Selasa, 2 Ogos 2016

Rahsia ilmu Allah

Suatu hari seorang Guru sedang duduk santai di anjung rumah, kemudian beliau memanggil salah seorang murid untuk membersihkan sisa-sisa kulit dan biji betik di atas lantai.

“Tolong buang sisa betik  biar ruangan ini tidak ada semut”, kata Guru.

“Baik Guru”, kata si murid.

Ketika murid memungut sampah betik,  Gurunya berkata

“Cuba kau ambil bijinya, kau amat-amati dengan teliti”.

Si murid kemudian mengambil biji betik itu dan mengamatinya seperti yang diperintahkan Guru.

“Apakah ada buah di dalam?” Tanya Guru.

Si murid diam kehairanan tidak dapat menjawab, kemudian Gurunya berkata :

“Ada. Bakal buah namanya, bakal daun dan bahkan seluruh batang, dahan, ranting, bunganya ada di dalam biji yang kamu pegang itu”.

“Syaratnya biji itu kamu tanam, disiram, di pupuk dan dijaga sampai ia menjadi bertunas dan membesar sehingga menghasilkan buah” kata Guru.

“Semua ada di sana!” kata Guru.

Kemudian Guru melanjutkan,

“Begitu juga dengan zikir, rahsianya sudah ada di sana, sudah ditanam sejak awal kau diterima menjadi murid. Ilmu ini adalah bermula dari akhir bukan bermula dari awal. Saat kau gabungkan rohanimu dengan Guru, itulah akhir dari ilmu ini.

Untuk akal menerima apa yang kamu alami, itu memerlukan waktu, memerlukan kesabaran, diperlukan mujahadah untuk melawan nafsu diri sendiri. "

“Proses ini kemudian di uraikan menjadi 3 tahap iaitu : Takhalli, Tahali, Tajaalli. Ingat tentang biji betik itu ia di tanam, di rawat akhirnya akan terukir abadi nama-Nya dalam qalbu mu”. Kata Guru.

“Semua ada di sana. Ia mempunyai makna yang mendalam. Kalau seluruh rahsia betik ada di dalam bijinya, 'di sana' seperti yang ditunjuk Guru, lalu dimana 'semua ada di sana', letak rahsia Allah?

Murid itu terdiam, tunduk, malu dan sendu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Gemblengan Ilmu di Gunung Jerai Panggilan Akhir

Salam. Siapa yg berhajat utk menuntut ilmu2 kebatinan aliran haq dan putih saya ada buat di Gunung Jerai dlm pd 1 hingga 3 Disember ini.  ...