Isnin, 7 Februari 2011

Sihir Kedai

Assalammualaikum. Beberapa hari lepas saya berkesempatan pulang ke kampung halaman. Saya dipertemukan oleh Allah dengan dua kes sihir kedai. Sebenarnya saya tidak pula mewar-warkan secara lisan kepada saudara mara yang saya melibatkan diri dalam perubatan alternatif dan perubatan Islam. Hanya yang membaca blog ini sahaja dan rakan-rakan terdekat kerana saya tidak suka dipanggil dengan gelaran bomoh dan sewaktu dengannya. Masakan pantas memanggil saya tok bomoh hanya kerana saya merawat orang dengan kaedah tersendiri?Bahan perawatan saya adalah zikir, doa dan air semata-mata. Tidak pula saya gunakan kemenyan untuk menjemput jin dan segala mambang. Oleh kerana mentaliti orang kampung masih demikian yang boleh menjurus ke arah pendewaan maka saya tidak war-warkan secara lisan. Tetapi kalau tersebar juga apakan daya. Saya masih teringat lagi sekitar setengah dekad lepas, Abang Salim pernah menyatakan kepada saya yang saya akan menjadi seorang tabib tetapi bukan bomoh. Dua kali Abang Salim menyatakan demikian iaitu selepas beliau merawat saya dengan kaedah zikir dan air kelapa. serta petua yang ringkas. Masa itu saya sakityang tidak diketahui puncanya. Semua orang dalam dunia ini tidak terlepas daripada dihinggapi penyakit sekalipun doktor paling pakar pun mati kerana sakit. Saya juga demikian. Saya tidak mahu menggunakan istilah ramalan atau tilikan kerana ia cenderung hendak menyamakan ramalan atau tilikan yang dilakukanoleh tukang tilik zaman jahiliyyah dahulu kala. Ia semacam firasat yang tajam. Dan ia berlaku dengan izin Allah. Perlu difahamai saya tidak berguru dengan Abang Salim. Beliau hanya seorang saudara seagama yang hebat peribadinya dan tawaduk selain tajam serta tepat firasatnya. Sabna nabi SAW, Takutilah kamu akan firasat orang beriman kerana mereka melihat dengan Nur Allah...

Kembali pada topik di atas. Oleh kerana beberapa saudara mara saya sudah tahu, maka saya telah diminta oleh satu keluarga untuk 'menengok' apa yang berlaku. Ini satu perkara lagi saya kurang suka. Istilah menengok juga sinonim dengan bomoh serta dukun. Saya tidak setuju kalau orang kamu saya menengok-nengok. Apa yang hendak ditengokkan. Apa yang kita sudah tengok sekarang ini pun masih belum tertafsir makna kejadiannya.

Saya pergi juga kerumah keluarga tersebut meskipun hati mendongkol tidak suka. Tidka suka dipanggil untuk menengok menilik. Namun kerana saya berpegang kepada dakwah bil hal wal hikmah saya hadir juga. Di situlah saya akan 'brainwash' mereka...secara ringkasnya terdapat dua kes sihir kedai saya tangani. Yang pertama sihir kedai makan. Bisnes kedai makan sejak 3 dekad diusahakan sepasang suami isteri kini ditutup kerana pelanggan tidak datang ke kedai mereka selain pengusaha kedai sering ternampak lembaga bertubvuh hitam berbulu panjang di serata kawasan kedai dan rumah yang bersambung dengan kedainya. Suaminya pula jatuh sakit macam-macam penyakit. Dan saya pun merawat suaminya dahulu dan kemudian men'nurkan' seluruh kawasan kedai dan rumah mereka dan alhamdulillah, suasana yang suram kedam dan panas telah hilang sama sekali. Suami yang selalui sakit dfibahagian perut dan sering ditarik-tarik ibu jari kakinya pula sudah tidak mengalami gangguan lagi, syukur ke hadrat Ilahi atas inayah dan bantuan daripadaNya. Saya hanya alat sahaja.

Kes kedua membabitkan kedai duatingkat yang mengusahakan spa, kecantikan, menjual air tapisan berjenama terkenal, rawatan salon dan air nusyrah. Pengusaha kedai dan dua anaknya saya rawat di kedai itui juga. Sang ibu tunggal yang sejak 2006 tidak lagi masuk ke dalam kedainya angkara merasa 'tidak mahu masuk ke dalam kedai' dan sakit2 pada badan beserta anak-anaknya yang jadi 'beratbadan dan malas' telah saya rawat di dalam kedai itu juga. Berbekalkan keyakinan dan izin rahmat dari Allah, ibu tunggal tersebut melihat bangkai babi dikeluarkan daripada dalam tanah tapak kedainya itu dan dimusnahkan dengan Pancaran Nur Arasy, sehingga tiada bersisa. Anak-anaknya pun setelah dirawat merasa sangat ringan tubuh badan dan fikiran jadi lapang tenang.

Selain kes sihir kedai, saya juga diminta merawat satu kes gangguan, sehingga pesakit hampir kerasukan dan saya cepat-cepat menarik makhluk jahat dalam diri pesakit yang sudah kesakitan teramat sangat. Alhamdulillah tangan kanannya yang sakit sejak 2 minggu lalu dan doktor gagal mengesan walau setelah diberi berbagai-bagai ubat telah dapat diselesaikan alhamdulillah. Saya hanya alat semata.

Saya juga merawat kes anak lembam dan memberikan penerang hati. Alhamdulillah dengan izin Allah kesemua anak-anak tersebut mendapat nur hidayah Allah ta'ala malah ada yang menangis teresak-esak kerana merasakan Allah SWT begitu dekat dan akhbar di mata hatinya. Sedia maklum ilmu bukan bermula pada lebaran kertas tetapi ilmu bermula dengan singkapan mata hati sehingga menyaksikan serta menjadi alat penerima ilmu daripada Allah ta'ala jua.

3 hari di kampung saya yang agak padat. Sewaktu saya mengisi minyak pagi sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur, saya terserempak dengan Abang Salim yang turut sedang mengisi minyak motor superbikenya. Dia hanya mengatakan kepada saya, "Very good, very good." Jauh dalam hati yang good ialah Allah jua kerana kita Adam yang tiada apa-apa.




Rabu, 26 Januari 2011

Kaedah Mengembalikan Sihir

Salam. Ada beberapa kes yang dirujuk kepada saya, berpunca daripada perbuatan khianat sihir menyihir. Apabila seseorang perawat merawat dengan kaedah yang betul dan tepat, insya Allah, pesakit yang terkena sihir dapat dipulihkan dalam tempoh 24 jam sahaja. Malahan ada pengalaman saya, merawat seorang pesakit yang disihir agak teruk, dapat dipulihkan setelah dirawat dalam tempoh masa 1-2 jam secara total. Namun ini bukanlah suatu janji dan suatu kepastian yang terus menerus berlaku. Semua pada akhirnya tertakluk kepada keizinan Allah. Apa yang saya hendak fokuskan di sini ialah apabila kes sihir tersebut berulang setelah pesakit sembuh dirawat. Kes-kes berulang begini, perawat hendaklah memulangkan kembali kepada penyihir. Kaedah memulangkan sihir dengan kaedah yang haq terdapat berbagai-bagai cara. Ada yang mendirikan solat hajat+wirid salamun qaulan...Ada yang wirid ayat 82 surah Yassin. Kaedah hitam pun ada. Sebagai perawat muslim, hendaklah kita berwaspada tatkala merawat kes sihir kerana kebarangkalian untuk diserang ketika merawat dan dalam tempoh 24 jam adalah besar. Malah ada perawat yang sakit-sakit dan ada juga yang meninggal dunia diserang balik oleh bomoh sihir. Banyak saya jumpa perawat yang berpatah arang berkerat rotan tidak mahu merawat lagi sesudah diserang hebat oleh bomoh. Ibarat kata orang tua-tua sediakan payung sebelum hujan. Sebelum perawat diserang sesudah pesakit dirawat, perawat boleh memulangkan balik sihir sebaik sahaja 'pembersihan' dilakukan. Insya Allah, kebarangkalian diserang balik akan berkurangan atau tiada. Paling penting teguhkan niat dalam bidang ini. Niat hanya mencari redho Allah bukannya mencari keuntungan dunia dengan jalan yang syubhah, muslihat dan melampau-lampau kerana bukan sedikit ustaz-ustaz perawat mengambil kesempatan 'menipu kes-kes rasuk' bagi menyakinkan orang ramai terhadap bengkel rawatan dan pusat rawatan mereka. Ini tidak baik.

Selasa, 18 Januari 2011

Solat Istikharah Sebelum Memilih Hendak Belajar

Alhamdulillah. Segala puji dna syukur bagi Allah. Sejak saya membuka tawaran bimbingan dan gemblengan IHNM ini ramai yang mengambil keputusan bijak untuk belajar dan menghayati kebesaran Allah melalui limpahan rahmatnya yang maha luas. Kini, sebagaimana yang telah saya maklumkan, saya tidak akan terus membuka tawaran bimbingan dan gemblengan ini selamanya. Saya akan tutup apabila sudah mencapai bilangan tertentu. Oleh itu bagi yang telah singgah ke blog ini, dan membaca tentang bimbingan ilmu hikmah dan berminat, maka hendaklah segera membooking masa untuk datang menerima pengisian. Tuan-tuan boleh terus emel kepada saya dapatkan maklumat dan persediaan sebelum datang. Jangan berfikir panjang. Dengan rahmat Allah, bagi saudara yang ingin mencari ilmu perubatan kerohanian yang sebenar, saudara pasti akan berasa tertarik untuk menyertai program ini apabila sudah membaca entri mengenainya di blog ini. Keinginan dan cenderung hati itu saya yakin semuanya daripada Allah Ta'ala. Banyak yang sudah mendirikan solat istikharah dan terjumpa blog saya, mempunyai gerak hati kuat untuk belajar, alhamdulillah. Apabila mereka menerima pengisian mereka juga telah menyatakan kesyukuran yang tiada terkata apabila dapat menerima bimbingan dna pengisian ilmu hikmah , insya Allah. Allah Maha Besar dan Maha Kuasa di Atas Segala Sesuatu. Jadi kalau saudara ragu-ragu juga boleh solat istikharah, buatlah keputusna bijak sebelum tuan tuan menceburkan diri dalam bidang perawatan Islam ini kerana hanya dengan saluran yang haq dan benar sahaja dapat kita berdepan dengan berbagai ragam gangguan dan penyakit. Jadi tiada ketidakpastian lagi selepas ini, insya Allah. Banyak yang telah menerima pengisian telah menyatakan mereka solat istikarah dahulu dna kuat gerak hatinya hendak belajar dengan saya, insya Allah semuanya atas rahmat Allah, saya juga mohon berlindung daripada kejahatan nafsu dan sifat-sifat keji serta bisikan syaitan. Selagi saya terdaya saya bantu sehinggalah saya rasa mencukupi dan tidak lagi membuka bimbingan ini.

