Rawat Sebelum Lewat. Rawat dengan kaedah yang Selamat dan Kembali Sihat. Dan Allah Berserta Kamu Dimana Saja Kamu Berada. Dan Dia Maha Melihat (Al-Basir) Apa Yang Kalian Lakukan. Surah al-Hadid ayat 4.
Pages
- Laman utama
- Akidah
- Nabi Muhammad s.a.w
- Ruqyah
- Maklumat Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah - Ilmu Hikmah Multifungsi dan Ilmu Pengubatan Islam Tahap Asas hingga Tertinggi
- Testimoni Pelajar Ilmu Hikmah
- Maklumat Rawatan Islam, Tradisional dan Alternatif
- Testimoni Pesakit
- Pustaka Hikmah Maya
- Lokasi kami
- Hubungi
Isnin, 11 Jun 2012
Mengatasi Gangguan Sihir Sekeluarga
Salam..bermulalah sebuah cerita benar...akibat menolak pinangan orang...maka peristiwa demi peristiwa pun berlaku...bersambung.....
Rabu, 6 Jun 2012
Ilmu Hikmah Super Advance
Salam Rejab. Rasanya belum terlambat untuk saya war-warkan. Siapa yang mampu marilah kita berpuasa. Dalam puasa ada terlalu banyak hikmahnya. Program bimbingan ilmu hikmah masih diteruskan. Insya Allah bagi yang mengikutinya sampai sebelum Ramadhan akan dapat mengikuti program khusus melipatgandakan keilmuan (SUPER ADVANCE) pada bulan Ramadhan bersama pembimbing. Sangat bagus untuk segala manfaat dunia dan akhirat. Hebahan akan dibuat dari semasa ke semasa melalui facebook. Bagi yang berkira-kira hendak belajar ilmu perubatan di mana-mana anda dijemput menyertai dan bergabung bersama kami. Insya Allah, tiada yang kecewa dan rugi. Sebaliknya puas hati dan menguntungkan. Boleh terus hubungi atau emel ke rahmaniah999@gmail.com. Jangan ketinggalan. Ingatlah ketika kita masih berfikir-fikir orang lain sudah jauh maju ke depan. Singkaplah kejahilan raihlah keajaiban!
Ahad, 3 Jun 2012
Perawat Perlukan Daya Pemulihan yang Cepat
Daya pemulihan yang cepat sangat diperlukan bagi setiap perawat. Jika tidak perawat akan macet dan pancit. Dan perawat juga terdedah kepada serangan ghaib. Ada kaedah tertentu untuk memulihkan kekuatan diri yang telah melemah sesudah merawat pesakit. Ada kaedah panjang dan ada kaedah ringkas. Nak belajar dalam pakej ilmu hikmah ini akan diajar. Bagi pelajar alumni boleh sertai Grup Perawat Rahmaniah di Facebook.
Ini adalah tahap advance ilmu hikmah ini.
Harus saya tegaskan sekali lagi dek kerana banyaknya emel dan panggilan kami terima mengatakan kami sama dengan grup TENDAI, dimaklumkan bahawa kami tidak sama sekali sama dengan TENDAI. Bahkan saya sendiri diperlihatkan oleh seorang yang pernah belajar TENDAI silibus TENDAI tahap master dan grandmaster, ia sama sekali tidak sama dengan ilmu hikmah diajarkan dan ditawarkan melalui blog ini. Sama sekali beza. Jadi jangan ragu-ragu untuk pernah berniat mempelajarinya.
Tentang Daya Pemulihan lebih lanjut sila ikuti gembelengan ilmu hikmah perubatan, yang tidak semestinya untuk mengubat cukup sebagai pendiding dan pakaian diri kemana-mana sahaja, sediakan payung sebelum hujan.
Selasa, 29 Mei 2012
Diri
Cubalah
renungi diri sendiri. Sejauh mana kita mengenali diri sendiri. Sewaktu saya bersekolah saya pernah disoal dengan
satu teka teki spontan. “Sekarang cuba sebutkan berapa jumlah butang baju kau?”
Saya gagal menjawabnya dengan pantas. Tidak dapat tidak saya terpaksa menundukkan
kepala. Menghala mata kearah butang baju saya dan mengiranya satu persatu. “7!”
kata saya. Kawan saya tersenyum, katanya, sebelum ini nyata kau tidak tahu
jumlahnya, kini engkau sudah tahu setelah engkau mengiranya.”
Begitulah
saya terkena dengan kawan saya itu. Dalam ‘terkena’ terselit satu pengajaran
yang tersirat sekali. Apabila direnungkan boleh membuahkan fikiran yang
manis-manis. Dalam ceramah motivasi kita selalu ditanyakan siapa diri kita?
Mengetahui diri kita, dari mana kita datang dan kemana kita pergi sudah menjadi
suatu kebiasaan dalam ceramah motivasi. Selalunya pertanyaanlah yang lebih
mengujakan berbanding jawapan yang diberikan. Membuatkan saya terfikir
berhari-hari lamanya.
Orang
berkata siapa Aku. Disitulah banyak orang mencari dan banyak juga buntu dalam
pencariannya. Di situ juga banyak yang mencari dan banyak juga yang ketemuinya
jalannya.
Apabila
dikiaskan dengan diri maka akan terbangkitlah suatu keterpesonaan yang amat
mendalam dalam sanubari kita akan siapa diri kita yang sebenarnya. Jika kita
mengatakan kita manusia itu masih lagi luaran. Kalau kita katakan kita hamba Allah
itu masih lagi luaran. Jika kita katakan kita ini orang Islam itu masih lagi
luaran. Kenapa luaran?Kerana kita tidak memahami apa yang kita katakan itu .
Malah banyak orang tidak sedar apa yang disebutnya. Pernah melihat kejadian
orang berjalan semasa tidur? Siapa yang berjalan dan dengan apa dia berjalan?
Begitulah
manusia yang apabila disoal siapakah diri, dia menjawabnya sepintas lalu begitu
sahaja bagai melepaskan batok di tangga. Apabila ditanya ia menjawab.
Kadangkala dijawabnya dengan main-main. Sambil lewa sahaja. Persoalan mengenal
diri bukanlah suatu ajaran bukanlah suatu aliran pemikiran bukanlah suatu
mazhab bukanlah suatu agama sekalipun. Ia berlaku dalam sekelian keadaan, masa dan waktu. Ia berlaku di sekian tempat
dan ruang. Dalam jaga dan tidur. Dalam senyum dan duka. Siapakah aku? Selagi
mana kita dengungkan persoalan itu ke dalam hati kita selagi itulah kita
semakin mahu mendalami masuk selam ke dalam diri kita.
