Isnin, 7 Ogos 2017

Sedekah dan Perniagaan


Pernah sekali vvip mengambilku di rumah sewa di Jalan Klang Lama Kuala Lumpur dengan mpv hitam gelap di rumah sewaku. Pemandu itu membawaku ke sebuah bangunan korporat dan aku langsung diringi menaiki lif ke tingkat 28. Setibanya di sana aku disambut oleh pasangan yang biasa dilihat dikaca tv seorang anak raja seorang lagi selebriti yang sedang promosi filem terbitan produksinya tika itu. Sebaik aku dipersilalan duduk di ruang tamu pejabat yg amat mewah itu aku terpandang 'kingkong' setinggi dan sebesar seluruh bangunan ini mengintai kami dr tirai jendela. Kerana malam aku anggap pandanganku hanya khayalan. Baru beberapa patah perbualan tiba-tiba radio terbuka sendiri dgn amat kuat. Terkejut juga aku dibuatnya. "Modal niaga 10 juta tapi rugi 20 juta. Bagaimana tu ustaz?"
Aku menarik nafas panjang lalu berkata,"Berapa juta tuanku sedekah kpd anak yatim dan fakir miskin?"
Mereka terdiam. Ditambah tanpa beribadah tanpa tahu membaca kitab suci tanpa tahu batas agama.
Rumah agam kami juga sering diganggu. Badan saya selalu sakit. Bila diteliti nyata terlalu banyak barang sihir ditanam dilaman rumah kononnya sebagai benteng. Penyakit dianggap ubat. Buruk dianggap baik. Aku yakin mrk kini pasti telah berubah lebih baik. Walau tak pernah hubungku lagi setelah itu. Pengajaran buat kita sekaya apapun kita takkan dpt membeli berkah dan ilmuNya yg amat berharga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...