Insya Allah.

Isnin, 17 Januari 2011

Pengalaman Merawat dan Membimbing Di Sabah

Salam sejahtera. Syukur kepada Allah dengan limpah kurniaNya. Dengan izin dan rahmatNya, saya dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang dipikulkan kepada saya sebaik mungkin. Sebagaimana saya maklumkan sebelum ini, saya ke Sabah kerana diundang. Walaupun kali pertama saya ke sana namun saya tidaklah berhasrat untuk ke mana-mana.

Walaupun terdetik juga hendak berjalan-jalan. Namun pengisian selama 3 hari itu padat dengan pembelajaran dan sesi rawatan. Sesi pembelajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dan juga yang sedikit mencabar ialah merawat orang-orang Ranau. Dalam pakej bimbingan perubatan hikmah, saya juga menyatakan bimbingan praktikal merawat.

Murid boleh mengemukakan pesakitnya sendiri dan lihat saya merawat mereka. Dan kali ini, saya dihadapkan dengan 6 pesakit yang mempunyai masalah berbeza-beza. Namun kesemuanya melibatkan gangguan. Dan gangguan tersebut yang dominan ialah saka dan sihir. Dengan rahmat Allah dua pesakit wanita yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan murid saya ini, dapat saya rawat sehingga mereka melihat sendiri Nur Allah yang terang benderang di akhir sesi rawatan.

Bukanlah suatu yang memelikkan. Apalah hendak dipelikkan. Kita ini kadangkala bercakap sahaja gah tetapi, penyaksian tiada. Mengapa berlaku demikian?Kerana masih wujud kesombongan terhadap Allah dan jauh daripada rahmat Allah. Maka carilah rahmat Allah. Jangan cari Allah. Walhal pada diri kamu sendiri tiada kamu perhatikan.
***
Di Daerah Ranau, 95% terdiri daripada etnik Dusun. 50% muslim 50% lagi Kristian, pagan, Helluyah dll. Murid dan kesemua pesakit saya orang Dusun. Antara ke enam-enam pesakit, paling keras gangguannya ialah seorang pesakit iaitu seorang gadis lepasan maktab perguruan. 

Setelah kain diselubungkan pada tubuhnya, saya mula membaca ayat kunci dan kalimah-kalimah perlindungan. Sewaktu saya membaca ayatul kursi dia mengigil. Saya pandang tepat titik antara kedua matanya smabil membaca Laqod ja akum...Dia menitiskan air mata. Semakin kuat ngongoinya. Setelah selesai membaca saya mula buat teknik rentapan dna pancaran-penyaluran.

Beberapa kali saya buat dia tetap dalam keadaan sama. Sebagai manusia biasa, kita juga bisa 'jatuh'. 'Jatuh' kerana alpa dan lalai. Baharu saya teringat, ada 4 step saya tidak suruh dia lakukan iaitu pertama meminum air yang telah didoakan, kedua menyapu minyak attar, ketiga menyuruhnya membaca syahadah, istighfar dan selawat serta menyatakan berkomonikasi dengannya sebagaimana saya lakukan ke atas pesakit saya sebelum ini. Natijahnya, gangguan tersebut, sukar ditarik. Semuanya atas peringatan Allah kepada saya agar jangan memandang remeh setiap masalah gangguan kerana bukan masalahnya kita perlu angkat itu jin hebat dan sakti, tetapi masalahnya hubungan kita dengan Allah. Apabila sudah dapat merawat dengan jayanya, maka kita selalu sahaja terlupa dan lalai dan mulalah mahu melihat AKU.

Patutnya Allah sahaja tempat pergantungan mutlak dan susah senang mudah sukar semuanya kena kembali pada Allah. Satu pengajaran buat saya dan buat murid saya.

Sesi tersebut nyata melewati sejam lebih. Kadangkala menangis kuat, kadangkala ketawa. Murid saya yang membaca Ayatul Kursi pun, diketawa dan dicebikkan mulutnya. Saya berhentikan rawatan. Saya naik ke bilik, tunaikan solat asar yang sudah sejam berlalu dan berwirid memohon kepada Allah.

Maka di situlah kita pulangkan segala-galanya kepada Allah. Hati kita. Jiwa kita. Ikhtiar kita, Usaha kita, Kuasa kita, gerak kita semuanya kembali kepadaNya. Setelah   'kembali ke asal' maka saya turun kebawah. Melihat pesakit masih ketawa dan mengejek saya langsung mencapai air doa dan duduk di depannya. Ketawanya berhenti dan badanya mengigil.

Saya tidak mahu percaya apa-apa tatkala itu. Biarlah. Segala-galanya Allah sahaja ketika itu. Kerasukan dan kejadian yang berlaku ini pun kerana Allah, dan fiil Nya pada makhluk sebagai suatu peringatan dan memenuhi janjiNya kepada kita. Lantas saya menuangkan sedikit air doa ke tangan, dengan bismillah, saya rejamkan air kemuka pesakit. Langsung dia menjerit dan terkulai.

Pesakit sedar sedikit namun jin saka masih ada dalam tubuhnya. Saya suruh dia minum air doa basahkan muka, telapak tangan dan kakinya. Dan saya mulakan balik sesi rawatan dengan syahadah.

Alhamdulillah, dengan 1 kali membaca ayatul kursi gangguan jin tersebut dengan izin Allah mati dan pesakit tersedar. Saya mengajarnya syahadah dan membuat imbasan sekali lagi. Sudah tiada. Namun saya melihat jauh ke dalam nurani, sihir masih lekat pada dirinya biarpun telah ditawarkan....Saya sambung sesi rawatan gadis ini pada esok harinya. Kerana saya terpaksa mengikuti murid saya ini ke rumah pesakit lain yang sedang menunggu...Ada masa saya ceritakan pengalaman saya merawat adik beradik lelaki ini...agak mencabar juga walaupun tidak kerasukkan hanya sekadar diperlihatkan Allah sahaja...
***
 Esok pagi saya mulakan rawatan kedua ke atas gadis tersebut. Dengan semua step yang selalu dibuat, saya lakukan, gadis tersebut tidak kerasukkan lagi. Oleh kerana bagi memastikan gangguan tidak berulang saya memohon kepada Allah agar dipulang segala perbuatan sihir tersebut disertai dengan gerak yang haq dnegan keyakinan 1000%. Malahan dengan izin Allah dia melihat  barang-barang sihir malahan rumah penyihir pun dia dinampakkan Allah. Antaranya dia melihat dirinya dihempap batu, terdapat barang sihir yang terdiri daripada bangkai binatang, lambang salib yang besar. Kesemuanya saya mohon pada Allah agar dipulangkan kepada penyihirnya. Batu yang menghempap di tolak dengan makrifah. Salib yang besar di hadapan mata batin gadis itu, dengan rahmat Allah saya musnahkan dengan kalimah syahadah dan selawat ke atas nabi dan ungkapan ke atas penyaksian kerasulan nabi muhammad. Masya Allah.

Bangkai binatang di musnahkan. Kemudian dia tubuh seorang lelaki yang hitam legam laksana arang terbaring. Kemudian dilihatnya sebuah rumah yang dibawahnya sudah berlonggok dengan kayu api dengan di atas rumah itu berselimutkan cahaya putih berkilauan. Akhirnya, dia melihat tanah perkuburan dan jenazah yang sedang mahu dikebumikan, dengan wajahnya hitam laksana arang, terbakar hangus.

Masya Allah. Kita tidaklah meminta kepada Allah berlakunya demikian namun Allahlah yang membalas kejahatan orang-orang yang jahat dna moga-moga Allah membantu kita menolongi kita dengan rahmatnya berdepan dengan kaum kafir sama ada terdiri daripada golongan manusia yang mahu memadamkan cahaya Allah dengan golongan jin kafir yang engkar lagi derhaka berdendam kesumatnya kepada manusia.

Gadis tersebut masih nampak putaran antara nur dan kegelapan seolah-olah saling berlawan. Dengan izin Allah, tegak seperti alif. Saya pun membacakan dengan haq dan rahmatNya sepotong ayat. Alhamdulillah.

Gadis tersebut sudah tidak nampak apa-apa lagi. Cuma suasana yang terang benderang. Tiada lagi kegelapan atau jalur-jalur hitam. Cuma katanya, jauh di sudut hatinya terdapat sesuatu yang panas, keras dan degil. Ini masalah rohani. Dengan izin Allah rahmat dan redhoNya saya membimbingnya berzikir dengan zikir ismu Zat Allah, Alhamdulilah dan di akhirnya dipohon rahmatNya dan Nur Nya sebagaimana yang pernah dipohonkan Nabi Muhammad SAW. (Carilah dan amalkan doa cahaya tersebut, jangan pandang sebelah mata, konon nak raup semua tapi tak terhayati pun setiap satunya. )

Gadis itu sangat tenang, tersenyum dan dia hanya memandang cahaya yang amat bersih, suci dan menenangkan amat sangat. Kami akhiri sesi tersebut dengan doa

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah wa syukurillah.

Sabda Nabi: Sebaikbaik doa ialah alhamdulillah.

Allahuahkbar!

bersambung..insya Allah...

Selasa, 11 Januari 2011

Susuk Berlian 2

Assalammualaikum.
Segala puji dan puja bagi Allah pada sebanyak ilmu Allah...

Semalam saya datang lagi ke rumah Opah yang menderita sakit-uzur akibat pemakaian susuk berlian sejak berumur belasan tahun. Saya tiba di rumah anaknya (opah berada di sana), pada pukul 10.30 malam. Malam agak dingin setelah hujan. Salakan anjing dari jiran sebelah mengejutkan saya. Di tangan kanan saya terdapat satu beg plastik yang berisi air mineral yang telah diwirid-doakan serta minyak wangi Oud sebagai bahan perawatan. Tiada bahan lain.

Sewaktu saya berdepan dengan Opah, saya mengukuhkan sila lantas merenung jauh ke dalam batini saya. Dengan kalimah yang suci lagi mulia, Bismillah, syahah, istihfar dan selawat, saya mulakan dengan kalimah-kalimah yang mengandungi perlindungan kepada Allah. Sambil2 itu saya merenung opah yang kelihatan semakin baik. Opah tidak lagi seperti kali ke1 dna ke 2 saya berjumpa dengannya dalam dua minggu lepas. Opah boleh duduk diam-diam, dan berkomonikasi dengan lancar.

Opah menyuruh saya membuang semua benda-benda yang telah dimasukukan ke dalam tubuhnya. Saya melihat dalam nurani saya, susuk yang dipasang pada pangkal peha sudah hampir tiada, sudah luntur kekuatannya sama sekali, cuma yang ada kesan-kesan biasa sahaja. Ibarat luka yang sedang pulih dengan baiknya. Saya melihat juga dengan nurani saya, saka yang mengikuti Opah, Sudah tiada. Yang ada hanyalah sisa-sisa sahaja yang sudah teruk benar. Ataupun jin-jin generasi baharu yang teragak-agak mahu 'masuk campur'. Mereka di luar sahaja dan tidak berani mendekati Opah sewaktu saya berada di sisi opah. Saya menggunakan teknik pancaran nur dan doa mustajab, dan jabat syifa khusus pada anggota2 tubuhnya. Sambil itu anak-anak Opah bercerita sejak saya pulang, Opah sudha semakin baik dari hari ke hari. Ia semakin kurang mengeluh sakit, meracau dan sudah bercakap dengan JELAS yang sebelum ini cakap Opah LANGSUNG tidak difahami. Alhamdulillah, puji pulangkan kepada Allah.

Mereka menuruti semua panduan saya, alhamdulillah berkat kesabaran dan berterusan menjaga Opah dengan izin, rahmat dan kasih sayang Allah, Opah semakin baik cuma dalam sehari dua ini Opah tidak berselara untuk makan dan merasa demam-demam. Ini termasuklah menantu Opah yang, Pak Cik yang mengalami demam. Siptom demam diperolehi sejak anak-anak mereka mengambil barang pusaka Opah dari rumah pusaka di Perak.

Saya terlupa sungguh hendak mengambil gambar barang pusaka tersebut yang terdiri daripada kipas tangan yang berlukisan gambar pokok-pokok hijau, celak dengan bekas tembaganya dan sebatang paku yang masih elok tidak berkarat walaupun sudah puluhan tahun disimpan. Mungkin 60  tahun usia barang tersebut memandangkan usia Opah sudah berumur 81 tahun. Namun demikian saya ada mengambil gambar Opah sewaktu serbuk-serbuk berlian itu timbul dari kulit wajahnya, laksana peluh merenik-renik  deras. Insya Allah akan di muat naik ke blog ini sedikit masa lagi.

Saya melakukan pembersihan  lagi pada tubuh Opah dengan teknik pancaran nur yang diiringi dengan makrifah pada kalbu serta doa. Sewaktu saya menjabat dahi dan ubun-ubun Opah, Opah mengantuk lalu tertidur. Masuk sahaja pembacaan ayatul kursi yang ke 11 kali, Opah menjerit perlhana, sakit, tolonglah aku! Saya tidak mempedulikan jeritan itu. Dan akhirnya Opah teryidur pulas. Saya jabat pula pada tengkuk dan bawah tulang pipinya kiri kanannya. Kemudian saya jabat pula bahagian perutnya dan mencabut penyakit yang demikian lama. Selepas melakuakan demikian, Opah tidak lagi mengadu sakit-sakit pada bahagian tersebut. Tanggaungjawab saya terlaksana pada malam semalam apabila Opah sudah boleh tidur dan saya pun segera mendapatkan barang pusaka.

Dengan izin dan rahmat Allah saya berjaya melunturkan kekuatan ilmu hitam tersebut. Opah juga tidak bertelanjang, menjerit bukan-bukan. Setelah saya selesai dalam 20 minit, Opah tersedar dan meminta agar  anak-anaknya mengambil duitnya lalu diinfaqkan kepada saya. Opah bersungguh-sungguh mahu memastikan anak-anaknya memberikan saya infaq kepadanya....

Barang-barang pusaka tersebut sudah kosong. Kalau ikutkan hati mahu saja saya mengambil barang tersebut. Namun belum saya menyatakan di lidah supaya anak-anaknya membuang barang tersebut ke laut,Opah sudah bersuara agar semua barang tersebut dibuang keluat.

Alhamdulillah, Opah tidak lagi meracau-racau, sudah boleh bercakap dan difahami bagi anak-anak yang mendengar dan Opah berulang kali menyatakan kekesalannya menerima ilmu drp Babanya suatu ketika dahulu. Opah beritahu dia tidka tahu langsung barang-barang yang diberikan mempunyai fungsi dan jin tertentu yang berperanan menyesatkan manusia. Dalam renungan batini saya, Opah sudah pulih 70%. Insya Allah ia akan semakin baik menjelang 21 hari.

Jadi selesailah sudah sesi rawatan saya merawat seorang warga emas yang mempunyai ilmu susuk berlian yang boleh dikatakan level asli. Bukan susuk yang dibuat bomoh sekarang tetapi bomoh dahukala yang mantap pegangan syarat perbomohannya.

Saya pulang ke rumah jam 1.30 pagi dan tiba sejam kemudian di rumah. Insya Allah, la quwwata illa billah

Jumaat, 7 Januari 2011

Ilmu Batin Silat

Salam. Maklumat daripada entri ini mungkin biasa diketahui bagi perawat-perawat. Justeru saya hanya menulis entri untuk menyampaikan maklumat berkaitan saka ilmu silat kepada pesilat-pesilat yang mencapai tahap tertentu dalam ilmu persilatan dan 'matang' ilmunya. Dalam mempelajari ilmu silat, biasanya diawali dengan buah, jurus dan falsafah-falsafah tersirat disebaliknya tanpa melibatkan formula bacaan khusus lagi. Namun apabila murid sudah menguasai buah dan jurus zahir maka diperturunkan pula ilmu yang bersifat ghaib. Pukulan-pukulan batin/jarak jauh tanpa sentuh pun di ajar kepada murid. Dalam proses ini murid menerima ijazah mentera jampi serapah dan bacaan tertentu termasuk bacaan ayat suci Al-Quran. Murid menngunakan sesuai dengan petunjuk guru. Gerak zahir diirinngi dengan gerak batin. Masalah timbul di sini ialah apabila gerak batin yang disangkakan itu, bukan gerak batin yang haq tetapi ia adalah suatu dorongan dan campur tangan syaitan yang selalu mencari jalan untuk menyesatkan anak adam. Terdapat juga murid yang diarahkan bertapa sama ada di gigi pantai, puncak gunung dan tempat-tempat dianggap keramat sambil membaca jampi serapah mantera tertentu yang tidka pun difahami oleh murid sepenuhnya yang pada akhirnya melahirkan natijah aneh dan pelik seperti penjelmaan nenek tua, pendekar silat dan lain-lain yang mengajarnya bersilat atau ilmu batin yang lain secara ghaib. Kesan daripada semua perilaku tersebut akan melahirkan natihjh yang berbagai termasuk kehebatan berpencak, kehebatan berpencak dengan 'tenaga batin/ghaib, keupayaan mengubat. Keadaan ini akan mencapai tahap tertentu atau kemuncaknya apabila pada mulanya pesilat setelah menguasai hal-hal kebatinan ini, tidak merasa apa-apa, normal dan banyak kelebihan, namun setelah beberapa lama, timbul gejala gangguan pada dirinya dimulai dengan sifat panas baran. Walhal dalam piagam silat tersebut dinyatakan dilarang marah dan panas baran. Namun itulah cara syaitan hendka memperdayakan manusia. Katakankanlah, sifat panas baran itu menyebabkan pesilat dianggap menyalahgunakan ilmu silat dan batin yang dipelajari yang pada akhirnya menyebakab kita melanggar perjanjian atau sumpah maka pesilat itupun mengalami penyakit aneh dan gangguan mental yang kronik. Atau setidak-tidaknya skait-sakit badan, lumpuh dll. Di sinilah pengakhiran segala ilmu yang dipelajari, iaitu penguasan dan gangguan mutlak syaitan dari golongan jin keatas manusia. Cubalah dirawat dengan kaedah rahmaniah, kaedah zikir dan bacaan Ayatul Kursi kita akan lihat betapa gangguan itu dapat dikesan dengan mudah, malah sebelum kita memulakan lagi pun, syaitan2 itu sudah 'menunjukkan' dirinya melalui pesakit. Itulah bezanya dengan ilmu hikmah yang haq bersih suci hanya dari Allah semata-mata. Ilmu Hikmah meskipun mempunyai sensasi hampir sama dengan ilmu ghaib yang batil, tetapi ia tetap berbeza kerana ilmu hikmah sumbernya daripada Allah jua. Nur Allah berbeza dengan kegelapan yang dibawa oleh para syaitan yang memakai topeng ilmu silat batin tertinggi.