Menyelam
ke dalam diri mungkin boleh disamakan
menyelam ke dasar lautan yang dalam. Lautan yang dalam menyimpan sejuta misteri
dan keunikan makhluk dan landskap ciptaan Tuhan. Begitu juga, ada lautannya,
ada kapalnya, ada ceritanya…
Sabtu, 26 Mei 2012
Kelemahan Perawat Amatur Siri 1
Assalammualaikum...
Pengenalan
Perawat amatur merujuk mereka yang baru mengenali dunia pengubatan dan perubatan serta rawatan. Mereka juga baru berkecimpung di arena ini. Lawan kepada amatur ialah profesional. Jadi kerana keamaturan mereka maka banyaklah persoalan yang belum terungkap berkaitan bidang yang mereka baru kecimpung ini. Jika guru jenis yang mudah ditemui dan muzakarah secara maya atau bersuri maka beruntunglah perawat amatur tersebut. Bayangkan kalau guru jenis celup atau guru macam chipsmore sekejap ada sekejap tak ada, habislah murid tersebut. Alamatnya kena terus mencari dan mencarilah. Dikongsi dengan saya pengalaman mereka, ada yang belajar secara pos sahaja dan no telefon tidak lagi boleh digunakan. Ada yang tak angkat pun. Inilah sifat ketidakbertanggungjawapan guru ke atas muridnya. Sama ada guru itu malas atau jenis guru celup inilah yang merosakkan imej peruabatan Islam, perubatan alternatif dan komplimentari. Inilah virus yang boleh merosakkan kepercayaan masyarakat terhadap bidang rawatan alternatif ini. Saya masih ingat lagi suatu tika dulu berlumba manusia menggunakan istilah saintifik konon-kononnya untuk memikat masyarakat belajar ilmu metafizik dengan mereka. Jumlah yurannya boleh tahan ribu-ribuan tetapi selepas itu kini sudah tiada bunyi lagi. Malah berlaku perpecahan dikalangan guru-guru dalam institusi tersebut. Berlaku penipuan dalam masyarakat terutama daripada guru celup dan guru chipsmore ini. Saya tidak mengkritik semua. Ada yang betul-betul menjaga silaturrahim. Guru tersebut bertanggungjawab sentiasa ada komunikasi antara guru-murid. Tidak kiralah dalam bidang ilmu apapun amat penting hubungan guru-murid.
Atas dasar itulah pihak kami menubuhkan grup perawat rahmaniah. Walaupun sudah ada kumpulan lain menubuhkannya namun pihak kami bukan hendak bersaing atau apa-apa. Pihak kami hanya mahukan memberi yang terbaik untuk saudara yang pernah atau akan belajar di sini. Ilmu sentiasa bertambah-tambah. Ia tak pernah berkurang.
Kelemahan perawat amatur adalah logik sebab itulah amat penting hubungan guru-murid sentiasa ada. Dalam konteks ini janganlah murid besar kepala. Jangan tunggu guru hubungi dirinya. Kena sangka baik dengan guru sebab guru kita bukan didik kita sahaja tetapi ramai lagi. Jadi murid haryslah wajib menghubungi guru walau cara apa sekalipun. Jika ada saluran maya gunakanlah saluran itu sebaik mungkin. Jangan patah semangat untuk belajar lebih mendalam. Nikmat belajar kadangkala tidak diperolehi waktu pertama kali temu. Mungkin minggu, bulan tahun selepas itu barulah dirasai nikmatnya menjaga hubungan guru-murid dalam belajar sesuatu ilmu. Kelamahan perawat amatur hanya dapat diatasi dengan petunjuk dan pedoman guru.
Namun kalau perawat itu sendiri sudah tersalah pilih guru celup maka tak dapatlah 'den nolong'. Sebab itulah mencari guru yang benar amat penting bagi mengelakkan hal tersebut berlaku. Guru yang benar akan sentiasa menjaga silaturrahim guru-murid. Murid yang baik akan sentiasa sangka baik dengan gurunya dan sentiasa hubungi dan mempererat silaturrahim jika berkesempatan.
Ilmu Allah luas maka carilah dan galilah. Jangan mudah dengki iri hati apa yang Allah berikan pada hambaNya yang lain. Itukan tanda kebesaran dan keluasan rahmat Allah? Maka dengan sebab itu jugalah orang dulu-dulu dan ulamak dulu belajar berpuluh tahun dari banyak guru sehingga menjadi mantap dan akhirnya murid itu pula menjadi guru.
Rabu, 23 Mei 2012
Grup Perawat Rahmaniah ditubuhkan
Alhamdulillah. Akhirnya saya membuka kumpulan facebook Grup Perawat Rahmaniah (GPR) untuk alumni pelajar ilmu hikmah. Insya Allah terdapat banyak perkongsian ilmu, update khusus drp saya, untuk alumni. Saya pohon sesiapa sahaja yang pernah mengambil ilmu hikmah dan belajar daripada saya pohon menyertai kumpulan ini. Kalau tidak ada boleh create akaun facebook dan klik link di bawah. Janji tetap janji. Janji tetap ditunaikan.
Grup ini hanya khusus kepada alumni sahaja.
Grup ini mempertemukan kita dan menggalakkan dialog dan muzakarah sesama kita.
Grup ini memudahkan hubungan jarak tiada lagi masalah.
JADI JANJI SAYA UNTUK KEMASKINI ILMU MENJADI MUDAH DAN TERCAPAI INSYA ALLAH.
Untuk calon pelajar, anda diwajibkan masuk dan sertai grup tersebut.
Yang Benar
Admin Perubatan Rahmaniah
Khamis, 10 Mei 2012
Ilmu 2
Kuatkan diri yang semakin goyah
Ilmu yang awal mengenal Allah.
Itulah fardu ain selainnya kifayah.
Mendepani kehidupan penuh payah.
Dengan berilmu serasa mudah.
Dengan berilmu terawat gundah.
Dengan berilmu terjawab sudah.
Dimana ilmu di situ jawapannyalah.
Kenapa mencari keserata arah.
Ilmu jawapan terlalu mudah.
Ilmu yang awal mengenal Allah.
Itulah fardu ain selainnya kifayah.
Mendepani kehidupan penuh payah.
