Rawatan Batuk dan Kahak Berdarah
Alhamdulillah dengan izin dan rahmat Allah, Tok Kedah yang dimuliakan Allah semakin sembuh dan pulih drp serangan batuk dan kahak berdarah. Alkisahnya, suhu dingin di Tanah Suci benar-benar menguji badan dan iman para tetamuNya. Demam dan batuk telah 'diizinkan Allah' untuk merebak seluas-luasnya. Hari terakhir Tok Kedah muntah teruk tanpa darah. Semasa dalam kapal terbang lagi hampir kesemua penumpang pesawat diserang batuk seolah-olah udara dlm pesawat telah tercemar 'teruk'. Apa lagi Tok Kedah yang berusia mencecah 81 tahun dan sejarah kahak berdarahnya lagi. Kurang 10 jam tiba di tanah air batuk Tok mula mengeluarkan darah.
Keyakinanku Teruji
Mengubati insan disayangi berbeza dengan insan biasa. Emosi harus dikawal agar tiada mengganggu makrifat perubatanku. Tok Kedah dikuarantin dan aku hanya dpt merawatnya disebalik pintu kaca bilik wadnya sambil memerhatikan nafas Tok Kedah turun naik. Kumulakan dgn kalimat perlindungan, basmallah, al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Serta kalimah-kalimah pembuka hingga kpd asma al-Fattah dan kalimuttoyyibah. Telapak tanganku hanya dapat kutekapkan di permukaan kaca pintu biliknya dan kemudian kuserahkan segala-galaNya kpd Allah. La haula wala quwwata illa billah.
Alhamdulillah Tok menunjukkan tanda lega. Kuserahkan kpd Allah. Dlm Gerak ada DiamNya. Dalam Diam ada GerakNya.
Kali kedua aku berpeluang masuk dgn pakaian spt angkawasan. Ikut sajalah peraturan hospital namun kalau tanpa pakaian pencegahan itu pun tiadalah aku takut kerana semuanya tertakluk kpd kekuasaan Allah jua. Dan firasatku sakit Tok tiada kaitan dgn kuman. Dptlah kulakukan rawatan secara dekat dan sedikit perbualan.
Kali ketiga Tok telah dibebaskan drp kuarantin krn tiada kuman dikesan. Tepat firasatku. Rawatan dpt dilakukan secara langsung. Dan Tok semakin segar dan darah kian berkurang.
Kali keempat rawatan dilakukan dgn paling sempurna. Cukup syarat2 perubatan makrifatku. Tawasulnya, kepasrahannya dan doanya dlm batin menggema semesta diri luar dan dalam selain diperlihatkan ceritaNya disebalik yg berlaku.
Kali kelima Tok tambah baik,segar,tenaga hingga doktor mengatakan Tok sudah sihat dan boleh discaj esoknya (hari ini).
Tanpa doktor dpt mengesahkan punca sakitnya.
Tauhid antara Syarat Utama Kabul Doa
Alhamdulillah wa syukurillah.
-Bukan Kudratku, KUDRAT ALLAH
-Bukan Gerakku, GERAK ALLAH
-Bukan Ikhtiarku, IKHTIAR ALLAH
Aku hanyalah alat yang dengan izin rahmatNya dikudratkan,digerakkan dan diilhamkan ikhtiar cara pengubatan oleh Allah Ta'ala.
Sebab itulah bagi pesakit yg faham dan pasrah mahu dirawat, dibetulkan iktikad dan tauhidnya akan lebih banyak syifa dan rahmat dipancarkan / diturunkan olehNya,cepat dan makbul doa diijabahkan olehNya.
Terima kasih atas doa semua. Hanya Allah dpt membalasnya. Allah Yang Maha Kuasa Lagi Maha Menyembuhkan
Dialah Segala dan KesegalaanNya. Siapalah lagi.
Aku hanya Fakir menumpang lalu.
Rawatan dan Konsultasi
013 642 1228
Rawat Sebelum Lewat. Rawat dengan kaedah yang Selamat dan Kembali Sihat. Dan Allah Berserta Kamu Dimana Saja Kamu Berada. Dan Dia Maha Melihat (Al-Basir) Apa Yang Kalian Lakukan. Surah al-Hadid ayat 4.
Pages
- Laman utama
- Akidah
- Nabi Muhammad s.a.w
- Ruqyah
- Maklumat Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah - Ilmu Hikmah Multifungsi dan Ilmu Pengubatan Islam Tahap Asas hingga Tertinggi
- Testimoni Pelajar Ilmu Hikmah
- Maklumat Rawatan Islam, Tradisional dan Alternatif
- Testimoni Pesakit
- Pustaka Hikmah Maya
- Lokasi kami
- Hubungi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Assalammualaikum Dalam beberapa tahun ini pasti kita pernah mendengar gangguan jin yang bersifat nyata seperti tiba-tiba muncul api di rum...
-
Selalunya dikaitkan dengan malang dan mara bahaya. Orang-orang tua pesan kalau kita dalam perjalanan tiba-tiba melihat biawak melintasi jala...
-
Asssalammualaikum. Kita memohon perlindungan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (As-Sami' ul Alimu) daripada gangguan dan bi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan