam untuk disisi maka kita seolah-olah rela hati membuka diri kita untuk dimasuki segala unsur yang bathil.

Maka bagi pengamal reiki, prana shakti dan tenaga dalam yang sudah terlanjur diisi menerima nasib diri yang teruk setelah beberapa ketika dan juga bagi pengamal yang sedang menikmati kehebatan ilmu saudara saudari boleh datang berjumpa saya.

Datanglah dengan ikhlas sama ada untuk membersihkan diri daripada ilmu tersebut dna juga untuk mengetahui sifat atau keadaan ilmu yang dintuntut maka bolehlah berjumpa dan diuji tengok.

Bukan beradu kekuatan tetapi kita hendak tengok dna pastikan dengan izin, rahmat dan redo Allah apakah energy yang diisi dan dimiliki daripada ilmu reiki, prana shakti dan tenaga dalam tersebut haq atau bathil.

Insya Allah kaedah saya kaedah yang 100% murni  hanya membabitkan pembacaan ayat al quran tertentu seperti Ayatul Kursi. Sebarang kaedah atau teknik boleh didengar dan diketahui. Bukannya tidak ada ilmu haq tetapi jin dna syaitan serta sekutunya tidak putus-putus mahu menyesatkan manusia dengan mendecoy ilmu haq namun sumbernya daripada mereka(bathil).

Hubungi saya untuk temujanji dan solusi.

*Ya Allah dengan izin, redho dan rahmatMu, Aku bermohon bukakanlah hati bagi pembaca entri ini khususnya bagi pengamal ilmu reiki, prana shakti dan tenaga dalam untuk memahami dan mengerti akan tulisanku ini dan selamatkanlah kami semua Ya Allah daripada sebarang kesyirikan dan tipudaya syaitan dna sekutunya, Ya  Allah bantulah kami membersihkan diri kami daripada sesuatu yang bathil kerana semata-mata mengharap rahmat dan redho daripadaMu Ya Allah..birahmatika Ya Ar haman rahimin."

Amin.

27 ulasan:

  1. reiki sebenarnya banyak kelebihannya..ianya juga mengajar seseorang mengenal diri dan mengenal kebesaran allah dan merasai nikmat nya..ianya juga merupakan gabungan ilmu terbuka..rohani dan jasmani..pokok pangkalnya,bawakan seseorang itu..jika lurus maka bertambahlah ilmunya,jika bengkok maka akan hilang sedikit demi sedikit ilmunya itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. BACA ASMA ALLAH TIME PEMBUKAAN CHAKRA MAHKOTA, SAMBIL BAWA ZIKIR NAFAS,, TAKJADI LH MASTER KO PUNYE ILMU YG BATHIL TU NK LAWAN ILMU YANG HAQ..KENAL DIRI KENAL ALLAH, BUKAN KENAL MASTER KENAL REIKI/PRANA/ALAM.

      Padam
    2. Hidayah tu milik allah terpulang pada nya nk bg pada sesipa..kenapa kau mempertikaikan kekuasaan allah.lihat ler kebesarannya yang maha pengasih penyayang....

      Padam
    3. Dia nak promote diri dia rupanya.. Tp cndmn reiki... Kalau btul kamu bagus, kamu tidak merendahkan.. Kalau agama hindu sekalipun, dia fkir Tuhan dia.. Apa salah dia.. Yg islam, Allah lah yg difikirkan.. Tenaga alam, dari Allah..sesiapa pun boleh ambil... Mcm kereta dari Honda, pekerjanya juga boleh pakai myvi.. Tiada mslah.. Sbb honda utk sesiapa pun.. Tenaga alam dari Allah, cara ambilnya sahaja berbeza.. Hindu ambil caria dia... Dia percaya dr Tuhan dia.. Kenapa nak bising, betul afau salah, sbb dr awal dia sudah mmg salah..

      Padam
  2. asalkan kita mempelajari ilmu itu kerana Allah dan mengamalakan suruhannya.. praktiskan ayat2 suci Al Quran kalam Allah di dalam ilmu reiki InsyaAllah tidaklah sesat.. bile mempelajarinya ingtlah ianya datang dari Allah..ilmu reiki itu hanyalah pinjaman kelebihan dari Allah SWT kepada kita.. tidak salah jika kita mempelajari ilmu reiki tersebut tapi didalam hati kita berpegang teguh kepada Allah dan satu dan tahu serta yakin yg kelebihan reiki itu datangnya daripada Allah ..

