Jumaat, 18 November 2011

Penjelasan berkenaan kadar bayaran rawatan

Kadar bayaran baharu boleh dirujuk ke makluman kadar bayaran di sebelah. Jika benar-benar terdesak namun tidka berkemampuan maka bayaran dibawah kos RM50.00 sahaja (kos ubat). Ubat tetap diperlukan. Hal ini kerana ada manusia yang sakit namun meminta bantuan dengan sms sahaja suruh saya berdoa. Memang kita berdoa. Namun dalam perubatan ada teknik dan kaedahnya tersendiri sekurang-kurangnya air penawar. Takkanlah menyediakan air kepada perawat (jika meminimumkan kos rawatan) pun tidak mampu. Kes kecemasan dilayan tetapi janganlah menyuruh saya via sms berdoa agar ilmu sihir bapaknya dan porak peranda keluarganya boleh selesai dengan kaedah sms dan saya angkat tangan tamat begitu sahaja. Bukan soal bayaran tetapi saya pelik apabila meminta pesakit datang jumpa saya ambil bahan rawatan atau dia sendiri sediakan (sebab dia kata tidak ada duit). Namun alamat emelnya alamat institusi pendidikan besar lagi. Peliknya sahaja manusia zaman sekarang. Ada yang sampai ke tahap begitu mentalitinya. Sampai mudah-mudah sahaja meminta perawat angkat tangan doa sahaja minta ilmu sihiur anutan bapaknya ditawarkan secara jarak jauh. Walhal ada lagi langkah demi langkah perlu diambil termasuk ikhtiyar bersama anggota keluarga sendiri. Takkan itu pun tidak faham.

Namun di sana wujud juga perawat yang mengguna nama perawat Islam mengambil kesempatan seperti menjual air rukyah RM 2000.00. Besar air tin sahaja botol yang berisi air rukyah tersebut. Ini sangat memalukan dan sangat mengecewakan. Mengenakan kos atas perkhidmatan merawat itu dibolehkan namun janganlah sampai ke tahap manipulasi melampau-lampau. Kalau mengenakan kos atas bahan ubat tertentu seperti herba dan mendapatkan sedikit untung daripada menjual ubat tersebut itu dibolehkan. Kalau tidak haramlah rezeki yang doktor perubatan dapat itu. Teknik dan kaedah itulah daripada pengalaman ketekunan dan sungguh-sungguh perawat sepanjang hayatnya. Jadi tidak salah dia mengenakan caj perkhidmatan yang sesuai dan memadai.

Kadar bayaran perubatanrahmaniah yang boleh disemak di sebelah entri ini bertujuan memudahkan semua pihak. Yang penting berikhtiyarlah jangan biar atau sayang duit dalam bank untuk mengeluarkan RM 50 atau 100 untuk dirawat. Apakah kita tidak pernah fikir tanpa kesihatan yang baik kita tak mampu bekerja mencari nafkah dan beribadah dengan sempurna?

Fikir-fikirkanlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...