Dengan berilmu serasa mudah.
Dengan berilmu terawat gundah.
Dengan berilmu terjawab sudah.
Dimana ilmu di situ jawapannyalah.
Kenapa mencari keserata arah.
Ilmu jawapan terlalu mudah.
Isnin, 7 Mei 2012
Ilmu
Syeikh Abdus Samad Al-Jawi Al-Palimbani semoga Allah melimpahkan rahmat kepada rohnya, menulis dalam Sayirus Salikin (terjemahan, tafsiran, saduran, pemantapan, peMelayuan daripada Lubab Ihya Ulumiddin oleh Al-Ghazali) Juz 1, muka surat 24-25, terbitan Pustaka Nasional, diperbaikkan bahasanya oleh Muhammad Labib, ditahqiq dan dibetulkan oleh Syed Ahmad Semait, semoga Allah merahmati kedua-duanya, memetik kata Saiyidina Umar r.a, barangsiapa meriwayatkan sepotong hadis nabi s.a.w lalu diamalkan oleh orang lain, nescaya orang itu memperoleh sama seperti yang mengamalkannya. Menurut Mu'az bin Jabal bahawa mempelajari ilmu kerana Allah itu suatu kebaikan, menuntut ilmu itu ibadat, mengkaji ilmu itu suatu tasbih, menanyakan suatu ilmu itu suatu jihad di jalan Allah, mengajarkan ilmu kepada orang jahil itu suatu sedekah, menyampaikan ilmu kepada yang berhak suatu perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah, ilmu itu juga teman ketika kesunyian, ilmu itu menunjukkan apa yang disukai dan yang patut dibenci, ilmu menyuluh jalan menuju ke syurga, ilmu itu mencelikkan mata hati yang buta, menerangkan yang gelap, menguatkan jasmani yang lemah, menyampaikan seseorang kepada martabat Abrar (golongan yang kuat beribadat), meninggikan darjat, memikirkan mengenai ilmu menyamai berppuasa setiap hari, mengkaji ilmu menyamai beribadat semalaman, dengan ilmu Allah ditaati, dengan ilmu diketahui halal haram, dengan ilmu amalan menjadi betul, dengan ilmu diperolehi kemenangan di Akhirat dan dengan ilmu seseorang itu terlepas daripada api neraka Jahannam. Komentar saya : hendaklah saudara saudari faham setiap perkataan yang dipilih dan ditulis mempunyai pengertian yang panjang dan mendalam untuk difahami bahkan makna ilmu itu sendiri pun berbeza dengan apa yang kita belajar di sekolah dan faham dalam kotak kepala yang sempit sebelum ini. Sama-samalah kita.
Khamis, 5 April 2012
Lagi-lagi khodam
Salam. Khodam juga boleh hadir sbg bentuk saka baka keturunan. Datang dalam pelbagai cara seperti melalui mimpi. Kalau mimpi dapat anak itu salah satu sahaja tanda dapat saka. Sebenarnya banyak lagi. Sebagaimana yang tadi saya dihubungi seorang wanita memberitahu dia boleh mengurut sejak dia bermimpi seorang lelaki tua berjubah dan berseban putih hadir dalam mimpi dan menyuruh dia bangun malam setiap jam 3.00 pagi. Solat tahajud itu bagus kalau kita terbangun dengan sendiri atau tidak melalui apa-apa mimpi. Namun apabila datang melalui mimpi ia tidak bagus bukan kerana solat tahajud itu tidak bagus; tetapi dikhuatiri kita bersolat kerana suruhan orang tua berjubah dalam mimpi tersebut. Kalau kita nak solat juga buatlah tetapi tanamkan iktikad bahawa ' aku solat kerana Allah bukan kerana sesiapapun jua termasuk yang menjelma dalam mimpi aku.' Sebab itu dalam setiap amalan ikhlas amat penting dan jika ia diselit sesuatu yang lain maka disitulah tipudaya jin iblis boleh berlaku.
Khodam saka lebih 'hebat' daripada khodam belajar. Kalau melalui belajar biasanya nak dapat khodam paling power dengan membayar lagi lebih. Itu sahaja sebenarnya rahsianya. Khodam saka ini ada terdiri daripada jin muslim. Walau mereka muslim mereka tetap salah dan berdosa kerana mendampingi manusia dengan syarat begitu. Siapa jin nak suruh kita ibadah kepada Allah? Hanya Allah melalui tunjuk ajar Rasulullah sahaja kita buat ibadah itu.
Biasanya kalau kita buat ibadah kerana suruhan jin walau kita berusaha buat kerana Allah namun kerana kita belum mencapai iman tahap ehsan dan ikhlas lagi maka mudah saja hati kita diserongkan sedikit demi sedikit. Mudah saja mahu mengesan bila ibadah kita hanya sampai kepada jin bukan kepada Allah. Antaranya kita dapat belajar sesuatu daripada jin tersebut biasanya ilmu perubatanlah. Jadi orang yang pandai mengurut, mengubat bersilat dan tahu hal kebatinan.
Mengurut, ubat, dan hal kebatinan bukanlah salah sebenarnya yang salah ialah campur tangan jin dan syaitan tersebutlah yang salahnya. Salah lagi bila kita sendiri buat dono saja membiarkan perkara ini berterusan dan menjadi sebahagian daripada hidup kita. Lalu kita rasa seronok dalam diam mendapat ilmu, mengubat, dapat barang mistik daripada alam ghaib. Masya Allah quwwata illa billah.
Saya tidak libatkan semua dan menghukum sesiapa tetapi cukuplah saya tegaskan di rahmaniah kami tidak sesekali berbuat perkara demikian. Berdasarkan pemerhatian dan penelitian kita dapati perkara sebegini berleluasa berlaku dalam masyarakat kita. Bagaimana dengan iman kita akidah kita kalau perkara begini dibiarkan berlanjutan dalam kehidupan kita?
Khodam juga boleh hadir melalui senjata lama, barang pusaka. Kalau jenis jahat lagi kafir biasanya dia akan menyebabkan perumahnya atau calon perumah atau penjaganya diganggu seribu satu macam gangguan apatah lagi semakin kuta berubat dan beribadah ikhlas kepada allah makin keras gangguanya. Jadi disini si pesakit perlukan bantuan perawat Islam untuk membantunya. Carilah perawat Islam yang mahir kedua-dua aspek iaitu aspek rukyah dan tradisional dengan latarbelakang tauhid yang kukuh bukan sekadar sijil dan kepopularan semata-mata. Yang ada sijil dan popular pun banyak yang berniaga sahaja dan ada sesetengahnya menipu pesakit. Semoga dihindarkan.
