Bagaimana hubungi kami?

Alamat Emel : rahmaniah999@gmail.com
Telefon/SMS/What Apps/We Chat : 013-642 1228

Pusat Perubatan Rahmaniah-Rawatan Islam, Perubatan Melayu, Perubatan Tradisional Dan Perubatan Alternatif dan Komplimentri Dan Program Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah (IHNM)

Rawatan Bekam, Urut, Gemblengan Ilmu Hikmah,
Perkhidmatan pembersihan kawasan, rumah, kilang, sekolah, kedai daripada sihir dan gangguan makhluk halus. Pelaris kedai, menaikkan seri wajah, meningkatkan kerjaya, pagar daripada gangguan dan pencuri, memulihkan pesakit yang disihir dan lain-lain lagi segera konsultasi dengan kami.

Kami juga mengadakan program utuk agensi kerajaan yang berminat untuk Kursus Jangka Pendek Rawatan Islam, kursus berkaitan perubatan Islam, motivasi, program pembangunan diri.

Juga rawatan awam, massal di surau, masjid juga rawatan untuk keluarga secara tertutup secara beramai-ramai seperti rawatan gangguan keturunan saka, sial, majal dan lain-lain.

Lokasi 1 : Sungai Tangkas Kajang Selangor.
Lokasi 2 : Muar Johor
Lokasi 3 : Putrajaya dan lokasi seluruh negara pada tarikh dan bulan tertentu.

-Sila pastikan makluman dan hebahan dari kami dari semasa ke semasa jadual kunjungan kami ke seluruh negara.

-Jika anda ingin kami terus datang ke tempat anda bolehlah hubungi kami untuk menetapkan temujanji.

-Kami boleh datang terus ke rumah atau ke kedai anda yang bermasalah.

Kami tidak lagi berada di Saujana Utama. Sebarang urusan rawatan terus hubungi no telefon dalam blog rasmi ini sahaja.

Hotline / What Apss /We Chat
Ust. Ali 013-6421228

Emel rasmi : rahmaniah999@gmail.com
Emel kedua : alifsejati@yahoo.com.my

Berpengalaman mengubat. Anda mencari tempat belajar ilmu-ilmu rawatan Islam dan ilmu hikmah yang tidak bertentangan dengan agama, tiada amalan yang diada-adakan silalah belajar daripada ahli, berpengalaman dan berwibawa hubungi emel dan no telefon yang tertera.

Penting! Baca di bawah ini dahulu.

Perkhidmatan rawatan dan pembelajaran ilmu daripada kami mempunyai bayaran tertentu. Ia adalah upah atas perkhidmatan yang diberikan oleh kami kepada anda yang mana khidmat itu dilakukan secara profesional, bersungguh-sungguh, meluangkan masa sewajarnya dalam membantu pesakit dan hajat anda, menyediakan bahan rawatan, bahan pengisian keilmuan dan konsultasi profesional berdasarkan pengalaman, ilmu dan kemahiran yabg dikurnia dan dipinjamkan oleh Allah Ta'ala kepada kami. Kami juga menggunakan sepenuh masa kami untuk membantu berikhtiar memenuhi apa jua hajat dan keperluan anda. Kami juga bertolak ansur tentang kadar upah semampu anda namun kami tidak menerima pandangan anda yang berfikiran perkhidmatan rawatan dan khidmat spiritual adalah percuma sahaja. Atau sekadar mahu cuba-cuba saja, ikhlas-ikhlasan saja sedangkan anda sendiri tidak ikhlas dan memandang enteng peranan dan khidmat kami. Kami mengsyorkan anda membaca entri dalam blog kami yang telah ditubuhkan sejak lebih kurang lima tahun lalu dan terus dikemaskini dari semasa ke semasa sebagai tanda kami terus wujud dan komited dengan kerja dan tugas kami. Kami tidak pernah jemu membantu sesiapa memerlukan sehinggalah anda sendiri jemu kepada kami. Jadi dengan membaca lebih banyak entri dalam blog ini akan meningkatkan kefahaman anda tentang peranan kami dan juga kenapa bayaran tertentu dikenakan. Segala bayaran yang telah diberikan tidak akan dipulangkan walau dengan apa jua alasan. Saling memahami antara kami dan anda peranan dan tanggungjawab antara kita akan memudahkan urusan kita lakukan semoga dibantu Allah. Insya Allah.



Jumaat, 27 Mei 2011

Amalan Ilmu Hikmah Nur Makrifah

Salam sejahtera.

