Selasa, 27 Disember 2011

Al-Quran dan Zikir Ubat Kepada Hati Suatu Muhasabah

Salam bahagia. Antara sedar atau tidak kita dipenghujung tahung 2011. Namun itu bukanlah faktor terpenting dalam kehidupan kita. Masa, ruang, tarikh, hari hanya ciptaan Allah sahaja. Mengapa kita mesti mengikut budaya orang bukan Islam meraikan kedatangan tahun baharu masihi?

Muhasabah

Kita sebagai orang Islam seharusnya sentiasa muhasabah bahawa kehidupan yang kita miliki ini hanyalah sementara sahaja. Apa yang berlalu tidak boleh diulang balik, masa yang berlalu tidak boleh diputarkan semula, orang yang telah pergi kekal semadi sehingga hari perhitungan nanti. Malahan lebih dekat lagi apa yang kita makan dan kita terasa keenakannya di atas lidah kita pun sudah tidak terasa lagi atau kita sudah jemu memakannya ataupun sudah menjadi najis.

Cubalah kita renungkan begitu fananya dunia ini. Janganlah hendaknya kita terpedaya. Terpedaya dalam ertikata hanyut dalam keseronokan jasmani dan lahiriah semata seperti hanya memenuhi keperluan telingan saja mendengar hiburan yang melalaikan. Atau menggunakan mata untuk membuat kejahatan dan  maksiat ataupun memerhatikan alam ini sekadar zahirnya sahaja. Dan lain-lain anggota tubuh kita juga.

Dalam memperkatan tentang hati, kita hendaklah mengutamakan pemerhatian kita terhadapnya. Janganlah kita menganggap hati tidak perlu dijaga dna dirawat. Ada banyak kaedah untuk menjaga dan merawat hati namun kaedah yang HAQ ialah dengan membajainya dengan ayat suci Al-Quran dan juga zikrullah. Inilah ubat hati. Inilah penawar hati.

Maka di luar sana banyaklah buku tentang zikir dan ayat untuk diamalkan sehari-hari. Saya menasihatkan kita memilih amalan yang tidak memberatkan kita. Biarlah amalan itu sedikit tetapi berterusan. Apabila kita sudah berterusan hendaklah ditingkatkan lagi kepada amal ibadah yang lain. Jangan pula terus menerus dalam keadaan statik sepanjang hayat.

Aduhai betapa ruginya mereka yang amalannya tidak bertambah. Al Quran dan Zikrullah sama ada dibaca atau dizikirkan sepenuh hati atau merasuk ke dalam hati atau tidak separuhnya tidak mengapa asalkan kita jangan meninggalkan hati kita kosong tidak terisi.

Nanti hati itu akan kurang imunnya dan mudahlah ia terkena penyakit berbahaya. Siapa yang mengamalkan secara berterusan ayat suci dan juga zikrullah dengan ikhlas kerana Allah dna bersama Allah maka insya Allah dia akan merasai betapa beruntungnya dirinya. Inilah yang kita hendakkan jiwa-jiwa yang tenang lagi bijaksana menjadi warganegara Malaysia yang berjaya. Buatlah sebanyak manapun gagasan, dasar atau wawasan yang muluk-muluk, tanpa iman dan taqwa takkan tercapai segala hasrat murni yang diimpikan oleh segenap manusia melainkan ia suatu angan-angan yang tidak berkesudahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Gemblengan Ilmu di Gunung Jerai Panggilan Akhir

Salam. Siapa yg berhajat utk menuntut ilmu2 kebatinan aliran haq dan putih saya ada buat di Gunung Jerai dlm pd 1 hingga 3 Disember ini.  ...