*Syukur dala silibus ilmu hikmah perubatan tiada unsur demikian, tiada khodam dan tiada trick penipuan dll. Belajar daripada ahli insya Allah tak rugi. Hubungi terus ke rahmaniah999@gmail.com
Rabu, 4 April 2012
Kami tidak jual beli Khodam
Salam sejahtera. Perkara membela khodam ini bukanlah perkara asing. Persoalannya kenapa nak pakai khodam?Sungguh menyedihkan. Kononnya diperolehi dengan ritual tertentu dengan membayar mahar tertentu dapatlah satu khodam. Misalnya khodam A utk pengasih, penunduk dll. Khodam B untuk silat, keselamatan dan lain-lain.
Begitulah adanya. Saya sebenarnya tak percaya langsung dengan kemampuan khodam ini. Biarlah kononnya diberi nama gelar yang hebat-hebat seperti Khodam ini namanya Wali Sakti misalnya. Khodam namanya Sosro kononnya. Duduk dalam keris. Duduk dalam batu. Malah ada khodam terus dibuat dalam badan pelajar. Ada juga grup tenaga dalam konon dah peringkat tertinggi pun menawarkan perkhidmatan jual khodam dengan harga ribuan ringgit.
Jika inilah ilmu tertinggi perguruan tenaga dalam terbabit sah-sahlah masih rendah terawang-awang sahaja. Bukan nak merendahkah tetapi kenapa kita sanggup mempertaruhkan akidah orang lain semata-mata wang ringgit? Fikirkanlah.
Dalam pengajian di rahmaniah ini tiada main khodam-khodam. Maaflah jika ada bertanya ada bagi khodam tak ustaz? Nama apa jenis apa powernya setakat mana...semuanya itu TIADA dalam pengajian ini. Kalau tidak percaya datang belajar sendiri kalau ada khodam boleh tegur terus saya, dengan dada terbuka saya terima.
Saya bukan nak cabar sesiapa tetapi saya hanya beri pandangan tak usahlah kita menjual khodam-khodam ini. Obses nak khodam ha, benda lain dapat. Bala, bala...
Alhamdulillah dalam pengajian ilmu hikmah perubatan di rahmaniah tiada unsur khodam, trick, black magis seperti disangkakan oleh ramai orang. Berhubunglah terus jangan biarkan sangkaan bermain dalam fikiran anda. Prinsip kami ialah menolak pemakaian khodam, amalan berkhodam atau apa sahaja menjurus ke arahnya.
Sila hubungi ke rahmaniah999@gmail.com jika berminat ilmu hikmah tersebut tanpa khodam terima bersih. Moga telah menjawab banyak persoalan pengunjung blog ini sama ada meminta saya menyediakan khodam untuk mereka atau yang mengatakan saya memberi khodam atau mengajar reiki dan sewaktu dengannya. Maaf di rahmaniah LANGSUNG reiki ke, khodamkah dll tidak diajar disini. Maaf orang lain nak buat silakan dan tanggung sendiri. Kalau anda hendak belajar silakan dan tanggung sendiri. Di rahmaniah selamat dan bersih tanpa semua itu.
Gajet dan ilmu
Salam sejahtera. Hari ini kita lihat orang lebih suka membeli sesuatu barang apabila gaji masuk berbanding mencari ilmu menambah kualiti diri. Gajet mahal sanggup dilaburkan beribu-ribu tiada masalah asalkan puas hati berbanding mengeluarkan biaya untuk belajar sesuatu ilmu. Dalam bidang perubatan hikmah, nilai wang bukanlah bermakna nilai ilmu. Ilmu tiada ternilai harganya. Masya allah quwwata illa billah. Masakan boleh sama sedikitpun. Nilai ilmu terletak pada hati yang betul dan lurus berkaitan niat juga. Ingatlah segala gajet sentiasa berubah dan yg lama akan menjadi kuno dan ketinggalan. Namun ilmu tiada pernah menjadi kuno. Ia sentiasa bertambah merimbun dan berbuah. Jika kereta kita beli dengan bayar bulan dan downpayment beribu-ribu pun kita sanggaup. Sedangkan nilai ilmu tidak sama seperti nilai kereta yang semakin hari semakin susut nilainya. Jadi semasa kita membuat pilihan, khususnya golongan muda-muda ini, buatlah pilihan tepat sama ada membayar wang untuk membeli gajet baru atau dengan nilai wang hampir sama boleh belajar sesuatu yang baharu yang bakal menambah wawasan hidup kita. Tidakkah kita mahu mencubanya? Bagi yang sudah berilmu bakal tambah lagi. Bagi yang zero pun selepas belajar boleh menjadi superhero.
Selasa, 3 April 2012
Belajar Ilmu
Masih ramai lagi di kalangan kita yang masih belum menyedari dirinya diganggu oleh gangguan jin. Ada yang tertanya-tanya dan terkeliru antara siptom sakit fizikal dengan sakit akibat gangguan. Terutama apabila sakit yang dibawa ke doktor masih belum sembuh, ditambah gangguan perasaan sehiggalah semakin jelas seperti yang ada kedai dikatakan ditutup oleh kawan-kawan, ada yang tiada teman hidup, ada yang terasa drinya sentiasa dirundung malang malah ada yang merasakan dirinya sentiasa hebat. Masalah kejiwaan boleh berlaku pada sesiapa sahaja sama ada akibat gangguan atau gangguan urat saraf. Namun hadis yang menyatakan 'syaitan dapat melalui darah manusia' sebenarnya memperkukuhkan bukti nubuwwah bahawa gangguan fizikal boleh juga terjadi akibat gangguan jin dan halus. Sangkaan sahaja tidka berguna, tanpa pedomann ilmu atau ilmu dari buku tidak banyak yang dapat membantu melainkan kekeliruan. Maka berjumpalah perawat untuk mengenalpasti gangguan ada atau tidak.
Pada masa yang sama bagi yang berminat mengikuti gemblengan ilmu hikmah perubatan dialu-alukan. Kini saya membuka program gemblengan ilmu hikmah perubatan kepada sesiapa juga yang berminat. Peluang belajar dan menimba pengalaman drp ahli yang berpengalaman. Sesuai bagi semua peringkat umur, status sosial, pekerjaan, peminat ilmu nusantara, perukyah, ustaz, ustazah, perawat Islam, perawat alternatif dan sesiapa sahaja yang berminat. Terus emel ke rahmaniah999@gmail.com utk maklumat lanjut. Bersedia gemblengan ilmu terus di tempat anda dimana saja seluruh Malaysia dan lain-lain negara. Peluang menimba ilmu hikmah perubatan ini tidaklah berterusan dan akan dihentikan bila tiba waktunya. Ramai yang telah membuktikan belajar petua kaedah ilmu ini menjadi perawat yang berjaya membuka pusat rawatan dan ramai pesakit. Sumber pendapatan sampingan dan juga utama yang halal. Lain daripada yang lain, biarpun belajar daripada nama-nama terkenal, namun di sini nyata perbezaannya tiada terdapat dimana-mana. Bersih drp unsur syirik, khodam, barang, azimat tiada langsung semua itu semuanya dengan teknik tertentu mudah, ringkas namun berkesan berdasarkan pengalaman. Ini juga sesuai untuk sesiapa yang ingin menambah khazanah ilmu dan pengetahuan. Perhatian ilmu hikmah perubatan bukannya ilmu kerohanian atau sewaktu dengannya. Terus emel untuk maklumat lanjut.
Khamis, 29 Mac 2012
Ada perawat Islam kecohi-kepit
Salam sejahtera. Saya bukanlah hendak menganggu sesiapa tetapi sangat sedih dan geram pun ada apabila mengetahui terdapat perawat Islam taraf ustaz suatu kedudukan yang dimuliakan dalam masyarakat ini membuat onar dan tipu muslihat dalam kaedah perubatannya. Terkejut juga saya mendengar kisah X apabila X memberitahu kepada saya dia melihat tangan ustaz popular tersebut mengepit jari jemarinya sewaktu menjalani rawatan buang susuk. Aleih-alih Ustaz tersebut memperlihatkan susuk yang dipakai oleh pesakit selama ini. Anehnya susuk itu seperti jarum walhal susuk yang dipakai oleh pesakit ialah berubat batu bulatan atau biji-bijian kecil. Apabila disangkal, boleh pula ustaz tersebut mengatakan jin boleh buat apa sahaja terhadap susuk dalam tubuh si pemakai sehingga boleh menyebabkan susuk yang bulat jadi panjang melidi macam jarum. Bukan kali pertama yang datang menceritakan hal tersebur malahan kali kedua! Dua orang yang berbeza pula yang mengalami penipuan yang sama daripada seorang ustaz. Saya tidak mahulah mengaibkab sesiapa selagi tiada bukti konkrit namun demikian cuba fikirkan apakah caranya kita hendak mengelak daripada ditipu oleh golongan demikian? Apatah lagi orang demikian ialah orang yang kita menimba ilmu daripadanya! Tentulah segala amalan buat kita menjadi ragu-ragu berkat dan kebenaran 'sanadnya'. Ini menyedihkan saya. Bahkan jarum susuk yang konon telah berubah bentuk itupun tidak dibenarkan oleh ustaz untuk dibawa pulang oleh pesakit konon dapat menganggunya lagi. Sudahnya pesakit itu apabila datang kepada saya, saya hanya beri ubatan yang telah didoakan. Biarkan dimakan sahaja daripada saya buat kaedah batin kerana memandangkan pesakit trauma dengan penipuan ustaz tersebut yang bukan sahaja tidak sembuh, hangus RM 400.00 dan tidak ada perubahan langsung. Saya hanya berdaya menyuruhnya bersabar sahaja selain makan bekalan ubat yang diberikan. Beberapa hari dia menghubungi saya sakit kepala dna mukanya macam terlalu berat sehingga dia tidak mahu makan ubat saya berikan. Ini juga sikap gopoh pesakit yang tidak sabar-sabar. Ini pun menyedihkan juga.
Isnin, 26 Mac 2012
Mengatasi Jin Sihir Bomoh
Assalammmulaikum. Agak lama juga saya tidak kemaskini blog ini lantaran kesibukan. Alhamdulillah, selepas beberapa waktu berlalu masa saya kembalib reda drp kesibukan. Peernahkah kita berdepan dengan jin sihir Bomoh?Tentu ramai dikalangan perawat berpengalaman menghadapinya. Mainan jin sihir lebih licik daripada jin biasa. Sebagaimana biasa apabila saya berhadapan dengan masalah ini, saya mengosongkan diri dan menafikan segala yang wujud hanya Allah semata. Apabila pesakit berdepan sahaja, pesakit sudah kerasukan seperti seorang wanita tua. Jin bomoh sihir sudah masuk ke dalam badannya. Tanpa saya menyatakan apa-apa, jin itu sendiri bercakap bahawa dia suka kepada pesakit wanita tersebut. Katanya dia sudah lama menghisap darah wanita tersebut. Selain daripada dia enggan mahu bekerjasama langsung dengan saya. Saya pun langsung tdk mengendahkannya. Hendak membaca apa-apa pun jauh sekali. Saya hanya memain-mainkanjin tersebut. Kata saya tunjuklah bagaimana dia hisap darap wanita tersebut saya nak tengok. Kemudian jin itu mengatakan dia ada hantu raya dan sekelian orang-orang halus yang lain. Saya ketawa sahaja. Saya suruh dia panggil kesemua hantu raya dan orang halus yang dimaksudkannya. Hadir di depan saya. Bukan saya nak bongkak tetapi saya hendak membuktikan apa yang jin Bomoh (qarin bomoh) tersebut kata adalah suatu ilusi dan khayalan semata-mata. Dan semestinya dia gagal membuktikan apa yang dia cakap. Kemudian saya tanya apa guna hantu raya tu? Dia kata untuk perubatan. Saya pun katalah cuba tgk saya hantu raya tak?saya pun mengubat juga. Jin bomoh itu mengeleng. Saya suruh dia berangkat. Namun dia degil. Saya bacakan beberapa Ayat Kunci Ilmu Hikmah, dia mula terhuyuhayang, kemudian menjerit panas. Saya ancam lagi. Dia degil. Saya baca lagi. Dia