Isnin, 7 Ogos 2017

Jangan biarkan dosa tukang sihir melebihi pahala amal soleh kita

Ada waktunya saya berdepan kes sihir yang berat. Sukma bomoh sihir sudah menyatu dengan iblis syaitan menzalimi mangsanya. Walaupun jin dan makhluk ghaib dpt ditumpaskan namun kejahatan sukma manusia yg terperangkap dlm kegelapan agak sukar didepani. Sebab itu kebanyakan kes sihir itu berulang ulang bukan krn kuatnya syaitan. Tetapi krn kuatnya manusia menyalahgunakan sukmanya dgn bantuan syaitan. Pd masa sama moral mangsa yg menurun dan putus asa menguatkan cengkaman kejahatan kpdnya. Jadi apabila nak berubat kena pastikan anda faham apa itu makna ikhtiar. Kita berusaha Allah menyembuhkan. Bukan saya menjadi Tuhan. Sesuatu petunjuk itu tidak dapat kita paksakan. Adakala petunjuk itu bukan suatu gambaran tetapi ia merupakan langkah demi langkah yang patut diambil dalam merungkai masalah dan menemukan jalan penyelesaian masalah gangguan dialami. Adakala pesakit yang kena sihir amat malas beramal. Bila beramal pula tak betul. Pabila saya betulkan mereka rasa tak suka dan menjauhkan diri drp saya. Sebenarnya drp teguran itulah petunjuk sebenarnya untuk pesakit sihir itu. Petunjuk drp Allah. Wahyu pun Allah turunkan sedikir demi sedikit. Perjuangan nabi dna Rasul dalam dakwah pun makan tahun puluhan bahkan hampur seribu tahun. Bayangkan itu nabi dan rasul yg mana ada yang Allah bantu sikit-sikit tak bantu sekaligus seperti terus Allah sediakan ummat yang ramai setia dan baik sekaligus. Nabi dan Rasul kena berusaha keras utk berdakwah adakala ditimpa kekecewaan krn kedegilan umatnya. Jika penyihir itu degil itu biasa. Jika pengupah itu degil itu biasa. Krn penentang nabi dna Rasul juga teramat degil dan zalim. Jadi kenapa kita yang sekadar ummat ini rasa sekali jumpa berubat terus baik. Buang sihir, buang jin lawan tukang sihir dll tidaklah semudah disangka. Ajal maut sakit semua pd keizinan Allah bukan saya buat hari ni jumpa sekali terus mati tukang sihir sy kerjakan. Ada makan berjam-jam ada makan masa berhari berminggu bertahun pun ada. Jadi nak kena sabarlah. Apabila anda sebagai pesakit membayar perkhidmatan saya untuk merawat anda makanya anda kena sabarlah bila sesudah sesi rawatan pertama itu untuk tindakan susulan yang berterusan. Simtom2 gangguan mungkin berulang jd disitulah akan adanya perlawanan dan kesabaran dituntut. Rasulullah berperang bersama para sahabat pun makan masa berhari-hari berminggu-minggu. Nak tegakkan daulah Islam di bumi Arab ambil masa puluhan tahun. Kena sabarlah hadap masalah gangguan sihir khususnya gangguan sihir yg berat. Kalau tukang sihir itu kuat menjampi takkan kita malas meratib berzikir solat dsb?! Kalau kita malas berdoa kpd Allah ingat Allah nampak sangat apa kita buat sebelum ini tak ikhlas. Tukang sihir lagi ikhlas menyihir kita berkali-kali. Tukang sihir lagi byk dosa drp pahala kita lakukan. Jangan putus asa ya wahai pesakit sihr berat semua. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ibu Duit Inti Karomah