Khamis, 7 November 2013

Saka dan kaedah merawatnya

Saka adalah gangguan jin akibat perjanjian leluhur atau masa lalu. Siptom gangguan saka banyak. Kita mulakan dari yang teruk sampai biasa. Kerasukan sama ada ketika diluar rawatan, semasa rawatan, pada hari dan bulan tertentu.

Sakit kepala yang teramat sangat, sentiasa atau sesekali melihat penampakan juga antara gejala kronis akibat gangguan saka.

Gangguan ke atas sistem peredaran darah menyebabkan karang angin, pening, terawang-awang, sakit pada salah satu anggota tubuh atau sakit yang menetap dan bergerak dalam tubuh, juga antara gejala gangguan saka.

Saka berumah halaman dalam barang pusaka yang dijadikan antara alat pemberian dan syarat menuntut ilmu seperti keris, cincin, pedang, azimat, pending, dan lain-lain lagi.

Pendek kata selagi barang itu tidak dibersihkan maka selagi itulah saka  ada dan menganggu generasi seterusnya yang menjadi pilihan saka.

Kami mempunyai cara khusus bagi merawat anda yang mengalami gangguan saka. Lagi cepat anda mendapatkan rawatan dengan kami lagi cepatlah peratusan kesembuhan anda. Saka juga seperti kanser yang jik dibiarkan lama akan kian parah.

Jadi jika anda ada gangguan Saka segeralah hubungi kami untuk mengetahui kaedah dan cara merawat masalah gangguan saka dalam hidup anda. Kami berpengalaman  luas membantu pesakit akibat gangguan saka dan berjaya membantu mereka dengan kaedah khusus kami.

Maaf jika anda inginkan kesembuhan sekelip mata kami bukan Tuhan anda. Namun jika anda sudah jenuh ke merata tempat masalah anda tak kunjung selesai hubungilah kami untuk  membantu anda. Sila hubungi no. Telefon seperti tertera di atas paparan utama blog.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...