    BalasPadam
  3. Semua yang ada di alam semesta adalah milik Allah,,,jadi apapun itu ya milik Allah,,masalah yang non muslim gimana? itu soal kepercayaan dan penyebutan yang tidak perlu diperdebatkan,,kecuali kalau pembukaan musti pakai doa lafal arab beda lagi,,,,Lha ini kan universal buat semua orang tanpa memandang apa Agama dan siapa Tuhannya...belajar lebih memahami akan lebih baik dalam menjabarkan karena saya mempelajari tenaga dalam dimana anggotanya tidak memandang apa agamanya,,,dan tiap latihan dibolehkan dzikir bagi yang muslim yang non ya menyesuaikan dengan kepercayaan masing2...Kiranya bisa lebih memperjelas tentang sistem kepelatihan semacam reiki, tenaga dalam dan teman2nya...OK...

    BalasPadam
  4. Salam.Akan tetapi,jika suatu amalan itu mempunyai unsur2 ajaran agama selain Islam tetap haram.Seingat saya ada hadis mengenai rasulullah melarang orang yang memakai barangan yang mempunyai unsur agama lain,dalam hadis tersebut orang itu memakai sekadar suka2 dan bukan untuk mengimani barangan tersebut.Walaubagaimana pun rasulullah tetap melarang.Ada lagi hadis menyatakan rasulullah mengatakan barangsiapa menyerupai suatu kaum,maka jadi lah mereka sebahagian dari kaum itu.Begitu juga REIKI.Penemu ilmu ini pun merupakan orang kafir.Apa akibatnya mengamalkan ilmu pendekatan diri dengan tuhan yang diajar oleh orang kafir?Fikir2 lah.Jangan menghalalkan suatu perkara kerana kepentingan dan kelebihan.Syeik Abdul Qodir Al Jaelani sendiri mengatakan tidak ada pengharaman dan juga menghalalkan suatu perkara selepas wafatnya rasulullah.Apa yang ditetapkan itu tetaplah.Jangan cuba menggubal apa yang diajarkan dalam ajaran Islam.Sedarlah semua umat Islam.

    BalasPadam
  5. menurut saya, setiap kebaikan itu adalah milik Islam. orang kafir sekalipun sebenarnya milik islam, karena tidaka ada sesuatu apapun di alam ini, kecuali milik Allah.. termasuk teknologi pesawat terbang, meski ditemukan oleh orang2 kafir, tapi itu adalah milik Allah. yang harus dijaga adalah Rukun iman dan rukun Islam. ini jgn sampai luntur. tergantung dari sisi pandang seseorang. Nabi Muhammad tidak pernah menjelaskan pemahaman tentang jagad raya seperti sekarang, bukan berarti pemahaman jagadraya yang sekarang tidak boleh dan tidak sahih. justru terbukti AlQur'an menjelaskan tentang itu jauh sebelumnya. tinggal intensitas kita menggali AlQur'an.. Kaitannya dengan Reiki, ini adalah pencapaian dari galian manusia terhadap ilmu alam yg Allah telah menyuruh kita menggalinya. Kemudian Allah juga menyuruh kita mengenal diri kita, dengan begitu i kita akan mampu mengenal Dia. Jadi tergantung dari sudut mana kita melihat, apakah kelimpahan khazanah Islam yg maha luas, atau kesempitan pemikiran kita dlm menyimpulkan Ilmu Allah yang Maha Sempurnah!! Wallahu A'lam...

