Selasa, 15 November 2016

Khidmat kepada guru

KISAH SI PENUNTUT ILMU DENGAN GURUNYA.

BENAR KISAH INI. SAYA SENDIRI MENGAMALKANNYA DAN ALAMINYA SEMASA MENUNTUT ILMU HINGGA KINI.

KHIDMAT SEORANG MURID

 "Apabila kita berguru, kita bukan hanya belajar kitab sahaja dengan dia. Murid juga bersuhbah dengan dia, kita bermusafir dengan dia, kita berkhidmat dengan dia. Angkat barang dia, jaga keperluan dia dan jangan tunggu disuruh."

"Khidmat adalah pembuka kepada ilmu, khidmat itu pembuka pintu kepada murid. Kalau alim sahaja, ilmu ada. Khidmat tak ada, akhirnya lahir ulama yang tak beradab. Khidmat ini penting, belajar adab. Kalau kamu boleh khidmat, khidmatlah habis-habisan. Suhbah dengan guru, dan hendaklah kamu bersama dengan orang-orang siddiqin."

"Ada satu kisah, di sebuah pondok pengajian. Ada seorang sheikh yang alim, tetapi sudah tua. Dihujung hayatnya, dia inginkan seorang penganti dirinya, daripada kalangan anak muridnya. Agar, boleh mengantikannya mengajar dan membimbing, anak-muridnya yang lain."

"Sheikh belum nampak lagi ada di kalangan, anak muridnya yang boleh mengantikannya. Ada sebatang pen yang amat disayangi oleh sheikh tersebut. Suatu hari, pen itu dicampakkan kedalam jamban di tempat pengajian tersebut."

"Kemudian, di dalam pengajian, sheikh berkata kepada anak muridnya; "Pen yang amat saya sukai telah jatuh di jamban. Adakah ada di antara kamu yang boleh ambilkannya untukku?"

Yang sorang, selalu duduk depan, anak muridnya buat tak tahu. Yang sorang, buat baca kitab. Yang sorang, buat-buat menghafal."

"Diulang sampai tiga kali oleh sheikh. Ada sesiapa yang boleh ambilkan?"

Tiba-tiba, ada seorang yang menyahut daripada luar; "Sheikh, saya boleh sheikh." Dia ini, selalu khidmat. Selalu sapu sampah, selalu susun selipar pelajar, bersihkan madrasah, khidmat tanpa disuruh. Kalau datang pengajian pon, di belakang."

"Kemudian, anak murid yang selalu berkhidmat ni terjun ke dalam jamban. Dicari sampai jumpa pen syeikh. Kemudian, dibersihkan dan dicuci diberi minyak wangi kasi wangi. Keesokannya, pen itu dipulangkan kepada sheikhnya."

"Sheikh berkata; "Kau yang ambilkan pen ini?" Kata pemuda yang selalu berkhidmat itu; "Ya, sheikh.

Mengalir airmata sheikh. Masya Allah. Kemudian, dia berkata; "Kemarilah." Dekat kepadaku. Dan didoakan oleh sheikh; "Ya Allah, aku redha dia, sebagai anak muridku. Ya Allah. Ya Allah, kau turunkanlah ilmu yang Kau berikan padaku, mengalir kepadanya."

"Terus kabul doa sheikh. Begitulah, Berkat berkhidmat dengan orang-orang soleh. "Khidmat adalah pembuka kepada ilmu, khidmat itu pembuka pintu kepada murid. Kalau kamu boleh khidmat, khidmatlah habis-habisan. Itulah keberkatan. Suhbah dengan guru, bersama dengan orang-orang siddiqin."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...