Selasa, 4 Januari 2011

Penawar Tekanan dan Saya ke Sabah

Salam sejahtera. Agak lama juga saya tidak mengemaskini blog ini. Lantaran kesibukan mengikuti aktiviti persatuan, sebenarnya saya tidaklah mahu terlibat sangat dengan persatuan. Hal ini kerana persatuan di kalangan orang Melayu ini berbeza dengan persatuan dengan kaum lain, misalnya persatuan kaum Cina. Orang Melayu sangat suka bermain dengan politik yang mana politik itu bukannya memberikan kebaikan yang menyeluruh tetapi pada sepihak dan satu arah sahaja. Persatuan orang Melayu juga lembab dan tiada semangat, kalau dapat berkumpul lebih suka berbual dan melepak berbual kosong membazir masa. Saya sebenarnya anti berbual kosong dan berbazir masa.

Berbalik kepada judul entri ini, penawar gangguan fikiran. Dalam bahasa psikologi gangguan fikiran ini mempunyai banyak nama lain. Bukan tujuan saya mahu spesifikannnya. Boleh merujuk buku psikologi.

Saya tulis di sini gangguan fikiran merangkumi semua keadaan diri yang tidak normal sehingga menerbitkan keresahan, kebimbangan melampau, mengasingkan diri dalam ketermanguan (melainkan beruzlah, mujahadah), berkhayal dan kurang fokus terhadap sesuatu perkara. Gangguan fikiran begini boleh dirawat dengan baiknya dengan kaedah pancaran nur zikir yang telah "dimampatkan". Maksudnya setiap orang daripada kita berbeza tahap berzikirnya. Ada yang berzikir sekejap sahaja sudah naik cahaya diri yakni nur Allah yang di sampaikan olehNya kepada hamba-hambaNya yang soleh.

Ada yang berzikir lama berjam-jam baharu mendapat natijah daripada zikirnya. Semua ini terpulang kepada limpah kurnia Allah terhadap hamba-hambanya. Apa nak di hairankan. Kalau syurga beratus tingkat. Neraka berjenis-jenis. Makam manusia juga pasti berbeza-beza. Makam mahmudah tidak sama dengan makam ammarah. Begitulah seterusnya. Pancaran Nur itu merupakan suatu zikir dan doa bergabung yang dengan izin Allah pesakit yang dirawat akan mendapat manfaat dan ketenanangan serta merta dan kita bagi yang mendoakan juga mendapat manfaat yang sama atau lebih.

Jadi konsep ini berbeza dengan konsep reiki yang menyalurkan tenaga alam yang entah mana sumber 'energinya'. Juga berbeza dengan konsep 'tenaga dalam' yang akan kepenatan apabila sudah merawat ramai pesakit. Insya Allah dengan rahmat Allah gangguan fikiran dan tekanan melampau dapat dirawat dan dibuktikan di tempatnya apabila digunakan kaedah pancaran nur ini.


MAKLUMAN

Insya Allah dengan izin Allah saya akan ke Sabah pada 14/1-16/1/11 ini kerana dijemput untuk mengajar dan membimbing seorang bakal murid yang mahu mempelajari Ilmu Hikmah Nur Makrifah. Dalam masa ini bagi sesiapa yang mahu dirawat dan mahu belajar berada di Sabah maka bolehlah segera menghubungi saya agar jadual dapat di atur. Sama ada melalui emel atau sms terus ke HP saya.

Jumaat, 24 Disember 2010

Makam Al Karomah Pinang Tunggal di Taman Sri Sentosa : Antara Sejarah, Karomah, Khurafat dan Peristiwa






Tajuk entri kali ini mungkin sangat mengujakan. Namun itulah yang terlintas di kepala saya ketika ini. Ada sejarahnya, ada karomahnya, ada khurafatnya dan ada peristiwanya di sebaliknya. Insya Allah saya akan bukakan satu persatu nanti untuk tatapan pembaca yang setia mengunjungi blog ini. Tujuan saya antara lain amhu menyedarkan bahawa tiada sesuatu pun yang mustahil dalam dunia ini jika Allah berkehendak. Dan bagaimana mahu memahami dan menghadapi sesuatu keadaan haruslah dengan cara yang benar bukannya menuduh dengan cara yang semberono yang lahir daripada kebongkakan dna kejahilan diri sendiri....

Makan ini sudah lama dibina...saya pula baharu sahaja mengetahui wujudnya walaupun sudah tinggal di Taman Sri Sentosa sejak 5 tahun lalu. Uniknya cara saya mengetahui wujudnya makam ini ialah melalui mimpi...Mimpi itu bukanlah sesuatu yang menakutkan..dan yang membawa saya itu seorang lelaki tampan..yang saya yakini ia adalah terdiri daripada golongan Rijalul Ghaib...putih bersih bercahaya wajahnya...memandu arah saya melalui jalan dan denai semak belukar dan melalui antara rumah kediaman sehinggalah menemui makam ini yang terletak bersebelahan sahaja dengan sebuah padang rumput seperti padang bola....Dalam mimpi tersebut saya tercengang kenapa say bermimpikan sebuah makam...dalam mimpi itu makamnya bukan dalam bentuk dalam gambar tetapi ia dalam bentuk makam yang berbatu putih dan ia banyak...kalau dalam gambar ini hanya dua sahaja ditemui dan dibina semula dengan seadanya tanpa berlebihan..dalam mimpi batu makam bercahaya...dan diulang tiada perkara mencarik adat dna memelikkan berlaku sepanjang saya bermimpi makam tersebut..cuma saya melihat-lihat makam tersebut dengan takjub dan hairan....sebelum saya terjaga dengan baik sekali...

itulah secebis peristiwa yang sejarah dalam hidup saya....bersambung...

Lagi pengalaman murid belajar ilmu hikmah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Ya Allah rahmatilah kami semua
khususnya yang menziarahi blog ini
Peliharalah kami semua daripada
bisikan, gangguan, kejahatan dan kehadiran syaitan
sama ada syaitan yang terdiri daripada golongan jin
dan syaitan yang terdiri daripada golongan manusia
Ya Allah rahmatilahkami, rahmatilah kami, rahmatilah kami!
Birahmatika Ya arhaman rahimin. Amin.

Salam. Dua hari lepas saya ada melakukan penyucian dan pengisian ke atas S yang bersungguh-sungguh hendak belajar ilmu hikmah. Seperti biasa sebelum saya melakukan penyucian, saya bertanya kepada murid dahulu apakah beliau pernah belajar apa-apa ilmu sebelum ini? Dan murid saya itu pun menjawab dengan seikhlas hati.

1. Pernah belajar silat sehingga peringkat tertinggi (ilmu batin)
2. Pernah belajar ilmu tarikat tetapi sekerat jalan
3. Pernah belajar dengan Darul Syifa sehingga tamat dan dizinkan merawat.

Saya dengan rendah diri pun mengatakan, pengalaman dan ilmu murid saya ini lebih baik daripada saya. Saya hanya

1. Belajar silat Lincah tetapi tak sampai tahap tinggi (pukulan jarak jauh/bertapa dll). Arwah Datuk saya yang merupakan seorang Imam surau dan ahli berzanji marhaban melarang saya meneruskan kerana katanya kalau betullah kebal, kenapa kena gigit nyamuk pun berdarah lagi?. Hehehe.

2. Tak pernah menyertai mana-mana tarikat tetapi merawat pesakit yang bertarikat malah ada anggota tarikat menelefon saya, namun selepas saya nasihatinya dia tak boleh terima bahkan mau beradu ilmu kitab tasawuf pulak dengan saya. Maaf saya tak mengaji kitab tasawuf atau menghafalnya.

3. Pernah berangan-angan hendak masuk Darul Syifa tapi tak dapat. Namun kini sudha ada beberapa murid darul syifa mahu belajar dengan saya. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah seluruhnya, nafikan semuanya isbatkan hanya Allah.

Namun murid saya benar-benar mengatakan saya mempunyai 'sesuatu' dan ia nak belajar 'sesuatu' itu. Langsung saya tersenyum dan memulkan bicara, bukan kuasa saya, tetapi kuasa Allah;bukan gerak saya tetapi gerak Allah; bukan ikhtiar saya tetapi ikhtiar Allah. Saya pun menerangkan kepadanya asas ilmu hikmah ini sehingga ia benar-benar memahami dan tersenyum lebar sekali. Saya pun turut bersyukur dan gembira kerana dia memahami. Kefahaman amat penting sebelum belajar ilmu hikmah dan menerima pengisian ilmu hikmah. Jangan main redah saja. Pantang tengok iklan maka kita terus berjumpa, tanpe penerangan jelas, guru kita terus saja isi kita kemudian meminta maharnya beribu-ribu. Dengan saya, penerangan diberikan sejelas mungkin. Namun bukanlah penerangan itu seperti penerangan dalam kitab fikah dan usulluddin.

Selepas 1 jam lebih saya melakukan pengisian ilmu hikmah matanya terbuka luas jernih dan bermagnetis sekali. Saya pun terkejut kerana hasilnya alhamdulillah luar biasa sekali. Semua ini pastinya dengan ada redho dan izin Allah serta rahmat Allah yang Maha Pemurah. Saya pun belajar sesuatu dan cuba mengingat kembali. Selain daripada beberapa amalan ringkas perlu dibuat oleh bakal murid sebelum berjumpa saya, laku dan gerak daripada saya sendiri (ilham) melakukan beberapa perkara yang nampak biasa tetapi tak disangka di situ letaknya rahmat dna redho Allah.

Semalam saya sms kepada S. Lebih kurang sms saya begininya:

Ok. Setakat malam bagaimana rasanya?

Balas S menerusi sms juga:

Alhamdulillah...zahir tak terucap, rasa sejuk dan damai seperti ada 'mint' masih terasa di setiap sedutan dan hembusan nafas..Maha Suci Allah.

Pengalaman S ini merupakan rahmat Allah semata-mata. Untuk mendapat sensasi begitu (bukan bermaksud kita nak ilmu nak rasa sensasi begitu) bukan pendek masa diambil. Bilamana sudah rasa macam ada 'mint' pada saluran nafas itu tanda yang amat baik. Reiki, tenaga dalam ilmu kebatinan dan sewaktu dengannya tak ada yang mempunyai sensasi begini melainkan rasa panas, baran, gelisah, sempit rezeki dna lain-lain. Justeru kata Allah


Tiada paksaan untuk menerima agama Islam seluruhnya, kerana telah nyata lagi terang jalan mana yang haq dna jalan mana yang bathil....Al-Baqarah.


Khamis, 23 Disember 2010

Bahana Susuk Berlian dan Kaffarah

Salam. Terdapat seorang pesakit yang saya rawat kini mengalami kaffarah daripada Allah akibat perbuatannya memasukkan susuk dalam tubuhnya. Umurnya kini 80 tahun lebih. Setelah saya berikan air penawar dan lakukan rawatan pertama, dalam masa beberapa jam susuk berlian yang dipakainya keluar melalui kulit mukanya dalam bentuk serbuk halus. Saya dan beberapa orang lain jadi saksi. Insya Allah, ada gambar berjaya dirakam. Nanti saya masukkan dalam entri ini.

Namun penderitaan pesakit tidak tamat begitu sahaja. Saka ilmunya merasuk menjelang senja. Namun keadaan saka tersebut sangatlah lemah seperti ayam disembelih terkapar atas lantai. Semasa keadaan itu berlaku saya sedang melakukan pembersihan saka ke atas semua anggota keluarga pesakit yang lain. Dari anak-anak kepada cucu dan cicit. Masya Allah, semuanya ada. Namun faktor diri sendiri juga menjadi faktor pendorong.

Iaitu kegemaran terhadaptangkal azimat. Tempurung buta, serpihan kayu, cincin dan lain-lain yang semuanya dipercayai telah di isi oleh sepupu yang juga bomoh yang kini sudah meninggal dunia dan mereka percaya sebagai penjaga diri dan penjaga rumah. Mengeleng kepala saya mendengar kata-kata pengakuan mereka. Suatu rahmat Allah jua apabila Allah membuka pintu hati mereka untuk menyerahkan semua benda2 syirik itu kepada saya. Semuanya telah saya tawar dan hapuskan. Mereka khuatir jadi seperti nenek tersebut yang terseksa sekali menderita akibat mengamalkan ilmu2 yang tidak diredoi dan dirahmati.

Rawatan ke atas nenek itu masih berterusan kerana masih ada beberapa susuk lagi belum dapat dikeluarkan. Belum dapat izinNya kerana saya lihat ini bukan semata-mata bahana ilmu susuk tetapu juga sebagai kiffarah atas perbuatan nenek ini di masa lalu. Saya sebagai hamba ALlah hanya layak berdoa dan memohon ikhtiar.

Namun saya tetap terkejut apabila satu lagi faktor pendorong timbul. Apabila mengetahui anggota keluarga tersebut bermula daripada anak hingga cicit tidak mendirikan solat. Masya Allah!

Selasa, 21 Disember 2010

RAWATAN SEGERA TANPA TEMUJANJI DI MUAR JOHOR:TERBUKA UNTUK SEMUA

Bagi pesakit yang memerlukan rawatan segera TANPA TEMUJANJI khususnya bagi yang tinggal di Johor bolehlah segera hubungi saya (0136421228) yang dilakukan pada hari Rabu. Sila pastikan kehadiran sehari atau selewat-lewatnya jam 7.30 pagi pada hari Rabu untuk rawatan segera.

Isnin, 20 Disember 2010

Jin Silat Ajar Manusia Melawan Allah

 Salam. Hujung minggu lepas, saya telah diminta oleh seorang pesilat batin untuk mengesan sejauh mana ilmu yang dituntutnya benar atau tidak di sisi agama Islam yang suci. Saya pun menyuruhnya duduk di depan saya dan menadah telapak tangan ke langit. Dengan mata terpejam.

Agama Islam merupakan agama yang syumul. Justeru tiada yang aneh dan peliknya praktik amalan saya lakukan. Dengan bermula dengan kalimah ta'awudz dan kalimah tammah. Kalimah perlindungan tersebut saya ucap berulang kali. Di alam jin-setan. kalimah perlindungan tersebut seperti HON yang mengegegarkan kepala otak mereka.

Dan dengan rahmat Allah (mestinya kaedah yang betul antaranya hanya terdapat dalam teknik rawatan rahmaniah) pesakit cepat sahaja menunjukkan reaksi memberontak. Dada pesilat itu berombak-ombak. Saya mengerling wajah pesilat. Wajahnya berkerut2. Apabila saya memulakan zikir Allah, badannya macam mengeliat2 atau getaran seluruh badan.

Apabila saya meletakkan tapak tangan saya di atas telapak tangannya, saya mula membacakan ayatul kursi dgn sederhana kuat. Bukannya menengking atau memekik atau pakai mikrofon. Biasa2 saja. Sampailah bacaan ayatul kursi yang ke 4, pesilat itu mula mengangkat mukanya dan cuba membuka matanya. Punggungnya mula terangkat dan tangannya yang saya tekan dengan telapak tangan saya mula cuba diangkat. Saya memusatkan lagi tumpuan kepada Allah dan pasrah sehabis2nya kepada Allah sambil mengulangi kalimah.... (kalimah rahsia ini hanya dibukakan dalam pengajian Ilmu Hikmah Nur Hikmah-ia tidak sesekali mengandungi kalimah syirik tetapi diamil daripada kitab tasawuf yang ungkapan itu menguatkan lagi makrifat kita sehingga merasakan diri kita ini tiada apa-apa dan tiada kuasa. Ya, ilmu hikmah asli bukan menjadikan kita hebat dan rasa bekuasa. Lagi tinggi tahap dalam pencapaian ilmu hikmah maka semakin hansur luluhlah diri dalam kemaha esaanNya dan kemahakuasaannya. )

Nyata kudrat sekuat gajah tidak mampu melawan hamba Allah yang ikhlas sepenuhnya serah diri kepada Allah. Pesilat itu mula teringat pesan saya, berzikir dengan kalimah Allah Allaahh Allah. Jangan biarkan diri kita dikuasai entiti luar. Ingatlah ROH kita tidak mampu dikuasai oleh sesuatu apapun.

Apabila dia berzikir dengan kalimah Allah, saya pun memasukkan nur dalam hatinya (makrifat) dnegan haqqul yakin, maka kepala yang tertegak dan punggung yang terangkat mula kendur dan menunduk semula. Keluar peluh 'bercerau' atau banyak dari tubuhnya. Sehinggalah selesai sesi rawatan Pancaran Nur (Penyaluran) kini tiba masanya untuk Pancaran Nur (Rentapan). Tiada apa-apa yang berlaku semasa proses tersebut berjalan. Hanya pesilat  tesentak2 sedikit semasa saya merentap itu (teknik pancaran nur diajar dalam silibus Ilmu Himah Nur Makrifah).

"Apa yang abang alami semasa saya rawat abang tadi?"tanya saya sambil bersandar setelah selesai merawatnya petang tadi.

"Abang nampak, sekujur lembaga tiba-tiba muncul dalam kegelapan mata abang ini. Dia memakai baju silat, selempang merah sebijik macam tok guru abang. Lembaga itu mengajar abang untuk melawan awak. Dia mengajar saya untuk menepis tangan awak yang menekap ke telapak tangan saya, dan menjurus dahi awak." katanya dengan dahi berkerut tetapi lancar.

"benarkah abang?Latarnya macam mana?"tanya saya spontan.

"Latar lembaga itu hitam lah. Dan dari arah bertentangan dengan kedudukan lembaga tersebut pula terang benderang. Siap ada kalimah Allah lagi macam bintang cerahnya memancar-mancar. Dan lembaga tersebut seolah olah mahu menjurus cahaya dna kalimah Allah tersebut...namun akhirnya cahaya itu meliputi lembaga dan melupsukan kegelapan sehinggalah abang tidak lihat apa-apa lagi melainkan cahaya yang terang benderang....masa awak baca tadi abang memang dah nak ikut apa lembaga itu ajar...hati dah panas...macam diajak ke medan perang..tapi bila terdengar sayup-sayup suara awak menyuruh saya berzikir dengan kalimah Allah, saya pun tak ikut lembaga selempang merah itu...saya hanya berzikir..."

"Alhamdulillah abang...ingatlah abang...ilmu yang abang tuntut bukan ilmu yang dirahmati dan diredhoi. Kalau dirahmati mengapa mahu melawan zikir dan ayat quran yang terang-terang haq?"

Pesilat itu diam sejenak.

"betul...abang tak nafikan...namun bagi abanglah...ilmu ini setakat ini abang tak nak guna lagi..memang buatkan abang marah2 je barannya....tapi kan...abang rasalah ilmu ini berguna ketika darurat....masa ni abang akan gunakan balik...."


Saya terdiam tanpa berkata apa-apa lagi.

Jumaat, 17 Disember 2010

Antara Pengalaman Mengisi Murid dengan ilmu hikmah

Alhamdulillah, dengan rahmat Allah, baru beberapa jam tadi saya selesai membersihkan dan mengisi murid dengan nur, hikmah dan ilmu Ilmu Hikmah Nur Makrifah dengan jayanya. Murid saya itu yang TIDAK pernah belajar tenaga dalam dan sewaktu dengannya bukan sahaja dapat melihat cahaya semasa mata batinnya dibukakan (semestinya dengan adanya izin Allah) namun murid tersebut juga dapat mengisi apa sahaja barang dengan nur hikmah apa sahaja seperti keselamatan dan sebagainya. Kemudian, ujian menscan gerak rasa dna tangan dilakukan. Gerak tangan bukan sekadar sangka-sangka tetapi satu cuitan pada tengah telapak tangan setelah murid di isi lebih kurang 2 jam setengah. Gerak getaran itu dikombinasikan dengan hati bagi mengetahui kadar peratusnya. Dia tergagap memberitahu 70% namun dalam keadaan yang was-was. Jawapannya 70% adalah kata yang kedua terkeluar yakni daripada dirinya sendiri. Namun saya mengesan 80% pada barang (tasbih) yang telah berjaya diisi oleh murid.

