Selasa, 15 November 2011

Pensyarah dan Profesor yang ada gangguan makhluk halus

Salam sejahtera. Pensyarah dan profesor adalah golongan akademik yang mengajar di IPTA. Meskipun mereka mempunyai kelulusan akademik yang tinggi sama ada ijazah sarjana sehingga ijazah doktor falsafah, mereka tidak terlepas daripada pelbagai gangguan makhluk halus. Saya pernah menemui beberapa orang di antaranya yang kini sudah menjawat jawatan tertinggi di fakulti berkenaan. Biarlah saya namakan dia sebagai Profesor Z.

Personaliti PZ terpamer apabila dia dilihat kurang bergaul dengan rakan sekerja. Sifatnya penyendiri dan kadangkala aneh membuahkan tanda tanya kepada rakan sekerja yang lain. Misalnya tabiaat PZ ini ialah beliau suka membaca dalam keadaan gelap bersendirian dihujung petang di biliknya atau di awal pagi. Beliau kadangkala dilihat mengomel sendirian membuatkan rakan sekerja lain berasa pelik untuk berbual dengannya. PZ juga seorang yang sukakan perempuan sehingga orang-orang dilantiknya kebanyakannya adalah daripada golongan Hawa. Lebih teruk PZ ini mempunyai hubungan seksual dengan pelajar dan kes berkenaan dapat ditutup dan diselesaikan di luar mahkamah.

Apabila kita bertanya sendiri dengannya, PZ mengakui beliau berdarah gemuruh. Walaupun sudah berada di jawatan tertinggi di fakulti namun PZ sangat takutkan khalayak umum. Takut hendak bercakap dan berhujah walau secara akademik. Beliau merasa terlalu rendah diri. Justeru kertas kerja yang ditulisnya juga adalah bahan yang basi, cincai dan banyak kesalahan di sana sini. Tiada sumber rujukan dan sekadar ada sahaja. PZ juga suka mendengar rumous cerita di belakang, suka informer yang membawa khabar angin yang sememangnya informer itu jenis suka mengampunya, suka membodek suka memuji-mujinya saban hari. PZ malah tatkala memarahi beberapa rakan sekerjanya boleh pula dia mengatakan " saya dengar orang kata", "saya dengar khabar angin," dll sewaktu dengannya. Apabila ditanya siapa yang bawa khabar berita, PZ tidak mahu beritahu bersikap prejusdis dan berat sebelah serta suka menjatuhkan hukuman mambabi buta berdasarkan saluran maklumat satu pihak tanpa memberi peluang atau menimbang saluran maklumat lain atau daripada kena tuduh.

PZ juga sering dilihat hebat namun juga dicemuh dibelakang oleh pelajar. PZ tidak fokus mengajar sebaliknya membebel soal peribadinya sendiri dan juga tidak punya kosentarasi terhadap matapelajaran yang diajar. Lebih jauh lagi PZ seorang yang tidak punya wawasan terhadap pelajaran yang diajarnya sendiri, jumud, tidak meluas cakupannya, tiada berjiwa besar dan penakut berdepan dengan rakan sekerja yang lantang bersuara.

Apabila saya berpeluang berbual dengannya suatu hari saya, dia membuka cerita peribadinya kepada saya. PZ mengakui dia mempunyai saka keturunan yang amat berat. Dia selalu sakit kepala, kusut fikiran dan sakit belakang tanpa diketahui sebabnya. Dia mengakui telah berubat dengan perawat Darul Syifa namun ia masih ada dan dia selalu sahaja merasa seperti diekori oleh sesuatu makhluk yang ganas, hitam dan besar.

Namun PZ tidak pula meminta bantuan saya. Maklumlah saya masa itu masih lagi bergelar pelajar. Hendak jadi cerita suatu petang saya dihubungi oleh rakan untuk datang merawat seorang pelajar kerasukan dan mengamuk di fakulti. Saya bergegas datang sewaktu kesesakan lalu linta smemuncak di jalan klang lama sekitar jam 5 petang. Saya tiba jua akhirnya dan apabila saya masuk ke dalam bilik kuarantin, saya melihat budak kena rasuk (BKR) dipegang oleh PZ dan rakan saya. Mereka cuba menenangkan BKR tersebut. Saya terkejut apabila BKR itu menolak tangan PZ dan mengatakan, "Aku nak bunuh engkau! Aku tahu apa kau buat di sini, aku tahu semuanya! Kau jahat! Aku nak bunuh engkau!" Saya lihat PZ cuba baca sesuatu dan fokus. Saya tiba dan ambil alih mujurlah PZ tidak kerasukan saka neneknya itu.

Sewkatu BKR lihat saya dia gementar dan tumbang. Saya tidka fokus kepada BKR tersebut namun saya hendak nyatakan bahawa jin peganggu tersebut pun tahu sifat PZ tersebut. Saya tidak mahu buka pekungnya tetapi saya hendak nyatakan sebenarnya apa yang berlaku pada PZ selama ini adalah saka keturunannya.

Selepas beberapa lama sehingga kini PZ kini bertindak sewenangnya seperti jin saka yang menumpang di badannya juga, perangai tak semenggah menzalimi rakan sekerjanya dan suka kepada informer-informer dalam membuat keputusan menghukum rakan sekerja lain walau ianya suatu fitnah. Benarlah pengaruh saka terhadap jiwa sehingga membuatkan manusia itu bersikeras dan pendek kata sama teruk dan hudoh feelnya dengan makhluk yang duduk di lapis diri seseorang itu.

Bagi pensyarah dan profesor serta golongan profesional yang lain carilah penawar dan janganlah kedekut dalam mendapatkan ikhtiyar da penawar. Kadangkala mahar sebagai hadiah kepada perawat atau ustaz atau orang alim yang membantu kita menjadi asabab turunnya rahmat dan barokah. Apalah tidaknya jika perawat tersebut menggunakan mahar hadiah tersebut ke jalan Allah dan sedekah. Cubalah fikir2kan. Ini kerana saya telah jumpa beberapa orang golongan eletis ini yang sangat bersangka buruk terhadap perawat Islam alternatif dan komplementari tetapi boleh pula berbelanja saka saban bulan terhadap gajet dan kenderaan mewah walhal diri jiwa itu sakit ada gangguan pengaruh jin dan syaitan sehigga mempengaruhi akhlak dan tingkah laku menganggu persepsi dan perasaan (marah dan terburu-buru serta zalim).

Bawa2lah berjumpa perawat atau tabin jiwa mudah-mudahan sembuhlah hendaknya dan merasa hidup ini lebih bermakna dengan sihatnya dan kayanya jiwa dna ruhani. Saya pernah rawat orang begini dengan kaedah zikir dan doa dia merasa tenang lapang (Allah yang menenangkan dan Allah yang melapangkan) dan kembali ke diri yang sebenar dan lebih baik lagi sehingga mencapai prestasi kerja dan hubungan sesama makhluk Tuhan dirasakan lebih bermakna dan merasa bersyukur terhadap nikmat yang ada.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengajian ilmu rawatan jurus al haq

Jurus al-Haq saya ajar sangat simpel tak perlu berlatih pernafasan cukup saya melukiskan rajah jurus secara ghaib dan membuat pengisian kpd ...