    BalasPadam
  6. kalau memang dari alam kenapa praktisi reiki waktu di rukyah teriak2 dan kepasan uring2 dan setelah rukyah selesai ilmu nya hilang berarti reiki itu bukan ilmu haq

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Sy salah seorg dpd pengamal ilmu reik...tp baru peringkat awal...belum smpai tahap master...tidak smpai setahun....sy telah terima azab dpd Allah...bermimpi binatang buas....tempat2 kotor....akhirnya sy sakit...yg tidak diketahui para doktor...bila diruqyah....mmg betul....sesuatu telah berada di badan sy...sorry to say...kata suami...sy ada sebut pasal agama hindu...dan sy beraksi spt sdg sembahyang secara hindu...sdg dirawat lg...kerana si master reiki tu telah memasukkan sesuatu ke dlm tubuh sy utk kepentingannya...

      Padam
  8. raja segala pemilik ilmu adalah ALLAH taala.....,miliknya apa yg ada dilangit dan dibumi dan segala isinya.sesiapa yg berusaha diala yg mendapatnya....kadang2 Xberusaha pn mendapatnya tak kirala org islam atau bukan islam.CONTOH soal rezeki Allah juga bagi kpd yg bukan islam....kerana Apa???kerana diala yg MAHA PEMBERI dan MAHA MENGASIHANI,sesiapa yg berusaha dia bagi...kalau dilihat zaman sekarang yg bukan islam lebih kaya lagi daripada yg islam dan diorang yg bukan islam lebih berILMU pengetauhan dlm bidang sains dan technology.walhal menuntut ilmu itu disuro dlm Islam,dimana silapnya???itu tandanya ALLAH itu maha PEMBERI kpd sesiapa sahaja yg berusaha.kalau nk mengkaji sangatla...cer kaji camne orang KL dan org JB bole bercakap/berbual lalu hpone tanpa menggunakan wayer??hpone tanpa wayar!!!!!....siapakah yg menghantar gelombang suara itu selaju cahaya???cuba buktikan gelombang itu??adakah mata kita dpt melihat gelombang itu drpd sumber baik atau tidak baik???dan dulu2 yg awal mencipta system alat tu pn yg bukan ISLAM,tapi kini system itu digunakan oleh semua manusia termasuk yg islam .sama juga dgn udara/oksigen..adakah kita bole memilih udara baik dan tidak baik masuk kedalam hidung kita.kadang2 ada sesuatu yg tidak bole dikaji dgn aQal fikiran.***ilmu ibarat kreta...kadang2 salah pemandunya,kalau kreta itu digunakan untuk tujuan kejahatan..untuk merompak..so jadilah kreta PEROMPAK,,tapi adakah kreta itu salah???dan
    kreta dari model yg sama dicat dan digunakan oleh polis..untuk Tujuan kebaikan.so jadilah kreta polis.persoalanya adakah kreta itu salah???kreta tetap Xsalah...yg biasa salah adalah manusia itu sendiri.tapi kreta TETAP kene effecnya drpd perbuatan pemandu.yg pasti KERETA TETAP TAK SALAH..tQ..**##MAAF saya bukan drpd badan pengamal mana2...

    BalasPadam
  9. PENJELASAN SALAH FAHAM / PERSEPSI TENTANG ILMU AURA REIKI

    Salah faham dan salah persepsi tentang Ilmu Aura Reiki / Terapi Reiki oleh Prof. Dr. Mohamad Khalid Sabran ( Ph.D – Alternative Medicines IBAM )

    Reiki adalah bermaksud tenaga alam semesta dan teknik terapi reiki dipelopori oleh Dr. Mikaou Usui dari Jepun. Namun selepas itu berkembang di Amerika dan di negara maju hinggalah ke Malaysia. Ilmu terapi ini bersifat ilmu sains bio energi yang membicarakan tentang sistem bio energi dan tenaga hayat serta tenaga 7 warna yang dipancarkan oleh matahari. Kita dapat hidup, bernafas, bergerak dan berfikir adalah kerana wujudnya tenaga ( energi ) di dalam tubuh kita. Energi ini didapati dari sumber alam semesta iaitu matahari iaitu dari tumbuhan yang kita makan, dari air yang kita minum dan oksigen yang kita bernafas. Sumber energi ini semuanya adalah kurnia Illahi kepada makhluk ciptaannya. Kaedah reiki adalah bagaimana kita menggunakan energi ini dengan maksima dan diolah untuk tujuan kesihatan, keharmonian dan kesimbangan sistem tubuh, emosi, minda dan spiritual. Pelajaran Reiki bersifat universal seperti ilmu sains yang lain, perubatan moden, kejuruteraan dan sains fizik. Ianya dipelajari oleh semua orang tidak mengira bangsa dan agama. Reiki tidak mengamalkan amalan ritual dan keagamaan. Namun sebagai muslim kita digalakkan memohon dan berdoa kepada allah s.w.t. dengan membaca surah al fatihah dan selawat serta zikir – zikir yang mudah semasa melakukan rawatan kerana setiap ayat dan doa yang dibaca akan mengeluarkan getaran gelombang yang tinggi yang boleh membantu proses rawatan. Kita hanya pengalir kepada energi ini dan berserah kepada Allah 100% dengan yakin, ikhlas dan sabar.

