Isnin, 26 September 2016

Ubat hati

Al-Qutb As-Syahid Syeikh Abdul Samad al-Palimbani al-Jawi Qaddasallah sirruhu menulis di dalam kitab Siyarus Salikin Jilid 4 pada bab menyatakan laluan-laluan berfikir,

"Adakalanya seseorang itu memikirkan keadaan dirinya, memikirkan tentang baik buruknya dan adakalanya memikirkan tentang Allah Ta'ala, tentang sifatNya dan  Af'alNya atau perbuatannya. Namun ada juga yang memikirkan Zat Allah, tiada jalan lain mencapainya melainkan dengan zikir dan mengingati kewujudan zat Allah yang tidak serupa dengan segala makhlukNya. Memikirkan sifatNya dan af'alNya, memikirkan tentang 'Alamul mulk iaitu alam zahir. Memikirkan 'alamul ajsam dan 'alamul malakut maka bertambahlah iman dan kecintaannya kepada Allah kerana tersingkapnya hijab atau tabir penutup. "

Allah berfirman dalam ayat 53 Surah Fussilat

"Kami akan tunjukkan kepada mereka ayat-ayat Kami sebagai bukti yang menyatakan Ketuhanan Kami di Afaq iaitu di tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan di dalam diri mereka sehingga ternyata bahawa Allah Ta'ala itu Tuhan mereka yang sebenar-benarnya yang menciptakan alam ini."

Allah berfirman lagi menerusi Surah Dzariyat ayat 21,

"Dan di dalam diri kamu ada beberapa bukti yang menyatakan Ketuhanan Allah Ta'ala, tidakkah kamu lihat (untuk difikirkan dengan hati kamu supaya kamu memperoleh makrifat Allah Ta'ala dengan sebenar-benar makrifat yang yakin. "

Adapun segala amalan dan berfikir kita itu berhubungan dengan

1. Hubungan dgn makhluk Allah
2. Hubungan dengan Allah

Empat perkara berkaitan hubungan kita dgn makhluk Allah,

1. Memikirkan utk taat segala ketaatan yang zahir

2. Menjauhi segala maksiat yang zahir

3. Menjauhi segala maksiat yang batin

4. Memikirkan segala ketaatan yang batin supaya menjaga hati drp maksiat yang batin spt sifat2 ujun, riak, sum'ah, hasad dengki, cepat marah, serakah terhadap makanan, pakaian dan harta benda, gemar bercakap kosong, gemar kemegahan dunia dan tamak dunia.

Hubungan kita dengan Allah ialah  memikirkan Allah itu wajibul wujud yang bermaksud Allah itu ada bersifat dengan Kamalat iaitu sifat2 sempurna, Maha Suci Allah drp menyerupai makhluk yang bersifat baharu.  Allah bukan jauhar, jisim, aradh', Allah tiada bertempat dlm sesuatu dan tiada sesuatu bertempat dlmNya, Allah tak terikat dgn hukum masa, jarak, tempat. Inilah pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Berkata As Sayyid al-Haddad,

Seharusnya kamu memiliki wirid, berfikir stp hari dan malam selama 2 jam atau 1 jam. Sebaik2nya waktu berfikir ialah tengah malam atau waktu sahur ketika sunyi dan kamu lapang.

Semoga kita dapat memetik buah hikmah hidangan rohani tengahari Isnin ini.

Wallahualam.

Ustaz Tabib Ali
Al-Faqir Sammanniyyah
013 642 1228

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...