Rabu, 15 Disember 2010

Maksud Ilmu Hikmah

Yang dimaksudkan dengan ilmu hikmah bukan semata-mata ilmu perubatan atau ketabiban. Ilmu hikmah merupakan ilmu aliran putih warisan ulama hikmah silam disambung sehingga kini oleh para pewarisnya yang sah dan berhak serta layak diamanahkan. Ilmu hikmah merangkumi pelbagai kegunaan sama ada untuk kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Ia juga dalam kategori ilmu putih. Memiliki ilmu hikmah bagaikan memiliki satu set kotak alatan yang lengkap dengan segala macam peralatan. Dalamnya ada peralatan A ada peralatan B ada peralatan C dan seterusnya. Oleh sebab itu jangan cepat salah sangka mengatakan ilmu perubatan ialah ilmu hikmah. Sebenarnnya ilmu perubatan itu sebahagian daripada ilmu hikmah. Walhal dalam ilmu hikmah ada banyak lagi seperti keselamatan, pertahanan diri (bukan silat batin/ghaib/gerak sendiri etc), pengasih (bukan jenis pengasih aliran ilmu hitam) dan sebagainya lagi. Insya Allah dengan izin, rahmat dan  redhoNya, sesiapa yang ingin meneroka khazanah ilmu hikmah yang amat luas ini silalah menyertai program bimbingan perubatan hikmah yang saya anjurkan. Boleh terus emel ke rahmaniah999@gmail.com. Faedahnya amat banyak sekali dan bimbingan bersifat berterusan. Program Bimbingan Perubatan Hikmah hanya terbuka untuk sesiapa yang serius sahaja dan mahukan kelainan dalam belajar dan meneroka ilmu Allah yang luas ini. Cuma jangan sangka bahawa hendak belajar ilmu hikmah tidak memerlukan infaq dan mahar. Infaq dan mahar itu sebagai suatu simbolik pengorbanan sebagaimana para sahabat menyumbangkan separuh serta seluruh harta benda mereka ketika berhijrah ke Madinah Al Munawwarah. Kalau masih ada perasaan ilmu hikmah ini 'murah' dan boleh dimiliki secara 'ikhlas' yang disahkan diri sendiri (ikhlas rahsia hamba dengan Allah, oleh itu hanya Allah yang boleh sahkan keikhlasan kita!) maka tak payahlah belajar. Lihatlah bagaimana kita berbelanja bila gaji atau hujung tahun tiba. Kita rasa 'ikhlas' menghulurkan beratus-ratus ringgit bahkan ribu untuk bayar kereta, rumah, membeli belah, bersiar-siar, bercuti serta membelikan anak permainan konsol, beli DVD-namun kita tidak tidak boleh 'ikhlas' untuk belajar ilmu hikmah. Walaupun pada akhirnya ilmu hikmah yang dipelajarinya menjadi sumber rezekinya kemudian hari, sama ada rezeki dalam bentuk wang ringgit dan juga rezeki dalam bentuk barokah dan sentosa hidup. Sebagaimana saya nyatakan tadi, ilmu hikmah mempunyai fungsi pelbagai semuanya berasaskan wirid dan amalan yang bersendikan syarak dan kitabullah. Tiada bacaan asing serta melibatkan pemujaan jin dan syaitan. Ilmu hikmah itu sendiri merupakan cabang ilmu para waliyullah yang dapat dipelajari dan digembleng. Insya Allah bagi yang mengikuti program bimbingan perubatan hikmah akan merasai betapa berbezanya program ini dengan kursus perubatan Islam yang dibuat secara beramai-ramai itu. Saya bukan hendak perlekehkan kursus rawatan namun saya tegaskan cara saya lebih mantap daripada kursus kerana bimbingan diberi secara bersemuka dengan guru pembimbing yang dengan itu insya Allah bimbingan dan proses belajar dan penurunan ilmu dapat dilakukan secara sempurna.

Ya Allah sempurnakanlah cahaya bagi kami dan beri ampun kepada kami dan sesungguhnya Engkau Maha Kuasa di Atas Segala Sesuatu.

Selasa, 14 Disember 2010

Siapa yang Bathil?

Salam.

Ilmu kadangkala betul. Beramal dengan wirid yang sahih dan ayat Al Quran. Namun yang menjadikan amalan dalam ilmu tersebut (tidak kiralah walau dengan apa nama sekalipun)menjadi bathil ialah

1. Guru itu sendiri yang telah belajar merata-rata sehingga didampingi oleh banyak jin dan juga kekeliruan yang terbit kerana diri sendiri terhadap hakikat ilmu.

2.  Niat sudah salah atau bathil seperti niat nak dapatkan kekuatan/kehebatan/ dll. Sedangkan niat hanya kerana Allah hanyasanya DOA sahaja boleh berbagai-bagai NAMUN tetap mempunyai adab dan tatasusilanya yang tersendiri bukan main hentam semberono sahaja.

Maksud saya ilmu yang betul atau haq ialah ilmu yang tidak bercampur dengan amalan syirik. Namun pengamalan ilmu yang haq tidak menjamin waridnya juga suatu yang haq jika kaedah pengamalannya diselaputi kebathilan.

Saya dengan izin dan rahmat Allah, sudah beberapa kali merawat pesakit yang mengalami keadaan di atas. Paling ketara yang belajar ilmu silat yang telah melepasi tahap tinggi kononnya sehingga sudah pergi bertapa, didatangi mimpi, diberi barang tertentu dari alam ghaib, dan ada pula yang pula 'bertukar' menjadi macan atau harimau menderam-deram apabila 'diperlukan'. Walhal apa yang mereka amal tetap Ayat Suci Al Quran dan zikir sunnah.

Kesan paling minimum akibat gejala di atas ialah

-Panas baran
-berat dada
-didatangi mimpi pelik cthnya berguru dengan harimau dll
-cepat marah/mengamuk/ beradu tenaga
-susah hati

Kesan sederhana berat

-sempit rezeki, dia anggap macam ada sihir tetapi bukan sihir
-tidak boleh solat atau amat terganggu solatnya
-sakit pada mana-mana anggota tubuh, sakit fizikal tetapi bila discan dengan mendalam dengan izinNya dapat dilihat ada gangguan jin etc

Kesan berat
-gila
-mengamuk/membunuh orang
-bunuh diri

Alhamdulillah, dengan izin, rahmat dan redhoNya Allah ta'ala, maka dengan ini saya telah berjaya merawat beberapa kes demikian sehinggalah mereka kembali merasai ketenangan dan segala ilmu bathil yang ada dalam dada dapat di kosongkan dengan cara yang haq bukan syok sendiri sahaja.

Ada ilmu kependekaran ini bahagiannya untuk mengosongkan ilmu orang. Sebenarnya bukan mengosongkan ilmu tetapi mengosongkan  tenaga seseorang. Tenaga itu pun bersumberkan kekuatan ghaib jin dan sekutunya.

Sebenarnya mengosongkan ilmu dengan kaedah yang haq (merawat kesan-kesan seperti dinyatakan di atas) dengan tujuan yang haq (kerana Allah ta'ala agar kembali mendapat mahgfirah dan rahmatNya) itu bukan perkara mudah atau dapat dilakukan oleh semua orang.

Dengan izin Allah, saya ada kaedah untuk melakukannya, dengan rahmat Allah beberapa orang yang saya rawat telah pulih lebih tenang serta khusyuk ibadah kerana Allah.

Rumusannya begini

-Jika saudara merasakan ilmu batin/hikmah/silat/ghaib yang saudara ambil itu ilmu yang haq yang Allah rahmati dan Allah redhoi, maka saudara pasti akan bertambah ketaqwaan dan semakin dekat dengan Allah semakin merasakan diri ini tiada apa-apa. Namun kalau sebaliknya khususnya menerima kesan yang saya senaraikan di atas maka sudah cukup menyatakan saudara perlu datang berjumpa dengan sesiapa juga hamba Allah yang diberikan rahmat oleh Allah ta'ala untuk berbincang dan mengetahui serta membuang dengan kaedah yang haq juga.

Insya Allah bagi sesiapa yang ada tahu serta mendapat tahu ada sahabat, saudara yang terlibat dalam perkara begini boleh berikhtiar dengan saya.

bukan kuasa saya, tetapi kuasa Allah
bukan ikhtiar saya, tetapi ikhtiar Allah
bukan gerak saya, tetapi gerak Allah

-Kasyaful Asrar-

Isnin, 13 Disember 2010

Kerana Dosa

Salam.
Saya mengingatkan diri saya bahawasanya, apabila kita ditimpa dengan sesuatu musibah atau ujian maka ingatlah yang pertama sekali berbanyaklah memohhon ampun kepada Allah. Perhatikanlah kalam hikmah ini:

"Jangan sesekali memperlekehkan sesuatu amal walau sedikit kerana kita tidak tahu amal yang mana yang menjadi ASBAB turunnya rahmat dan keredhaan Allah ta'ala. DAN jangan pula sesekali kita memperlekehkan sesuatu dosa walaupun dosa itu sangat kecil kerana kita tidak tahu dosa yang mana yang menjadi ASBAB turunnya murka dan hukuman daripada Allah."

Sedia maklum sebagai perawat, saya menemui banyak pesakit. Apabila saya ketemu dengan masalah pesakit yang katanya tidak kunjung sembuh walau beratus orang telah ditemui, saya tak nampak benda lainlah semata-mata ujian Allah atau musibah dari Allah untuk menguji ketaqwaan atau untuk menghukum dalam bentuk kiffarah terhadap perbuatan seseorang itu yang telah lalu.

Kalau jenis pesakit yang telah berjumpa BANYAK BOMOH dan perawat yang mensyirikkan Allah, dan JUGA pesakit yang sendiri bertuhankan perawat (letakkan keyakinan pada perawat) maka jenis ini, saya akan guna kaedah alternatif iaitu dengan mengajaknya memohon ampun kepada Allah dan belajar mengingatiNya dengan ikhlas dan luhur.