    BalasPadam
  10. Namun terdapat lagi salah faham dan pengertian tentang ilmu aura reiki dikalangan masyarakat kita. Namun salah faham ini akan dapat dijelaskan apabila mereka ini hadir sendiri di dalam kursus aura reiki yang dikelolakan oleh akademi reiki sendiri. Pengalaman saya mengajar ilmu reiki, ramai para guru agama ( ustaz / ustazah ) yang telah mengikuti kursus aura reiki sudah memahami maksud dan cara amalan reiki dan mereka sangat positif tentang ilmu reiki dan belajar hingga ke peringat Master Reiki. Pada asalnya mereka sendiri merasa was – was dan curiga tentang amalan reiki, tetapi akhirnya apabila sudah hadir kursus dan menyaksikan sendiri kaedah, teknik dan prinsip amalan reiki, mereka ini juga berminat mempelajari reiki. Tanpa kita sedari kita juga sudah pun mengalirkan reiki apabila bersalam- salaman / jabat tangan, memegang dan menyentuh orang sakit, mengusap- usap dada apabila terkejut, memegang dahi ketika stress, mengirimkan salam, berdoa dan membaca bismillah ketika mahu mula makan minum dan sebagainya... Itulah teknik reiki ( mengalirkan dan menghantar energi )

    BalasPadam
  11. DEFINISI AURA

    Aura merupakan lapisan-lapisan halus yang terbentuk di luar objek atau tubuh manusia. Aura adalah medan arus tenaga elektromegnetik atau perisai halus yang terdiri daripada sejumlah getaran gelombang tenaga yang bersifat metafizik (ghaib). Ianya berperanan melindungi tubuh manusia dari getaran tenaga negatif dan serangan radiasi luaran yang boleh merosakkan sistem tubuh manusia. Dari sinar UV yang berlebihan hinggalah kepada kesan sinar infrared yang merosakkan sel dan tisu tubuh manusia.

    Setiap sesuatu yang memiliki tenaga dan medan tenaga. Sedangkan besi berani yang kaku dan mati itu, turut memiliki tenaga dan medan tenaga. Inikan pula manusia yang Allah telah jadikan dengan sehebat-hebat kejadian, yang miliki semua sistem yang layak menjadi khalifah di muka bumi ini. Sudah tentu manusia juga memiliki medan tenaga yang hebat yang melingkar disekelilingnya tubuhnya yang dikenali sebagai aura. Semua orang boleh merasai aura mereka jika tangan mereka sensitif dengan lapisan tersebut. Deria sensitif boleh dilatih dan diaktifkan penggunaannya.Aura bukanlah mainan akal atau psikologi otak semata-mata, melainkan ianya adalah benar dan sahih mengikut kajian saintifik. Ada sesetengah orang tidak dapat merasakan aura mereka kerana tangan mereka mungkin tidak sensitif dengan lapisan tenaga tersebut.

    Mereka yang mengatakan bahawa ilmu aura metafizik ini hanya khayalan semata-mata adalah tidak benar, dan hujah itu membuktikan mereka tidak dalam penilaian dan kajian yang mereka lakukan.

    BalasPadam
  12. Aura adalah kelebihan manusia yang Allah Ta’ala ciptakan. Ilmu ini bukan sangkaan atau permainan akal fikiran semata-mata seperti yang dituduh oleh segelintir masyarakat. Ilmu aura ini telah dikaji dengan kajian saintifik bukan dongeng semata-mata. Banyak kajian telah dilakukan. Ianya adalah gabungan ilmu sains perubatan timur dan barat. Apabila ianya telah dikaji mengikut sains, maka sudah pastinya kajian tersebut berdasarkan bukti, realiti, dan bukan sekadar teori atau sangkaan kosong sahaja. Apa yang paling penting, ilmu ini bukan bersumber dari jin seperti yang dikatakan oleh sesetengah perawat.

    BalasPadam
  13. KAITAN IBADAH & AURA

    Aura adalah ilmu umum, tidak terikat dengan mana-mana doktrin agama. Kenyataan ini adalah tepat dan sahih. Cuma, aura memerlukan aplikasi ibadah dari agama untuk memantapkan dan mengembangkan potensinya supaya dapat menjadi lapisan perisai yang sangat kukuh dari serangan radiasi luaran dan serangan tenaga negatif kepada tubuh manusia. Kita sebagai muslim, sudah pastilah kita beribadah mengikut cara Islam. Aqidah kita hanya pada Allah, tiada kepada selain Dia. Bahkan ibadah dalam Islam adalah medium terbaik dalam mengembangkan, memanatapkan serta meningkatkan potensi aura kita. Kerana setiap ibadah yang kita lakukan, pastilah kita memerlukan unsur air (yang memegang unsur tenang, sejuk dan mendamaikan) iaitu wudhuk sebagai ‘cleansing’ yang terbaik untuk sistem tubuh serta sistem antena energi tubuh iaitu bulu roma dan rambut.

    Wudhu’ dan niat hanya kerana Allah adalah isyarat penghantaran energi yang mantap dan pantas kedalam sistem tubuh melalui medium air, yang menyucikan kotoran fizikal, dosa dan tenaga negatif. Sesungguhnya wudhu’ adalah bersifat takhalli (pembersihan), membersihkan dari tenaga yang negatif yang menyebabkan berlakunya pelbagai masalah kejiwaan dan masalah kesihatan fizikal. Apabila tubuh telah suci dan bersih dari hadas kecil, hadas besar, tenaga negatif, dan dosa-dosa kecil, maka situasi tersebut telah berada dalam keadaan bersedia menerima energi yang positif, ketenangan dan keheningan sebelum menuju ke peringkat tahalli (menyerapkan/pengisian) dengan ibadah-ibadah yang akan dilakukan.

    Selepas itu, sebelum memulakan ibadah, pastilah dimulakan dengan membaca “Bismillah…” untuk menjauhkan syaitan dan untuk mendapat keberkatan. Dengan bacaan tersebut, udara disekeliling akan bergetar, molikul wap-wap air akan dienergikan dengan getaran gelombang bunyi bacaan bismillah yang terkandungkalimah-kalimah mulia, nama-nama yang baik dan indah yang memberikan getaran gelombang positif, dan mengenergikan tubuh dengan energi yang positif, menyihatkan badan, bertindak sebagai pendinding Insya Allah.

    Setiap bacaan ayat suci al-Quran yang di lafazkan dan zikir-zikir yang di ungkapkan, sebenarnya menghasilkan getaran gelombang tenaga yang positif disekitar kita melalui molikul wap-wap air dan oksigen . Setiap dengungan bacaan, nyaringan sebutan dalam bacaan tersebut, akan menggetarkan sel tubuh badan, dan menggetarkan chakra serta mengenergikannya (tahalli). Elektron-elektron negatif dan proton-proton yang positif semakin aktif mengelilingi inti, lantas menghasilkan medan tenaga aura yang lebih besar, mantap sangat, indah dan seimbang.

    Begitulah gambaran umum bagaimana aura terjana ketika kita beribadah, dan sebenarnya banyak lagi manfaat ibadah lain seperti puasa, solat, zakat dan sebagainya, dalam menjana kestabilan aura dan chakra kita. ILMU AURA METAFIZIK BUKAN BERASAL DARI JIN/ SYAITAN.