marah kepada saya kerana seolah-olah telah membakar orang-orangnya. Saya berhentikan rawatan dan berkata kepadanya, saya langsung tidak beri atau niat atau doa apa-apa pun kepadanya. Hanya semata zikir (semestinya dengan hati dan iktikad yang betul). Yang dia rasa panaslah, orang-orang halus yang didakwa penat-penat dikutipnya merata-rata telah terbakar musnah itu semua bukan kerja saya. Ha, inilah terletak perbezaan antara keadah ilmu hikmah yang dikongsikan bersama dengan ilmu perubatan Islam lainnya. Ada yang niat api, pisau, tali api, api neraka pun ada. Entahlah saya tak berkuasa apa-apa nak minta macam tu. Allah itu bukan kuli saya. Sayalah kuli hamba Dia. Sesudah selesai dia sedar semula. Sebenarnya menurut rakan perawat lain pesakit ini pernah mendatangi dirinya dan tidak pernah kerasukan bercakap sebagaimana kerasukan dan bercakap macam di depan saya hari itu. Tak apa saya bukannya ada ilmu istimewa apa-apapun sekadar teknik, kaedah, pemahaman yang betul pasti keadah perubatan jadi mudah dan cepat. Saya teringat dalam beberapa tahun belakangan merawat dengan kaedah rukyah semata-mata sampai 5-6 jam. Hari ini ada berbagai teknik dan kaedah yang mudah dan cepat mengapa tak pelajarinya jika saudara saudari mahu terlibat dalam pengubatan? Sekarang saya lihat ramai nak jadi perawat Islam tetapi berfikiran jumud belajar dari seorang dua guru. Belajarlah dari banyak guru perubatan rukyah ke perubatan tradisional ke selagi tidak bertentangan dengan syariat. Cuma guru mursyid dalam kerohanian sahaja satu tiada dua. :)
Jumaat, 17 Februari 2012
Merawat Pesakit Parkinson
Salam sejahtera. Pak Mat nama panggilannya, orang kampung saya, lebih kurang 10 tahun dia menghidapi parkinson, begitulah yang didiagnosis oleh doktor. Sewaktu kami bertemu, Pak Mat tidak banyak cakap. Keadaan kepalanya yang selalu bergerak-gerak kekiri dan kekanan serta kepayahan menoleh ke kanan dan kekiri, dan gerak jalannya kaku dan keras begitu cukup menyedihkan mata yang memandang. Saya baru saya bersama keluarga solat sedang berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran. Saya pandang muka Pak Mat. Pucat. Bila dia duduk depan saya dengan membelakangi saya, saya mula kesan sesuatu pada dirinya. Tabiatnya ini bukan asal dari Pak Mat. Saya mula membacakan beberapa ayat dan zikrullah. Anehnya kepala Pak Mat lagi sakan bergerak-gerak sehingga isterinya menegur. Saya tiada endahkan. Suatu ketika Pak Mat jadi terus diam. Dia menadahkan tangannya mcm orang berdoa khusyuk. Perlahan-lahan saya jamah ibu jarinya. Dengan kalimah bismillah mata Pak Mat terbeliak. Kelopak matanya seolah mahu tertutup dan anak matanya membesar hitam. Bila saya renung lama-lama sepertilah saya merenung sepasang mata ular. Saya terus picit dan baca lagi beberapa potong ayat. Dan kaki Pak Mat melurus dan tangannya terkapit pada tubuhnya. Tubuhnya mengejang dan punggungnya mengesot kebelakang menjauh dari saya. Memang aneh. Walhal saya hanya memicit ibu jari Pak Mat tidak terlalu kuat. Malahan ada ketikanya saya hanya menyentuh sahaja dia tetap bereaksi demikian. Saya tanya Pak Mat kenapa ai berengsot. Jawabnya dia sakit dan rasa mahu terajang saja saya. Kepalanya bergerak ke kiri kanan bagai meliuk-liuk. Saya tamatkan urutan di ibu jari. Saya sentuh point2 lain di tapak kaki. Point bahu dia menjerit sakit walau saya hanya menyentuhnya perlahan sahaya. Tetapi sudah pasti dengan kalimat bismillah. Saya guna kaedah lain pula. Saya pegang dua belah kaki Pak Mat dan saya pejamkan mata. Lama-lama kelamaan saya rasakan tangan saya seperti memegang sesuatu yang lembut anjal. Dalam pandangan kebatinan saya melihat berbagai misal. Daripada mayat berbungkus sehingga ular. Fuh mengerikan. Ular hitam sedang panggung kepala meliuk-liuk nak mematuk saya. Tangan saya meremang bulu rema sampai naik ke lengan. Saya mantapkan lagi zikir dalam hati. Sambil berdoa kepada Allah. Perlahan-lahan saya rasa pegang kaki Pak Mat semula. Kakinya yang kejang lurus keras dan kaku itu dapat dilembutkan semula. Saya buka mata tatap wajah Pak Mat. Saya suruh Pak Mat berjalan. Kata Pak Mat tubuhnya terasa ringan. Saya suruh Pak Mat duduk. Saya pegang kepala Pak Mat. Pak Mat bagai marah sangat bila kepalanya tidak boleh bergerak-gerak meliuk-liuk macam biasa. Namun saya sudahi kerana saya sudah lapar dan mengantuk. Bagi air dan suruh Pak Mat mandi dan minum. Semuanya hanya pada Allah semata. Isterinya menyatakan awal Pak Mat kena sakit mcm ini dia melihat ular besar mengejar dirinya. Dan Pak Mat sangat takutkan ular. Dan menurut ceritanya ayah Pak Mat juga sakit macam Pak Mat. Saya tidak tegaskan sangat soal ular tetapi saya agak kecewa bila isterinya kata itu Pak Mat ini psiko sedikit. Kalau orang tengok dia, dia oklah. Tapi satu perkara yang jelas sehari kemudian isteri Pak Mat cakap pada Tok saya. Katanya Pak Mat tidur nyenyak malam selepas dirawat itu. Tak pernah Pak Mat tidur nyenyak begitu sejak dia sakit teruk. Sebelumnya selalu sahaja tidak boleh tidur. Dan paling menakutkan bila Pak Mat mengingau sampai tendang dinding bergegar satu rumah. Namun alhamdulillah malam tadi Pak Mat dapat tidur. Semuanya izin Allah. Saya tidak janjikan apa-apa kepada mereka. Pak Mat mahu jumpa saya lagi kalau saya balik ke kampung. Saya hanya tekankan soal taqarrub kepada Allah anak kunci kejayaan dan keselamatan dan bantuanNya.
