Khamis, 15 Disember 2011

Berubahlah kerana Allah

Salam sejahtera. Sepanjang saya terlibat dalam bidang perubatan hikmah ini, saya telah menemui berbagai-bagai bentuk ujian yang dialami oleh para pesakit dan kadangkala ujian itu juga berlaku ke atas diri saya. Ujian Allah bukanlah suatu bencana, tragedi atau malapetaka. Kita hendaklah memahami akan hal ini dengan cermat. Banyak antara kita memandang sakit, susah, miskin itu sebagai suatu tragedi dan memandang sihat, kaya dan berharta itu suatu kenikmatan. Sebenarnya sakit atau miskin, sihat atau kaya semuanya adalah ujian daripadaNya. Saya pernah menerima pelanggan yang kaya raya memiliki syarikat besar namun apabila dia mengadu kepada saya yang bisnesnya sentiasa rugi bukannya untung walaupun pusingan modal berjuta-juta membuatkan saya termenung. Kenapalah berlaku demikian rupa pada mereka. Namun apabila saya melihat mereka tidak mengendahkan nasihat saya untu berinfaq di jalan Allah, kepada anak yatim, infaq untuk mengembangkan pendidikan agama dan sebagainya yang tergolong sebagai infaq mereka fahamlah saya akan masalah yang dihadapi mereka. Malahan kos ubat ulangan RM50.00 pun menjadi suatu yang teramat besar bagi mereka yang punya kenderaan mewah dan kehidupan senang lenang. Inilah dikatakan tiadanya keberkatan dalam harta. Orang sebegini jika berterusan boleh mati kerana tekanan untuk menjaga hartanya dengan hatinya lalai kepada Allah wa nau zubillah. Kalau kita berharta namun kita berasakan bisnes kita sentiasa rugi cuba kita periksa diri kita. Sudah banyak saya temui yang kaya raya tetapi Makkah tak terniat pun nak pergi, kaya raya tetapi tak terniatpun nak belajar asas agama seperti membaca Al -Quran. Apalah gunanya harta banyak tetapi bakhil dengan Allah untuk belajar agama?Apabila sakit maka baharulah nak belajar membaca Al-Quran. Sedih saya melihat keadaan itu namun saya bukannya hendak meremehkan tapi hendaklah usaha ini IKHLAS kerana Allah. Tanda ikhlas ialah berterusan dan tidak putus asa. Kita tidak dapat membeli keberkataan dan rahmat Allah dengan kepura-puraan. Allah yang mencipta kita pastilah Dia tahu segala-galanya tentang Diri kita zahir batin. Saya lihat ujian hidup yang menimpa orang kaya lagi dahsyat. Saya tidak menujukan entri ini pada sesiapa tetapi kerana ada di antaranya terus berhenti berhubung dengan saya saya harapkan mereka membaca dan mengambil iktibar akan hal ini. Sesungguhnya persaudaraan dalam Islam itu adalah hebat kerana ia berasal daripada Perjanjian Asali iaitu ketika roh kita diciptakan Allah buat pertama kali. Namun oleh sebab persaudaraan itu dilihat kepada keperluan sahaja, atau pada persamaan status sosial  atau orang kaya yang tak mendampingi fakir miskin macamnalah mereka hendak merasao betapa nikmat dan manisnya persaudaraan kerana Allah tersebut. Ingatlah sekaya-kaya kita atau semiskin-miskin kita tetap mati dan pulang kepada Allah dengan tangan kosong jua. Ingatlah mati ingatlah buat persediaan dekatilah orang soleh dan ambillah nasihat dan keberkatan daripada mereka, infaqkan harta ke jalan Allah dan berusahalah mendalami ilmu agama kerana Allah. Berubahlah kerana Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...