Selasa, 6 Disember 2011

Makna Sebuah Kehidupan

Salam sejahtera. Setinggi-tinggi Puji Bagi Allah yang maha agung. Saya bermohon dengan nama Allah untuk menulis entri seterusnya ini dalam panduan hidayatNya. Amin.

Allahumma solli ala saidina muhammad.

Pada Sabtu hujung minggu lalu saya menanti kedatangan seorang pesakit wanita yang ingin mendapat konsultasi dan 'hikmah' tentang makna sebuah kehidupan. Kami telah berjanji dan saya menyatakan datang sebelah pagi. Namun, pagi itu Ayah mengajak saya pula lepak bersamanya sarapan pagi. Saya menyetujui sahaya memandangkan pagi masih awal lagi dalam jam 8.00 pagi. Saya pun memandulah ke hendak ambil Ayah lalu kami sarapan di sebuah restoran mamak. Banyaklah cerita bersulam ilmu yang saya perolehi. Semuanya itu bagaikan air terjun yang mencurah ke dalam batin saya. Nyaman, sejuk, halus, kadangkala menikam jauh ke dalam qalbu membuahkan rasa insaf dan ingat kepadaNya. Allahuakhbar. Benarlah sabda nabi, tentang hadis berkaitan 'bersahabat' dengan pedagang minyak wangi atau dengan tukang besi. Kalau kita bersahabat/dekat/berhadaphadapan/bersaudara dll dengan tukang besi maka sedikit sebanyak akan tertempiaslah bau tahi besi itu ke baju atau ke diri kita. Kalau kita bersahabat dengan dengan pedagang minyak wangi, sedikit sebanyak akan terlekat bau minyak wangi kepada kita. Wejangan yang saya dapat tak mungkin saya lupakan sepanjang hidup saya. Walau batang tubuh Ayah sudah lapan puluh tahun lebih, namun wejangannya atau nasihatnya melekat di hati, menyucikan fikiran, menjernihkan akal, menghaluskan budi, menghikmahkan batin, mengukuhkan rohani. Alhamdulillah. Selepas jam 10 saya bergerak pulang ke rumah. Dan alhamdulillah dapat bersua muka juga dengan pesakit wanita tersebut yang sudah sedia menunggu saya bersama ibu yang menemaninya. Namun demikian, saya menyedari hanya saya yang sampai ke tingkat atas depan rumah, manakala pesakit wanita tersebut dan ibunya sudah menghidupkan enjin kenderaan dan meninggalkan saya yang kehairanan melihat keadaan itu. Saya merasa amat pelik mengapa tiba-tiba sahaja mereka berdua yang sedang mengikut saya dari belakang telah berpatah balik tanpa bercakap apa-apa dengan saya dahulu. Saya tidaklah terkilan sangat namun saya tertanya-tanya. Jika diingatkan perkara ini tidak pernah berlaku. Saya masih ingat seorang India yang nak datang jumpa saya dan bila duduk bersama saya, baru saya mulakan dengan kalimah syahadah dia telah 'menurun' nak lawan sama saya. Tidak lama kemudian, saya dihubungi oleh wanita tersebut. Saya menjawabnya, saya disembur oleh ibu wanita tersebut yang menyatakan "Kami datang hanya hendak tengok tempat awak merawat saja. Lepas kami tengok, kami tak jadilah berubat."

Mulanya saya kebingungan juga namun selepas saya memohon ilham dari Allah ta'ala maka jelaslah dipandangan batin saya punca keadaan ini berlaku. Jika dipandang dari sudut scan perubatan dapat dilihat punca masalah wanita itu yang mana dipengaruhi kuat oleh ibunya, saya lihat ibunya membawa saka yang menghalang wanita alias anaknya itu daripada berubat dengan saya. Tempat saya merawat adalah di tingkat 3, tidaklah terlalu tinggi sangat. Anak tangganya sedikit sahaja. Namun ibu wanita ini tidak mampu untuk menapak terus menuju ke tempat rawatan kerana saka yang menghalang secara bisikan dan gangguan pada diri ibu tersebut. Sebelum ini ramai pesakit yang datang ke tempat saya menyatakan demikian juga. Yang terbaru masih muda benar, bawah 30 tahun, sihat dan tubuh normal. Setelah dia tiba di atas rumah saya dia berkata, macam berlari berkilometer penatnya. Sampai termengah-mengah. Ada juga pesakit yang enggan datang atau diganggu sejak di rumah lagi semasa mahu datang ke tempat rawatan. Semua itu lumrah berlaku sebenarnya.

Dalam kes wanita ini, ibunya nyata ada gangguan saka yang teruk. Kadar teruk itu diukur pada tahap keselambaan jin saka untuk tidak menzahirkan dirinya ketika berdepan dengan perawat tetapi tetap ligat mempengaruhi pemikiran dan pertimbangan perumahnya. Kadar teruk juga diikur kepada tahap kesebatian antara saka dengan batang tubuh dan minda si perumah. Begitu sebatinya sehingga sukar dikesan namun apabila saya imbas balik, saya dapat mengesan bayangan wanita sangat tua yang mengerbang rambutnya membayangi diri batin ibu wanita tersebut.

Wanita tersebut menghadapi masalah kronis iaitu:

-gagal percintaan
-Ada yang sudah nak bertunang tiba-tiba putus tanpa diketahui sebabnya
-Semua orang seperti membenci dirinya walau dia pada pandangan saya seorang yang sangat konvensional dan baik serta lurus sifatnya.
-Jiwanya tidak tenang sentiasa serabut serta sangat-sangat kusut, bingung, keliru, tidak tenang dan lain-lain lagi berkaitan kejiwaan atau kerohanian.
-Sudah banyak membuat amalan doa dan lainnya berpandukan buku demi mencapai ketenangan batiniah namun gagal tidak yakin ragu-ragu dan terputus amalannya (tidak istiqomah).

Saya akhirnya tersenyum dalam memandangNya kerana itulah antara makna sebuah kehidupan yang fana. Datang dan pergi. Keliru antara hak dan bathil. Semoga kita semoga mendapat suluhan hidayat Allah ta'ala. Tanpa hidayatNya janganlah hendak bercakap apapun tentang Allah pastilah ia sia-sia dicela Allah ta'ala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...