Jumaat, 10 Februari 2012
Suatu Hujah
Ayat 74-82 Surah Ibrahim, Allah menunjukkan suatu qissah iaitu Nabi Ibrahim Khalilullah dengan kaumnya. Mulai ayat 74 berkata Ibrahim kepada bapanya Azar: Adakah engkau ambil berhala menjadi Tuhan?Sesungguhnya aku melihat engkau dan kaum engkau dalam kesesatan yang nyata. Selepas Ibrahim menolak Tuhan umatnya, Ibrahim diancam dan dibantah kaumnya. Ibrahim berkata : Bagaimanakah aku takut pada apa ...yang kamu persekutukan itu, sedangkan kamu tiada takut mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang tiada diturunkan keterangan kepadanya. Maka golongan manakah terlebih patut mendapat keamanan? (Kami atau kamu?) jika kamu mengetahui?. Orang beriman dan tiada mencampurkan keimanannya dengan kezaliman untuk merekalah keamanan, sedang mereka mendapat petunjuk. 81-82. Sebenarnya hujah para Rasul juga adalah sebahagian kalamullah, lihat ayat 83, Itulah hujah keterangan Kami, Kami anugerahkan kepada Ibrahim untuk kaumnya. Kami tinggikan darjat orang yang kami kehendaki. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Ayat ini juga membuktikan HUJAH-HUJAH DARI KAMI berterusan kepada umat Muhammad yang Allah kehendaki memberikannya. Wallahualam
Isnin, 6 Februari 2012
Perubatan sebagai Suatu Teknik
Salam sejahtera. Salam Maulidurrasul.
Semoga kita menjadi umat Muhammad yang cemerlang dunia dan akhirat. Amin.
Sama-samalah kita berselawat ke atas nabi, 'Allahumma solli ala saidina Muhammad wa ala alihi wasohbi wassalim.'
Sedikit pandangan, tentang perubatan sebagai suatu teknik. Perubatan sebagai suatu teknik merujuk kepada alatan perubatan, kaedah perubatan, prinsip perubatan dan langkah demi langkah perubatan. Ia ditafsirkan dalam erti yang luas.
Dalam perubatan Islam terdapat berbagai-bagai teknik digunakan. Teknik ini diperolehi menerusi pengalaman. Tanpa pengalaman mengubat teknik perubatan tidak akan pernah berubah. Kerana melalui pengalaman mengubat kita akan dapat kenal pasti titik kesembuhan dan juga dapat kita kenal cara untuk menggunakannya.
Misalnya dalam teknik perubatan Tiong Ha, Titik Pa Hui di tengah kepala kita mempunyai fungi yang pelbagai berkaitan kepala. Ia bukan sahaja untuk mengubat sakit berkaitan kepala malah juga ia berperanan lebih daripada itu. Misalnya dengan menekan titik Pa Hui yang lokasinya di tengah-tengah kepala sebelum tidur akan menngecas semula tenaga dalam tubuh dengan cepat sehingga walaupun kita kekuarangan jam tidur kita tetap akan merasa cukup tidur apabila terjaga.
Begitulah luasnya teknik perubatan dalam dunia ini. Setiap bangsa dan setiap kepercayaan ada teknik perubatan tertentu. Dalam silibus Ilmu Hikmah Perubatan terdapat sedikit sebanyak kaedah tersebut. Perubatan alternatif dan komplimentari bukan berkaitan perubatan ghaib dan batin sahaja tetapi juga melibatkan semua jenis sakit. Tekniknya juga pelbagai, unik dan alami. Semuanya itu diperolehi menerusi pengalaman sehari-hari atau pengalaman orang lain.
Sabtu, 28 Januari 2012
Belajar Teknik Membuang Saka
Salam sejahtera. Agak lama juga blog ini tidak dikemaskini. Sebenarnya ada banyak teknik dalam membuang saka. Ada dua teknik pertama teknik zahir dan kedua teknik batin. Dikalangan pengamal ada yang mengamalkan cara ketuk. Ada teknik rukyah sahaja. Ada yang pakai bomoh siam pun ada. Pendek kata macam-macam ada. Pengamalan ilmu sihir dan pewarisan saka baka ini masih berterusan maklumlah iblis sudah berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk menyesatkan anak adam. Maka kita selaku insan yang sempurna daripada dia maka wajarlah berusaha sedaya upaya juga untuk merawat diri dan keluarga jika ada gangguan saka. Jangan terlalu kedekut dengan masa, ringgit dan tenaga. Sanggup pula berjumpa doktor berpuluh kali makan ubat kimia tahan sakit bila diserang sakit kepala yang doktor sendiri kata tak tahu puncanya. Bila bercakap sahaja dengan perawat maka sekelip mata (sudah tentu dengan izinNya jua) sakit kepalanya hilang. Pelik sungguh.Antara ciri orang ada saka ini ialah sakit kepala teramat sangat, suka cakap seorang diri, suka termenung, sakit-sakit badan, sakit perut, dan mimpi pelik2 biasanya mimpi dapat bayi, mimpi dapat anak kecil, mimpi diberikan anak. Ada seorang pesakit ini dah lama sakit gangguan saka ini akibat amalan ilmu kebatinan hitam si suami. Saban malam mimpi dapat anak kecil. Memang dahsyat. Alhamdulillah selepas dirawat ada perubahan sudah tidak mimpi dan sakit badan. Cuma bahagian urat saraf je ada yang sudah cedera maka kena rawat dengan doktorlah jawabnya sebab sakit sudah lama. Ya, saka kalau sudah lama memang bikin sakit urat atau sakit fizik seteruk-teruknya. Cara nak rawat ialah gabungkan. Perawat yang mahir boleh nasihat pesakit dalam hal ini. Insya Allah. Kalau hendak belajar teknik yang dinyatakan dalam blog ini maka kena belajarlah ilmu hikmah perubatan. Akan diajar teknik zahir dan teknik batin serta digabungkan keduanya sekali. Ringkas, mudah dan yang penting pengisian ilmu semasa bertemu dan keyakinan diri. Insya Allah. Bi iznillah. Salam ceria dihujung minggu. Sambil itu jangan lupa berdoa agar kita diselamatkan daripada segala balak bencana terutama berkaitan matahari. Sebab itulah sajalah matahari kita di alam dunia ini. Kalau laut boleh elak lagi kalau matahari menimbulkan bencana tak tahulah kemana kita nak berteduh lagi. Maka doa, doa, doa sedekah, sedekah, sedekahlah untuk menolak balak bencana. Salah satu cara berdoa dan sedekah ialah belajar ilmu. Yang penting NIAT kita. Insya Allah selamat. :) Salam ingatan.
