Rabu, 26 September 2018

PERJALANAN HIDUP SEBAGAI PERAWAT





Perjalanan kehidupan Perawat/Mualij/Tobib/Bomoh/Dukun/Pawang/Tok Lebai tidaklah semudah disangka kebanyakan orang. Dipanggil orang dikejauhan malam, rumah jauh terselit di rimba kota batu,kaca dan logam, tersekat dan tersesat dalam kesesakan jalan raya yang tak pernah dilalui...belum lagi dikirakan dengan serang balas daripada makhluk ghaib, kesan 'radiasi' aura pesakit yang cenderung kotor dan negatif yang memberi dampak kepada jasmani dan rohani perawat, serangan emosi dan aura buruk sangka orang yang mengakibatkan tekanan perasaan dan lemah semangat mahu meneruskan jejak langkah berbakti dan berjasa kpd manusia. Sungguh kami tidak meminta emas bertimbun, duit berkepuk, pujian membukit, cukuplah andai wahai masyarakat menghargai dan mempermudahkan urusan dan gerak kerja kami ini. Tidak memandang kami hina semata-mata sekelumit bakti kami mampu curahkan kepada yang memerlukan. Keindahan rawatan yang berpaksikan tauhid dan akhlak adalah Mardhotillah.  Rawatan di Kampung Nakhoda di Sri Gombak petang tadi. Alhamdulillah berjalan lancar. Syahdu hati saya melihat pemuda yang berbenteng seribu kota sabar, setaman bunga senyuman, sehening tarikan nafas pasrahnya. Ujian sakit itu benar-benar membuktikan Allah menguji insan sesuai mampu dirinya. Sakit itu bukan untuk dibenci, dia dtg atas perintah Allah dan pergi juga atas kehendak Allah. Sakit itu untuk difahami dan dijiwai hikmat dan makna disebaliknya. Pada masa sama diikhtiarkan untuk mendapatkan kesembuhan. Alhamdulillah wa syukurillah.

Aura Positif sentiasa turun menyelubungi kita semua.

Jadual Rawatan di Utara Esok
•Yan
•Sungai Petani
•Nibong Tebal

In syaa Allah masih ada dan terbuka lagi siapa nak panggil saya atau ketemu saya silalah buat temujanji di What Apps 013 642 1228 Ust Ali.

Allahumma Ammiin
Ya Rabbal Alamin.
Walhamdulillahirobbil alamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...