Ada juga pesakit yang sudah terlalu EGO sehinggakan tidak mahu dengar apa kita katakan. Mereka lebih berminat bercerita tentang gangguan begitu begini, dan hampas-hampas kekecewaan kerana berharap pada makhluk. Ada yang melawan secara terang-terangan-mereka menghubungi saya meminta nasihat tetapi apabila dinasihati (sudah tentu nasihat itu saya dapat bukan secara semberono tetapi dengan memohon petunjuk dari Allah) mereka melawan dengan keras hati mereka. Mereka bertahan dengan keras hati mereka. Kalau karang dilaut boleh lagi dipecahkan dan dihakis oleh air, tetapi kalau karang di hati???

Sesungguhnya sakit kita ini, banyak kerana dosa dan kiffarah. Ada yang datang kepada saya mengatakan 'sejak diganggu jin saka, dia beramal dengan sangat hebat, bangun tahajud dan wirid berjam-jam'. Cuba kita perhatikan niat ibadahnya....Dan pada masa yang sama mencari makhluk (bomoh/perawat syirik) lalu bergantung kepadanya. Maknanya bergantung kepada makhluk dan Allah untuk menyembuhkan diri sendiri-nyata ini sifat zalim dan sifat mementingkan diri sendiri.

Fahamilah bahawa kita ini semua diciptakan Allah dan dipinjamkan deria dan tubuh serta nyawa ini daripada Allah. Makanya apabila kita ditimpa sesuatu penyakit maka hendaklah kembali kepada Allah. Ingatlah kalau kita masih gagal menemui penawar bagi merawat semua penyakit gangguan dan fizikal ingatlah yang pertama sekali bukan kerana penyakit itu tidak boleh sembuh dan saka atau jin itu kuat tetapi kerana kita sendiri lemah-dilemahkan oleh dosa-dosa yang kita buat pada masa lalu...Tetapi Allah maha luas rahmatNya...andai kita telah berjumpa dengan perawat yang benar-benar suci tauhidnya dan bersih amalannya, maka di situlah akan diketemuinya kesembuhan mutlak. Selagi masih ada nyawa dan belum lagi ditakdirkan meningglkan dunia yang fana ini, insya Allah selagi itulah ada rahmatNya yang berupa kesembuhan dan kebaikan yang banyak.

Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Maka bersegeralah bertaubat kepada Allah dengan sebenar-sebenar taubat.

Jumaat, 10 Disember 2010

Mengapa saya gagal merawat?

Pernahkah perawat Islam mengalami keadaan ini?Dia gagal mengeluarkan jin dari tubuh pesakitnya walaupun gangguan itu gangguan bukan jenis sihir dan saka...

Saya tidak mahu menuding orang lain, tetapi saya hendak merujuk pengalaman saya sebelum ini....Teringat pula seorang pesakit menceritakan kepada saya beliau terpaksa berulang selama berbulan-bulan ke sebuah pusat rawatan Islam semata-mata mahu membuang gangguan akibat ilmu salah/bathil yang diambilnya....perawat di situ hanya merawatnya sekejap saja dan suruh datang balik esok atau tulat...saya mahu mencurahkan pengalaman saya dahulu..kerana itu lebih baik daripada mengulas orang lain....namun ada beberapa tugasan yang kena selesaikan segera....Insya Allah

*Bagi pembaca yang selalu mengikuti blog ini diharapkan bersabar. Ingatlah menulis tidak semudah membaca. :)

Khamis, 9 Disember 2010

Perbezaan antara ilmu yang dirahmati dan ilmu yang tidak dirahmatiNya

Salam Khamis yang dingin namun tetap penuh rahmat bagi yang dirahmatiNya. Beberapa hari lepas saya agak sibuk sedikit kerana beberapa pelajar datang kepada saya menyatakan hasrat mahu belajar ilmu hikmah dengan saya. Kedatangan mereka sudah pasti dengan temujanji. Untuk makluman pembaca, saya tidak menganjurkan sebarang kursus rawatan Islam. Format pembelajaran tidak menggunakan kaedah kursus sebaliknya menggunakan kaedah temujanji secara individu. Tujuan saya membimbing dan mengembleng secara individu ialah bagi memastikan proses pengisian ilmu hikmah yang hak itu berjalan dengan sewajarnya. Justeru tidak hairanlah mereka yang menerima pengisian ilmu hikmah daripada saya, merasakan sekurang-kurangnya HATI SANGAT TENANG dan BADAN AMAT RINGAN serta MUDAH SANGAT UNTUK BERIBADAH DAN BERWIRID yang sebelum ini perkara demikian amat sukar dilakukan.

Berikut saya perturunkan beberapa sms yang saya tulis semula di blog ini bagi tatapan pembaca:

Salam, dahulu sebelum belajar hati saya liar dan berbuat dosa. Tapi selepas belajar dengan Tuan Tabib Mohd Ali, syukur alhamdulillah. Hati jadi TENANG dan JINAK mengingati Allah Ta'ala.-Yusof, Sarawak-

Salam. Susah untuk saya gambarkan dalam bentuk perkataan apa yang saya rasa dan alami sewaktu proses pembelajaran dengan Tabib Ali. Ia mungkin mengundang fitnah dan tafsiran yang pelbagai. Tak semua orang alami apa yang saya alami. Setiap pengalaman PASTI berbeza. Ia juga bergantung kepada KEYAKINAN kita kepada Allah Ta'ala. Rasai sendiri dan bulatkan hati kita semata-mata mengharapkan LIMPAHAN RAHMAT dari Allah bukannyamengharapkan KEHEBATAN. Itu pesan Tuan Tabib bagi meraih kesan yang optimum daripada ilmu hikmah yang di isikan beliau.-Erry, Puchong-

Salam. Penyusian rohaniah dan pengisian ilmu hikmah sangat berkesan kepada saya sehingga ibadah saya bertambah KHUSYUK dan BERTAKARRUB kepada Allah.-Saufi, Bangi-.

Salam perubahan. Saya datang kepada Tabib Ali untuk mengadu masalah diri saya yang selalu mengalami ketidakstabilan emosi dan berfikiran negatif. Semasa discan oleh Tuan Tabib saya mempunyai masalah SAKA keturunan yang agak serius sehingga mepengaruhi tabiat dan emosi saya saban hari. Selepas diubati oleh Tuan Tabib Ali, rasa tenang dan lapang yang LUAR BIASA...menurut Tuan Tabib, itu semua hanyalah LIMPAHAN RAHMAT ALLAH dan KEIZINANNYA semata-mata...amalan yang diberikan adalah amalan yang disunnahkan..Insya ALlah tuan tabib boleh membantu bagi sesiapa yang memerlukan..-Mas Jurakai, Kuala Lumpur-.

Itu merupakan sebahagian daripada testimoni sama ada dari murid dan pesakit saya dalam bulan lepas dan awal bulan ini. Keempat-empat mereka ini mempunyai kemampuan untuk SCAN pandangan batin dan apabila menerima rawatan dan pengisian ilmu daripada saya, langsung mata batin mereka bagai dibekalkan oleh minyak dan kanta mata itu dibersihkan sejernih-jernihnya.

 Sewaktu saya memulakan zikir semestinya kerana Allah semata-mata, mereka semuanya menyaksikan cahaya putih yang amat indah, bersilauan, dan damai dan 3 drpnya yang mempunyai saka keturunan telah mentrace saka tersebut. Ada yang terlalu banyak 'dibukakan ' skrin padanya. Sehingga tak tahu pada shot mana harus ditumpukan. Ada yang sekadar melihat makhluk yang mendampinginya selama ini. 

Semuanya dgn rahmat Allah. Dengan mudah sahaja mereka dapat melihat dengan 'mata dalam' hakikat saka yang mendampingi atau yang ada pada jalur keturunan mereka walau sudah beratus tahun Allahuakhbar!

Dan mereka bukan sekadar melihat kewujudan saka tersebut MALAH mereka menyaksikan bagaimana JALUR SAKA itu diputuskan, atau SAKA yang ADA PADA MEREKA ITU DIHAPUSKAN. Semuanya dengan izin, rahmat dan Redho Allah semata-mata.

Ada murid saya yang lain,  ini ada yang belajar ilmu sudah merata ceruk sehingga menerima selempang merah dan juga jin-jin yang membuatkan dadanya panas, baran, marah dan lain-lain. Sebenarnya bukan dia seorang sahaja alami keadaan demikian malah ramai lagi pesilat yang tahap-tahap tinggi mengalami siptom demikian. Panas baran, tidak dapat kawla emosi, selalu hendak bergaduh, lebih teruk gagal solat, puasa tetapi RAJIN BERWIRID. Dalam pengajian ilmu hikmah di bawah bimbingan saya SOLAT tetap SOLAT. DOA TETAP DOA. Bangun MALAM tetap BANGUN MALAM. Semuanya perintah dan sunnah nabi yang wajib diikuti agar kehidupan kita ini dirahmatiNya. Apabila kehidupan kita di rahmati Allah pasti jiwa jadi tenang. Lapang dada. Dilimpahkan rezeki mencurah. Namun ramai yang datang mahu mengubat dengan saya, mengaku sudah belajar 'tinggi-tinggi', namun tetap juga rasa kosong hakikat dan makna kehidupan dan menjadi hamba dan khalifatul ardh di muka bumi Allah ini. Justeru dimanakah rahmat pada dirinya?Bacaan boleh jadi sama iaitu tetap Fatihah juga. Tetap Ayatul Kursi juga. Namun ia tetap ironi dengan keadaannya yang sepatutnya dialmi oleh diri itu.