Isnin, 16 Januari 2012
Belajar Ilmu dan 'kata-kata'
Ilmu perubatan dalam bentuk kata-kata adalah petua dan ilham orang dahulu. Jangan cepat menghukum syirik jika belum tahu dan kenal betul kata-kata tersebut. Sekadar menghukum dengan ilmu yang cetek di dada tak ada gunanya.
Kata-kata itu ada merujuk kepada asal usul. Ada juga kata-kata menyusur hakikat diri dan segala sesuatu. Itulah kekayaan jiwa manusia timur berbanding manusia Barat yang menjadikan falsafah sebagai agama mereka. Kata-kata asal usul dan hakikat segala sesuatu itu bukan falsafah. Ia juga bukan seruan kepada jin dll. Sangat jauh bezanya dengan jampi serapah membabitkan ritual jin.
Kata-kata itu jika digabungkan dengan teknik rawatan hikmah, perubatan Islam dan alternatif, ubatan herba dan kimiawi akan bertambah mustajab iktiyar kita. Kata-kata asal usul dan berhakikat itu luas penggunaannya dalam ilmu perubatan. Sebab itu ada tok bomoh hanya menguasai satu dua kata-kata cukup untuk dia merawat segala jenis gangguan dan penyakit zahir. Tok bomoh juga gunakan sama ada ianya bersih dari syirik atau syirik.
Kalau bersih dari syirik maka sudah tentu ia akan termasuk dalam pengEsaan Allah ta'ala. Jika berbau syirik sudah pasti ada seruan kepada makhluk atau nama sesuatu yang kita sendiri tidak faham atau meragukan sama sekali.
Dalam penurunan ilmu kata-kata asal usul dan berhakikat itu guru hendaklah menjelaskan kepada muridnya makna dan kegunaannya. Namun terpulang pada guru nak terangkan atau diamkan sahaja. Ada hikmah semuanya itu. Kata-kata bukan ayat Al Quran. Contoh kata-kata ialah
DOA yang kita bacakan sendiri mengikut ilham kita.
KALIMAH seperti la hau la wala quwwata illa billah.
Dan lain-lain.
Jadi apa nak syirik dan sesatnya?
Sejauh mana keampuhan kata-kata ini?Ia bergantung kepada tahap kerohanian/iman/taqwa seseorang. Faktor lain, kena kata-kata itu dibacakan di depan gangguan yang benar-benar faham kata-kata itu atau alahan terhadap kata-kata itu. Secebis pengetahuan dan maklumat untuk dikongsi bersama...
Ilmu Hikmah Perubatan masih terus dibuka bagi sesiapa yang berminat untuk menyertainya. Proses belajar dalam masa 1 hari dan muzakarah bila ingin. Teknik yang dibentuk dari pengalamanlah yang terlalu berharga dan menjadi faktor pembeza.
Ilmu Hikmah Perubatan bukan untuk gangguan sahaja malah untuk apa sahaja penyakit zahir. Serta mahu menjaga kesihatan. Orang muda dan orang tua boleh mempelajarinya.
Ilmu Allah luas kenapa nak disempitkan atau kita biarkan disempitkan oleh orang jahil? Insya Allah, kita punya usaha Allah punya ketentuan. Perlunya perawat Islam dan orang awam melengkapkan diri dengan ilmu perubatan Islam ini dalam dunia hari ini yang kian mencabar.
Malahan sihir terus diamalkan selain masalah saka turun temurun. Dengan adanya variasi ilmu akan melengkapkan diri kita sekaligus menyediakan kita sebagai tabib masyarakat yang kaya ikhtiyar serta kukuh keyakinan diri.
Hubungi terus admin jika berminat belajar sama ada emel atau no telefon sebagaimana tertera di atas.
Selasa, 10 Januari 2012
Pengalaman Murid Belajar Ilmu Hikmah
Salam sejahtera.Baru-baru ini terdapat beberapa orang murid belajar ilmu hikmah perubatan. Alhamdulillah mereka berjaya mengikuti gemblengan dengan jayanya. Ilmu ini sama juga dengan ilmu kemahiran lain dan juga perubatan Islam lain. Tiada jauh bezanya. Yang menjadi perbezaannya terletak kepada cara pengisian ilmu dan bimbingan serta teknik-teknik perubatan serta pembukaan ilmu pada murid. Inilah yang bersifat istimewa. Setiap orang guru perubatan pasti mempunyai kaedahnya tersendiri. Walau bacaan mungkin sama tetapi tahap pengisian dan kedalaman ilmu itu berbeza-beza. Namun apa yang penting pengalaman yang belajar ilmu hikmah di perubatan rahmaniah nyata melahirkan kepuasaan yang tiada terhingga. Selain merasa tenang yang luar biasa keyakinan diri dan prestasi kerja pun meningkat selain semangat ibadah yang meluap-luap. Sebenarnya masih banyak lagi pengalaman dalaman dialami oleh peserta ini. Bagi yang berminat jangan bertanggung lagi. Sebagaimana dinyatakan pembukaan ilmu hikmah pada setiap diri peserta itulah yang menjadi titik beza. Ia menjadi penambah ilmu dalam dada. Jangan kata kita sudah cukup ilmu dalam mengharungi samudera kehidupan sebagai seorang perawat Islam sebaliknya akuilah dnegan rendah hati masih banyak lagi ruang-dimensi ilmu hikmah yang belum dteroka dan diaplikasikan. Insya Allah belajar ilmu hikmah akan meningkatkan kualiti diri ke tahap infiniti. Sila hubungi terus dan jangan bertanggung lagi kerana perkara yang baik tak elok bertangguh.
Langgan:
Catatan (Atom)
Program / Kursus MEGA Super Spiritual
Program Gemblengan MEGA Super Spiritual - “Zero to Hero” “Apabila disebut spiritual bukan semata-mata pengubatan bahkan melibatkan hubungan...
-
Gemblengan Lengkap Buka Mata Batin,Terawangan,Teropong,Raga Sukma dan Meneroka Alam Ghaib Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh...
-
Asssalammualaikum. Kita memohon perlindungan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (As-Sami' ul Alimu) daripada gangguan dan bi...
-
Salam sejahtera. Reiki sudah menjadi fenomenan dalam masyarat kita. Orang Melayu banyak yang sudah belajar reiki. Apabila seseorang hendak ...