    BalasPadam
  14. Hakikatnya jin dan syaitan tidak akan membantu manusia dengan ‘seikhlas hati’ tanpa memerlukan sebarang habuan, korban atau kesetiaan kita dalam menurut syarat-syarat mereka. Setiap bantuan jin dan syaitan pastinya mengandungi agenda mereka dalam menyesatkan aqidah kita sebagai muslim. Setiap bantuan mereka pasti akan ada syarat-syaratnya dalam menyengutu dan menderhakai Allah Ta’ala. Tidak akan ada persahabatan atau pemilikan jin tanpa sebarang syarat-syarat yang menyesatkan. Jin dan syaitan tidak akan bersahabat dengan manusia sebagai makhluk yang mulia, tanpa sebarang ritual yang menyebabkan manusia itu menghinakan diri mereka kepada jin dan syaitan. Mereka cukup berbangga sekali jika mereka dapat berdampingan dengan manusia, lebih-lebih lagi jika manusia menjadi hamba kepada mereka.

    BalasPadam
  15. Menurut pengamatan dan pengalaman saya bertahun-tahun sebagai pengamal terapi aura Reiki , tiada sedikit pun amalan dalam perubatan aura ini yang menyalahi aqidah dan syari’at Islam. Tiada sebarang ritual yang menyamai atau dipengaruhi mana-mana agama , tiada kasad atau i’tiqad yang meragukan dan perbuatan yang menentang secara terang-terangan mahupun secara sembunyi terhadap syariat Islam. Kita berpegang kepada 5 prinsip amalan yang murni iaitu setiap hari tidak marah, tidak bimbang dan resah, terus bersyukur, reda dan pasrah, jujur dalam perbuatan dan berbuat baik kepada semua makhluk.. Prinsip amalan reiki tidak bercanggah dengan Islam, malah satu kaedah untuk mendekatkan diri dengan Allah. Dalam Reiki hanya menggunakan energi yang ada di alam semesta seperti makanan, minuman, flora, cahaya 7 warna, oksigen, air, tanah dan tenaga bio energi dalam tubuh, tenaga minda, dan tenaga spiritual, untuk diolah menjadi tenaga yang membantu merawat penyakit emosi, jiwa dan jasmani.. Niat, perasaan, fikiran dan ungkapan kita akan menghasilkan tenaga dan bergetar menghasilkan gelombang. Bacaan ayat- ayat quran, doa dan selawat juga akan menghasilkan tenaga gelombang yang sangat tinggi energinya dan digunakan untuk proses perawatan dalam Islam. Ini juga termasuk dalam ilmu tenaga Reiki, sebab tenaga reiki adalah tenaga alam semesta yang dikurniakan oleh Allah hasil proses aktiviti semua makhluk dan segala yang ada di alam semesta ini termasuk matahari, bulan, bintang, tumbuhan, binatang & serangga, air, angin, batu dan bukit bukau Semua energi ini telah pun dikurniakan Allah kepada kita, Cuma kita perlu belajar kaedah dan teknik mengolahnya untuk tujuan kebaikan. Kita tidak bermaksud memohon kepada tenaga alam semesta ini sebaliknya hanya menggunakannya untuk berbagai tujuan kebaikan dan perawatan. Kita hanya berusaha tetapi yang memberikan kesannya adalah Allah s.w.t

    BalasPadam
  16. Memang benar, terdapat beberapa kes, yang mana apabila dibacakan rukyah syar’iyyah kepada seorang Reiki Master, maka Reiki Master tersebut menjerit dan timbul beberapa tanda yang membuktikan tubuhnya dihuni jin. Hal ini berlaku kerana mungkin reiki master itu mempunyai sejarah peribadinya sebelum ini ( mungkin ada saka atau pun menuntut berbagai ilmu yang berkaitan khadam / jin yang disangkanya Islamik, mempunyai ilmu persilatan yang berkaitan jin sebelum atau selepas menerima Reiki Master ).

    Banyak kemungkinan boleh berlaku, antaranya, ialah mungkin tubuh pengamal reiki tersebut sememangnya telah lama dihuni jin sebelum dia menerima attune Reiki lagi. Kemudian, selepas dia ambil ijazah master Reiki, kebetulan dia berjumpa dengan pengamal perubatan Rukyah Syar’iyyah, dan dirinya dirukyahkan, maka muncullah tanda-tanda tubuhnya dihuni jin. Bagi saya kes tersebut adalah bersifat terpencil dan tidak boleh dijadikan hujah bahawa semua pengamal perubatan aura atau Reiki memiliki jin atau menyeru jin dalam praktis mereka sehingga jin tersebut menghuni tubuh mereka.

    Sesungguhnya jin adalah golongan yang pandai menipu, banyak helah dan hebat ilmu psikologinya dalam menghasut dan merosakkan manusia.

    Adakalanya tubuh jin tersebut kebal atau imun dengan energi-energi alam atau energi dalam manusia seperti energi aura dan jurus semata-mata, kerana mereka berpengalaman lama dalam hidup ini dan telah berjumpa dengan bermacam-macam perawat serta bahan rawatan.

    Islam tidak menyempitkan ilmu perubatannya hanya menggunakan kaedah rukyah syar’iyyah semata-mata, Islam juga membenarkan perubatan konvensional moden, refleksologi, urutan, herba, perubatan aura reiki dan sebaginya walaupun tidak menggunakan rukyah syar’iyyah, asalkan selagi perubatan tersebut tidak melampaui sempadan syari’at Islam yang mulia.

    BalasPadam
  17. PENILAIAN YANG ADIL

    Sebelum kita menuduh yang bukan-bukan terhadap ilmu ini, baik kita berlapang dada untuk mengkaji dan meneliti. Ilmu ini bukan omongan kosong, banyak kajian dan peralatan teknologi canggih yang telah digunakan untuk mengkaji perkembangan ilmu ini. Ilmu ini bukanlah sesuatu yang mistik semata-mata tanpa dapat ditemui punca dan asalnya. Jika ilmu ini berunsur jin, pastilah ilmu ini tidak akan dapat dihuraikan melalui sains metafizik, pasti tiada kajian yang dapat dijalankan. Ahli sihir atau bomoh yang mensyirikkan Allah, sama sekali tidak akan dapat menghuraikan dari mana ilmu yang dia perolehi mengikut fakta dan kajian.

    BalasPadam
  18. REIKI ITU MEMBAWA ENERGI KASIH SAYANG, SALING MEMBANTU DAN BERBUAT BAIK KEPADA SEMUA MAHKLUK.

    BalasPadam
  19. Tapi kenapa sewaktu di ruqyah, pengamal reiki menjerit-jerit dan bergolek2 solah-olah kerasukan? Tak ubah macam pengamal nurun nubuwwah bila rukyah. Energi atau tidak, sedar atau tidak, jika kaedah reiki ini akhirnya mengundang jin dan setan ke dalam badan, apa hal tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salah satu amalan mereka spt yoga...iaitu apabila melakukan teknik pernafasan...tujuan utk menenagkan diri...sy pernah belajar reiki...dan setahun sy dah amalkan...tetapi sy masih belum master...sahabat yg memperkenalkan sy dgn ilmu reiki ni...sy tak pasti method apa yg digunakan terhadap diri sy....telah membuat sy spt org giler talak...atau angau....sentiasa ingatkan dia...smpai termimpi2 kan dia...sy akan dgr setiap arahan dia...smpai sy jd lupa diri...apabila sy lakukan solat hajat...akhirnya Allah buka semuanya...sy sakit berpunca dpd ilmu reiki ni...bila diruqyah....Allahuakhbar....byknya jin dlm bdn sy...sdg dlm proses perubatan...sy dah tinggalkan ilmu reiki secara total...

      Padam
    2. Aku dah amal tenaga dalam dari tahun 2003 elok je hidup aku takde susah pun.memang puak Rukyah macam kau ni suka cari pasal dgn aliran tenaga dalam ke

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  20. Dah sahlah reiki ni ada jin yang menyelit.Kalau ikut agama islam reiki mana ada setahu saya Shari at,tariqat,haqiqat dan makrifat dan ilmu.Dan juga tawasuf dan sufi.Mungkin reiki atau yang karut marut atau budi suci mungkin ambil dari buddha dan hindu.Cuma nak show nampak islam disuruh zikir nama2 Allah haqiqatnya jin yang datang.

    BalasPadam

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...