Ya Allah Ya Nur! Salah satu daripada zikir amalan Ilmu Hikmah Nur Makrifah. Zikir memohon Cahaya Allah ini bukannya sesuatu yang direka cipta daripada amalan-amalan kebatinan yang sesat lagi menyesatkan. Tidak pula menggunakan rajah-rajah yang meragukan. Tidak menggunakan jampi serapah yang bercampur aduk dengan kata-kata asing, tidak diketahui maknanya dan mensyirikkan Allah Ta'ala.

Berkenaan dengan saka, terdapat banyak kaedah rawatan perubatan tradisional. Banyak antara rawatan tersebut menggunakan petua dan bahan alami yang dihidupkan semangatnya dengan jampi mentera tertentu dan ayat-ayat suci. Rawatan kaedah Islamik pula lebih menjurus kepada penggunaan ayat al Quran semata-mata selain doa dan hizib. Petua dan bahan alami turut digunakan namun ia minimum tanpa jampi serapanh lagi. Namun ada yang mengklaim dirinya sebagai perawat Islam tetapi masih menggunakan jampi serapah walau sedikit.

Dalam kaedah perubatan yang diajarkan dalam program bimbingan Ilmu Hikmah Nur Makrifah, amalannya bebas sepenuhnya daripada amalan jampi serapah. Bahan alami dan ayat suci digunakan namun dalam konteks tersendiri yakni bukan sebagaimana perukyah yang membaca ayat suci dengan nyaring malah ada yang memakai mikrofon lagi. Amalan IHNM tidak menjadikan ayat suci sebagai pedang, pisau, cemeti dan lain-lain alatan ghaib. Hanya membaca ayat suci bertujuan memusnahkan segala gangguan. Berkenaan natijahnya semuanya milik Allah semata-mata. Biasanya manifestasi kewujudan kesan IHNM ialah turunnya rahmat Allah dalam bentuk ketenangan dan cahaya ruhaniah yang memnacar-mancar. Cahaya dan rahmat yang bersekali turun sewaktu ayat suci dibacakan bukan bermakna penentu mutlak kesembuhan pesakit kerana Allah sajalah penentu mutlak kesembuhan pesakit. Konsep kita hanyalah ikhtiyar dan dengan kaedah yang betul termasuk pengisian yang betul dan amalan yang betul, hasilnya dapat kita nikmati sebagaimana Allah berfirman "Sesungguhnya kami turunkan Al Quran itu sebagai rahmat dan penawar bagi orang beriman." Inilah yang sewajarnya kita pegang dan junjung serta yakini. Bagi murid yang menerima pengisian Ilmu Hikmah Nur Makrifah, mereka mempunyai keyakinan yang amat kuat sehingga tiada suatu gangguan pun menjadi ketakutan dan kebimbangan bagi mereka. Mereka dapat berdepan dengan situasi seberat manapun dan dapat membantu masyarakat dengan jayanya berbekalkan pengisian dan amalan yang terpulang bebas kepada murid untuk mewiridkannya sebanyak manapun (tanpa ada syarat wajib, amalan zikir adalah sunnat yang tidak boleh dipaksa tetapi suatu kerelaan yang ikhlas dan berserah diri kepada Allah lantaran lahirnya kesedaran diri kepada Maha Pencipta.

Keadaan

Keadaan bagi murid yang menerima pengisian Ilmu Hikmah Nur Makrifah ialah suatu keadaan yang menerima pancaran hidayat taufik inayat Allah Ta'ala yang terus menerus dalam saluran rahmatNya.

Matlamat Ilmu Hikmah Nur Makrifah dikembangkan

-Untuk membantu perawat Islam dan perawat yang mengamalkan kaedah rukyah dapat menjalankan perubatan secara rukyah dengan lebih berkesan lagi sesudah menerima pengisian dan formasi amalan Ilmu Hikmah Nur Makrifah.

-Untuk membantu menguatkan diri dan rohani perawat Islam untuk bersungguh-sungguh berjihad di jalan Allah dalam bidang rawatan perubatan Islam sehingga insya Allah setiap masalah dapat diatasi dengan baik.

-Untuk mereka yang sering disihir tanpa hentinya. Setelah pesakit dibersihkan daripada pengaruh sihir, mangsa sihir akan diisi dengan kekuatan Ilmu Hikmah Nur Makrifah dan dengannya mangsa mempunyai daya dorong untuk berjihad dna beramal sehinggakan sihir itu kembali berbalik kepada penyihirnya.

-Untuk membantu masyarakat yang terlalu banyak mengunjungi hospital agar kembali sihat atau pulih dari trauma.

-Untuk pengamal perubatan tradisional belajar Ilmu Hikmah dan rasai sendiri perubahannya yang nyata.

-Untuk mengukuhkan tenaga dalaman seseorang sehingga sampai ke hakikat.

-Untuk orang awam biasanya hendak belajar menimba ilmu pengetahuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan