Rabu, 31 Mei 2017

Fadhilat Asma ul Husna Ya Baarik

Khasiat dan Fadhilat Asma Allah 'al Baarik' Untuk Rawatan Sakit Apa Sahaja

Terdapat 99 Nama Allah yang Maha Mulia di dalam al-Qur'an. Dalam kitab samawi lain masih banyak lagi. Setiap satu nama membawa maksud dan sifat Allah yang tersendiri.

Selain kita berzikir Asma Allah untuk menghayati maknanya dan sifat Nya kita juga dapat jadikan ia sebagai medium atau perantara memohon sesuatu kpd Allah bersesuaian dengan makna dan sifat drp Asma Allah tersebut. Berdoa dengan nama Allah adalah perintah Allah dalam al-Qur'an.

Salah satunya Asma Allah yang berbunyi Al Baari'. Jika kita membaca Asma ini secara  tunggal maka sebutannya jadi  'al Baarik'. Jika kita menyebutnya ini dengan ada ayat lain selepasnya seperti  dalam ayat 24 daripada Surah al Hasyr maka sebutannya jadi 'al Baari'ul'.

Apabila kita menyebutnya secara tunggal sebagai suatu wirid yang diulang-ulang kita menyebutnya dengan 'Ya Baarik'. Begitu juga nama Allah yang lain.

Makna 'al Baarik' seerti dengan 'al Khaliq' iaitu Maha Menciptakan. Namun mengikut ulamak mufassirin Ahlul Sunnah wal Jama'ah al-Baarik lebih menjurus kepada sifat Allah Yang Maha Menciptakan makhluk yang hidup. Manakala 'al Khaliq' merujuk kpd sifat Allah yang Maha Menciptakan langit dan bumi serta makhluk Allah yang lain yang bukan bernyawa.

'Al-Baarik' jika kita jadikan wirid maka perhatikanlah dan renungkanlah bahawa kita adalah makhluk hidup bernyawa yang paling sempurna berbanding makhluk hidup yg lain.

Jadi sewajarnya kita bersyukur dan melakukan sedaya upaya titah perintah Nya dan menjauhi larangan Nya. Kemudian kita merenung pula bagaimana kesempurnaan manusia ini meliputi semua aspek termasuk aspek penyembuhan dengan potensi rohaniah pada diri sendiri dan orang lain.
Asma 'al Baarik' ini dapat kira jadikan wirid untuk memohon kesembuhan drp sakit fizikal dan gangguan apa saja dengan cara mewiridkan asma ini setiap hari. Waktunya bila-bila masa saja sebanyak 213x setiap hari beberapa minggu.

Kemudian dapat kita jadikan wahana doa dan ikhtiar untuk penyembuhan. Anda dapat baca langsung sambil menyentuh tempat yang sakit. Kita juga dapat bacakan pada air untuk dibuat minum dan mandi.

Selain itu dapat juga kita lakukan rawatan jarak jauh dengan melihat foto si sakit. Habis wirid 'Ya Baarik' 213x maka kita doa dan hembus pada tempat sakit atau pada air.

Secara lazimnya setelah 7 hari kita wiridkan asma 'Ya Baarik' 213x setiap kali wirid maka kita dapat manfaatkan untuk rawatan diri sendiri dan orang lain. Lebih afdhol mengekalkan istiqomah dlm mewiridkannya.

Bilangan zikir 213x berdasarkan panduan pedoman kafiat ulamak hikmah yang mengamalkannya. Kalau nak wirid lebih lagi silakan. Tapi asingkan waktunya. Misalnya lepas Solat Subuh dan wirid lazim lepas solat kita amalkan kita sambung wirid 'Ya Baarik' dalam sekali duduk 213x kita wiridkan. Lepas  Zuhor nak tambah lagi silakan tiada apa-apa masalah.

Lebih molek semasa dlm kita wirid secara berterusan 7 hari itu kita letakkan sebotol air kita tiup pada air selepas selesai wirid dan kita  sudahi dengan doa agar Allah menjadikan Asma Ya Baarik sebagai penawar zahir batin kita dan org lain. Kemudian anda minumlah biar asma 'Ya Baarik' meresap dlm darah dan jiwa anda. Jadi ubat diri sendiri dulu sebelum ubat org lain jadi lebih aula.

Kaedah ini dapat digabungkan dengan kaedah ruqyah seperti  membaca Yassin 7 Mubin, Teknik Rawatan Ayatul Kursi, Teknik Rawatan Ismu Zat, Tenaga Dalam dan sewaktu dengannya.

Setelah selesai membaca Yassin diwiridkan 'Ya Baarik' 213x diakhiri doa dan tiupan pada pesakit atau air atau madu atau herba.

Saya Ustaz Tabib Ali dengan ini mengijazahkan secara umum amalan Asma Ya Baarik ini kepada pengunjung blog saya yang berminat mahu mengamalkannya semoga dimustajabkan dan dibarokahkan lagi teknik rawatan anda sebelum ini.


Bagi yang ikuti "Program Tabib Alternatif " akan diajar banyak lagi teknik penyembuhan menerusi Asma Allah ini dengan formula ramuan khas untuk sakit-sakit tertentu beserta falsafah rawatannya. In syaa Allah. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Gemblengan Ilmu di Gunung Jerai Panggilan Akhir

Salam. Siapa yg berhajat utk menuntut ilmu2 kebatinan aliran haq dan putih saya ada buat di Gunung Jerai dlm pd 1 hingga 3 Disember ini.  ...