Jumaat, 2 Jun 2017

Apakah maksud gemblangan ilmu wahai Ustaz Tabib Ali?

Alhamduilahirabbil Alamin
Allahumma Solli ala Saidina wa maulana Muhammad wa ala alhihi wasohibihi wabarik wassalim
'Adada Kholqih Wa ridho nafsih wazinata arsyih wamidada kalimatih

Tentu ada yang bertanya apa maksud gemblengan? Khususnya bagi anda yang baharu berjinak-jinak membaca blog saya ini. Sebenarnya jika anda rajin anda dapat teroka blog saya ini melihat ‘Pengalamanku’ yang ada antaranya mendetailkan permasalahan tentang ‘GEMBLENGAN” ini.

Ilmu yang disampaikan secara gemblengan bermaksud pengajian ilmu secara tatap muka berhadap-hadapan. Bertemu empat mata bertemu lutut, bertemu dua hati, dua jantung, dua otak dan akal, dua roh, dua rahsia..aha…

Kemudian daripada itulah guru akan membimbing muridnya satu persatu daripada

-penyucian diri

-pembukaan gelungan-gelungan ghaib tubuh

-pengaktifan unsur ghaib tubuh untuk…

-pengisian atau transfer nur ilmu drp guru ke murid

-pemboosteran dan pengoptimuman jiwa murid

-perbincangan pertukaran pengalaman apa saja

Inilah yang saya maksudkan dengan Gemblengan. Mungkin anda akan temui perkataan Gemblengan pada guru-guru keilmuan lain-lain di luar sana. Dan ada antaranya mereka mengatakan Gemblengan Ilmu Ghaib tapi nota dan pengisian dikirim pos semata.
Walaupun dalam tataran ilmu ghaib tidaklah mustahil sesuatu ilmu dapat dikirim secara jarak jauh sahaja, namun bagi murid yang baru berjinak-jinak menceburi bidang keilmuan ghaib, kekuatan minda, ilmu rohaniah seharusnya murid berada di depan gurunya.

Ini bertujuan mengelakkan

-pintasan jin sesat jin fasiq dalam prose kendiri murid menerima pembangkitan ilmu secara jarak jauh

-guru akan mengawal keadaan murid daripada berlaku hal-hal tak diingini seperti rasukan gangguan yang lama,saka,sihir sewaktu proses penurunan dan pembangkitan ilmu dijalankan-ini khusus bagi keilmuan haq.

-menjawab setiap permasalahan muridnya dengan tuntas dan berkesan. Langsung sang murid dapat bertanya terus kepada guru di depannya. Guru dapat meluruskan kefahaman sang muridnya. Dan ini sangatlah penting dalam proses belajar ilmu-ilmu ghaib, kebatinan, ilmu hikmah dan ilmu kerohanian aliran putih dan ilmu haq.

Tentunya anda yang awam tertanya-tanya apakah keilmuan yang anda nak pelajari daripada Ustaz Tabib?

Anda dapat mencari dalam arkib blog ini catatan dan hebahan saya lakukan. Perhatikan dan bacalah dengan saksama. Untuk mengetahui sesuatu yang baharu anda tahu yang sebelum ini mungkin anda tak tahu langsung atau tahu, tahunya sedikit atau tahu dalam keadaan negatif dan salah faham serta keliru maka pertama sekali anda Solat Istikharahlah kpd Allah.

Banyak murid saya yang solat isthikharah terlebih dahulu sebelum belajar dengan saya. Tak perlu saya perincikan pengalaman murid-murid saya itu di sini. Anda sendiri buat dan rasakan. Dan bila dapat apa-apa petunjuk segera konsultasi dengan saya. Jangan asyik-asyik menuduh orang lain bela jin, bela hantu, tak baik menuduh syak wasangka sesungguhnya syak wasangka, zan, waham itu suatu dosa ye. 

Apapun saya maafkan anda kalau anda digerakkan Allah untuk hadir ke blog saya namun anda pula mencebik dan menuduh saya sesat dan berjin. Untuk pengetahuan anda tiada jin yang mahu berkawan dengan saya. Kalau saya boleh berkawan dengan jin saya tak kawan dah dengan manusia. Haha lucu.

Sebenarnya anda yang menuduh orang lain yang bukan-bukan anda sendiri terperangkap dalam bayang-bayang sendiri. Anda mungkin seorang suka mencari ilmu percuma atau gratis. Copy paste dan buat sendiri tanpa guru, tanpa guru, tanpa guru. Sungguh amat fatal salah silapnya anda apabila melakukan demikian.

Jangan anda main-main dengan keilmuan ghaib, kebatinan, kerohanian tidak semudah belajar ilmu akali dan zahiri pun kalau anda nak belajar ilmu kejuruteraan pun kena belajar daripada ahlinya anda takkan boleh menjadi pakar kejuruteraan kalau sekadar membaca buku kejuruteraan. Ingat tu, apatah lagi ilmu ghaib, walaupun Ruqyah Syariyyah sekalipun.

Untuk makluman anda saya sendiri menekuni bidang pengubatan at-Tibbun Nabawiyyah lebih daripada 10 tahun. Pengubatan dengan tangan kosong dengan ayat-ayat al-Quran tertentu bukan ambil proses yang singkat.

Allah mentarbiah saya dengan beberapa ujian kehidupan yang saya hanya sedia kongsi dgn murid saya saja. 

Dalam bab berguru pula Guru tak terkira banyaknya hingga saya mengambil Sanad Qiraat Al-Quran daripada Almarhum Syeikh Jamhuri Jaharis secara empat mata tanpa murid2 lain tanpa org lain saya dengan almarhum sahaja di salah sebuah Madrasah terkenal tanah air.

Orang lain ambil sanad drp beliau secara berkelas formal saya dengan almarhum bertemu diluar kelas. Saat indah dan ajaib itu hanya saya kongsikan dengan murid saya sahaja tak diumumkan dalam blog ini.

Anda carilah sendiri siapa almarhum. Tak perlu saya ulang-ulang copy paste saya pun bukan gilakan nama. Gilakan nak tunjuk saya banyak ijazah sanad semua perkara. Saya tak suka popular. Kalau saya  boleh sahaja berserban berjubah 25 jam. Saya boleh saja berwatak ustaz 26 jam sehari. Saya boleh juga macam-macamlah bagi orang nampak saya ustaz ka, wali ka.

Tapi saya tak mahu. Sebab itu bila ada murid saya seorang ustaz daripada Universiti Jordan seorang al-Hafiz (yang belajar dengan saya al Hafiz ni ada banyak) selesai Gemblengan Ilmu dia mau cium tangan saya. Saya segera Tarik tangan saya. Saya kata saya muda lagi jangan ditua-tuakan. Hahaha. Tunggulah saya dah tua nak cium tangan atas dasar hormat tak apalah.

Tujuan saya khabarkan ini bukan nak riak dll. Masya Allah, Kalau saya diam org kata saya tak betul, bila saya menerangkan siapa saya sikit sebanyak orang kata saya riak. Mana satu orang kita ni. Orang Melayu kita ni. Bila nak maju kalau bersikap dengki hasad fasad tengok orang lebih daripada dia. Saya tak ada rasa apa-apa lah nak dibanggakan dengan anda. Anda mungkin jahil apa yang saya tahu tapi anda lebih pandai bijak hebatt daripada saya dlm hal yang anda tahu dan saya tak tahu. Boleh saya belajar daripada anda?

Ustaz Tabib 
7 Ramadhan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...