Justeru proses belajar dan menerima bimbingan dengan saya bersifat personal touch dan couching. Tidak ada bersifat hamburan nota dan hamburan ceramah 8 jam seharian suntuk yang sebenarnya boleh terus didapati dalam buku/cetakan

Kerana itu BUKAN TUJUAN utama saya mengisi ilmu hikmah dan membimbing murid bertujuan hendak scan dan lain-lain. Tetapi NIAT itu diawal2 lagi dibetulkan. Hanya kerana Allah. Pasrahkan saja kepada Allah yang Maha Esa lagi Maha Kuasa. Biarlah Dia yang menentukan yang terbaik untuk kita. Bukankah Allah pencipta kita?Dia pasti Lebih Tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Itulah format pembelajaran IHNM. Sebab itulah kesan nyata dan langsung dialami murid dan pelajar saya yang mengikuti pedoman mudah yang saya berikan semasa proses rawatan dan proses belajar.

Apalah sangat jika dapat menyaksikan cahaya sewaktu mata terpejam semasa proses rawatan dan proses pengisian ilmu dilakukan jika hendak dibandingkan Allah mencipta lautan tanpa kapak korek, langit tanpa tiang dan bulan dan bintang-bintang tetap teguh berada di tempat masing-masing mengikut putaran alam.

8 Disember 2010

Selasa, 7 Disember 2010

Teknik Pancaran Nur, Ilmu HIkmah dan Pesakit

Teknik Pancaran Nur merupakan kaedah paling mudah bagi mendepani gangguan sihir/saka/jin/aura negatif yang telah lama. Bagi yang telah lama berubat khususnya akibat diSIHIR/disantau dan lain-lain lagi yang jemu berubat ke sana ke sini bolehlah cuba berikhtiar berubat dengan saya. Saya menggunakan teknik ini yang dengan izin Allah dapat menyelesaikan beberapa kes gangguan berat/menahun kronik dalam masa relatif singkat. Smestinya dengan ada kerjasama pesakit dan keyakinan mutlak kepada Allah.

Bagi yang berhajat untuk belajar sesuatu daripada saya, diharapkan dapat emal terus ke rahmaniah. Saya tidak menerima murid serta merta melainkan ada beberapa proses perlu dilalui dahulu. Ini bagi menjamin kualiti ilmu hikmah yang pada masa sekarang sudah amat jarang ada yang aslinya. Satu perkara lagi saya sedang juga mencari RAKAN PERAWAT untuk menjadi rakan seperjuangan bagi berjihad di jalan Allah di bawah satu bumbung dalam bdiang rawatan hikmah ini. Bagi yang berminat bolehlah terus emel ke emel saya. Bagi pesakit pula, harus dimaklumi saya TIDAK mengubat ramai pesakit dalam satu-satu masa. Ini kerana saya menjaga kualiti rawatan. Saya amat tegas dalam hal ini. Jadi sila buat temujanji segera sebelum datang berjumpa saya untuk menerima rawatan. Insya Allah, jika ada rezeki perjumpaan dan rawatan dapat dilakukan.

Dan perhatian bagi pesakit yang mahu sembuh tetapi tidak mahu solat. Jangan buang masa dan tenaga kita semua. Hal ini kerana ada yang sudah sembuh banyak tetapi tidak mahu mendiriakan solat kerana membeli belah. Kemudian dia sakit kembali dna menyalahkan kita juga. Jangan datang kepada saya, pergilah kepada perawat lain. Saya hanya mahu mengubat mereka yang benar-benar ikhlas dan mahu dirawat sahaja kerana Allah. Kesembuhan pastilah milik Allah semata-mata.

Rabu, 1 Disember 2010

Beruk Disedut Ke Dalam Cahaya Putih

Sahabat saya, M namanya memang mempunyai beberapa kemampuan. Antara scan dan kepekaan rasa yang tinggi. Maka suatu petang di surau tempat kerja, saya teringat kepada M, ada masa sedikit sebelum Asar, saya memanggil M datang jumpa saya di surau. "Pembersihan." kata saya sewaktu dia sms bertanya tujuan saya memanggilnya. M, masih belajar di peringkat sarjana bergerak turun dari bilik pelajar sarjana meuju ke surau. Apabila M masuk dalam surau, M komen, "UH, tenang dan sejuk dalam surau ini." Katanya sambil bertimpuh depan saya. "Alhamdulillah. Nikmat itu boleh rasa tenang. Ada orang tak boleh rasa sedikitpun ketenangan dalam hidup. Rahmat tuh. " balas saya sambil menyuruhnya meletakkan kedua belah tangan atas lutus dan mengadap telapak tangan ke langit.

"Ok M, dengan izin dan rahmat Allah, saya hendak buang segala jin saka, jin sihir, jin penganggu dan juga ilmu2 bathil serta unsur negatif dalam diri ko. Boleh?"

Mulanya M teragak-agak. Saya terpaksan menjelaskan lagi.

"Insya Allah apabila benda2 itu sudah sirna maka ko akan rasa lebih tenang dalam hidup, tak gopoh gapah, tak cepat marah dna buruk sangka dan lebih tenang ibadah serta khusyuk. Nak ke?"kata saya mengumpannya. M terus senyum. Walaupun M tidak mengiyakan apa saya kata, tetapi saya tahu 90% apa saya cakap itu benar berlaku pada dirinya. Selepas M setuju danM pasang niat dan saya pun pasang niat, saya menyuruh M berzikir Ya Allah 29x dalam hati ikhlas berzikir kerana Allah semata-mata. M ikut. Selepas tamat, saya pun suruh dia pejam mata. Dan saya pun memulakan ikhtiar.

Semasa saya membaca Ayatul kursi, tangan dan badan M bergegar sedikit. Namun saya dengan makrifat menekan M agar terus diam dan diam. Saya makrifatkan juga segala makhluk yang ada pada tubuh M tdk akan mampu melawan, mereka kecil dan lemah tiada berdaya melawan saya. Sebenarnya mula2nya lagi pun masa M duduk depan saya, saya sudah nampak lembaga hitam besar dan tinggi berada di sebalik batang tubuh M. Cuma M tidak sedar dan nampak. Kini, apabila M pejam mata, M mula nampak apa yang ada pada dirinya selama ini. Dalam cahaya putih yang mulanya setompok kian membesar (saya terus membaca ayatul kursi niat ikhlas kerana Allah agar dilimpahkan rahmatNya kepada kami berdua ketika itu) M melihat beruk hitam terseringai meronta-ronta ditengelami cahaya putih yang meliputinya seluruh tubuhnya melainkan kepalanya. M terkejut smabil menyebut nama Allah. Tak lama kemudian, cahaya putih itu bagai berpusar menyedut beruk itu dan meliputi kepalanya sehingga beruk itu kian mengecil. Namun beruk itu terus melawan dan timbul semula. tatkala saya sudah tiba pada bacaan kali ke 7 dan masuk ke bacaan 2 ayat terakhir At-Taubah, beruk itu disedut dan diseliputi lagi hinggalah hilang. Yang ada hanyalah cahaya putih dimana-mana.

"M, Ya Allah, tak sangka beruk pada aku rupanya..."

"Dengan izin Allah telah diperlihatkan Allah kepada kita...ia daripada saka sebelah bapa, sebelah atuk..."

M diam sejenak macam mengingati sesuatu. Saya mengajak M untuk trace dari mana beruk itu. M setuju. Saya suruh M pejam mata dan saya pun mula membaca ayatul kursi lagi. Dan layar pun terkembang dnegan suluhan cahaya putih. Saya memegang dada M. Membawa M menelusuri dari mana beruk itu berasal. M nampak kawasna hutan. Dan M tak dapat teruskan lagi. Entah kenapa.

"Ustaz, sudahlah. Saya sudah ingat dari mana beruk itu. Saya teringat ustaz."katanya agak sebak.

"ceritalah kepada saya..saya nak dengar dna tahu juga.."kata saya.

"Dahulu, moyang saya seorang peneroka tanah di Kuala Krai. Suatu hutan dibukanya. Hutan yang terpencil itu dibersihkan dan dibuat penempatan. Ia diberi nama Kucil.Situ banyak beruk liar. Ada dimana-mana. Namun tidka pula menganggu penduduk dna moyangnya. Malah Onyang sendiri takut apabila melihat beruk2 itu bukan macam beruk biasa. Macam terlalu bijak bagi beruk untuk bertolakansur hidup dengan manusia. beruk2 itu nampak macam taatd an ikut perintah Moyang yang membuka kampung."

Saya dengar dengan khusyuk. M pun maklumkan lagi bahawa sepupunya juga sakit sering demam-demam. Sewaktu trace, M niat nak trace makhluk pada sepupunya. Dan M tersenyum sendirian tatkala itu apabila melihatkan beruk2 pada sepupunya itu terlonta-lonta bercempiaran melarikan diri apabila melihat kedatangan M yang dilingkungi cahaya putih.

Peristiwa itu berlaku petang. Keesokan paginya, M sms kepada saya:

"Salam..power erk, tadi pagi lagi aku dah bangun. Senang je bangun. lapang je, kepala pun tak berat, kalau sebelum ini bukan main berat lagi. Liat nak bangun. Kena amalkan apa yang ustaz ajarlah ini nampaknya. Terima kasih banyak2,"-M, Kuala Lumpur.

Saya balas:

"Power itu bukan milik kita. Tapi milik Allah semata-mata. Maka bersyukurlah agar ditambahkan lagi nikmatNya kepada kita berganda-ganda.Amin."

Kemampuan scan dna kepekaan M tidaklah berkurang kerana semua itu adalah berasal daripada kemampuan yang Allah kurniakan pada hambanya yang sebaik-baik kejadian. Namun apabila kemampuan tersebut ditunjangi oleh dampingan halus, maka dampingan itulah perlu dihapuskan.

#Apa yang saja ajar hanyalah membaca ayatul kursi dgn niat ikhlas kepada Allah utk mendapatkan rahmatNya semata-mata. Bukan niat lain. Apatah lagi niat nak jumpa khodam Ayatul Kursi!

Program / Kursus MEGA Super Spiritual

 Program Gemblengan MEGA Super Spiritual - “Zero to Hero” “Apabila disebut spiritual bukan semata-mata pengubatan bahkan melibatkan hubungan...