Selasa, 22 November 2011

Mata Rantai atau Wayar Persambungan Amalan

Salam sejahtera. Konsep mata rantai emas atau wayar persambungan amalan keraohanian yang bersanad dan bersilsilah daripada Tuan Guru hingga kepada Rasulullah, adalah daripada amalan kesufian. Ia sama dengan konsep ijazah, baiat-sama sahaja semuanya itu. Ada di jalan hakikat selain mengambil ijazah dikatakan mengambil "Nur" daripada Tuan Guru atau Tuan Guru memasukkan "Nur" kepada murid seperti melalui ubun-ubun, hati atau sekadar bersalaman sahaja (salam berisi bukan kosong sahaja). Kini konsep ini popular bagi perawat Islam yang mahu belajar perubatan Islam harus mengambil ijazah rukyah daripada Tuan Guru yang beramal dengan rukyah. Maka nama Syeikh Abdul Wahid Salam Bali pun semakin disebut-sebut dikalangan kita. Tak mengapa. Tetapi kita harus sedar sanad ilmu atau ijazah dll lagi istilah seerti dengannya, menunjukkan betapa luasnya ILMU ALLAH. Maka tidak timbul soal perawat Islam yang beramal rukyah mengambil ijazah daripada tokoh tersebut boleh pula memperlekehkan perawat Islam yang mengambil bait tarikat sufiyyah malah lebih dahsyat menuduh pulak sebagai sesat. Nauzubillah. Bertaubatlah wahai hamba Allah. Walau apapun gelar di depan nama kita, di sisi Allah kita ini sama sahaja yang berbeza amalan dan hati kita itu setakat mana bersih-kotornya. Kerana hati itulah yang nak kita bawa ke dalam solat dan melaksanakan perintah titah Allah. Kalau hati itu kotor diselaputi sifat mazmumah maka kita boleh pertanyakan balik apakah amalan kita diterima Allah?Kalau diterima sudah pasti hati kita makin bersih dan akhlak kita makin baik. Itulah sebabnya saya malas nak bergrup-grup ini sebab suka sangat kita menjadi manusia yang Allah telah larang kita seperti dalam Surah al-Hujurat. Apa yang penting kerjasama-walaupun grup perawat Islam masih kecil dan baharu, jihad kita dalam bidang tibb ini harus diteruskan tanpa ada suatu pihak menyesatkan dan mempelekehkan golongan lain melainkan kalaulah betul-betul terdapat kemungkaran seperti perawat Islam merogol pesakit umpamanya wajarlah kita berkas sama-sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengajian ilmu rawatan jurus al haq

Jurus al-Haq saya ajar sangat simpel tak perlu berlatih pernafasan cukup saya melukiskan rajah jurus secara ghaib dan membuat pengisian kpd ...